26 December 2013

Petua Menjadikan Tembikai Lebih Manis

 
 


Sukar untuk memastikan tembikai yang dibeli rasanya manis atau tawar. Walaupun warna tembikai itu cantik tetapi tidak semestinya rasanya secantik rupa.

Namun jika tersalah pilih, hilang selera makan. Bagi mendapatkan tembikai yang lebih manis, rendam tembikai dalam air garam selama empat jam.

Pasti tembikai yang anda beli akan terasa manis. Selamat mencuba!







Sumber dari majalah mingguan wanita



 

18 December 2013

Tips Untuk Mudah Tidur

Assalamualaikum semua.. Mungkin ada antara kita mengalami kesukaran untuk tidur.. Saya pun adakalanya susah nak tidur terutamanya bila tidur awal dan terjaga di awal pagi.. Memang susah payah la nak melena.. Meh kita tengok tips yang ada nih..














17 December 2013

Petua Senang Hati

Assalamualaikum semua.. Maaf la agak kurang entry sejak akhir2 nih.. Maklum sajalah kebusyan yang datang dan dah lama tak set autopublish.. Hahaha.. Ok la layan jelah entry yang ringkas dan padat nih..
 
 
 





Sumber dari facebook ye..




09 December 2013

Doa Ketika Memulakan Tugas

Assalamualaikum semua.. Salam Isnin buat semua.. Saya tau mungkin ada dia antara kita masih lagi bermalas-malasan nak buat keja ari nih.. Apapun meh kita amalkan doa nih sebelum kita memulakan tugas pada hari ii dan hari2 seterusnya..



 
 
 
 
 
 
Sumber dari facebook Dr. Asmadi..
 
 
 

05 December 2013

Limau Nipis Atasi Cekam Kuku

Assalamualaikum semua.. Maaf agak sibuk untuk menambah info dalam blog nih.. Selalunya buat auto publish.. Memandangkan dah abis info, makanya nampak blog nih agak slow laa kan.. Apapun ari nih nak kongsi satu petua khas untuk sesiapa yang sering mengalami cekam kuku.. Sakitkan kalau dibiarkan.. Meh tengok petua yang ada nih, mungkin berguna kan..
 


 


Cekam kuku membuatkan seseorang tidak selesa apabila memakai kasut. Jadi anda boleh atasi masalah ini dengan hanya menggunakan limau.

Ambil sebiji limau nipis atau kasturi dan potong sedikitr bahagian atasnya. Kemudian bakar limau tersebut sehingga bertukar warna kekuningan.

Biarkan limau berkenaan suam-suam kuku. Selepas itu, masukkan bahagian jari yang mencengkam atau bernanah itu pada bahagian limau yang telah dipotong tadi.

In shaa Allah kuku yang bernanah akan mengecut dalam tempoh beberapa hari sahaja.





Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/info-psikologi/limau-nipis-atasi-cekam-kuku-1.224742



 

25 November 2013

Resepi Pajeri Nenas

Assalamualaikum semua.. Tetiba tengok menu nih sedap plak rasa.. Yelah makan plak ngan nasi panas2 ngan ikan masin.. Wuishh memang terangkat la.. Tak payah lauk banyak2 pajeri nenas ngan ikan masin pun dah memenuhi selera.. Terliur plak rasa, menitik2 air liur nih.. Hahaha..
 
Pajeri nanas sangat terkenal pada musim kenduri kahwin, tetapi menu ini juga sesuai di makan bersama keluarga di rumah. Bagi yang ingin mencuba anda boleh menggunakan resepi yang dikongsikan kali ini.




Bahan-bahan:


Tiga hirisan nanas } dibersihkan

2 sudu makan kerisik

10 ulas bawang merah } dikisar halus

50gm udang kering }

2 batang serai dititik

2 helai daun kari

Satu sudu rempah kari ikan

Sedikit bunga lawang, pelaga dan kulit kayu manis



Cara Menyediakannya:

  • Tumiskan bunga lawang, pelaga dan kulit kayu manis bersama serai dan daun kari sehingga naik bau.
  • Masukkan rempah kari ikan, udang kering yang dikisar dan secawan air, kacau sehingga naik bau.
  • Seterusnya masukkan potongan nenas, kerisik dan gula kabung.
  • Perlahankan api, biarkan selama 15 minit, dikacau berseli sehingga nenas masak.
  • Sedia untuk dihidangkan.




Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/pajeri-nenas-1.213502




20 November 2013

Hebatnya Farmasi Allah

Assalamualaikum semua.. Saya tertarik nak berkongsi gambar kat bawah.. Yelah, semua Allah dah rencana kan untuk kesihatan yang baik.. Cuba lihat makanan yang kita makan boleh memberi kesihatan yang baik untuk kita jika ia diamalkan..
 
 





Sumber dari mr.google..


19 November 2013

Resepi Masak Lemak Pucuk Ubi dan Kerang

Assalamualaikum semua.. Sejak akhir-akhir ni saya banyak berkongsi resepi yang saya jumpa dalam internet.. Bukan apa ada resepi yang lama tak masak, tetiba jadi teringin nak makan kan.. Sesaja la nak berkongsi dengan kengkawan kat luar sana selain simpan untuk panduan diri sendiri nanti.. Ok la jom terjah apa yang ada..




