30 June 2011

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik memasuki kereta


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.



Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih-lebihan secara tidak sedar.


Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut keluar dari tubuh.



Sumber dari google


Dah buat pun lepas baca email ni dari kawan hampir 2 tahun yang lepas.. Saja letakkan dalam blog ni untuk berkongsi maklumat dengan kawan-kawan yang belum tahu berkenaan maklumat ni jer..

29 June 2011

Gaya Tidur Bayi


Pada keseluruhannya, bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, ia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan. Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2-4 jam terus menerus di antara waktu makan.

Gaya Tidur
Setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri.
  • Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16-20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan.
  • Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4-5 jam bergantung kepada daya tahan lapar.
  • Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir. Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6-8 jam.
  • Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bunyian jika tidak nyenyak tidur. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam. Ibu bapa tidak perlu risau pada gangguan ini kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini. 
  • Sekiranya bayi anda menangis berterusan selama beberapa minit, anda perlu memberi perhatian. bayi mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa perhatian yang berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.


Posisi Tidur
American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah "TIDUR TERLENTANG" dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome - SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat pernafasan.

Tempat Tidur
Cadangan tempat tidur bayi :-
  • Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
  • Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada isian dan pengadang katil yang tidak selamat.
  • Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
  • Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.
  • Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
  • Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.
  • Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.
  • Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
  • Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.
Mengikut laporan, bayi yang berkongsi katil dengan orang lain boleh membahayakan bayi tersebut. Ikutilah panduan-panduan berikut:-
  • Letakkan katil bayi berdekatan dengan katil ibu bapa untuk memudahkan penyusuan ibu dan sentuhan.
  • Sekiranya ibu memilih untuk menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak tidur dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas/longgar. katil perlu dijauhkan dari dinding dan perabot untuk mengelakkan bayi daripada tersepit.
  • Orang dewasa selain dari ibu bapa, anak-anak yang lain tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi.
  • Ibu atau bapa yang memilih untuk berkongsi tempat tidur dengan bayi tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang akan membahayakan penjagaan bayi.
Membantu Bayi Tidur
Anda boleh menidurkan bayi anda dengan mengenalpasti masa yang sesuai untuk tidur dan menyediakan tempat tidur yang selesa dan selamat.
  • Hindarkan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin.
  • Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.
  • Pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialih ke katil sebelum bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar tidur dengan sendiri.
  • Memainkan muzik yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur, dengan muzik ia boleh membentuk jadual tidur berkala.


Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia


Hai anak2 dah besar baru dapat tips nih.. Tak pa lah, mana nak tau boleh praktikkan untuk next baby.. Tapi ntah bila pun tak tau, belum ada perancangan pun..

28 June 2011

Berjalan Kaki Dapat Mengurangkan Risiko Strok Pada Wanita


Daripada penelitian yang telah dilakukan oleh beberapa pakar kesihatan di Women’s Health Study (WHS) mendapati bahawa berjalan kaki dapat mengurangkan risiko mendapat strok pada wanita. Dikatakan bahawa wanita yang berjalan kaki selama 2 jam atau lebih seminggu terutama dengan kelajuan yang cepat mempunyai risiko yang lebih rendah dibandingkan dengan wanita yang tidak berjalan kaki sama sekali.

Jacob Sattelmair, MSc, Havard School of Public Health mendapati bahawa berjalan dengan kadar masa yang lama (duration) dan kelajuan berjalan kaki mempunyai hubungan secara terbalik (inversely related) dengan risiko untuk mendapat ischemic dan hemorrhagic stroke pada 39,315 orang wanita yang berumur 45 tahun dan ke atas.

Daripada data statistik penelitian tersebut, wanita yang berjalan selama 2 jam atau lebih seminggu mempunyai 30% risiko lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak, dan juga wanita yang berjalan dengan kelajuan >4.8km sejam (kelajuan biasa) mempunyai 37% risiko lebih rendah daripada wanita yang tidak berjalan kaki sama sekali.

Jadi sebagai kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki juga dapat mencegah kita daripada mendapat strok di kemudian hari. Jangan lupa bersenam 3 kali seminggu selama 20 minit!!



Sumber dari http://ekesihatan.com


Tak sangka plak yang wanita ni lagi berisiko tinggi untuk mendapat strok berbanding lelaki.. Penyakit sekarang memang tak kenal orang, tak kira kecil, besar, tua ataupun muda.. Jadi jagalah kesihatan anda agar dapat terhindar dari pelbagai penyakit.. Apapun tadi dah berjalan kat site.. Penat.. Penat.. Penat..

27 June 2011

Fakta Penting Tentang Antibiotik


Kita ketahui bahawa antibiotik banyak diberikan untuk membunuh kuman atau bakteria yang menyebabkan penyakit. Tetapi anda perlu tahu bahawa antibiotik tidak berkesan untuk membunuh virus.


Penggunaan antibiotik yang berleluasa sekarang telah menyebabkan banyak bakteria yang tahan (resistant) terhadap pelbagai antibiotik. Hasilnya, kebanyakan antibiotik yang telah dicipta tidak dapat membunuh bakteria penyebab penyakit atau kurangnya keberkesanan antibiotik tersebut untuk melawan penyakit.


Terdapat dua jenis bakteria, bakteria jinak (apathogen) yang tidak menyebabkan penyakit, dan bakteria penyebab penyakit (pathogenic). Secara fisiologi, badan kita memang mempunyai bakteria tertentu. Bakteria ini membantu menyeimbangkan keadaan di dalam tubuh kita supaya fungsi badan di tahap maksimal. Apabila bakteria pathogenic ataupun bilangan bakteria apathogen meningkat, akan terjadinya ketidakseimbangan keadaan di dalam tubuh. Akibatnya, timbul penyakit.


Apabila anda memakan ubat antibiotik tatkala anda diserang penyakit yang disebabkan oleh virus, maka ubat tersebut akan bertindak ke atas bakteria jinak di dalam tubuh anda tetapi tidak ke atas virus tadi. Bakteria yang diserang oleh antibiotik tersebut akan bermutasi dan berevolusi untuk melawan serangan tersebut.


Hasilnya, bakteria menjadi semakin kuat dan antibiotik tidak dapat membunuh bakteria-bakteria jahat yang menyebabkan penyakit itu.


Sekarang ini, terdapat pelbagai bakteria yang tahan terhadap antibiotik dan untuk menghasilkan antibiotik yang baru bukanlah mudah. Para saintis dan doktor di seluruh dunia sedang berusaha untuk menangani masalah ini.



