30 August 2013

Petua Atasi Bau Petai

Assalamualaikum semua.. Tak sangka nak ilangkan bau petai pun ada yerr.. Nasib la anak2 suka petai dan tak kisah apa jua baunya.. Hehehe.. Diaorang suka makan sambal petai.. Kalau ngadap sambal petai, ngan kuah2 boleh kering ngan diaorang.. Asyik ceduk jer kejanya.. Ok la berbalik kepada petua yang terjumpa nih.. Meh kita tengok skit.. Ni untuk orang yang kurang gemarkan aroma yang menusuk hidung yang dihasilkan oleh petai.. Hehehe..




Petai enak dijadikan ulam dan juga dicampur ke dalam hidangan. Namun baunya yang kurang enak kadang-kala membuatkan si penggemar petai berasa kurang selesa, menjadikan mereka tidak sanggup untuk telan petai. Cuba petua ini dan lihat hasilnya.

Kupas kulit petai dan rendamkan ke dalam air. Tuangkan air kapur dan biarkan direndam selama 15 minit dan bilas. Kemudian masaklah seperti biasa.







Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/atasi-bau-petai-1.190614



 

29 August 2013

Bijirin vs Nasi

 
 
"Mama nak makan cornflakes," pinta Aiman semasa waktu makan tengahari. Pernahkah anda berhadapan situasi begitu? Geramnya rasa hati bila anak menolak hidangan nasi.
 
Selepas ibu berhempas pulas menyediakan hidangan makan tengahari, si anak meminta bijirin pula. Pasti sahaja ibu menolak permintaan anak. Bukan kedekut tetapi bimbang anak tidak mendapat khasiat secukupnya untuk membesar.
 
Memang lumrah, kebanyakan ibu inginkan anak mereka makan nasi, alasannya supaya si manja membesar dengan sihat. Tetapi tahukah anda bahawa satu auns bijirin adalah bersamaan dengan setengah cawan nasi?
 
Malah, satu auns bijirin juga dianggarkan bersamaan dengan sekeping roti. Jadi, jika anak anda tidak mahu makan nasi, biarkan sahaja dia memilih bijirin sebagai menu kerana dia tetap mendapat khasiat yang diperlukan untuk membesar sihat.
 
 
 
 
 
 

28 August 2013

Panduan Penjagaan Kulit Bayi

Assalamualaikum.. Semua orang yang mempunyai bayi kecil semestinya berkehendakan kulit bayi yang cantik, gebu dan 'chubby' skit.. Boleh la nak gomoi skit..




Melihat bayi yang berkulit putih gebu, pasti rasa geram seperti hendak mencubitnya sahaja. Namun bukan semua bayi dikurniakan kulit secantik dan seputih salju.

Bagaimana hendak mendapatkan kulit bayi yang bebas daripada cela? Mungkin tip berikut boleh dijadikan panduan untuk menjaga kulit bayi sihat dan bersih.

1      Pilih pakaian dan kelengkapan tempat tidur yang diperbuat daripada kain kapas. Ia membantu kulit bernafas seterusnya membuatkan bayi selesa.

2      Pilih fabrik semulajadi seperti kain kapas untuk pakaian bayi anda kerana ia kurang merengsakan kulit mereka.

3      Elakkan penggunaan buih mandi yang beralkali kerana boleh mengeringkan kulit bayi. Sebaiknya titikkan beberapa titisan krim mandian susu ke dalam besen mandian. Selepas mandi, sapukan losyen pada badan bayi.

4      Simpan pakaian bayi dalam bekas yang bertutup untuk mengelakkan daripada habuk dan hama yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit bayi.

5      Kerap membasuh sarung bantal, tilam dan permainan lembut bayi bagi mengelakkan pembiakan kuman.

6      Pastikan anda kerap menukar lampin pakai buang bayi terutama bila dia asyik membuang air kecil. Sebelum memakaikan lampin yang baru, sapukan krim perlindungan pada punggungnya untuk memberikan kulit bayi perlindungan tambahan.

7      Air mandian bayi hendaklah suam-suam kuku dan bukan panas supaya kulit bayi tidak mudah mengalami kerengsaan.

8      Jangan memandikan bayi dalam masa yang lama untuk mengelakkan kulit bayi daripada berkedut.

9      Penggunaan losyen pelembap turut membantu mengekalkan kelembutan dan kekuatan kulit bayi. Gunakan pelembap yang tidak mengandungi alpha hydroxyl acids atau pelindung cahaya.

10  Kuku bayi sangat tajam, nipis dan memanjang dengan cepat. Anda perlu kerap merapikan kukunya iaitu dua kali seminggu. Ia untuk mengelakkan kuku bayi baru lahir boleh mencakar kulit muka mereka sendiri.
 
 
 
 
 
 

27 August 2013

Bawang Kisar Tahan Lama






Sebagai ibu berkerjaya yang sentiasa mengejar masa, pastinya anda memerlukan tip yang dapat menjimatkan masa dan tenaga dalam soal membereskan hal rumah tangga.
 
Tugas memasak antara kerja yang mengambil masa lama jika tidak diurus dengan betul. Namun jika bijak mengurusnya, memasak untuk keluarga di rumah lebih menyeronokkan. Selain enak dan dijamin bersih, ia turut menjimatkan tenaga dan wang ringgit.
 
Bawang merupakan salah satu bahan utama dalam setiap masakan. Justeru untuk menjimatkan masa ibu berkerjaya, kisarlah stok bawang sebagai memudahkan waktu hendak menggunakannya.
 
Untuk mengekalkan bawang kisar tahan lama, letakkan sedikit garam dalam bawang yang hendak dikisar. Kemudian simpan bahan kisaran dalam bekas kaca sebelum disimpan dalam peti sejuk.
 
Petua ini juga sesuai untuk bahan kisaran lain termasuk cili kering dan halia.





Sumber dari http://pama.karangkraf.com/petua/bawang-kisar-tahan-lama-1.183216

22 August 2013

Bibir Merah Dengan Tomato

Assalamualaikum semua.. Petua ini boleh diamalkan untuk ibu-ibu yang mengandung alah pada 'lipstick' ataupun yang tidak gemar bergincu.. Untuk bibir kelihatan merah bolehlah diamalkan petua ini..



Tak sukanya kalau orang tegur kita tidak sihat hanya kerana bibir yang pucat tidak berseri terutamanya ketika sedang ‘mabuk mengandung’. Hendak mencalit lipstik di bibir, rasa tidak lalu pula.