Cuba hidangkan masakan masak lemak cili api pula untuk menu hari ini. Mungkin ahli keluarga anda suka dengan menu kali ini, Masak Lemak Pucuk Ubi & Kerang. Jom, tengok bahan-bahan mudah yang anda perlu ada untuk menu ini.
Bahan-bahannya:
1 ikat pucuk ubi - diambil daun saja
Santan kelapa secukupnya
2 - 3 cawan isi kerang
Garam secukup rasa
1 keping asam keping
Bahan ditumbuk lumat
1 inci kunyit hidup
10 biji cili api - boleh ditambah atau dikurangkan
 
Cara untuk memasak :
 
  • Bersihkan pucuk ubi dan diambil semua daun kemudian direbus sampai empuk . Tos dan ketepikan dulu .
  • Tumbuk lumat semua kunyit hidup dan cili api . Kurangkan cili api jika tidak mahu pedas.
  • Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , isi kerang dan asam keping .
  • Kacau semua bahan dan masak kuah sehingga mendidih.
  • Masukkan semua pucuk ubi dan garam secukup rasa serta di kacau sekejap .
  • Biarkan sampai kuah mendidih dan sekali sekala kacau kuah . Apabila pucuk ubi dah masak, tutup api dapur.






Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/masak-lemak-pucuk-ubi-kerang-1.215521



18 November 2013

Yogurt Atasi Kulit Kering & Lingkaran Gelap





Alami kulit kering dan gelap bawah mata? Anda boleh menghapuskan segala masalah wajah muka ini dengan hanya menggunakan rawatan sendiri di rumah iaitu dengan yogurt. Tanpa membazirkan wang untuk membeli alat kecantikan yang belum tentu mampu menghasilkan kepuasan, lebih baik anda mencuba bahan-bahan yang mudah dan selamat untuk kulit wajah seperti yogurt.



Bahan-bahan:

Yogurt original

Kapas muka



Langkah rawatan:

  1. Sapukan yogurt pada seluruh wajah dan leher.
  2. Kemudian, celup kapas muka di dalam yogurt, tekap pada mata.
  3. Biarkan yogurt kering pada wajah, anggaran masa 20 minit.
  4. Kemudian bilas dengan air bersih. Ramuan ini dikatakan amat mujarab untuk mencerahkan dan melembapkan kulit. Ia juga dapat mengatasi masalah lingkaran gelap bawah mata. Yogurt juga boleh dilumur pada rambut dan diperap selama 15 minit. Hasilnya rambut yang kering dan bercabang akan menjadi lembut serta bersinar.




Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/yogurt-atasi-kulit-kering-lingkaran-gelap-1.216205

14 November 2013

Resepi Kek Aiskrim

 


Pasti ada yang teringin membuat kek aiskrim sendiri. Jadi kali ini dikongsikan satu resepi kek istimewa dari Genting Strawberry Farmhouse yang dibuka seawal 9 pagi hingga 7 malam. Menyajikan hidangan enak pencuci mulut, minuman sejuk dan panas malah lauk pauk berasaskan strawberi dan cendawan.
  
  
Bahan-bahan:
1 ¼ cawan tepung kek            }
½ sudu kecil serbuk penaik     } diayak
½ sudu kecil garam                 }
¼ cawan mentega tanpa garam
¾ cawan gula kastor
1 biji telur gred A
½ sudu kecil esen vanila
½ cawan mentega susu
½ sudu kecil cuka makan
½ sudu kecil soda penaik
1 bekas aiskrim perasa strawberi
 
Cara membuat:
  • Pukul mentega tanpa garam hingga kembang. Kemudian, masukkan gula dan putar sampai gebu. Masukkan pula telur dan pukul sampai sebati.
  • Setelah itu, masukkan tepung kek dan mentega sedikit demi sedikit sampai sebati.
  • Dalam bekas berasingan, campurkan cuka dan soda penaik hingga berbuah lalu tuangkan ke dalam adunan sebelumnya.
  • Kacau sebati dan tuang ke dalam loyang yang telah disapu mentega.
  • Bakar pada suhu 175 darjah Celsius selama 30 minit.
  • Biarkan kek menjadi sejuk. Lalu masukkan aiskrim strawberi di dalamnya lalu bekukan kek di dalam peti sejuk kira-kira 8 jam.
  • Setelah itu, keluarkan kek dari loyang dan hiaskan dengan aising kek.




Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/dapur/kek-aiskrim-1.163099

13 November 2013

Kurus Dengan Delima




Sekiranya anda mengalami masalah kegemukan akibat lemak berlebihan di tubuh, cuba amalkan petua ini.
 
Tumbuk lumat tiga hingga lima biji putik delima. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampurkan dengan bahan lain. Amalkan setiap hari pada waktu pagi dan malam selama sebulan. 
 
Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.
 
 
 
 
 
 
 

12 November 2013

Doa Menghadapi Tekanan

Assalamualaikum semua.. Penah tak korang menghadapi tekanan??? Mesti ada kan.. Tak kiralah tekanan hidup ke tekanan perasaan ke tekanan emosi ke tekanan apa pun.. Di sini saya sertakan doa yang boleh diamalkan bila kita menghadapi tekanan..
 
 






Sumber dari www.ustazahbahyah.com


11 November 2013

Makanan Elak Mulut Berbau

Assalamualaikum semua.. Baru-baru nih saya ada berkongsi perihal mulut berbau kan?? Ari ni lanjutan dari perkara tuh nak berkongsi makanan yang boleh mengelakkan masalah ini..




Masalah mulut berbau berlaku akibat pembiakan mikro atas lidah, khususnya pada bahagian belakang lidah. Keadaan ini dipanggil halitosis.