Apa yang anda perlu lakukan sebagai seorang pengguna adalah:

1 Tidak memakan antibiotik sekiranya diserang penyakit yang disebabkan oleh virus.
2 Memakan antibiotik sehingga habis seperti yang telah doktor sarankan (waktu makan, jumlah ubat, cara makan).
3 Terus memakan antibiotik mengikut nasihat doktor walaupun anda merasa sudah sihat.
4 Berbincang tentang antibiotik resistance dengan doktor anda.


Sumber dari  www MD


Ubat oh ubat.. Aku selalunya memang abiskan jugak antibiotik.. Tu pun lepas dengar citer dari kawan2 ler.. Hai bila nak baik selesema ngan batuk nih.. Tak larat nak telan ubat dah..

24 June 2011

Dosa berkuku panjang


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang. Bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut, potonglah kuku anda.

Kebenarannya

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.
Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dan lain-lain. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bankrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Dan untuk info tambahan, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.



Sumber dari google


Tak sangka plak kuku panjang ni berdosa jugak walaupun hanya panjang 1mm.. Kalau macam tu, kena kerap-kerap la potong kuku..

23 June 2011

Amalan minum air sebelum dan selepas tidur


Air bukan sahaja menghilangkan dahaga tetapi amat perlu bagi membantu pertumbuhan semula sel, membantu mengeluarkan toksik daripada tubuh dan membantu dalam proses metabolisme tubuh.

Menurut kajian, air merupakan komponen terbesar di dalam semua makhluk hidup. Dalam tubuh manusia sendiri terdapat 70 peratus air. Kekurangan air di dalam tubuh boleh mengganggu kesihatan tubuh, malah banyak penyakit berlaku disebabkan kekurangan air dan pengambilan air yang tercemar. Oleh itu, pengambilan air secara teratur amat bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan.

Air putih contohnya, sering diabaikan oleh orang ramai terutama sekali ketika bangun daripada tidur. Amalan minum air sebaik bangun dari tidur amat bermanfaat untuk kesihatan. Sebenarnya, sepanjang kita tidur di antara enam hingga lapan jam setiap malam, kita tidak minum air sehingga menyebabkan tubuh kekurangan air.

Sepanjang tempoh tidur, tubuh akan mengeluarkan banyak cairan melalui pengewapan. Ini kerana, tubuh tidak berhenti bekerja biarpun kita tidur. Metabolisme sel akan kekal berjalan dan cairan daripada sel tubuhlah yang membantunya.

Sebab itu, kita akan berasa dahaga apabila setiap kali bangun dari tidur. Keadaan ini perlu dipulihkan segera dengan meminum air sebanyak 250 ml hingga 500 ml air, bergantung kepada berat badan seseorang, agar tubuh akan kembali segar semula.

Jika kita tidak meminum air setelah bangun daripada tidur, tubuh akan kekurangan mineral. Untuk permulaan, minum segelas air putih setelah bangun daripada tidur akan membantu tubuh. Air yang terdapat di dalam tubuh kita digunakan oleh organ-organ tubuh yang tidak pernah berhenti bekerja termasuklah otak, jantung dan ginjal. Oleh itu, kita disarankan minum air.

Selain itu, bukan hanya ketika bangun tidur kita perlu minum air, tetapi sebelum tidur juga kita disarankan untuk minum air. Tidak perlu terlalu banyak kerana minum air berlebihan sebelum tidur akan membuatkan kita sering terjaga malam untuk membuang air kecil, seterusnya mengganggu kualiti tidur anda. Malah, ia juga boleh memudaratkan fungsi jantung dan ginjal.


WAJAH-WAJAH DEHIDRASI

 1  Artritis
Masalah yang paling banyak dialami masyarakat hari ini. Kekurangan air hadir dalam bentuk penyakit artritis.

 2  Pedih ulu hati
Ia merupakan daripada dehidrasi. Apa pun pedih ulu hati mengganggu tidur malam atau ketenangan minda berjuta individu di seluruh dunia.

 3  Sakit belakang
Kesakitan yang berlaku secara berkala ini menyerang jutaan manusia di seluruh dunia.

 4  Migrain
Kesakitan yang melemahkan tubuh ini menjadi punca kemusnahan kebanyakan pesakit.

 5  Kolitis (Radang Usus Besar)
Masalah ini dikaitkan dengan sembelit dan penghadaman yang memberi kesan kepada sebahagian besar masyarakat hari ini.

 6  Fibromyalgia
Rasa sakit pada otot dan sendi di seluruh tubuhboleh melumpuhkan pergerakan.

 7  Angina
Memandangkan angina (sakit dada) adalah alamat yang menunjukkan akan berlaku serangan jantung dan kemungkinan kematian, ia merupakan kesakitan yang paling ditakuti.



Sumber dari majalah mingguan wanita dan majalah iSIHAT


Yang pernah dengar minum air selepas bangun tidur jer.. Tak sangka plak kena minum air juga sebelum tidur.. Tapi kalau banyak minum air sebelum tidur, kerap plak nk kena ulang masuk toilet.. Memang banyak kesannya kalau kurang minum air..

22 June 2011

10 Tip Diet Praktis


Walau di manapun anda berada, diet tetap diet. Jangan mengabaikan diet anda gara-gara majlis makan malam atau hidangan makanan lazat yang dijamu di depan mata. Satu yang anda harus ingat, diet perlu dijadikan keutamaan. Cuba praktikkan tip diet ringkas di beberapa tempat yang anda fikirkan banyak halangannya untuk berdiet. Ketepikan semua yang membebankan anda sebelum ini dan atur diet anda dengan sempurna walau dimanapun anda berada.

DI PEJABAT

1 Lebihkan Air Kosong
banyakkan minum air terutama air kosong. Air kosong sememangnya baik untuk kesihatan dan peredaran darah. Air juga mengenyangkan perut anda yang lapar. Air secara lazimnya membantu meningkatkan metabolisme tubuh yang membantu pembakaran lemak dalam badan.

2 Rendah Lemak atau Penuh Krim?
Di pejabat anda tidak mungkin dapat melarikan diri dari minuman susu berkrim. Tambah pula ia kegemaran anda sejak dulu. Pengambilan susu adalah tepat untuk anda. namun, apa kata kali ini anda bertukar kepada susu rendah lemak pula. Ia lebih menyihatkan dan perut juga terasa lebih kenyang.


DI MAJLIS MAKAN MALAM

3 Pilihlah Dua Atau Tiga Menu Sahaja
Terpesona dengan deretan hidangan yang membangkitkan selera. Ingat! Anda masih berdiet. Tetapkan pilihan paling berkenan di hati. Pilih dua atau tiga menu sahaja dan baliklah ke tempat duduk dari membangkitkan nafsu makan lain. Pastikan pilihan menu anda sihat.