Jadi apa kata cuba petua tradisional cara untuk memastikan bibir kelihatan cantik kemerahan secara semula jadi. - Sapukan isi buah tomato pada bibir setiap hari. Boleh lakukan beberapa kali sehari, tidak kira pagi petang atau malam. Bibir anda akan kelihatan segar kemerahan bak tomato.

- Tumbuk sedikit kunyit hidup dan campurkan dengan sesudu pati santan. Sapukan pada bibir. Amalkan tiga kali seminggu.

Hasilnya bibir akan merah, wajah berseri dan paling penting bahan yang digunakan berkhasiat dan selamat.





Sumber disunting dari http://pama.karangkraf.com/bibir-merah-dengan-tomato-1.176891
 

21 August 2013

Seronoknya Pergi Melancong




Bercuti bersama keluarga memang menyeronokkan. Apatah lagi apabila musim cuti sekolah. Selain mengeratkan hubungan keluarga, bercuti memberi pendedahan kepada anak-anak tentang dunia luar.


Bagaimanapun perkara utama yang perlu diberi perhatian sebelum merancang percutian adalah wang. Selain peruntukan masa, peruntukan kewangan menjadi perkara utama.


Bukan sedikit wang yang bakal dikorbankan untuk sebuah percutian terutama melibatkan ahli keluarga. Jadi, jika terfikir untuk bercuti, mulalah mengumpul dan merancang dari sekarang. Tentu tidak membebankan apabila tiba saatnya nanti.


Jom pelajari cara unik kumpul duit untuk percutian. Mana tahu ia boleh dijadikan panduan berguna seterusnya merealisasikan impian percutian anda dan keluarga.


1      Simpanan bulanan

Setelah mendapat jumlah yang diperlukan untuk percutian anda nanti, cuba bahagikan jumlah tersebut dengan jumlah bulan yang tinggal. Jumlah yang anda dapat itulah jumlah sebenar wang yang perlu disimpan setiap bulan. Untuk memastikan anda dan keluarga berjaya merealisasikan impian tersebut, ketepikan jumlah wang yang sepatutnya tanpa culas.


2      Asal barang jadi duit

Untuk membolehkan anda dan keluarga berbelanja sedikit mewah semasa percutian, apa kata jika anda semua cari duit tambahan. Perhatikan sekeliling anda. Pasti ada benda yang boleh anda gunakan untuk menjana duit. Misalnya, kertas-kertas terpakai seperti surat khabar lama. Kumpul surat khabar lama, majalah, buku ataupun kotak yang sudah tidak digunakan dan kemudian jual. Wang yang diperoleh itu simpanlah dalam dana percutian. Selain kertas, anda boleh menjual botol-botol plastik atau pun tin-tin minuman yang sudah tidak digunakan. Mudah bukan?


3      Jimatkan perbelanjaan harian

Demi untuk percutian yang sangat menyeronokkan, tak salah rasanya jika anda berjimat. Jangan terlalu boros berbelanja. Beli hanya apa yang patut. Jangan membazir. Bayangkanlah jika anda dapat berjimat RM3 sehari. Ini bermakna dalam sebulan anda dapat berjimat sebanyak RM90. Kalau sepuluh bulan, maknanya anda dapat berjimat sebanyak RM900. Wow, banyaknya!



4      Sertai pertandingan

Apa kata anda mencuba nasib dengan menyertai pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai atau percutian. Tetapi jangan sertai pertandingan yang memerlukan anda membayar yuran pertandingan yang tinggi atau melabur modal agak besar seperti pertandingan melalui sistem pesanan ringkas.


5      Jana duit daripada bakat dan minat

Jika anda berbakat dalam satu-satu bidang, janalah wang daripadanya. Misalnya, sekiranya anda pandai memasak, belajarlah menjual makanan kepada saudara-mara, rakan sepejabat atau jiran-jiran. Jika pandai menjahit, terimalah tempahan daripada yang berminat, atau jika berbakat menulis, tulislah novel atau artikel.





Sumber dari http://pama.karangkraf.com/famili/seronoknya-pergi-melancong-1.162664

20 August 2013

Brokoli Segar Semula

 Assalamualaikum semua.. Pernahkah anda mengalami masalah sayur yang dibeli dan disimpan dalam peti sejuk tidak lagi segar??? Masalah ini selalunya berlaku pada wanita yang bekerjaya.. Bukannya apa, bila dah bekerja ada yang tidak sempat untuk memasak untuk keluarga.. Ada yang mengambil jalan mudah dengan makan di luar atau pun beli makan di kedai makan.. Ok la ari ni nak citer pasal sayur brokoli jer.. Meh tengok petua yang ada..




Pernahkah anda berhadapan dengan situasi hendak memasak tetapi sayur yang dibeli sudah tidak segar? Kecewanya rasa apatah lagi anak dan suami sudah kelaparan. Hendak ke kedai sudah tidak sempat.
 
Jika sayur yang ada di dalam peti sejuk adalah brokoli, anda masih boleh tersenyum. Tahukah anda bahawa brokoli yang sudah kuning masih boleh digunakan lagi. Jangan cepat membuangnya ya!
 
Caranya mudah sahaja. Masukkan brokoli tersebut ke dalam mangkuk yang diisi penuh dengan air sejuk. Biarkan selama satu jam. Brokoli akan kembali hijau dan sedia untuk dimasak.







Sumber disunting dari http://pama.karangkraf.com/petua/brokoli-segar-semula-1.181552




19 August 2013

Kanak-Kanak Obes Berisiko Menghidapi Penyakit Kronik

 


Ketika ini sedarkah anda masalah obesiti menjadi semakin serius di kalangan kanak-kanak dan remaja terutamanya di negara membangun? Masalah obes kalangan kanak-kanak sebenarnya mendedahkan mereka kepada serangan penyakit lebih awal. Mengapa obesiti kalangan kanak-kanak ini berlaku. Berikut antara puncanya.



Pemakanan

  • Ia merupakan antara faktor utama obes. Ibu bapa perlu mendidik anak daripada kecil supaya mengamalkan pemakanan sihat dan hindari makan segera dan berkalori tinggi.

  • Semakin pesat sesebuah negara, semakin banyak kemudahan yang disediakan. Segalanya berada di hujung jari. Makanan segera sewenang-wenangnya boleh dipesan dan dihantar terus ke rumah.

  • Restoran makanan segera yang boleh didapati dengan mudah mendorong anak-anak untuk mengunjunginya.

  • Makanan yang masuk tidak sepadan dengan jumlah kalori yang keluar.



Genetik

  • Faktor genetik bukanlah punca kanak-kanak obes 100 peratus.