Ia juga sebabkan tabiat individu mengawal pemgambilan makanan atau diet. Sejenis bahan kimia digelar ketones akan dibebaskan ketika bernafas apabila lemak dalam badan dibakar.

Info Punca Mulut Berbau

Makanan
Sisa makanan terselit pada celah gigi. Makanan mengandungi minyak mudah bertukar menjadi gas (menghasilkan bau) seperti bawang putih, bawang merah dan sesetengah sayur-sayuran dimasak dengan rempah. Selepas makanan ini dicerna dan minyak yang berbau diserap masuk ke dalam salur darah ia seterusnya dibawa masuk ke paru-paru. Gasnya akan dibebaskan melalui pernafasan. Proses ini berterusan sehingga makanan tadi dikumuhkan daripada badan.

Abai kebersihan gigi
Tabiat membersihkan gigi yang buruk antara punca utama nafas berbau. Sisa makanan pada celah gigi menggalakkan pembiakan bakteria penyebab bau mulut. Jika tidak dibersihkan, bakteria akan terus berkumpul dan membentuk plak. Jika tidak diberus akan menyebabkan radang gusi (gingivitis) dan mereputkan gigi.

Mulut kering
Air liur membantu membersihkan dan melembabkan mulut. Mulut kering menyebabkan sel mati berkumpul pada lidah, gusi dan pipi. Sel mati terkumpul akan mereputkan gigi dan mengeluarkan bau. Mulut menjadi kering ketika tidur juga menyebabkan berbau pada keesokan harinya.

Tembakau
Semua hasil tembakau tidak kira jenama membuatkan mulut berbau. Merokok boleh mengeringkan mulut dan mengakibatkan bau tidak menyenangkan.

Diet keterlaluan
Individu yang mengamalkan diet keterlaluan mengakibatkan pengumpulan bahan kimia ketoasidosis yang terhasil ketika mereka menahan lapar.

Bagaimanapun, kajian lima makanan di bawah boleh membantu menghapuskan bakteria penyebab nafas berbau.



1 Strawberi
Buah ini bukan saja lazat dan berkhasiat, malah membantu mencegah bakteria serta kuman penyebab bau mulut. Kandungan vitamin C yang ada pada buah ini juga bagus untuk melawan jangkitan bakteria.





2 Teh
Hidangan teh hijau atau merah tanpa gula mengandungi antioksida dalam teh mencegah berkembangnya bakteria pada bahagian mulut.





3 Kacang Hazelnut
Siapa sangka kacang juga boleh mencegah bau mulut. Cuma kunyah seketika. Kunyahan itu akan menerbitkan zat pada dinding mulut.





4 Yogurt
Pengambilannya mampu mengurangkan perkembangan bakteria penyebab nafas berbau. Kajian pakar perubatan di Jepun menunjukkan pembentukan plak di gusi akan berkurangan apabila minum yogurt.





5 Epal
Mampu mencegah kemunculan plak pada gigi.











Sumber dari akhbar berita harian 24 Oktober 2013 dan gambar kredit dari mr.google..






08 November 2013

Sekadar Pengetahuan Mengenai Jenis Darah

Assalamualaikum semua.. Masa baca info nih tetiba terdetik ati nih nak berkong info nih dengan korang.. Yelah, dulu masa sekolah memang belajar semua nih.. Tapi sebagai refresh ngan menambah pengetahuan semua.. Dulu belajar jenis darah jer, tak de plak jenis positif (+) ngan negatif (-) nih.. rupanya ada beza plak antaranya..
 
Yang tau darah O hanya boleh terima dari jenis O jer.. Tapi dia boleh bagi pada jenis yang lain.. Kat sini ada beza plak antara positif ngan negatif.. Meh la tengok jadual kat bawah.. Kalau aku start bercerita, tak larat korang nak baca nanti..
 
 
 
Meh tengok jadual nih.. Mana la nak tau ada ahli keluarga yang memerlukan penderma darah, kita dah boleh prepare sapa yang sepatutnya kita nak cari bila memerlukan bantuan pendermaan darah dan sebagainya..
 
 
 
 
Gambar dikredit dari FB seorang sahabat..

07 November 2013

Bersihkan Pakaian Terkena Dakwat

Assalamualaikum semua.. Ada tak para surirumah kat luar sana menghadapi masalah baju yang terkena dakwat pen??? Saya pun pernah menghadapi masalah nih.. Selalunya baju lelaki la kan.. Diaorang yang suka letak pen dalam poket baju.. Meh tengok petua yang ada ni. Diharapkan ianya dapat membantu para isteri dan surirumah di luar sana yang menghadapi masalah yang sama.
 

 


Ramai yang suka masukkan pen dalam baju, hasilnya dakwat pen akan 'menghiasi' corak baju secara tidak sengaja.

Namun usah buntu jika pakaian anda terkena dakwat. Bagi menghilangkan kesan dakwat, bancuh sedikit susu dengan air dan kacau hingga pekat.

Rendam pakaian ke dalam bancuhan susu selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas seperti biasa. Hasilnya tentu tidak mengecewakan anda.





Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/bersihkan-pakaian-terkena-dakwat-1.214488

 

06 November 2013

Resepi Sotong Bakar

Assalamualaikum semua.. Mesti ada di antara kita sukakan sotong bakar.. Sebenarnya tidak susah untuk sediakan sotong bakar nih.. Cuma bahan untuk menyedapkannya yang kita kurang ketahui.. Meh layan resepi kali nih..




Hendak buat sotong bakar senang, tetapi mungkin masih ramai yang tidak tahu bahan-bahan atau perasa untuk menjadikan sotong yang dibakar lebih sedap daripada biasa. Jom cuba bahan-bahan sotong bakar kali ini!