4 Hindar Makanan Berkalori Tinggi
Elakkan memilih makanan berkalori tinggi seperti daging dengan adunan keju yang sememangnya tidak sihat. Bertukarlah pada salad buah-buahan mehupun sayur yang direbus dan dimakan mentah. Anda masih boleh menikmati hidangan malam dengan berselera sekali.

5 Cegah Minuman Berkarbonat
Mahu tidak mahu dalam pesta dan makan malam sebegini, anda tidak terlepas dari minuman berkarbonat mahupun susu pekat krim dan juga kafein yang sangat tinggi. Nah, usah kaku melihat semuanya hanya gara-gara nafsu makan yang tidak mampu anda kawal. Beralihlah kepada jus buah-buahan mahupun hanya air kosong, ia membuat anda lebih sihat.


DI RUMAH

6 Santai Dengan Snek Sihat
Setiap kali menonton televisyen pastikan bekalan air kosong mahupun jus segar sentiasa bersama. Ia mendorong anda dari mengambil makanan yang bukan hanya tidak mengenyangkan tetapi juga tidak sihat. Kekacang, sandwic mahupun buah-buahan segar juga memberi kelebihan pada tubuh. Elakkan snek ringan yang kurang sihat.

7 Coklat Sebagai Ganti Minum Petang
Untuk elakkan snek yang tidak sihat, coklat panas mahupun jus buah-buahan paling disarankan di kala petang ketika anda sadang enak bersantai. Selain mengenyangkan perut, ia turut membekalkan karbohidrat yang sihat untuk tubuh. Namun, usah pula terlebih had.

8 Suplemen Untuk Membantu
Jika makanan menjadi masalah pada anda, ambil suplemen untuk membantu anda membakar lemak makanan yang ada. Selain menyekat kemasukan lemak berlebihan daripada makanan, ia membantu menurunkan berat badan secara sihat.


DI KAFETERIA

9 Pilih Makanan Rendah Lemak
Celaru dengan makanan kafe yang agak terhad. Hanya kerana ini jangan pula anda abaikan diet yang selama ini terjaga rapi. Berusahalah mengambil sup sayur tanpa nasi. Pilihan ikan bakar juga paling sesuai untuk anda.

10 Pesan Makanan Rebus
Jika anda punya masa lapang, ambil masa memesan makanan terlabih dahulu sebelum tiba waktunya. Pesanlah aneka makanan rebus dan bakar yang paling mudah setiap hari. Lama kelamaan, penyedia makanan anda juga sudah terbiasa dengan pesanan sebegini. Bukankah ini juga lebih memudahkan anda untuk berdiet?



Sumber dari majalah rapi

21 June 2011

Petua Penjimatan Tenaga Elektrik


Bermula 1 Jun 2011, kadar purata elektrik untuk pengguna domestik akan meningkat sebanyak 4.52%.

Pengguna domestik yang mengguna di antara 1 hingga 300 kWh sebulan tidak akan terjejas dengan tarif baru. Mereka masih menikmati kadar subsidi 21.8 sen/kWh. Kadar elektrik ini tidak bertukar sejak 1997. Ini merangkumi kesemua 200,000 isi rumah miskin di Malaysia.


Rumah yang berkecekapan tenaga adalah salah satu cara bagi mengurangkan perbelanjaan bil elektrik anda. Ianya adalah salah satu cara yang paling mudah bagi mengurangkan kesan penggunaan elektrik berlebihan terhadap alam sekitar.


Berikut adalah cara-cara bagaimana anda dapat membantu mengurangkan penggunaan tenaga dan perbelanjaan bil elektrik anda.
Padamkan peralatan elektrik atau lampu, jika tidak digunakan
Jika anda tidak menggunakan sebarang peralatan elektrik buat jangka masa yang panjang, sila padamkan dan cabut palamnya daripada suis. Peralatan yang berada dalam mod siap sedia atau pengecas bateri yang dipasang masih menggunakan sejumlah tenaga yang kecil.
Gunakan lampu neon berkecekapan tenaga
Gunakanlah lampu neon atau floresen kerana ianya menggunakan tenaga dua pertiga kurang daripada lampu pijar dan dapat bertahan enam hingga 10 kali lebih lama. Lampu ini juga kurang menghasilkan haba.
Gunakan mentol watt lebih rendah
Daripada menggunakan mentol 100-watt, anda mungkin memerlukan hanya mentol 60 watt untuk beberapa bilik dan ruang di rumah anda.
Gunakan peti sejuk anda dengan bijak
Biarkan makanan yang dimasak sejuk terlebih dahulu sebelum menyimpannya ke dalam peti sejuk dan rancang simpanan makanan dan bahan mentah anda dengan bijak dan efisien kerana peti sejuk yang terlebih muatan akan menggunakan lebih banyak tenaga. Juga pastikan peti sejuk ditempatkan sekurang-kurangnya 4 inci daripada dinding untuk mengelakkan motor peti sejuk anda rosak.
Optimumkan penggunaan mesin basuh anda
Basuh pakaian anda menggunakan air paip biasa dan basuhlah dalam kuantiti yang banyak. Apabila anda ingin membasuh sedikit pakaian, pilihlah tetapan yang bersesuaian dengan kuantiti pakaian anda pada mesin basuh. Cuba jemur pakaian anda seperti biasa daripada menggunakan mesin pengering yang tidak cekap tenaga.
Selenggara unit pendingin hawa anda
Bersihkan penapis udara pada pendingin hawa anda kerana penapis yang terlalu kotor menggunakan lebih banyak tenaga untuk beroperasi. Tetapkan suhu pendingin hawa di antara 22 hingga 26 darjah Celsius untuk keselesaan yang optimum.
Sejukkan rumah anda dengan mengurangkan haba dalaman
Selain daripada memadamkan peralatan elektrik mahupun lampu yang tidak digunakan, anda juga boleh menggunakan langsir bagi menapis sinaran matahari secara langsung ke dalam rumah anda. Apabila memasak, pastikan pengaliran udara dengan betul agar haba tidak mengalir ke ruang lain di rumah anda.
Ganti peralatan elektrik yang lama
Peralatan elektrik yang baru menggunakan kurang tenaga berbanding yang lama. Sebagai contoh, peti sejuk yand berada di pasaran kini menggunakan kurang 40 peratus tenaga berbanding model peti sejuk 10 tahun dahulu.
Semak Kecekapan Tenaga pada Peralatan Elektrik
Jika anda merancang untuk membeli peti sejuk baru, pastikan anda membuat perbandingan kecekapan tenaga pada model-model peti sejuk pilihan anda. Penilaian Kecekapan Tenaga diperkenalkan oleh Suruhanjaya Tenaga pada 2005, bertujuan memberikan informasi kepada pengguna dengan menggunakan sistem kedudukan melalui bintang berdasarkan kecekapan tenaga sesuatu model peralatan elektrik tersebut. Ianya dinilai dengan satu bintang bagi tidak cekap sehingga lima bintang bagi paling cekap tenaga.
Pilih 'Star Energy'
Begitu juga ketika memilih komputer atau peralatan komputer, anda boleh memilih jenama dan model yang memaparkan logo Star Energy. Peralatan ini telah memenuhi garis panduan kecekapan tenaga yang telah ditetapkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar dan Jabatan Tenaga Amerika Syarikat.