  • Selalunya kanak-kanak yang obes mempunyai ibu, bapa atau kedua-duanya sekali yang turut mengalami masalah tersebut.



Gaya hidup

  • Perkembangan arus teknologi menggalakkan anak-anak untuk duduk sahaja di rumah. Mereka lebih selesa bermain permainan komputer dan menghadap gajet-gajet yang disediakan ibu bapa.

  • Berbeza dengan beberapa tahun sebelumnya. Mereka lebih suka keluar beriadah bersama teman di taman dan bersukan bersama-sama.



Psikologi

  • Secara umumnya golongan dewasa dan juga kanak-kanak yang mengalami tekanan akan makan dengan lebih banyak dan secara tidak langsung menyebabkan obesiti.

  • Keadaan ini juga sama bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kemurungan.



Metabolisme

  • Ini disebabkan metabolisme yang rendah. Oleh itu penggunaan kalori yang rendah menyebabkan lebih banyak lemak terbentuk dan secara langsung menjadikan kanak-kanak itu obes. Di antara masalah metabolisme adalah hormon tiroid, berlebihan hormon kortisol dan sekarang ini kekurangan hormon leptin.
 
  • Selain itu, tanggapan masyarakat bahawa gemuk itu comel dan sihat semasa kanak-kanak harus ditepis kerana keadaan itu boleh berlarutan sehingga anak dewasa. Gemuk dan tembam tidak bermakna jika anak tidak sihat!
 
  • Obesiti kalangan kanak-kanak khususnya berusia bawah tujuh tahun mungkin kelihatan comel. Namun apabila mereka mula memasuki alam persekolahan, ia boleh memberikan kesan negatif kepada pertumbuhan sosial mereka apabila diejek rakan sekelas. Malah anak juga mungkin kurang ceria dan tidak bersemangat mengikuti pelbagai aktiviti di sekolah lantaran selalu diejek.



Peranan ibu bapa

  • Jangan kerana sayangkan anak, anda serahkan segala pilihan kepada mereka. Jangan takut untuk berkata “tidak”. Mungkin perasaan kasihan timbul dalam diri tetapi percayalah ia akan menjadi kebiasaan. Lambat laun mereka akan faham dengan keadaan tersebut.
 
  • Anak-anak perlu mendapat makanan harian yang berkhasiat. Pastikan mereka bersarapan di rumah terlebih dahulu kerana anda tahu apa yang mereka makan. Oat bersama susu pun sudah mencukupi.
 
  • Tanya anak setiap hari apa yang mereka makan di sekolah. Jika makanan ringan ada dalam senarai mereka, pujuk dan gunakan pendekatan psikologi dengan mengatakan ia tidak sihat untuk badan.
 
  • Proses pengurangan berat badan bukan berlaku sekelip mata tetapi memerlukan masa dan dorongan keluarga. Jangan sekali-kali mengurangkan makanan kanak-kanak tetapi berikan makanan lebih sihat seperti sayuran dan buahan.
 
  • Pujian akan menambah sikap positif kanak-kanak dan ini memudahkan lagi proses pengurangan berat badan. Oleh itu, seringlah memuji mereka.

  • Ubah sedikit demi sedikit menu makanan harian di rumah. Jangan sesekali anda mengasingkan menu anak yang obes. Pastikan menu yang dimakan adalah sama dengan ahli keluarga yang lain sebagai tanda sokongan dan mengelakkan mereka rasa disisihkan.
 
  • Pastikan makanan yang dipilih berserat tinggi dan kandungan lemaknya rendah.
 
  • Jika anak anda berumur lebih dua tahun, gunakan susu rendah lemak kerana ia membantu mengurangkan berat badan.

  • Pastikan anak-anak makan di atas meja makan.


Periksa Kelas BMI Anak

Anda boleh uji Indeks Jisim Badan (BMI) anak-anak untuk memastikan adakah pembesaran mereka normal. Ukurannya sama sahaja seperti golongan dewasa iaitu berdasarkan tinggi dan berat mereka. Ukuran BMI yang normal ialah di bawah paras 25. 25 hingga 30 adalah overweight manakala 30 dan ke atas sudah dikategorikan sebagai obesiti.



Ukuran BMI

Cara kiraan BMI ialah membahagikan berat badan dengan ketinggian (dalam meter) ganda dua iaitu:



Berat (kilogram)

[Tinggi (meter) x tinggi (meter)]



Namun, ukuran ini agak sukar dilakukan bagi kanak-kanak. Secara amnya, jika berat mereka 85 peratus lebih daripada kanak-kanak sebaya, maka mereka tergolong dalam kategori berat badan berlebihan.



Bayi boleh obes



Konsep bayi obes adalah sesuatu perkara baru dan tidak mudah diterima. Menjadi tanggapan biasa bayi gemuk dan comel adalah sihat, tetapi ada penyelidikan menunjukkan kebanyakan golongan dewasa yang obes bermula daripada bayi yang mempunyai berat badan berlebihan. Memulakan makanan pejal yang berkarbohidrat tinggi pada usia terlalu awal dan minuman yang mempunyai kandungan gula seperti jus memberi kesan pada berat bayi.



Banyak kajian yang dijalankan mendakwa faktor genetik bukanlah satu-satunya punca utama obesiti. Ia sebenarnya boleh diatasi dengan mewujudkan programsihat iaitu melalui pemakanan, malah boleh dididik sejak bayi lagi di mana kaum ibu boleh memulakannya dengan penyusuan badan.



Kajian menunjukkan, bayi yang diberi penyusuan badan secara eksklusif selama lima hingga enam bulan pertama kurang risiko menghidap obesiti.



Susu formula sebenarnya mengandungi tinggi protein dan berisiko untuk menyebabkan bayi tersebut membesar dengan lebih cepat daripada yang sepatutnya. Sehingga kini, tiada satu pun syarikat pengeluar susu bayi berjaya menghasilkan susu formula menyamai khasiat yang terkandung di dalam susu ibu.



Namun anda tidak perlu risau jika bayi anda minum susu dengan jumlah yang banyak kerana permintaan mereka itu sendiri sebenarnya bergantung kepada keperluan sebenar mereka dan kebiasaannya dua ke tiga jam sekali.