Bahan-bahan:


2 tangkai serai (ditumbuk lumat)

Sedikit halia (tumbuk)

Seulas bawang putih

3-4 ulas bawang merah

Cili kering (kisar) / cili boh

Serbuk kari 1-2 sudu besar

Sedikit serbuk kunyit

Serbuk lada hitam..

Garam secukup rasa

Air asam jawa atau air perahan asam limau



Cara Membuat:


  • Tumbuk semua bahan-bahan di atas dan lumurkan pada sotong.
  • Perap selama 30 minit.
  • Kemudian anda boleh panggang.





Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/dapur/sotong-bakar-1.213700



04 November 2013

Doa Akhir Tahun 1434 H dan Awal Tahun 1435 H

Assalamualaikum semua.. Salam Awal Muharam buat semua.. Hari ni menjelangnya Asar, buku amalan kita akan ditutup bagi tahun 1434 H.. Manakala tibanya Maghrib buku amalan baru akan dibuka untuk tahun 1435 H.. Apa azam korang untuk tahun baru Islam nih.. Jangan tunggu 1 Januari jer nak pasang azam..




Ok la sebagai peringatan dipublishkan doa akhir tahun 1434 H dan awal tahun 1435 H untuk kita sama2 membacanya nanti..








Gambar kredit dari mr.google..
 


31 October 2013

Mulut Berbau???

Assalamualaikum semua.. Ada tak di antara kita bimbang dengan mulut berbau??? Pastinya ada kan??? Yelah senyum dah cantik, tapi bila bercakap, kuar plak bau yang kurang menyenangkan.. Meh kita tengok cara yang boleh digunakan bagi menutup bau kurang menyenangkan tersebut..

 
 


Biasanya, individu yang mengidap mulut berbau sukar mengesan bahawa dirinya berhadapan dengan masalah tersebut lantaran terbiasa dengan bau yang dihidunya sehari-hari. Antara cara yang paling efektif untuk mengetahuinya ialah dengan bertanyakan kepada pasangan, sanak saudara atau kawan-kawan rapat sama ada bau mulut anda normal atau sebaliknya.



Justeru, jangan sekali-sekali berkecil hati dengan maklum balas yang diterima. Selain itu juga, terdapat sejenis alat yang digunakan oleh para doktor gigi untuk mengukur kandungan sulfur dalam nafas pesakit.



Setelah diperiksa, rupa-rupanya anda disahkan doktor menghidap masalah mulut berbau. Usah cepat terasa hati sebaliknya carilah jalan yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau tersebut.



Berus gigi setiap hari

Amalan memberus gigi perlu dilakukan dengan betul. Tidak cukup dengan berus, anda dinasihatkan supaya menggunakan benang flos untuk menyingkirkan bakteria dan lebihan makanan yang berkumpul di dalam mulut. Dengan mempraktikkan cara berkenaan, bakteria sukar menghasilkan sulfur seterusnya mengelakkan mulut berbau.



Bersihkan lidah sehingga bersih

Mungkin ada yang memandang remeh soal pembersihan lidah ketika menggosok gigi. Ingat, sepertimana yang dikatakan sebelum ini bahawa bakteria mudah menyorok di rekahan serta belakang lidah. Pada masa sama, anda boleh menggunakan pembersih lidah yang banyak dijual di farmasi. Gunakan berus gigi yang mempunyai pembersih lidah di bahagian belakang pemberusnya atau pilihan berus gigi yang lembut dan gosoklah perlahan-lahan sehingga lidah kelihatan bersih.



Banyakkan minum air suam

Air adalah elemen paling utama dalam mengekalkan tahap kesihatan seseorang. Sebab itulah, dua liter air sehari adalah sukatan yang cukup sesuai. Bagi memudahkan kerja, isi air di dalam botol bagi memudahkan proses menyukat. Secara tidak langsung, teknik ini membuatkan mulut anda sentiasa basah dengan air malah pada masa sama berfungsi merangsang pengeluaran air liur dan menyekat kehadiran bakteria.



Kunyah gula-gula getah

Sekiranya anda gagal memberus gigi selepas makan, maka kunyahlah gula-gula getah yang bebas kandungan gula. Cara ini dikatakan mampu menyingkirkan sisa-sisa makanan yang terperangkap di ‘kawasan’ yang ‘dalam’ seterusnya merangsang pengeluaran air liur.






Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/info-psikologi/mulut-berbau-busuk-1.213708#main-section


29 October 2013

Resepi Mi Kuah Siam

Assalamualaikum.. Hari ni nak berkongsi resepi.. Penah dengar Mi Kuah Siam nih, tapi tak pernah pun makan.. Tengok gambar nih macam sedap jer.. Bahan pun tak la sesusah mana sangat.. Boleh la sesekali nak bertukar selera kan..




Jemu juga asyik makan menu yang sama. Jadi kali kita jengah resepi dari Selatan. Resepi pilihan kali ini adalah Mi Kuah Siam yang sangat mudah untuk disediakan. Anda boleh mencuba untuk dihidangkan kepada tetamu dan keluarga tersayang.