Sumber dari http://www.tnbbuzz.com/


Kena cuba buat nih.. Dah la penggunaan bulanan pun kekadang ok kekadang banyak jugak.. Kena plak kalau husband kerap bukak air-cond, lagi banyak laa kadarnya.. Dah la kenaikan kadar nih dh start dh pun awal bulan ni..




20 June 2011

Kelebihan Senyum


Paling penting, Senyum itu sedekah. Tak perlu dengan duit,dengan senyuman pun kita dah boleh bersedekah tau!
· Senyum itu senaman. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

· Memulakan hari dengan senyuman dapat menceriakan hari yang dilalui. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Jadi apabila bangun pagi, jangan moody, banyak-banyakkan lah senyum. Jumpa jiran sebelah nak pergi kerja, jumpa jiran sebelah nak pergi kelas, sentiasalah senyum.

· Senyum awet muda! Aku tahu, korang semua kan nak kelihatan sentiasa muda kan? Jadi, perbanyakkan senyum. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

· Senyum hilangkan stress. Stress ada dua. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

· Senyum merendahkan risiko sakit jantung. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.



Sumber dari google


Jadi apa lagi, senyum-senyumlah selalu.. Aku memang kerap senyum, jadi tak menjadi masalah laa kalau aku nak senyum..


17 June 2011

13 Wasiat Rasulullah Kepada Ali

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.


Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.


Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.


Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: “Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:”

1 Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal’un).


2 Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah’. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.


3 Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: “Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta” ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: “Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia”.


4 Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.


5 Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.


6 Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.


7 Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.


8 Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.


9 Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.


10 Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah
diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.


11 Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.


12 Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.


13 Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.


Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.

InsyaAllah. Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.



Sumber dari google


16 June 2011

Tip pisah tempat tidur anak


Mungkin ada di antara kita mengalami masalah untuk berpisah tempat tidur dengan anak-anak. Dari kecil hinggalah berginjak masuk sekolah masih lagi mahu tidur bersama ibu bapa.. Di sini terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan panduan bersama.

1 Sediakan satu bilik yang sesuai untuk anak perempuan dan satu bilik untuk anak lelaki.

2 Hias dan kemas bilik secantik – cantiknya mengikut kemampuan poket anda dan kesesuaian umur anak.

3 Sediakan katil yang sesuai untuk anak terutama anak kecil yang lasak tidur. Pemilihan katil amat penting di samping untuk memberikan keselesaan yang terbaik untuk anak juga keselamatan harus diutamakan. Sebaik – baik katil yang sesuai ialah jenis “playpen” yang berdinding jaring kain cotton. Kalau katil bayi yang berkayu biasa , saya khuatir keselamatan anak – anak kerana peluang untuk mereka memanjat dan cedera lebih tinggi dari jenis “playpen”.

4 Untuk anak yang lebih besar, katil kanak – kanak yang sesuai dengan bentuk yang menarik lebih sesuai untuk mereka. Ada berbagai jenis rekaan dan bentuk yang direka khas sesuai dengan jantina dan citarasa mereka. Jika menggunakan katil, kita boleh guna untuk masa yang lama.

5 Bentangkan cadar yang menarik dengan gambar kartun yang mereka suka. Lebih baik , biar mereka pilih sendiri corak dan warna apa yang mereka suka dengan panduan anda.

6 Kalau bajet kecil, tidak ada masalah. Bentangkan saja tilam atau comforter untuk mereka.

7 Pastikan bilik dilengkapi dengan kipas atau aircond kalau mampu.

8 Pastikan ubat nyamuk dipasang atau diperiksa bilik itu terlebih dahulu kalau – kalau ada semut atau lipas. Jadi di sini, kebersihan amat dipentingkan. Sentiasa membersih dan mengemas bilik anak anda. Sentiasa menjemur tilam dan bantal sekerap yang mungkin. Buka tingkap setiap pagi seluas – luasnya untuk pengudaraan dan pencahayaan semaksima yang mungkin agar segala hama dan virus mati.

9 Pasang lampu tidur untuk anak. Pilih bentuk yang menarik yang mereka suka. Jangan biarkan anak tidur dalam gelap. Tidur dengan lampu tidur lebih baik sebab kalau anak terbangun dan mahu ke bilik air atau mencari kita, mereka tahu ke mana mahu dituju.

10 Pasang kalimat ALLAH , MUHAMMAD dan ayat KURSI di kepala katil mereka.

11 Boleh gantung bintang, bulan atau apa saja bentuk yang menarik di siling. Elakkan gantung binatang seperti ular, buaya , biawak , dinosaur atau sebarang binatang buas. Tidak elok untuk semangat anak – anak.

12 Buat permulaan latihan untuk anak tidur berasingan dari ibubapa, anda boleh menemani mereka pada malam – malam terawal mereka.

13 Jangan terlalu memaksa mereka untuk berpisah tidur dari kita.

14 Temankan mereka tidur dengan membacakan buku cerita kepada mereka. Pilih cerita – cerita yang sesuai seperti kisah -kisah nabi, para solihin dan cerita kanak – kanak sebagai contoh teladan. Bacakan dengan suara yang lembut, perlahan dan membuai rasa mengantuk mereka. Elakkan cerita seram atau cerita kelakar, nanti mereka langsung tak boleh tidur atau mereka akan ajak anda bermain dan bergurau sampai subuh.

15 Bacakan mereka surah – surah yang terpilih dan ajar mereka ikut bacaan anda. Pelat pun pelat la, janji mereka berminat nak ikut.

16 Bagi mereka peluk bantal peluk atau teddybear atau apa – apa yang mereka selesa dengannya. Sebagai pengganti diri anda dan peneman mereka tidur.

17 Bila mereka sudah lena, bolehlah anda beransur dengan perlahan. Suka diingatkan di sini, ada anak – anak yang mudah tertidur dan senang nak dipisahkan tetapi ada yang tersangat susah. Anda harus banyak bersabar kerana anda ibu yang penyayang dan jelita. Teruskan dengan cara ini sehingga berjaya.