Bagaimana membantu kanak-kanak bersenam

  • Jangan terlalu mengharapkan aktiviti pendidikan jasmani atau ko- kurikulum di sekolah. Ia tidak mencukupi! Lebih-lebih lagi kanak-kanak obesiti. Mereka biasanya sering diketepikan daripada mengikuti acara sukan dan sebagainya.
  • Pastikan seluruh keluarga menjalankan senaman seperti berbasikal atau berlari. Ia bukan sahaja menyihatkan malah mereka pasti gembira melakukannya bersama-sama!
  • Kurangkan menonton televisyen.
  • Galakkan anak-anak bermain dengan kanak-kanak lain.
  • Pastikan anak anda aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.



Penyakit yang boleh menyerang kanak-kanak obesiti



Prader willi Syndrome

  • Merupakan penyakit genetik.
  • Walaupun umur masih terlalu kecil, mereka akan makan secara terus menerus sehingga mengalami masalah obesiti.
  • Perkembangan dan pertumbuhan yang lambat.
  • Lembab dalam pelajaran.



Pushing Syndrome

  • Ia merupakan sindrom ketidakseimbangan hormon dalam badan.
  • Juga berpunca daripada genetik.



Keluarga adalah pendorong utama kanak-kanak berubah kepada gaya hidup lebih sihat. Bermula daripada pemakanan sehinggalah aktiviti yang dilakukan. Bukan mudah untuk melakukan perubahan jadi lakukan ia secara berperingkat bagi mengelakkan anak-anak berasa tertekan.







Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/kanak-kanak-obes-risiko-penyakit-kronik-menanti-1.164852






17 August 2013

Petua Elak Nasi Mentah

Assalamualaikum semua.. Pernah kah korang masak nasi menjadi mentah??? Aku baru-baru nih ada la menghadapi masalah nih.. Sebenarnya bukan masalah beras atau air yang kurang, tapi sebenarnya masalah periuk tuh sendiri.. Tapi kat sini saya nak berkongsi petua yang saya perolehi dari hasil pembacaan.. Mungkin ianya berguna untuk digunakan kelak..




Suasana raya masih terasa walau sudah seminggu berlalu. Pasti juga anda masih sibuk memasak juadah untuk tetamu yang datang beraya. Namun dalam kesibukan kita dapur, jangan pula sampai ada yang masak nasi mentah. Nanti tetamu yang datang jadi mangsa keadaan disebabkan kesibukan kita. 
 

Meski sudah biasa memasak nasi namun bila bertukar jenama beras sering kali terjadi nasi yang dimasak mentah kerana tidak cukup air.
 

Bagi memastikan nasi masak sempurna masukkan cawan berisi air di dalam periuk nasi tadi. Tutup periuk dan perlahankan api. Biarkan hingga nasi masak.






Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/elak-nasi-mentah-1.190547


16 August 2013

Tips Makan Malam Bagi Yang Berdiet



Assalamualaikum semua.. Info kali ni ditujukan buat yang sedang berdiet dan ingin berdiet tanpa meninggalkan makan malam.. Yelah, bila dah lepas raya nih ada yang badan mula naik semula.. Anda yang ingin berdiet masih boleh menikmati makan malam bersama keluarga dengan mengawal corak pemakanan itu sendiri.. Meh baca tips yang saya baca nih semoga ia membawa manfaat bagi yang sedang berdiet..
 

 
 





Makan malam mungkin menjadi igauan ngeri bagi mereka yang sedang berdiet. Namun anda masih boleh menikmati makan malam bersama keluarga tetapi pastikan pemakanan anda terkawal.

 

 

Ini kerana makanan yang diambil berdekatan dengan jarak waktu tidur sememangnya meninggalkan kesan besar terhadap tubuh. Di sini, dikongsikan beberapa tip pemakanan pada sebelah malam yang boleh membantu anda.
 
 
Makan malam sebelum jam 7
Bagi anda yang suka makan malam, amalkan menjamu selera antara pukul tujuh dan lapan malam. Ketika ini, tubuh biasanya kehilangan banyak tenaga dan memerlukan makanan untuk menggantikan tenaga ini. Jadi makanan yang anda makan akan sempat melalui proses penghadaman dan digantikan sebagai tenaga, bukan lemak.

 

 

Makan bubur 

Bukan sahaja sesuai untuk anak kecil, tetapi bubur atau nasi air juga sesuai untuk mereka yang sedang berdiet. Pastikan kandungan gula yang sedikit. Bubur kacang hijau dan bubur jagung antara yang terbaik untuk anda.

 

 

Buah-buahan 

Nikmati buah-buahan segar setiap malam hari. Sebiji epal atau oren cukup untuk menghilangkan rasa lapar anda. Bagi yang tidak suka epal dan oren, anda boleh mengambil pisang atau tembikai. Sudah cukup membuatkan anda kenyang di malam hari.

 

 

Sup tanpa minyak

Pilih semangkuk sup penuh ayam, udang serta sayuran sebagai pelengkap sup. Pastikan sup direbus tanpa tanpa minyak. Elak mengambil sup daging yang dapat meninggikan tahap kolestrol dalam darah.

 

 

Dua keping roti

Roti kosong yang dibakar tanpa mentega atau jem cukup baik untuk tubuh bandan. Lengkapkan dengan secawan minuman coklat atau susu panas. Hidangan ini nampak rngkas tetapi memenuhi nutrisi keperluan tubuh badan. 

 

 

Air kosong

Sebagai pelengkap makan malam anda, lebihkan pengambilan air kosong pada waktu malam. Sejam sekali minumlah air kosong, itu sudah memadai. Amalkan mengambil air kosong setiap hari agar jumlah air dalam tubuh anda mencukupi.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

15 August 2013

Sebenarnya Aiskrim Banyak Khasiat

 


Kanak-kanak dan aiskrim amat sinonim. Pertama kali merasainya kesedapan aiskrim, kanak-kanak terus jatuh cinta. Kalau boleh setiap hari pagi dan petang mereka hendak makan aiskrim. Namun seperti biasa, sebagai ibu bapa pasti kita melarang anak kecil makan terlalu banyak aiskrim.
 
Alasan kita, tak elok makan aiskrim banyak sebab nanti batuk. Benarkah aiskrim boleh menyebabkan penyakit batuk di kalangan kanak-kanak? Hakikatnya aiskrim bukanlah punca seseorang itu batuk kerana ketika makan aiskrim, ia akan sepantasnya mencair.
 
Proses pencairan aiskrim lebih pantas berlaku dengan pengaruh susu badan. Sebaik aiskrim masuk ke dalam kerongkong, suhunya sudah tidak sesejuk suhu ais. Larangan si kecil yang demam, batuk dan selesema daripada makan aiskrim juga satu mitos.
 
Bahkan ketika anak sakit, tubuhnya kehilangan banyak cecair dan mudah mengalami dehidrasi. Keengganan mereka menjamah sebarang makanan atau minuman boleh menyebabkan sakit menajdi semakin teruk.
 
