01 April 2011

Jantung

Jantung berfungsi mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah.

Jantung yang sihat berupaya mengepam sebanyak 10,000 liter darah sehari. Jantung yang sihat juga akan berdenyut kira-kira 100,000 kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit.


Faktor-faktor Risiko Mendapat Penyakit Koronari


Merokok


Merokok menambah kemungkinan sakit jantung sebanyak 3 hingga 6 kali. bahan yang terdapat dalam asap rokok akan :-


* mempercepatkan pembekuan darah


* merosakkan saluran darah dan menggalakkan pemendapan lemak dinding saluran darah

* mengurangkan bekalan oksigen ke jantung

Stress

Bila seseorang mengalami stres atau tekanan perasaan, degupan jantungnya meningkat dan tekanan darahnya juga turut meningkat.

Arteriosklerosis


Arteriosklerosis atau timbunan lemak dalam saluran darah. Arteriosklerosis berlaku akibat mengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak seperti mentega, minyak sapi, kek dan daging berlemak. Lebih tinggi kandungan lemak lebih tinggi pula risiko atau bahayanya.


Akibat saluran darah menjadi sempit dan memaksa jantung bekerja lebih kuat untuk membekal oksigen ke otak.


Kurang Senaman

* Meningkat kemungkinan sakit jantung sebanyak 2 kali.

* Senaman penting bagi menguatkan otot dan memperbaiki pengaliran darah ke jantung.

* Senaman juga dapat mengurangkan tekanan perasaan.

Darah Tinggi


Darah tinggi boleh menyebabkan penyempitan saluran darah. Hasilnya jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.



Lebih tinggi tekanan darah lebih besar pula kemungkinan serangan sakit jantung.


Diabetes


Diabetes menjadikan saluran darah lebih tebal serta keras dan mengakibatkan seseorang itu lebih mudah mengidap darah tinggi.

Mereka yang mengidap kencing manis mempunyai 2 hingga 3 kemungkinan serangan sakit jantung.


Serangan Jantung Boleh Dicegah



  • Bersenam sekurangnya-kurangnya 3 kali seminggu, 20-30 minit setiap kali

  • Makan secara sihat

  • Kekalkan berat badan unggul

  • Berhenti merokok

  • Belajar menangani stres

  • Awasi tekanan darah

  • Awasi paras glukosa darah

  • Awasi paras kolesterol

  • Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala


Sumber dari Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang


No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..