18 Jika anak mengadu takut, ingatkan mereka bahawa ALLAH sentiasa ada dan menjaga mereka.

19 Jangan rapatkan pintu bilik anak agar anda mudah mendengar apa-apa bunyi dari bilik mereka.

20 Sentiasa bangun memeriksa keadaan mereka ketika tidur.

21 Pastikan setiap tingkap dan pintu bilik air mereka tertutup.

22 Sebaik – baiknya anda meletakkan pengesan bunyi atau sejenis walkie talkie yang mana alat ini sesuai diletakkan untuk mengesan sembarang bunyi dari bilik anak anda. Anda boleh mendengar suara anak terjaga atau menangis atau mereka memanggil anda dari bilik anda. Tanya penjual bagaimana nak setkan alat tersebut.

23 Anda boleh bergilir dengan suami untuk meneman dan menidurkan mereka.

24 Tidurkan mereka awal – awal agar anda ada masa untuk melayan suami atau membuat kerja lain.

25 Peringatan di sini, jangan letak banyak mainan di bilik tidur anak. Satu dua cukuplah. Setkan di fikiran mereka bilik tidur adalah untuk tidur. Jika tidak sampai pukul berapa pun mereka tidak akan tidur kerana asyik dengan mainan.



Sumber dari google


Info ni sedikit sebanyak memberi idea dan cara untuk berpisah tempat tidur dengan anak-anak.. Harap2 boleh la try agar anak2 boleh tidur di bilik mereka sendiri..

15 June 2011

Badam tak menambah berat badan


Anda penggemar kacang badam? Jika sebelum ini anda berat hati untuk meninggalkan makanan kegemaran ini gara-gara percaya bahawa kacang ini boleh menambah berat badan, ini mungkin berita baik untuk anda.

Ternyata, mempercayai kacang badam boleh menambah berat badan adalah salah sama sekali. Walhal, kacang ini antara kacang yang menyihatkan selagi ia diambil dalam kuantiti yang sederhana, bukan berlebihan. Antara manfaat yang boleh diperolehi dengan menikmati kacang ini ialah:
  • Badam memiliki nutrisi penting yang lengkap seperti kalsium, kalium dan magnesium yang membantu mengatur tekanan darah serta mencegah osteoporosis.
  • Biarpun mengandungi lemak, lemak yang terkandung di dalamnya adalah lemak baik. Selain antioksidan, badam mengandungi lemak tak jenuh tunggal dan beberapa polyunsaturated yang cenderung menurunkan kadar kolesterol jahat di dalam tubuh.
  • Badam juga mengandungi vitamin E yang boleh mencegah penyakit jantung dan melambatkan proses penuaan. Oleh itu, tidak hairanlah bila ia boleh membantu merawat kesihatan kulit dan rambut.
  • Asid folat pada badam dapat menurunkan kadar homosistein di dalam tubuh.
Uniknya kacang badam ini, apabila anda menikmatinya sebagai hidangan snek ringan, manfaat yang anda miliki seolah-olah anda menikmati buah-buahan. Selain itu, anda juga boleh menikmatinya secara mentah atau ditaburkan di dalam hidangan makanan.

Oleh itu, jika anda ingin mengudap makanan ringan, pilihlah segenggam kacang badam yang menyihatkan dan lazat tanpa perlu bimbang akan penambahan berat badan.



Sumber dari majalah mingguan wanita


Kacang badam memang sedap dimakan.. Kena plak makan badam yang disaluti coklat.. Tak sangka banyak juga khasiatnya..

14 June 2011

Sesuaikan Gaya & Fabrik Dengan Situasi


Pernahkah anda merasa kekok dan tidak selesa memakai tudung atau selendang semasa menghadiri sesuatu majlis? Jika ya, apakah penyebabnya? Adakah kerana gaya tudung yang dibentuk tidak cantik atau fabrik yang digunakan tidak bersesuaian dengan majlis yang anda hadiri? Sudah pasti kedua-duanya bukan?


Tip kali ini akan membantu anda untuk tampil lebih selesa dan menarik mengikut situasi dan juga acara yang anda hadiri. Tidak kiralah majlis formal atau santai mahupun hanya untuk ke pusat membeli belah. Semuanya boleh anda aplikasikan untuk keselesaan diri sendiri.



FABRIK VOILE
Tudung bawal sudah sinonim buat mereka yang bertudung di negara ini kerana kainnya yang tidak terlalu lembut atau keras dan mudah untuk dibentuk serta digayakan ke pelbagai acara. Antara acara dan tempat yang sesuai bagi pemakaian kain tudung bawal seperti ke pejabat, sesi temu duga atau ke majlis-majlis formal. Ini kerana, tudung bawal dihasilkan daripada sejenis fabrik yang nipis dan lembut yang berasal dari kapas, sutera atau rayon atau lebih dikenali sebagai fabrik voile. Bagi penggayaan untuk fabrik ini pula, anda hanya perlu melakukan gaya atau lilitan yang ringkas dan kemas tanpa penambahan aksesori yang banyak. Tetapi perlu diingat, pilih warna yang lebih lembut dan terang berbanding baju yang dipakai.


FABRIK SIFON
Anggun dan mewah adalah ciri utama fabrik sifon. Sifatnya yang mudah tercarik disebabkan kainnya yang nipis menyebabkan anda perlu berhati-hati semasa memakainya. Acara yang sesuai untuk anda menggayakan tudung yang diperbuat daripada kain sifon ini adalah acara yang tidak memerlukan anda bergerak terlalu banyak dan bukannya majlis yang glamor. Mungkin anda boleh memakai tudung dari jenis fabrik sifon ke majlis minum petang. Cara penggayaan pula, anda boleh memilih untuk melakukan sedikit lilitan dan ditambah dengan aksesori yang ringkas. Tetapi pastikan aksesori tersebut bukan jenis yang mudah tersangkut atau mengoyakkan fabrik. takut-takut nanti fabrik tudung yang anda pakai terkoyak semasa majlis berlangsung.



FABRIK LYCRA
Kebanyakkan tudung yang dihasilkan daripada fabrik lycra adalah jenis tudung segera. Fabrik lycra mempunyai ciri sejuk yang mudah dibentuk serta labuhnya jatuh dengan elok sekali. Biarpun, kebanyakan tudung segera boleh menampakkan anda lebih matang. Ia adalah fabrik tudung yang paling sesuai untuk anda melakukan aktiviti lsak, bersenam atau ke pantai. Selain itu, fabrik lycra ini juga mudah untuk dibentuk dan tidak timbul masalah tudung berubah kedudukan asalnya. Fabrik seperti ini sesuai jika anda melakukan gaya ringkas yang tidak akan mengganggu aktiviti anda. Pin sahaja di bawah dagu sematkan kerongsang pada kedua-dua bahagian hujung tudung di bahu kiri dan kanan.