Aiskrim yang mengandungi air boleh digunakan sebagai pembekal mengembalikan cairan yang hilang. Rasa dan teksturnya yang lazat sudah pasti digemari oleh kanak-kanak, sekali gus pengambilannya mampu membantu proses penyembuhan sakit si kecil.  
 
Sebagai makanan kudapan, aiskrim tidak seharusnya menjadi makanan larangan. Pendapat yang mengatakan jika ibu hamil tidak boleh makan aiskrim kerana alasan akan menyebabkan bayi obes adalah salah.
 
Aiskrim tidak akan menambah terlalu banyak tenaga jika diambil secara wajar. Jumlah pengambilan aiskrim yang sesuai untuk ibu hamil adalah dua hingga tiga cawan setiap minggu.

 
Fakta aiskrim
 
*Dalam bahan utama aiskrim iaitu susu ada lebih daripada 100,000 jenis molekul. Selain air dan lemak, molekul-molekul itu merangkumi protein, karbohidrat, mineral, enzim-enzim, gas serta vitamn A, C dan D.
 
*Susu mengandungi beberapa komponen bioaktif berupa protein susu, laktosa, asid lemak dan mineral terutama kalsium. Itu sebabnya produk-produk hasil tenusu termasuk aiskrim memberi sumbangan yang tinggi kepada kesihatan tubuh.
 
*Kandungan kalsium dalam aiskrim berfungsi menjaga kepadatan tulang, mencegah osteoporosis, kanser dan hipertensi.
 
 
 
 
 
 
 
 

Kembalikan Payu Dara Menawan

 



Masalah ini memang dihadapi oleh hampir semua wanita yang sudah bersalin. Bentuk dan ketegangan payu dara sudah tidak sama seperti sebelum bersalin.


Payu dara menjadi kendur dan tidak bermaya sering membuatkan wanita gusar. Untuk mengatasi masalah ini, cuba lakukan salah satu petua di bawah.


1. Ambil beberapa helai daun sirih yang berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada payu dara. Biarkan kering dan lakukan berulang kali.


2. Kupas setengah biji labu dan kukus atau rebus sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut ketika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh buah dada lebih kurang 20 minit. Amalkan dua kali seminggu.


3. Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Amalkan tiga kali seminggu.


4. Amalkan meminum air didihan nasi sebelum tidur malam. InsyaAllah mujarab.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

14 August 2013

Gejala Demam Selesema


 

Amal langkah pencegahan untuk melegakan, elak tambah serius

Selsema penyakit biasa dialami oleh sesiapa saja tanpa mengira usia dan jika ia kemudian disertai dengan demam pula kehadirannya mampu melumpuhkan aktiviti seharian individu.

Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, iaitu panas dan sejuk, selain jangkitan virus pada hidung dan tekak menyumbang kepada penyakit itu.      
Individu juga terpaksa menanggung keperitan tekak, hidung berair, badan lesu atau menggigil, bersin dengan batuk menjadi gejala utama demam selsema.

Jangan ambil remeh bagi individu yang memiliki sistem pertahanan tubuh lemah, warga emas kekurangan zat makanan, risiko mengalami demam selsema lebih tinggi.

Demam selsema adalah jangkitan virus dalam tekak, sinus dan saluran atas pernafasan. Antibiotik tidak dapat membunuh virus tetapi sistem pertahanan tubuh adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini.

Gejala demam selsema biasanya bermula satu hingga tiga hari selepas jangkitan dan purata jangka masa selsema adalah tujuh hari. Bagi mereka yang merokok gejala batuk dialami akan lebih berpanjangan.

Lazimnya, bila anda selsema atau demam penyelesaian mudah diambil adalah dengan menelan panadol atau ubat dari doktor. Namun bagi mereka yang kurang menggemari perubatan, berikut adalah langkah pencegahan untuk mengatasi dan melegakan demam selsema.

Sup ayam

Pengambilan makanan panas dan berkuah dapat membantu melegakan pernafasan lebih lagi ketika anda demam dan selsema.

Kulit kayu manis

Masukkan sedikit serpihan kulit kayu manis dalam teh sudah disediakan. Selain dapat menyedapkan teh, kulit kayu manis bagus untuk memanaskan badan.

Buah-buahan sitrus

Makan lebih banyak buah-buahan kaya dengan vitamin C termasuk limau dan lemon untuk menghindari selsema.

Air asam jawa

Bancuh asam jawa dengan air lalu campurkan gula melaka atau gula pasir sebagai penambah rasa. Amalkan minuman itu untuk menyejukkan badan dan menghilangkan rasa perit tekak.

Kembang semangkuk

Rendam kembang semangkuk dan minum airnya bagi menyejukkan badan sekali gus mengelak daripada terkena demam.

Bawang putih

Boleh tambahkan bawang putih dalam masakan kerana ia mempunyai fungsi sebagai antibiotik.

Tiram

Hidupan laut ini adalah sumber terbaik untuk zink selain nutrien seperti Omega-3, selenium dan zat besi. Zink penting dalam pembentukan sel darah putih dan paras zink yang rendah boleh memberikan implikasi negatif terhadap sistem imun. Selain itu, zink boleh didapati dari daging lembu dan ayam.

Halia

Air rebusan halia diminum bukan saja bagus untuk melegakan selsema tapi juga menghindarkan angin dalam tubuh.

Sumber vitamin C

Buah-buahan sitrus, pengambilan tambahan seperti kentang, strawberi dan nanas amat membantu dalam mencegah selsema dan demam.


INFO:

Gejala lain demam selesema


- Mata terasa sedikit panas.
- Hilang deria rasa.
- Demam
- Hidung terasa seperti sinus atau telinga penuh tekanan.
- Suara menjadi kasar
- Sakit badan

Selsema boleh berkurangan jika anda memberikan langkah berikut:

- Rehat yang sempurna
- Tidur selama 12 jam atau lebih untuk mengembalikan tenaga.
- Minum banyak air sekurang-kurangnya 8 gelas.
- Mengambil makanan yang berzat
- Duduk di persekitaran yang lembap panas dan bukannya terlampau panas atau sejuk.
- Berkumur mulut dengan air garam.


Pencegahan

- Selalu tutup tangan ketika bersin atau batuk.
- Basuh tangan anda selepas dan sebelum melakukan aktiviti.
- Gunakan tisu pakai buang ketika anda selsema.
- Jangan gosok mata dengan tangan yang kotor.
- Hindari tempat sesak.
- Elakkan berhadapan dengan individu yang sudah berjangkit.
- Makan makanan berzat dan amalkan gaya hidup sihat.
- Kekalkan tahap hidrasi optimum.
- Jangan merokok atau mengambil alkohol.





