30 April 2013

Petua Hilangkan Parut Di Kulit Badan

Mesti antara kita mempunyai masalah parut.. Saya pun sejak setahun kebelakangan nih mengalami masalah parut kat kulit nih.. Terjadi disebabkan pelbagai penyebab.. Sehingga kini masih lagi tercari-cari petua ngan cara yang mujarab untuk hilangkan parut ni.. Harap-harap petua kat bawah nih boleh la hilangkan masalah parut yang saya alami nih.. Korang yang ada masalah yang sama pun bolehlah kita cuba sama-sama..





Bagi anda yang mengalami masalah parut sukar dihilangkan di anggota badan anda, baiklah mengamalkan petua-petua di bawah ini supaya anda akan lebih selesa dengan diri anda. InsyaAllah jika diamalkan selalu kesan parut itu akan menghilang daripada tubuh badan anda. Jom kita tengok petua-petua tersebut :

1 Basuh dan bersih daun lidah buaya yang segar. Sapukan lendirnya di serata kulit yang ada masalah parut setiap kali sebelum anda tidur. Biarkan selamalam dan cuci keesokkan dengan air suam.

2 Ambil beberapa biji pisang emas dan kupas kulitnya. tenyehkan bahagian dalam kulit pisang pada parut anda. Lakukan setiap hari sehingga anda lihat pada perubahannya.

3 Campurkan segenggam bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan cekur yang telah ditumbuk halus. Pakai bedak sejuk ini sebelum masuk tidur. Lakukan sehingga kesan parut itu hilang.

4 Kisar timun dan sebiji tomato. Tapiskan airnya dan minum untuk menyejukkan badan. Ambil hampas timun dan tomato tadi, gosokkan di bahagian muka, tangan dan kaki yang ada masalah parut dan amalkannya seminggu sekali. InsyaAllah kesan parut anda akan beransur pulih.

5 Goreng biji asam jawa tanpa minyak lebih kurang lima minit. Kemudian goreskan pada batu atau pada bahagian yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan dengan air dan gosokkan pada parut anda. Amalkan selalu dan lihat hasilnya.

6 Goreng segenggam beras sehingga kekuningan. Selepas itu, tumbuk halus bersama kulit kayu manis. Campurkan dengan sedikit air dan dipakai seperti bedak sejuk dan amalkan setiap hari. InsyaAllah kesan parut anda akan beransur hilang.





29 April 2013

Menu Terbaik Untuk Sarapan


Ramai ibu bapa di luar sana mengabaikan sarapan bagi kanak-kanak.. Aku pun termasuk jugak dalam kategori nih.. Bukannya apa, kalau sediakan sarapan kat rumah memang anak-anak jarang nak makan.. Kalau jamah pun hanya semulut dua macam tu jer.. Tapi sarapan ni memang penting untuk penumpuan anak-anak dalam melakukan aktiviti serta belajar pada hari tersebut.. Belajar pun senang "masyuk" dalam minda anak-anak.. Apapun meh kita baca artikel yang diperolehi melalui Pa&Ma..
 
 
Memulakan hari yang baru mestilah dengan perkara yang baik. Bukan sahaja perbuatan tetapi juga dengan pemakanan. Barulah ceria. Teruskan bersama artikel ini bagi mencungkil apa yang baik untuk sarapan anak anda.
 

Pengambilan sarapan yang berkhasiat membantu anak anda menjadi lebih fokus dan memberikan tumpuan penuh terhadap setiap aktiviti yang dilakukannya. Tapi, apakah makanan kaya khasiat yang sesuai untuk dijadikan sarapan anak? Bersama-sama ini ada beberapa panduan yang boleh anda ikuti.

 
Berikan anak:
  • Makanan berkanji

Misalnya roti dan nasi. Makanan seperti ini penting kerana dapat membekalkan tenaga kepada kanak-kanak. Jika ingin memberi anak makan roti, pastikan roti itu pelbagai. Setiap hari roti yang berbeza dan menu yang berbeza. Contohnya, roti putih dibuat sandwic, roti gandum dibuat roti bakar dan roti pita pula dimakan bersama inti daging kisar. Jika anda ingin hidangkan kepada anak nasi pula, buatlah nasi goreng, nasi lemak atau bubur nasi.