FABRIK SATIN
Kini selendang kebanyakkannya dihasilkan daripada fabrik satin. Biarpun tampak cantik tetapi selendang yang dihasilkan daripada fabrik ini sukar untuk dibentuk. Tanpa penggunaan anak tudung keras, pastinya sukar untuk anda memperoleh gaya tudung yang dikehendaki. Tudung mahupun selendang yang dihasilkan daripada fabrik satin ini sangat sesuai untuk dipakai ke majlis semi-formal. Walaupun fabrik jenis ini sukar untuk dibentuk, tetapi ia sangat menarik apabila digayakan. Jadi, lakukan lilitan ringkas dan ditambah dengan aksesori yang sesuai. Jangan pula lilitan atau aksesori terlalu sarat kerana ia akan merimaskan anda akhirnya.


FABRIK SILK
Untuk ke acara glamor, mungkin anda boleh menggayakan tudung yang dihasilkan daripada fabrik silk. Ciri fabriknya yang lembut, licin dan berkilat pasti menimbulkan aura glamor pada si pemakainya. Namun, begitu harus diingat fabrik ini sukar untuk digayakan jika anda tidak tahu cara pemakaiannya yang betul. Oleh itu, jangan lupa memakai anak tudung yang mempunyai pengeras dihadapannya dan gunakanlah jarum serta kerongsang yang tajam agar tudung anda tidak tercarik.


Dengan fabrik yang glamor ini, anda boleh bergaya dengan apa jua aksesori yang anda inginkan. Yang pasti aksesori itu bersesuaian dengan baju yang dipakai. Lilitan juga boleh dilakukan secara lebih ringkas tetapi memberi impak glamor. Jika anda tidak pandai untuk menggayakan tudung dengan gaya yang lebih glamor, cukup jika melakukan lilitan biasa. Tambahkan sahaja aksesori yang lebih menyerlah pada bahagian kepala atau sanggul. Lebih baik jika aksesori jenis juraian permata.


Cara dan gaya tudung yang dikenakan harus mementingkan kekemasan dan keselesaan kepada anda kerana ia melambangkan keperibadian seseorang. Penampilan bertudung ini juga perlu diselaraskan mengikut beberapa faktor penting iaitu faktor majlis, jenis pakaian dan warna pakaian.

MAJLIS : Anda perlu memastikan sama ada majlis yang ingin dihadiri adalah majlis formal atau majlis tidak formal. Hal ini kerana dalam majlis formal anda perlu kelihatan lebih eksklusif dan tampak elegan. Manakala dalam majlis tidak formal seperti bersama teman dan keluarga, gaya pemakaian tudung sesuai jika kelihatan santai dan kemas.

JENIS PAKAIAN : Tudung yang hendak dipadankan dengan pakaian mestilah berdasarkan jenis pakaiana itu sama ada dari  fabrik bercorak atau tidak. Kebiasaannya, apabila pakaian yang dikenakan tidak mempunyai corak polos, tudung yang menjadi pilihan adalah tudung yang bercorak. Begitu juga sebaliknya.

WARNA PAKAIAN : Lebih baik jika warna tudung yang dipakai lebih menyerlah daripada pakaian itu sendiri. Penampilan seorang muslimah lebih menarik jika ia dilihat pada pemilihan warna tudungnya.



Sumber dari majalah dara.com

13 June 2011

Tip Sebelum Bercuti


Letih rasanya otak dan tubuh apabila terlalu memberi tumpuan terhadap kerjaya. Dari satu projek ke projek yang lain menyebabkan masa lebih banyak digunakan untuk tujuan kerja hingga anda mengabaikan masa libur.


Apa kata, gunakan sedikit cuti tahunan anda untuk bercuti. namun begitu, dalam keasyikan merancang  cuti, semak jadual berikut.

Merancang
Ketika anda sedang merancang untuk bercuti, jangan lupa untuk melihat sama ada jabatan anda turut merancang untuk melakukan sebarang aktiviti. Jika tarikh yang dirancang hampir waktu anda  bercuti, sebaiknya anda mempertimbangkan untuk menunda percutian anda.

Rakan kerja
Carilah rakan sekerja yang boleh dan mahu menggantikan anda. Mintalah pada rakan sekerja yang boleh dipercayai untuk membantu anda sepanjang bercuti. Pihak atasan mungkin boleh membantu dalam menentukan siapa yang boleh membantu menyelesaikan tugas-tugas tertentu ketika anda bercuti.


Selain itu, berikan nama dan nombor telefon pengganti selama anda bercuti kepada pelanggan dan rakan sekerja. Nyatakan juga 'out of office' pada emel dan kotak pesanan telefon anda agar mereka yang menghubungi anda mengetahui mereka boleh merujuk kepada pihak lain selama anda tidak berada di pejabat.

Susun jadual
Pertimbangkan untuk mengatur jadual kerja dengan individu yang bakal mengganti anda. Ingatkannya mengenai tugas-tugas yang penting dan jelaskan proses dan prosedur yang relevan. Pastikan juga pengganti anda mengetahui di mana anda menyimpan dokumen-dokumen penting yang diperlukan.

Maklumat
Maklumkan  kepada rakan sekerja dan pelanggan anda bahawa anda akan bercuti. maklumat ini akan memberikan masa yang cukup untuk mereka mempersiapkan sesuatu yang diperlukan selama anda tiada di pejabat.

Susun agenda
Apabila anda terlibat dalam mesyuarat rutin, pastikan anda memaklumkan pihak berkaitan mengenai cuti anda. Jika dijadualkan anda yang harus mempengerusikan mesyuarat, minta bantuan rakan sekerja untuk menggantikannya atau batalkan sahaja dan tundakan pada waktu yang lain.

Teknologi
Salah satu perkara yang membuatkan pekerja tertekan ketika kembali bekerja adalah puluhan e-mel atau surat yang menggunung. Bagi menghindarkan anda dari tugas tambahan menghapus e-mel, manfaatkan 'rules' atau kemudahan yang ada, yang membolehkan anda menapis e-mel yang masuk.


Sebahagian besar program e-mel memiliki kemudahan fungsi ini, misalnya anda memberi tanda pada e-mel daripada jabatan teknologi maklumat, mengenai maklumat terbaru untuk terus masuk ke fail 'deleted item' kerana isinya sudah tidak relevan lagi apabila anda kembali ke pejabat. Anda juga mungkin ingin mengatur 'rules' untuk mengarahkan emel dari orang-orang tertentu terus ke e-mel pengganti anda. Cara ini dapat mengurangkan risiko dalam memberikan tindakbalas sepanjang ketiadaan anda.