Sumber dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gejalademamselesema/Article



13 August 2013

Makanan Penurun Berat Badan




Tidak perlu berlapar untuk langsing. Hanya perlu kawal pemakanan serta aktif melakukan aktiviti olahraga. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang boleh membantu menurunkan berat badan dengan efektif:

Ginseng

Ginseng adalah bahan semula jadi yang dapat membantu menurunkan berat badan. Ginseng mengandungi pelbagai manfaat, antaranya sebagai sumber tenaga. Malahan, ginseng kaya dengan serat, membantu meningkatkan metabolisme tubuh serta menstabilkan tekanan darah. Mereka yang menderita penyakit diabetes juga boleh mengambil ginseng di dalam pemakanan mereka.


Cili merah

Cili merah umumnya dapat dijadikan rencah masakan atau sebagai sambal. Rasanya pedas, tetapi mengandungi komponen capsaicin yang istimewa untuk tubuh. Cili merah memberikan rasa hangat selain pedasnya dan membantu membakar kalori dengan lebih banyak. Ia juga ternyata dapat membantu meningkatkan metabolisme tubuh sehingga menjadi salah satu bahan yang disarankan untuk dicampurkan di dalam masakan sehari-hari.

Lada hitam

Rasanya juga sedikit pedas dan hangat setelah masuk ke dalam tekak. Bahan rempah utama kebanyakan hidangan barat ini terasa sedap dan punya aroma istimewa. Lada hitam membantu meningkatkan metabolisme tubuh serta mengekalkan berat badan. Daripada aspek lain, lada hitam ini mampu meningkatkan kemampuan tubuh untuk menyerap beraneka nutrisi dengan maksimum.

Kunyit

Sejak turun temurun, kunyit telah lama digunakan sebagai bahan untuk melangsingkan tubuh. Malahan, kunyit juga dipakai sebagai pewarna. Kaya dengan antioksidan serta kaya nutrisi lain.

Ketika kunyit masuk ke dalam tubuh, curcumin, iaitu bahan yang terdapat di dalam kunyit ini akan membantu mengurangi jumlah lemak di dalam sel tubuh. Kunyit memaksa lemak berlebihan untuk keluar melalui saluran pencernaan. Inilah sebabnya kita akan kerap buang air kecil setelah makan kunyit.

Kayu manis

Kayu manis juga salah satu bahan dengan aroma yang manis dan rasa yang istimewa. Ia merupakan bahan yang dapat membantu mengusir kulat atau virus di dalam tubuh dan menyeimbangkan jumlah bakteria baik sehingga dapat menyerap nutrisi secara maksimum. Kayu manis juga membantu anda mengendalikan nafsu makan sehingga merupakan terapi yang terbaik untuk anda yang ingin menurunkan berat badan.

Halia

Aroma halia cukup pedas dan terasa hangat setelah masuk ke dalam tubuh. Ia memberikan rasa relak pada seluruh bahagian tubuh serta membantu menyeimbangkan metabolisme tubuh. Mengambil halia dapat mengendalikan nafsu makan sehingga menjadikan halia ini antara bahan yang disarankan untuk dicampurkan ke dalam minuman dan diminum setiap kali sebelum makan.

12 August 2013

Mitos Vs Realiti




Tentu ibu dan bapa biasa diingatkan oleh orang tua-tua tentang pantang larang yang boleh dan tidak boleh dilakukan sejak mengandung hinggalah mempunyai anak.
 
Kadang kala pening kepala juga dibuatnya sama ada mahu mengikut atau sebaliknya tentang pantang larang tersebut terutama dalam bab membesarkan bayi.
 
Cuba kita lihat beberapa pantang larang yang biasa diberitahu oleh orang tua-tua tentang penjagaan bayi dan kanak-kanak dan buat perbandingan daripada sudut pandangan pakar perubatan.
1      Bayi baru lahir perlu dipakaikan barut agar tidak kembung atau rangka dada tidak terlalu menonjol khususnya bayi perempuan.
 
Penjelasan:Dinding perut bayi masih lagi lemah ketika usia ini. Oleh yang demikian, pastikan barut dipakai pada bahagian perut sahaja dan bukan terus ke dada kerana khuatir perkembangan organ dalaman anak tidak sukar untuk berkembang dengan cepat. Jangan diikat terlalu ketat kerana dikhuatiri bayi tidak selesa. Pemakaian barut boleh membantu mengelakkan tali pusat tidak luka akibat geseran. Barut dapat membantu memanaskan tubuh bayi.
2      Setelah tali pusat tercabut, pusat bayi harus ditindih dengan kepingan syiling atau logam agar pusat tidak menonjol keluar.
 
Penjelasan:Sebenarnya, kaedah ini tidak perlu dilakukan lebih-lebih lagi jika pusat bayi memang tidak menonjol. Namun, anda boleh mengikut panduan ini jika pusat bayi menonjol asalkan logam terbabit bersih dan disteril.
3      Bayi baru lahir harus dibedung agar kakinya tidak bengkok atau bersilang.
 
Penjelasan:Sebenarnya, membedung adalah untuk memberikan keselesaan kepada bayi ketika tidur. Sehingga anak berusia enam bulan, anak sering mengalami kejutan refleks. Jadi, jika dibedung, ketika berlaku kejutan refleks ini, bayi akan kurang merasa terkejut. Namun perlu diingat, bedung biasanya membuat peredaran darah anak terganggu. Ini membuatkan jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah. Akibatnya, anak akan kerap sakit terutama di bahagian dada khususnya di sekitar paru-paru atau rongga pernafasan.
4      Tidak elok memandikan bayi selepas jam 3 petang.
 
Penjelasan:Ibu sebenarnya bebas menentukan masa untuk memandikan bayi. Biasanya, pada bulan-bulan pertama, anak boleh dimandikan antara jam 9.30 hingga 10.00 pagi. Bila usia bayi meningkat, anda boleh memandikan anak antara jam 8.00 hingga 10.00 pagi. Manakala, pada waktu petangnya pula, bergantung pada suhu ketika itu. Paling penting jangan mandikan anak setelah diberi susu kerana selepas minum biasanya anak akan mengantuk dan mahu tidur.
5      Tangan dan kaki bayi tidak perlu selalu ditutup dengan sarung kaki dan tangan.
 