Bahan-bahan

400 gram bihun – direndam dan tos



Bahan A untuk kuah (dikisar)

2 kilogram bawang besar } siap dikisar

1 kilogram bawang putih }

10 batang serai

10 tangkai cili kering

¼ kilogram udang kering

¼ kilogram ikan bilis



Bahan B

6 keping asam keping

1 liter air

2 sudu besar taucu

Garam dan gula secukup rasa





CARA MEMBUAT KUAH :

  • Tumis bahan sehingga naik minyak.
  • Kemudian campurkan Bahan B dan biarkan sehingga mendidih. Ketepikan.
  • Untuk menyediakan mi siam terlebih dahulu tumis bawang besar sehingga naik bau.
  • Ambil sesenduk rempah kuah Siam di atas dan digoreng bersama bihun (boleh ditambah taucu jika mahu).
  • Bihun yang sudah digoreng diletak dalam mangkuk dan dicampurkan bersama kuah mi Siam tadi seperti sup.
  • Hias dengan tauge, daun bawang, bawang goreng dan daun sup.





Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/mi-kuah-siam-1.209962

28 October 2013

Keburukan Tidur Belebihan

Assalamualaikum semua.. Penah tak korang tidur lebih dari 6 jam??? Bagi aku memang pernah.. Kekadang tuh qada' tidur, ada ke istilah nih??? Ada la bagi aku, cover tidur hari yang sebelumnya yang kurang tidur.. Tapi tahukah korang yang ianya tidak bagus untuk kesihatan, malah ada kesan lain plak pada diri kita.. Meh baca info yang diperolehi nih..
 



Pakar-pakar perubatan telah mencadangkan supaya waktu tidur dicukupkan selama enam jam setiap hari. Bagaimanapun, sekiranya ia sengaja dilebihkan maka ada risiko kesihatan yang menanti. Ingin mengetahui apakah kesannya maka ikuti artikel di bawah:



Kencing manis


Terdapat beberapa kajian membuktikan bahawa individu yang tidur lebih lama daripada waktu yang sepatutnya cenderung menghidap penyakit kencing manis. Meskipun diketahui ia adalah penyakit turun temurun tetapi, dengan mengamalkan tidur secara berlebihan risiko mendapat penyakit ini cukup tinggi.



Sakit jantung


Sekiranya anda biasa tidur lebih dari lapan jam setiap hari maka risiko untuk menderita sakit jantung adalah tinggi. Berdasarkan beberapa penelitian yang dijalankan, jumlah tidur sembilan hingga 12 jam sehari sangat tidak digalakkan kerana ia melebihi had waktu rehat yang sepatutnya.



Mudah lupa


Tahukah anda bahawa tidur bagus untuk membentuk ingatan. Tetapi, waktu tidur yang lebih dari lapan hingga sembilan jam sehari boleh meninggalkan kesan negatif ke atas tubuh badan. Pola tidur berlebihan boleh melambatkan fungsi sel otak sekali gus mengakibatkan masalah ingatan. Jika tidak ditangani segera, ia mungkin lebih membahayakan hingga mengundang risiko nyanyuk apabila usia kian meningkat kelak.



Tekanan


Banyak kajian telah membuktikan bahawa individu yang berhadapan dengan tekanan cenderung untuk tidur lebih lama daripada waktu yang sepatutnya. Pasti mereka beranggapan dengan mempraktikkan cara tersebut, masalah yang dideritai boleh diselesaikan tetapi hakikatnya ia hanya memburukkan lagi keadaan dengan merasa diri lebih terbeban dan tertekan.



Kenaikan berat badan


Kadar metabolisme dalam badan berjalan sangat perlahan ketika anda sedang tidur. Disebabkan itulah bagi individu yang mengamalkan tidur berlebihan berisiko tinggi untuk mengalami obesiti sehingga 21 peratus berbanding mereka yang ‘mendapatkan’ tidur secara normal.




Jejas kecantikan


Terlalu banyak tidur juga boleh menjejaskan kehidupan sosial seseorang. Sewaktu sedang enak tidur, anda sebenarnya telah ketinggalan pelbagai aktiviti yang berfaedah dilakukan bagi meningkatkan keyakinan, kecantikan serta produktiviti diri. Sedikit sebanyak, ia menjejaskan daya tarikan sekali gus membuatkan anda kelihatan kurang menarik berbanding sebelumnya.



Oleh itu, kembalilah ke waktu tidur normal bagi menyegarkan dan menyihatkan tubuh badan seperti sebelumnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

25 October 2013

Resepi Gulai Kulat Sisir & Pisang Muda

Assalamualaikum semua.. Macam sedap jer ala masakan kampung nih.. Gulai pisang muda penah la makan.. Ni tambah plak kulat sisir.. Macam sedap jer rasa.. Meh kita tengok resepi yang dapat nih..


 
 
Macam-macam cara kulat sisir boleh dibuat, namun kali ini ingin kongsikan resepi Gulai Kulat Sisir bersama Pisang Muda. Mungkin ada yang belum pernah makan, jadi bolehlah guna resepi ini!



Bahan-bahan:

1 sisir pisang muda (cm guna pisang emas muda)

2 cawan kulat sisir yang kering, rendam hingga kembang

2 batang serai, dititik

1 keping asam gelugor

6 - 7 ketul tulang ikan masin kurau, cuci dan rendam

1200 ml santan cair

500 ml pati santan

Garam dan gula secukup rasa



Bahan-bahan Kisar

1 biji bawang besar

7 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci kunyit hidup

1/2 inci belacan

1 genggam ikan bilis, cuci dan rendam

2 biji cili merah

15 biji cili padi kampung (warna hijau)



Cara Menyediakannya:

  • Pisang muda dikupas sedikit kulitnya, hiris sederhana tebal dan rendam dalam air yang dicampur dengan asam gelugor.
  • Cendawan terkukur dibersihkan, tos dan perah. Kemudian tumbuk sedikit, pastikan tidak hancur. Ketepikan.
  • Masukkan bahan-bahan kisar halus ke dalam periuk bersama serai titik dan pisang (toskan).
  • Gaul rata dan tuang santan cair. Kacau dan biar mendidih. Masak hingga pisang 1/2 empuk.
  • Tambah cendawan dan asam gelugor. Kacau dan biar mendidih.
  • Tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula (Guna serbuk perasa juga boleh).
  • Kacau dan biar masak dengan api kecil hingga pisang empuk, kacau selalu.






Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/gulai-kulat-sisir-pisang-muda-1.213502


24 October 2013

Cara Mudah Hargai Isteri

 


Pastinya setiap wanita yang bergelar isteri ingin dirinya dihargai oleh suami yang menjadi belahan hati. Namun adakah pihak suami tahu cara untuk menghargai isteri mereka.

Tidak mustahil ada yang masih tidak tahu bagaimana mahu melakukannya atau mungkin jua menganggap penghargaan untuk isteri itu hanya melalui hadiah yang mahal. Sebagai panduan MW menurunkan tip cara menghargai isteri anda. Semoga panduan ini mampu menambah kebahagiaan rumah tangga.

Memberikan panggilan yang baik dan disukainya
Suami yang menyayangi dan mencintai isterinya, tentu tidak ragu untuk mengungkapkan rasa sayangnya. Memanggil isteri dengan panggilan manja, sayang, atau apa saja panggilan yang disukai isteri adalah contoh kasih sayang yang boleh ditunjukkan suami.

Melayan dengan lemah lembut
Apabila suami menghargai isteri, dia akan berusaha melayan isterinya dengan lemah lembut, baik dalam sikap mahupun tutur kata. Suami begini akan berusaha menjauhi sikap kasar dan keras terhadap isteri. Meski isteri bersalah atau mengecewakannya, dia akan menasihatinya dengan baik bukan dengan makian, bentakan, atau tamparan di wajah.

Menunjukkan wajah ceria
Isteri yang selalu melihat senyum dan keceriaan di wajah suaminya, tentu akan lebih mudah untuk merasakan kebahagiaan. Berbeza bila suami selalu menunjukkan wajah yang masam, dia akan merasa serba salah dan tidak gembira kerana merasakan suaminya tidak bahagia bersamanya.

Memberi pujian
Meskipun kelihatan remeh namun pujian yang tulus daripada seorang suami dapat memberikan kesan psikologi yang sangat besar bagi seorang isteri. Kata-kata pujian boleh menambah semangat, percaya diri dan tentu saja membuat hatinya berbunga-bunga penuh bahagia. Pada dasarnya, setiap wanita suka dengan pujian, lebih-lebih lagi kalau pujian itu datang dari mulut suami yang sangat dicintainya.

Memberikan hadiah
Hadiah adalah pembawa pesan cinta, dan menjadi salah satu bentuk penghargaan suami terhadap isteri. Akan lebih berkesan, bila hadiah diberikan tanpa diberitahu terlebih dahulu. Ia akan menjadi kejutan yang membahagiakan.

Bantu urus rumah
Kerja rumah tangga tidak pernah habis. Suami yang baik akan berusaha meringankan beban isterinya dalam mengurus rumah tangga. Misalnya, membantu isteri mencuci, menjemur pakaian, mengemas rumah dan banyak lagi. Dengan demikian seorang isteri akan dihargai oleh suaminya.

Membantu isteri mengurus anak
Kesibukan menguruskan pelbagai kerja rumah sekali gus mengurus anak, tentu membuatkan isteri kepenatan. Terutama jika terpaksa menguruskan anak-anak yang masih kecil, apa lagi kalau anak ramai.

Suami yang membantu isteri mengurus anak, bererti dia telah mengurangi kesibukan isteri dan membuatnya lebih tenang dalam menyelesaikan pelbagai macam kerja di rumah.

Prihatin kesihatan
Ketika isteri sakit, segeralah mencari ubat untuk meredakan kesakitannya. Selain itu jangan benarkan isteri membuat kerja rumah sepanjang diri tidak sihat. Ia bukan saja tanda penghargaan tapi juga prihatin.

Berbakti kepada kedua orang tua isteri
Berbakti kepada ibu bapa isteri atau mentua juga merupakan satu penghargaan suami buat isteri. Bakti suami tersebut akan membahagiakan isteri dan kedua orang tuanya.

Menjalin silaturahim dengan saudara mara

Suami juga boleh menjalin silaturahim dengan seluruh anggota keluarga dan sanak saudara isterinya. Berbuat baik, menghormati dan menjalin hubungan mesra terhadap menjadi tanda bahawa suami bukan sahaja menghargai isteri malah keluarganya juga.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

23 October 2013

Awet Muda Secara Semulajadi




Pokok durian belanda banyak ditanam di Amerika Selatan, Hindia Barat dan Bahama.  Buah sukulen ini boleh dimakan mentah atau dibuat jus.  Rasanya yang masam manis menjadikan durian belanda buah atau jus yang menyegarkan untuk menghilangkan dahaga dalam cuaca tropika yang panas di negara kita.
 
Satu kelebihan buah durian belanda dari segi pemakanan ialah kandungan seratnya yang tinggi.   Hidangan 1 cawan durian belanda membekalkan 7 gram serat.  Ini bersamaan 1/3 serat yang diperlukan oleh orang dewasa. 
 