E-mel
Sebelum anda pergi, pastikan peti masuk e-mel anda tidak penuh sehingga tidak melampau batas penyimpanan selama anda tiada di pejabat. Ini kerana apabila peti masuk emel anda penuh, ia boleh menghalang pengiriman e-mel penting yang lain daripada masuk ke e-mel anda. Pastikan juga kata kunci yang anda gunakan tidak melewati masa berlaku. Dalam pada itu, jika anda merancang untuk terus bekerja di waktu bercuti, pastikan di lokasi tempat anda bercuti dapat menggunakan komputer riba dan mengakses maklumat yang diperlukan.

Telefon
Tapi yang sebaiknya tinggalkan sahaja komputer riba dan segala dokumen kerja anda di rumah. Jika terpaksa, hadkan pada tugas pejabat yang sangat penting sahaja. Tip terakhir yang tidak kalah pentingnya, anda harus relaks sebelum kembali masuk bekerja. Jika anda dapat mengendalikan setiap perkara yang baik, tentunya anda dapat menikmati percutian tanpa terganggu yang memberi tekanan.



Sumber dari majalah mingguan wanita

10 June 2011

Keberkatan dan Kelebihan Hari Jumaat


Pengenalan
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.

Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1)  Allah ciptakan Adam ,
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.

Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Kesimpulan
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
  • Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Sumber:  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)


Begitu besarnya hari Jumaat.. Jadi kita sebagai umat Islam, perlulah memuliakan hari Jumaat.. Info ni menambahkan lagi ilmu berkaitan kelebihan hari Jumaat..

09 June 2011

Anak Kencing Malam


Istilah saintifik psikologi untuk masalah kencing malam atau bedwetting ini adalah ‘enuresis’. Ia adalah satu keadaan di mana seseorang itu tidak dapat mengawal pengeluaran air kencingnya. Biasanya jika seseorang itu sudah dewasa dan sepatutnya sudah selayaknya dapat mengawal pengeluaran air kencingnya tetapi gagal untuk melakukannya, maka anda tergolong dalam ‘enuresis’. Sebahagian anak-anak kecil pada awalnya memang susah untuk menyesuaikan dirinya.

Bagi anak-anak yang meningkat dewasa latihan dan galakan perlu diberikan kepada anak-anak ini. Pakar psikologi juga ada membuat satu kaedah carta bintang di atas kalendar. Setiap kali malamnya iaitu tiada kencing malam, maka satu bintang untuk tarikh hari itu. Jika kencing malam, tiadalah bintang atau simbol lain. Jika kiraan bintang itu mencapai target, maka berikan hadiah untuk menghargai usahanya sehinggalah bulan-bulan berikutnya semua bintang penuh di kalendar. Kadangkala ibu bapa terpaksa memakaikan lampin untuk anak-anak mereka apabila mahu tidur malam kerana masalah kencing malam ini.

Namun, sebenarnya cara ini kurang mendidik anak-anak kita. Maka, sebagai ibu bapa perlulah berkorban sedikit masa dan tenaga untuk mendidik anak-anak kita. Sebelum anak-anak tidur pastikan mereka sudah membuang air dahulu. Beri galakan sebelum tidur supaya bangun malam apabila terasa seperti mahu membuang air. Dengan cara ini kita telah mengajarnya untuk diingati bahawa perlu bangun malam apabila mahu membuang air kecil dan bukan di atas tilam.

Beri pujian apabila anak-anak berjaya tidak kencing di atas tilam. Boleh juga menggunakan carta bintang jika mahu. Satu lagi, puan boleh mengejutkan (jika mampu) anak di tengah-tengah malam untuk bangun membuang air kecil. Dengan cara ini, kita melatih anak-anak kita untuk bangun malam apabila terasa seperti mahu membuang air kecil.

Kalau boleh gunakanlah tilam yang nipis atau comforter supaya tidak terlalu terbeban untuk membasuh tilam yang tebal. Yang paling mustahak, berikan galakan dan motivasi dan bukannya mengejek atau memarahinya di hadapan kawan-kawannya atau adik-beradiknya. Ia akan hanya membuatkannya malu dan kurang keyakinan diri sehingga menyebabkan masalah kencing malamnya berlarutan.

5 panduan atasi anak kencing malam

 1  Jumpa doktor bagi menghentikan permasalahan ini jika anak anda berusia enam atau tujuh tahun. Ujian akan dijalankan bagi memastikan anak bebas daripada masalah jangkitan pundi kencing.

 2  Jangan hukum anak kerana ini memberinya lebih banyak tekanan. Kanak-kanak ini tidak upaya mengawal tabiatnya dan hukuman akan menjejaskan jati dirinya.

 3  Hormati hak peribadinya - kanak-kanak malu kerana kencing malam dan tentu dia tidak mahu orang lain juga tahu mengenai masalahnya.

 4  Latih anak bangun malam untuk kencing. Amalan setiap malam akan mendidik akal dan tubuhnya untuk bangun membuang air kecil sebelum dia kencing di katil.

 5  Berfikiran positif dan sabar. Beritahu diri anda yang usaha si anak menghentikan tabiat ini memakan masa. Sikap kurang sabar hanya menjadikannya lebih tertekan.





  
Sumber disunting dari majalah PA&MA dan artikel berita harian


Kena try jugak laa..dah xlarat nak beli pampers kat kimie..dulu penah skali dah ok tak kencing malam..lama jugak la dalam 2-3minggu jugak..lepas tido kat bilik ibu dia nih, kena plak tilam empuk..dah jd tabiat plak kencing atas tilam..susah betoi laa..kekdg malam2 mau jugak kencing kat toilet, kekdg awai2 lg mintak pakaikn pampers..kimie2..

08 June 2011

Kawal Kencing Manis Dengan Senaman


Statistik tidak pernah menipu. Pada tahun 2007, dianggarkan 2.1 juta rakyat negara ini menghidap diabetes dan jika trend ini berterusan, 12 peratus daripada warga Malaysia mungkin menghidap kencing manis menjelang tahun 2020. Bercakap mengenai diabetes, laporan akhbar mendedahkan, sekitar 1,000 minuman tin diminum oleh rakyat Malaysia setiap minit. Dan sekiranya orang ramai teruskan dengan makan makanan manis secara berlebihan, diabetes akan terus kekal sebagai masalah. Kepada yang percaya 'pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan', artikel di bawah barangkali boleh membantu anda.

1 Penyebab penyakit kencing manis
Berdasarkan kajian yang dijalankan, penyakit kencing manis berpunca daripada kurangnya jumlah insulin dalam badan. Insulin merupakan hormon penting yang berfungsi mengangkut gula dari dalam darah masuk ke sel. Selain itu, kekurangan sensitiviti badan terhadap insulin akan menyebabkan gula terkumpul dalam darah sehingga mengundang kepada penyakit ini.

2 Cara terbaik untuk mengawal kencing manis
Bersenam merupakan kaedah yang terbaik untuk mengawal penyakit kencing manis. Jika anda bersenam setiap hari, paras gula dalam darah dapat dikawal agar sentiasa berada pada paras normal.