Penjelasan:Sebenarnya tiada masalah jika tangan dan kaki anak disarungkan terutama ketika suhu dingin. Pemakaian sarung tangan juga perlu untuk mengelakkan berlaku calar akibat terkena kuku. Jika di luar rumah, sebaiknya bayi tidak perlu dipakaikan sarung tangan kerana pemakaian sarung tangan akan membatasi perkembangan deria rasanya.
6      Kuku bayi tidak boleh dipotong sebelum usianya 40 hari.
 
Penjelasan:Larangan ini mungkin disebabkan khuatir akan melukakan kulit jari tangan dan kaki anak. Saiz kuku yang kecil dan nipis memang menyukarkan anda memotong kuku si kecil. Namun, jika dilakukan secara berhati-hati dan menggunakan peralatan yang khusus, kemalangan mungkin dapat dielakkan. Jadi, sebenarnya memotong kuku bayi tidak perlu menunggu sehingga usianya 40 hari asalkan berhati-hati.
7      Anak tidak boleh didukung dengan kaki dikangkangkan kerana khuatir akan terkangkang.
 
Penjelasan:Tidak benar sama sekali. Tidak menjadi hal jika anak didukung dengan cara ini asalkan kepala dan punggungnya diampu agar tidak jatuh ke belakang. Kaki anak kangkang mungkin disebabkan oleh genetik yang diterima daripada ibu atau ayah.
 
 
 
 
 
 
 

10 August 2013

Anak Bersenam

Assalamualaikum semua.. Mungkin ada di antara kita ada anak yang mempunyai masalah obesiti.. Termasuklah saya, ada anak yang mempunyai masalah obesiti nih.. Izzat memang suka makan, terutamanya nasi, lauk kekadang ikan, ayam, seafood, telur ngan macam-macam lagi.. Bab bersenam, tiap-tiap petang mesti dia keluar main ngan adik dia.. Diaorang main kat umah kawan.. Memandangkan Izzat nih tak reti naik basikal, dia banyak berlari kejar kawan-kawan dan adik dia yang naik basikal.. Tapi badan, makin hari stay makin naik.. Tak tahu nak buat macam mana lagi.. Korang ada masalah seperti saya???

 
 
 
Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak pada masa kini semakin meningkat. Dikatakan peratus kegemukan kanak-kanak semakin meningkat dari tahun ke tahun. Sebagai ibu bapa tentu kita risau dengan situasi tersebut.
 

Pelbagai faktor dikaitkan dengan kegemukan di kalangan kanak-kanak seperti gaya hidup dan pemakanan tidak terkawal. Namun memang lumrah kebanyakan kita suka melihat anak-anak kecil yang montel kerana nampak comel.
 

Tetapi janganlah dibiarkan kemontelan itu berterusan sehingga mereka dewasa kerana berisiko mendapat pelbagai masalah kesihatan selain faktor rasa rendah diri akibat kegemukan.
 

Oleh itu, ajarlah anak-anak anda bersenam dan beriadah. Jadikan amalan berekreasi bersama keluarga satu rutin yang penting. Sedikit sebanyak ia membantu anak-anak mengeluarkan peluh selain daripada menjadikan badan mereka cergas dan sihat.
 
Berikut beberapa panduan untuk mendidik kanak kanak bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat:
 

* Ajar anak konsep bersenam, keperluan dan kepentingannya. Ia adalah untuk sihat seperti mengeluarkan peluh dan ajar anak pentingnya menjaga kesihatan.
 

* Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
 

* Lakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit dan lakukan bersama anak-anak.
 

* Disiplinkan anak-anak mengikut jadual untuk menonton televisyen, bermain permainan video dan beriadah supaya mereka tidak hanya terperap di dalam rumah sahaja.
 

* Jika tidak keluar rumah untuk beriadah, mungkin anda boleh reka permainan dalam rumah yang boleh membuatkan mereka aktif bergerak. Sekurang-kurangnya mereka dapat juga mengeluarkan peluh.
 

* Beli basikal untuk anak anda dan setiap petang keluar bersama menjalankan aktiviti berbasikal. Jika tidak, anda boleh menemani mereka berbasikal di taman.
 

* Tetapkan waktu petang pada hujung minggu sebagai hari bersukan. Bawa mereka ke padang permainan, padang bola atau di sekitar rumah supaya mereka dapat aktif bermain bersama kawan-kawan sebaya.
 

* Kurangkan memberi makanan ringan atau jika boleh, jangan ajar anak anda memakan makanan ringan sejak kecil lagi.
 

* Didik anak kepentingan memakan sayur-sayuran dan buah buahan untuk kesihatan tubuh badan. Jangan terlalu mengikut selera anak apabila mereka tidak menyukai makanan tertentu seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Anda perlu kreatif dan mencuba pelbagai cara supaya anak anda dapat menerima makanan tersebut.
 

* Untuk lebih menyeronokkan, tubuhkan satu komuniti ibu bapa yang mempunyai anak dan buat aktiviti bersukan atau beriadah. Ibu bapa juga boleh turut serta dalam menjalankan aktiviti bersenam.
 
 
 
 
 
 
 
 

09 August 2013

Petua Legakan Sakit Tekak

Assalamualaikum semua.. Pernah korang rasa sakit tekak??? Pastinya ada kan... Bila sakit tekak, pastinya kita berasa tidak selesa dan sebagainya.. Selalunya orang suruh minum air asam jawa dan sebagainya untuk menghilangkan rasa sakit tekak.. Di sini ada lagi satu petua yang boleh diamalkan sekiranya mengalami sakit tekak.. Meh jengok petua yang ada nih..





Kalau kena serangan sakit tekak memang tak selesa dibuatnya. Nak bercakap pun rasa hilang mood, hendak makan selera pun tiada. Selain ambil ubat-ubatan doktor apa kata cuba petua tradisional. Mana tahu dengan kuasa Allah SWT, hilang sakit tekak.

 

Ambil beberapa keping asam gelugur, kemudian bakar hingga hangus. Selepas itu, tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Kemudian sapukan pada bahagian tekak yang sakit. Insya Allah sakit tekak anda akan cepat sembuh. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

08 August 2013

Soto Lemak

 
 


Sudah ada menu untuk hidangan tetamu yang bakal menziarahi rumah anda pada hari raya nanti? Jika anda masih tercari-cari resepi yang berbeza untuk juadah daripada sebelumnya, Mingguan Wanita ingin kongsikan resepi raya, Soto Lemak yang enak dan sangat mudah. Pasti ramai tetamu yang berselera menjamu selera dengan masakan raya anda tahun ini. Jom, cuba! 

