Assalamualaikum semua.. Korang ada tak anak yang dianggap obesiti.. Saya ada anak sulung dah dikira kategori obesiti.. Nak kata tak aktif, aktif jugak..Petang2 kayuh basikal ke sini ke sana.. Nak kata ari2 makan ayam pun tak jugak.. Ntahlah, makin hari makin sihat rupanya..




Memiliki anak yang montel dan tembam pastinya ibu bapa berasa gembira kerana anak mereka akan dianggap sebagai comel apabila orang ramai melihatnya. Tanpa disedari hal itu sebenarnya memberi kesan yang buruk apabila bakal memproseskan generasi gemuk dan berpenyakit untuk masa akan datang. Sesungguhnya rumah merupakan tempat terbaik untuk memupuk amalan pemakanan secara sihat dalam kalangan anak-anak dan ahli keluarga. Pada masa yang sama, ibu bapa perlu menjadi agen iaitu menajdi pembentuk generasi sihat dengan mendidik si kecil untuk mengamalkan rutin pemakanan yang baik. Berikut ada beberapa panduan yang boleh ibu bapa lakukan untuk menghalang daripada masalah ini berlanjutan.


Seimbangkan pemakanan

  • Hal ini dapat dilakukan dengan mengajar anak-anak untuk makan secara bersederhana bagi semua jenis kumpulan makanan seperti karbohidrat, protein dan lemak. Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran pula, perkara ini perlu di ambil dalam jumlah yang banyak tetapi tetap perlu diseimbangkan dengan jenis kumpulan makanan yang lain juga. Apa yang berlaku pada masa kini ialah si anak dibiarkan makan secara berlebihan. Lemak yang terlalu banyak daripada makanan yang diambil akhirnya disimpan di dalam tubuh lalu menjadi penyebab obesiti terjadi.

Minimumkan makanan ringan

  • Makanan ringan mengandungi perisa dan pewarna yang dapat memikat selera si dia untuk memakannya secara berlebihan. Pengambilan makanan ringan seperti snek, gula-gula dan seumpama dengannya boleh menyebabkan anak enggan mengambil makanan yang lebih berkhasiat. Ketahuilah, bahan tambahan yang terdapat dalam makanan sebegini juga boleh menjejaskan kesihatan anak anda apabila meningkat dewasa.

Sekat minum berkarbonat

  • Ada segelintir ibu bapa gemar memberi si kecil minuman berkarbonat sedangkan hal ini tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana kandungan gulanya yang tinggi. Gula yang tinggi boleh menyebabkan anak menjadi hiperaktif dan tidak dapat member tumpuan dengan sebaik mungkin. Selain daripada itu minuman berkarbonat turut mengandungi bahan tambahan, pewarna dan perisa yang boleh menyukarkan proses perkumuhan buah pinggang. Jika meminum air berkarbonat menjadi amalan biasa, kegagalan buah pinggang boleh berlaku di usia muda.

Wajibkan sarapan

  • Setiap pagi, pastikan anak mengambil sarapan, perkara ini merupakan makanan yang wajib diambil sebagai sumber bekalan tenaga agar tumpuannya terhadap aktiviti seharian tidak terjejas.

Tingkatkan aktiviti fizikal

  • Galakkan anak anda bermain di luar rumah seperti taman permainan kanak-kanak. Secara tidak langsung, dia dapat mengurangkan aktivit fizikal yang memerlukan hanya berada di dalam rumah dengan bermain permainan video atau menonton televisyen sambil makan. Galakkan juga dia untuk bersukan. Jika kurang berminat dengan aktiviti sukan, cukuplah sekadar berenang atau mengayuh basikal.

Kurangkan makanan segera

  • Kebanyakkan makanan segera mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Namun, tidak dinafikan kebanyakkan restoran makanan segera masa kini mempunyai banyak pilihan makanan yang lebih berkhasiat. Jadi, kurangkan kekerapan anda member anak makanan segera sebaliknya memilih makanan yang berkhasiat apabila pergi ke restoran makanan segera.