Jika anda mengalami tekanan darah tinggi, anda boleh memasukkan durian belanda dalam senarai bahan keperluan apabila anda membeli-belah.  Satu cawan durian belanda membekalkan lebih 600 mg kalium, iaitu zat galian yang mengimbangkan kenaikan tekanan darah disebabkan natrium.  Kalium juga membantu mencegah kekejangan otot, dan kerana itu ia juga baik untuk dijadikan snek sebelum bersenam bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.
 
Hidangan secawan durian belanda membekalkan separuh (50%) daripada pengambilan vitamin C yang disyorkan untuk orang dewasa.  Pengambilan vitamin C secukupnya dalam diet membantu pengeluaran kolagen kulit bagi mengekalkan keanjalan kulit.  Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah durian belanda adalah cara semula jadi untuk awet muda.
 
Idea untuk jus – Isi durian belanda + buah belimbing + pear Cina





Sumber dari http://pama.karangkraf.com/petua/cara-semulajadi-awet-muda-1.208164





22 October 2013

Rotavirus Ancam Nyawa

 


Pernahkah anda mendengar penyakit Rotavirus? Mungkin anak anda pernah mengalami cirit-birit dan muntah-muntah. Mungkin juga anda menganggapnya perkara biasa. Hakikatnya tidak. Jika tidak dikawal, nyawa anak boleh terancam!



Di seluruh dunia, penyakit rotavirus menjadi punca separuh daripada kemasukan kanak-kanak dalam hospital akibat gastroenteritis akut di kalangan mereka yang berumur bawah lima tahun.



Manakala di Malaysia, ancaman ini semakin bertambah apabila melihat peratusan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital akibat simptom cirit-birit dan muntah-muntah semakin tinggi.



Gastroenteritis rotavirus boleh menjadi serius secara tiba-tiba dan menyebabkan penyahidratan. Cirit-birit akibat rotavirus biasanya dialami selama tiga hingga Sembilan hari dan boleh kekal sehingga tiga minggu.



Kesan jangkitan rotavirus bukan sahaja membawa penderitaan kepada anak tetapi juga tekanan emosi kepada diri sendiri. Malah ia turut memberi bebanan ekonomi kerana perlu menanggung kos rawatan yang tinggi. Bahkan, anda juga perlu mengambil cuti yang panjang untuk menjaga anak yang sakit.



Rotavirus menyebabkan jangkitan virus usus yang mengakibatkan demam, muntah-muntah dan cirit-birit teruk. Lebih teruk lagi, ia boleh menyebabkan masalah penyahidratan sehingga anak anda perlu dimasukkan ke dalam hospital.



Virus ini boleh tersebar terutamanya melalui mulut atau sentuhan dengan najis yang telah dijangkiti. Penularan rotavirus berkait secara langsung dengan kehadiran sejumlah besar zarah virus di dalam najis.



Oleh kerana virus boleh terus hidup dalam persekitaran, jangkitan berlaku menerusi penyebaran manusia kepada manusia, pengambilan makanan atau air tercemar dan sentuhan dengan permukaan tercemar seperti alat permainan.


Ia berjangkit dan boleh hidup selama berjam-jam pada tangan dan berhari-hari pada permukaan pejal. Ia mampu kekal stabil dan boleh menjangkiti najis manusia sehingga satu minggu.







Sumber dari http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/rotavirus-ancam-nyawa-1.209974

21 October 2013

Putih Telur Kurangkan Tekanan Darah Tinggi





Makan telur sering ditakuti ramai dek kerana kandungan kolesterol di dalamnya.  Asal tidak mengambilnya secara berlebihan, telur merupakan bahan semula jadi yang sihat untuk memelihara jantung anda.
 
Kuning telur sering dimusuhi namun sebaiknya anda bersahabatlah dengan putih telur.  Ini kerana, manfaatnya begitu baik untuk kesihatan. Menerusi kajian yang dilakukan di Clemson University, sebatian kimia yang mengandungi dua atau lebih asid amino ditemui di dalam putih telur.  Kandungan tersebut dapat mengurangi tekanan darah tinggi.
 
Menurut ketua penyelidik tersebut, kajian tersebut menunjukkan terdapat kesan yang menguntungkan daripada mengambil putih telur. Ia bukan sahaja memelihara kesihatan jantung tetapi juga memelihara tekanan darah agar kekal stabil. Malah, beliau turut menyarankan agar orang ramai mengambil tiga putih telur dan satu kuning telur untuk sarapan setiap hari.
 
Putih telur yang dimasak tidak kehilangan kandungan peptide sehingga anda boleh menikmati manfaatnya di dalam bentuk yang sudah dimasak.  Tambahan, putih telur bebas dari kolesterol berbanding kuning telur.




       

18 October 2013

Resepi Gulai Sotong Sumbat




Pastinya ramai penggemar masakan Padang atau Minangkabau di negara kita. Hidangan yang hampir sama dengan lauk pauk masyarakat Melayu membolehkan ia diterima ramai. Malah untuk menikmati masakan ini juga mudah. Jom cuba salah satu resepi masakan Padang, Gulai Sotong Sumbat.
 
Bahan-bahan:
6 ekor sotong besar
6 biji telur rebus
1 sudu makan rempah kari
300 ml santan
200 ml air
1 sudu makan air asam jawa
Garam secukup rasa
Sedikit lidi
 
Bahan dikisar:
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
5 tangkai cili padi
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
2 batang serai
 
Cara Membuat:
  • Masukkan air, santan, bahan kisaran dan rempah kari dalam periuk. Kacau rata ketika memasak dan biarkan sebentar.
  • Sementara itu, masukkan telur rebus di dalam perut sotong dan tutup badan sotong dengan kepalanya. Sematkan dengan lidi supaya kepala sotong tidak tercabut ketika dimasak.
  • Selepas kuah mula mendidih, masukkan air asam jawa dan semua sotong.
  • Tambah garam secukup rasa. Sedia dinikmati.





Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/dapur/gulai-sotong-sumbat-1.208114



17 October 2013

Ikan Bakar Lebih Enak

Assalamualaikum semua.. Menarik jugak petua ari nih.. Kan baru nih citer pasal ikan terubuk bakar kan.. Ari ni nak kongsi petua menjadikan ikan bakar jadi lebih sedap.. Raya ni asyik makan daging jer pun bukan bagus kan, meh kita makan ikan plak..




Pasti ramai yang suka makan ikan bakar, namun tidak ramai yang tahu rahsia bagaimana untuk jadikan ikan bakar anda rasa lebih sedap.

Sebenarnya ada cara mudah untuk menambah keenakan ikan bakar. Selepas ikan dibersihkan, perapkan ikan dengan sedikit asam jawa selama beberapa minit.

Kemudian barulah ikan dibakar hingga masak. Selamat mencuba, ya!






Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/ikan-bakar-lebih-enak-1.210651


15 October 2013

Petua Atasi Bau Daging Kambing

Assalamualaikum semua.. Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca yang sudi menjengah blog seorang penulis amatur nih.. Di sini nak kongsi etua untuk mengatasi bau daging kambing.. Yelah, time raya korban nih mungkin ada di antara kita korban kambing berbanding lembu.. Meh tengok antara petua yang ada yang mungkin membantu kita dalam penyediaan masakan daging kambing tanpa berbau..




Sempena Hari Raya Aidiladha ni, pasti ada di antara anda yang masih tidak tahu cara bagaimana untuk menghilangkan bau daging kambing untuk dimasak.



Daging kambing lazimnya berbau hamis. Bagi menghilangkan bau tersebut, kisar daun serai, daun limau purut dan daun pandan.



Campurkan semuanya dalam sedikit tepung gandum, garam dan perahan limau nipis.



Perapkan daging dengan bahan tersebut untuk seketika. Basuh daging kambing sebelum dimasak.






Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/atasi-bau-daging-kambing-1.210721



14 October 2013

Petua Cara Mudah Keluarkan Kek

Assalamualaikum semua.. Memandangkan esok dah Hari Raya Aidiladha, mungkin ada yang berkira-kira untuk menyediakan kek sebagai hidangan buat para tetamu yang datang ke rumah nanti.. Di sini disertakan petua yang mungkin berguna bagi kita agar kek yang dimasak nanti tidak melekat pada acuan atau loyang kek..





Ramai yang suka buat kek tetapi jika ditanya tentang petua-petua buat kek, ada yang masih tidak tahu. Kadang-kala ada yang terlupa hendak menyapu mentega pada loyang membakar kek. Di sini dikongsikan tips mudah untuk keluarkan kek dengan sempurna walau tanpa mentega!

Apabila kek telah masak, letakkan loyang di atas kain basah beberapa minit. Kemudian kek yang dibakar akan mudah dikeluarkan. Selepas ini anda boleh gunakan petua ini. Selamat mencuba!






Sumber dari Majalah Mingguan Wanita


11 October 2013

Resepi Ikan Terubuk Air Asam

Assalamualaikum semua.. Sebenarnya letak entry nih sebab suka sangat ngan ikan terutamanya ikan bakar makan ngan air asam.. Lama tak buat ikan bakar.. Kecur lidah nengok resepi nih.. Jom kita buat ujung minggu nih.. Kena plak ikan yang fresh lagi la sodap kan.. Hahaha..




Sedap pula tengok warna ikan terubuk ini selepas dibakar. Itu belum rasa air asam ikan terubuk ini lagi. Anda boleh mencuba resepi mudah kali ini dengan air asam istimewa di dapur rumah anda. Tidak perlu mencari di kedai-kedai makan, malah keluarga anda boleh turut menjamu selera dengan masakan air tangan anda kali ini. Selamat mencuba!



Bahan-bahan:

2 ekor ikan terubuk - dibersihkan

Garam

Serbuk kunyit secukupnya



Cara Membuat:

  • Potong ikan menjadi dua serta digaul garam kunyit.
  • Panaskan grill pan atau kuali leper serta masukkan minyak secukupnya dalam 2-3 sudu besar minyak masak supaya ikan tidak melekat pada pemukaan kuali.
  • Guna api sederhana besar supaya ikan masak dengan sekata.
  • Buka tutup periuk dan terbalikkan ikan.
  • Jika sudah masak, ikan bolehlah diangkat.

AIR ASAM KERISIK

 
Bahan-bahan:
 
4-5 Cili merah (Boleh dicampur cili api jika anda suka pedas)
1 biji bawang besar
Sedikit Air asam jawa
Sedikit belacan bakar
Kerisik secukupnya
Garam dan Gula

 
Cara Membuat:
  • Cili merah dipotong nipis-nipis kemudian masukkan dalam mangkuk.
  • Bawang merah dimayang nipis, masukkan ke dalam bekas berisi cili merah.
  • Masukkan kerisik dan belacan secukup rasa ke dalam mangkuk tadi.
  • Ramas asam jawa dengan air masak secukupnya dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk.
  • Kemudian masukkan gula, garam dan gaul semua bahan sehingga sebati.