 

Bahan-bahan:

Nasi impit } siap direbus

1 ekor ayam – direbus

1/2 cawan santan

3 biji bawang merah   }

3 ulas bawang putih   }

2 inci halia                    }

2 inci lengkuas            } dikisar

1/2 inci kunyit               }

8 biji buah keras        }

5 tangkai cili padi

2 helai daun salam

2 helai daun limau purut

 

Bahan Hiasan:

Tauge

Daun sup – dihiris

Kacang goreng

Tauhu – dihiris

Isi ayam – disiat halus

 

Cara Menyediakannya:

  • Tumis bahan-bahan yang dikisar.
  • Setelah naik bau, masukkan daun limau purut dan daun salam.
  • Masukkan tiga mangkuk air dan ayam.
  • Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa.
  • Untuk menghidangkannya, masukkan nasi impit bersama bahan iringan. Masukkan  sup soto.






Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/soto-lemak-1.190212


07 August 2013

Cara Bersih Alat Berminyak

Assalamualaikum semua.. Saya di sini ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca yang menjengah ke blog saya yang tak seberapa nih.. Ialah saya ni kan penulis blog amatur jer.. Maafkan jika ada terlajak kata atau tersilap bahasa selama saya menulis blog ini..




Tinggal beberapa hari lagi kita akan meraikan Aidilfitri. Pasti ramai yang sudah pulang ke kampung. Namun ada juga ibu-ibu yang masih sibuk di dapur untuk persiapan hari raya, mungkin ada yang masih gigih membuat biskut dan kek raya. 
 
Ketika menghasilkan kek berkrim, lazimnya peralatan sukar dibersihkan kerana krim tersebut walaupun telah menggunakan sabun pencuci. Oleh itu, di sini dikongsikan petua mudah untuk mengatasi masalah ini.
 
Anda hanya perlu menyiramkan air panas terlebih dahulu pada peralatan. Setelah itu bersihkan dengan air dan sabun. Ia akan lebih mudah dicuci.






Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/cara-bersih-alat-berminyak-1.185512

06 August 2013

Gigi Putih Dengan Buah-Buahan

Assalamualaikum semua.. Bila baca artikel ini teringat plak untuk berkongsi dengan kengkawan kat luar sana.. Ada orang yang suka menjaga gigi pastinya suka dengan artikel ini.. Bukan apa selain dapat menjimatkan duit malah dapat mencantikkan gigi.. Nak senyum pun lebih rasa berkeyakinan kan???





Ramai yang lebih mementingkan kecantikan pakaian tetapi mengabaikan penjagaan gigi sehingga tidak sedar mulut berbau busuk ketika bercakap sehingga mengganggu orang untuk terus berkomunikasi.



Bagi memastikan mulut berbau harum dan bersih, amat penting untuk anda menitik berat penjagaan gigi. Selain mendapatkan rawatan di klinik gigi dan menggunakan produk farmasi, anda juga boleh mencuba petua tradisional.



Hanya dengan menggunakan beberapa jenis buah, gigi kita akan putih berseri. Bukan sahaja murah malah berkesan dan tiada kesan sampingan. Selamat mencuba!



Lemon dan garam kombinasi terbaik

Selain enak dinikmati sebagai jus, perahan lemon dengan garam kombinasi bahan yang sangat mujarab untuk menghilangkan kesan karat pada gigi. Sapukan campuran pati lemon dan garam pada gigi, kemudian gosok gigi seperti biasa. Hasilnya pasti membuatkan senyuman anda bertambah lebar.



Kulit limau putihkan gigi

Selepas memasak, kulit limau jangan dibuang sebaliknya gunakan ia sebagai pencuci gigi. Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Bukan sahaja karat dan kuning di gigi hilang malah mulut pun berbau harum.



Strawberi bersihkan kotoran

Berita baik untuk penggemar buah Strawberi. Ia dapat membersihkan kotoran pada gigi dan menghilangkan warna kuning atau karat pada permukaan gigi.



Cuka epal untuk gigi berkarat

Bagi yang mengalami masalah gigi kuning dan menjadi kehitaman, cuba sapukan dengan cuka epal. Lakukan seminggu sekali, ia membantu memudarkan kesan tersebut dan membuatkan gigi anda putih semula jadi.





Sumber disunting dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/gigi-putih-dengan-buah-buahan-1.179187


05 August 2013

Biarkan Si Kecil Meneroka Alam

 
 
Merangsang perkembangan anak-anak bukan hanya tertumpu kepada fizikalnya sahaja. Kanak-kanak cepat belajar perkara baru. Banyak yang ingin diteroka termasuk keindahan alam semula jadi.
 

Walaupun tidak pandai bercakap lagi tetapi bayi juga bosan jika asyik duduk di dalam rumah sahaja. Apa kata mama atau papa bawa si kecil meneroka perkara baru. Tentu seronok kan.
 

Aktiviti mudah ini membantu merangsang perkembangan deria bau, lihat, dengar dan sentuh mereka. Selain bagus untuk perkembangan deria, ia turut merangsang koordinasi tangan dan mata yang merupakan kemahiran yang perlu diperkembangkan.
 

1      Bawa si kecil melihat pokok-pokok kecil di halaman rumah atau di taman bunga. Tunjukkan dan beritahunya, tentang pokok. Nyatakan warna pokok itu. Ia sekali gus mengajar si kecil mengenai warna. Biarkan dia menyentuh pokok itu. Jika enggan, bantunya menyentuh dan memegangnya.
 

2      Sekali-sekala biarkan anak kecil anda terdedah di bawah cahaya matahari. Seeloknya pada waktu antara pukul 9.00 sehingga 10.00 pagi iaitu tidak terlalu panas. Ia juga dapat membekalkan vitamin E untuk kulitnya. Beritahu si kecil berkenaan cahaya matahari.
 

3      Pilih pokok yang berbunga dan berwarna. Si kecil amat gemar kepada sesuatu yang menarik perhatiannya. Ia membantu anak untuk fokus kepada objek yang dilihatnya. Biarkan dia sentuh dan bau bunga tersebut. Beritahunya tentang bunga yang berbau wangi.
 

4      Si kecil selalu suka dirinya dibelai dan dimanjakan. Dakapan dan kucupan penuh kasih sayang memberikan aura positif yang membantu perkembangannya. Setelah penat berjalan dan belajar, tiba masa mama bergurau senda dengan anak. Lihat dan pandang ke wajahnya. Katakan hari ini sangat menyeronokkan kerana dapat belajar tentang alam semula jadi.