3 Keberkesanan senaman dalam mengawal risiko kencing manis
Ramai pakar kesihatan mengesyorkan agar menjadikan senaman sebagai aktiviti wajib dalam kehidupan seharian. Sekiranya amalan ini dilakukan setiap hari secara konsisten, ia mampu mengurangkan risiko menghidap penyakit kencing manis sebanyak 66 peratus.

4 Tempoh masa yang diperlukan oleh individu untuk bersenam
Untuk mendapatkan kesan legasi yang berterusan, kita sepatutnya bersenam selama 30 minit dalam sehari. Sekurang-kurangnya senaman perlu dilakukan sebanyak lima hari dalam seminggu, atau 150 minit seminggu bagi senaman yang dilakukan selang sehari.

5 Kesan sampingan yang akan dihidapi oleh pesakit kencing manis
Menurut Pengarah Yayasan jantung Malaysia, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, kencing manis yang semakin teruk akan memberi impak buruk kepada salur darah. Ini akan mengundang kepada penyakit-penyakit kronik seperti serangan jantung, strok dan masalah pada kaki (sehingga pesakit terpaksa memotong kaki mereka).

6 Perkara yang perlu diberi perhatian oleh pesakit kencing manis selain ubat-ubatan
Selain amalan bersenam, pola pemakanan juga perlu diberikan perhatian. Gaya hidup yang menjaga pemakanan dan bersenam mampu mengurangkan risiko menghidapi penyakit kencing manis. Corak pemakanan yang betul bagi mereka yang menghidapi penyakit ini adalah 1/4 sumber karbohidrat, 1/4 sumber protein dan selebihnya adalah sayur-sayuran.



Sumber disunting dari majalah iSIHAT

07 June 2011

Tip Pengambilan Ubat Yang Betul


Bergantung hidup pada ubat-ubatan ada kalanya menimbulkan kerumitan terutama jika pesakit perlu mengambil pelbagai jenis ubat dalam sehari. Hal ini menjadi lebih rumit jika pesakit lebih berusia dan sukar memahami arahan yang diberikan doktor. Berikut merupakan tip pengambilan ubat yang betul:-
  • Pesakit tidak seharusnya mengambil ubat-ubatan lebih daripada empat kali sehari.
  • Pengambilan ubat-ubatan dengan arahan yang sama contohnya perlu diambil selepas makan boleh digabungkan dan ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah ataupun menimbulkan sebarang interaksi yang berbahaya.
  • Dalam kajian yang dijalankan Wolf mendapati, ketika pesakit diminta mengambil dua jenis ubat-ubatan dengan arahan yang sama, seorang daripada tiga orang pesakit yang ditemui gagal memahaminya.
  • Untuk mengatasi masalah ini, Wolf mencadangkan para pengamal perubatan mencadangkan pesakit untuk mengikut jadual yang lebih UNIVERSAL iaitu dengan mencadangkan pesakit mengambilnya setiap pagi/tengah hari/malam ataupun sebelum tidur berbanding dengan cara menyatakannya dua kali sehari ataupun setiap 12 jam.
  • Jika anda mengambil ubat dengan meminum air, pastikan anda minum segelas penuh air itu. Kuantiti air yang kurang akan menyebabkan ubat kurang berkesan. Ia juga boleh mengakibatkan ketidakselesaan pada tekak jika ubat tidak masuk sepenuhnya ke dalam perut.
  • Pastikan ubat yang anda makan itu adalah ubat yang betul.
  • Bagi mengekalkan keberkesanan ubat anda, pastikan ubat-ubatan tidak diletakkan atau disimpan di tempat yang terdedah kepada pancaran matahari dan haba yang melampau.


Sumber disunting dari majalah iSIHAT


Tak sangka jugak bila kita kurang minum air boleh menyebabkan ubat yang kita makan kurang berkesan..

06 June 2011

Dapur, Tempat Kuman Membiak


Di situlah tempat memasak, dan disitulah terletaknya sinki untuk membasuh pinggan. Pasti di suatu sudut, terletak tong sampah untuk kemudahan membuang sampah, Tidak kurang, terdapat bilik air dan tandas berdekatan dengan dapur di rumah kita.


Pendek kata, kebanyakkan aktiviti utama di rumah adalah di dapur. Secara logiknya, pasti kita terfikir di dapurlah tempat berkumpulnya pelbagai jenis kuman. Antara tempat yang paling banyak mengandungi kuman adalah di sinki dapur.



 1  Sinki
Piring dan gelas, pinggan mangkuk, periuk dan macam-macam peralatan dapur yang ditinggalkan di dalam sinki menjadi tempat bakteria berkembang biak. Meski selesai mencuci kesemuanya pun, bakteria akan bertahan di tempat tersebut.


Mencuci dan membilasnya pun tidak akan banyak membantu menyingkirkan kuman-kuman yang ada di situ. tetapi, anda boleh cuba mencucinya dengan sabun. Tunggu selama 5 minit sebelum dibilas dengan air panas.


 2  Paip air
Jari kita mudah dicemari berbagai-bagai jenis bakteria. Misalnya, ketika anda mencuci makanan mentah seperti ayam, tangan anda yang telah tercemar dengan bakteria pada makanan mentah tadi turut melekat pada paip air di sinki.


Tangan yang telah dicuci bersih pasti akan dicemari sekali lagi dengan bakteria yang terdapat pada paip air tadi. Oleh itu, mengelap atau membersihkan paip air dengan cairan antibakteria akan membantu. Kemudian, keringkan dengan menggunakan tisu.


 3  Span
Span mencuci pinggan merupakan sarang terbaik bakteria untuk membiak. Bila kita menggunakan satu span kotor, kuman akan mudah mencemari tempat lain di sekitar dapur anda. Pastikan anda membersihkan span setiap minggu dan membuangnya apabila bentuk dan warnanya semakin pudar.


 4  Penapis sinki
Dari mencuci ayam, udang, daging, sayur, buah dan sebagainya, kotoran selebihnya ada yang tersangkut pada penapis sinki. Tempat ini juga menjadi lokasi terbaik untuk kuman membiak. Oleh itu, rajin-rajinlah membersihkannya dengan mencuci bahagian ini menggunakan air yang panas bagi membunuh kuman.



Sumber dari majalah mingguan wanita


Ermmm memang betoi dapur ni merupakan sarang bakteria.. Tanpa kita sedari banyak bakteria berada di dapur kita terutama di sekitar sinki.. Kena kerap2 wat operasi pembersihan tiap2 minggu nih.. Selalu cuci macam tu ja, asalkan nampak bersih, kemas dan elok ja..