  • Buah-buahan

Ketika bersarapan, elok jika anda dapat menghidangkan anak dengan buah-buahan. Paling tidak pun dengan jus buah segar. Hal ini kerana buah-buahan mengandungi banyak nutrien yang baik untuk kesihatan kanak-kanak. Termasuklah vitamin C. Makanan yang mengandungi vitamin C akan membantu kanak-kanak menyerap zat besi daripada makanan yang diambil mereka. Sebagai ibu bapa, anda kenalah pastikan anak mengambil sekurang-kurangnya 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Antara buah-buahan yang dicadangkan ialah buah epal, oren, anggur dan pisang.

  • Bijirin sarapan pagi

Bijirin sarapan pagi juga pilihan yang baik untuk sarapan anak kerana mengandungi tenaga dan beberapa vitamin dan mineral penting yang diperlukan tubuh. Akan tetapi, anda perlulah berhati-hati kerana di pasaran ada bijirin-bijirin yang mengandungi terlalu banyak gula dan garam. Untuk memastikan anda tidak tersalah pilih, perhatikan maklumat pemakanan yang terdapat pada kotak. Cari yang kurang manis dan kurang masin. Bagi menambahkan selera anak, tambahkan dengan potongan buah-buahan segar atau kismis. Secara tidak langsung, anak anda juga akan dapat khasiat daripada buah-buahan.

  • Susu dan hasil tenusu

Untuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat, jangan lupa berikan anak makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, keju dan dadih.




Sumber disunting dari http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/menu-terbaik-untuk-sarapan-1.138478

26 April 2013

Solat Sambil Mengendong Bayi

 
 
Assalamualaikum semua.. Salam Jumaat.. Pastinya ramai berasa agak pelik dan janggal bila mengatakan solat sambil kendong bayi.. Selama saya hidup pun tak pernah tengok dan dengar mengenai perkara ini.. Alhamdulillah masa bukak facebook baru ni ada la tertengok cara solat sambil mengendong bayi.. Dapat la saya ilmu baru lagi.. Ilmu ni saya juga nak berkongsi kepada kawan-kawan yang masih tak tahu seperti saya juga..
 
Sebenarnya solat ni memang mudah jika kita mempelajarinya dengan lebih mendalam.. Allah tidak menyusahkan umat-Nya malah memudahkan dari pelbagai segi.. Jika sakit boleh solat sambil duduk atau baring.. Jika anak kecil merengek tidak mahu duduk, boleh solat dengan mengendong bayi tersebut.. Jadi tiada alasan untuk kita tidak bersolat.. Apapun meh kita belajar cara-cara solat sambil kendong bayi..
 
 


 
 
CARA MENGENDONG BAYI KETIKA SOLAT

 1  Adalah baik sebelum itu, bayi yang mahu dikendong terlebih dahulu dibersihkan daripada segala najis (maknanya, tukarkan dahulu dengan lampin atau pampers yang bersih)

 2  Memulakan niat solat seperti biasa sambil mengendong bayi

 3  Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir dah tidak perlu diletakkan di atas dada, kerana hukum mengangkat tangan dan meletakkannya di atas dada hanyalah sunat

 4  Bacalah apa sahaja yang perlu dibaca dalam keadaan berdiri lalu rukuk dengan tangan memegang erat bayi tersebut, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya

 5  Semasa mahu sujud, letakkan bayi itu dan kemudian dikendong kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya

 6  Laksanakan seperti itu hingga solat selesai

Diharuskan mendukung anak kecil sewaktu mendirikan solat. Sesungguhnya Nabi saw telah mendukung Umamah binti Zainab r.a dalam keadaan baginda sedang solat. (riwayat Bukhori dan Muslim). Dan adalah Hasan dan Husain memanjat belakang Nabi saw ketikan baginda sedang sujud. (tamat jawaban syeikh Fauzan).
 
Syarat yang perlu dipatuhi ialah jangan melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat seperti:

 1  Pastikan anak itu bersih dari najis. Perkara ini telah disebut oleh Imam an-Nawawi dalam kitab majmuknya.

 2  Kawal pergerakan. Jangan banyak bergerak sehingga hilang fokus (khusyu').

 3  Dada sentiasa mengadap kiblat.
 
 
 
 
 
 
 

25 April 2013

Perabot Sesuai Dalam Taman




Semua orang mempunyai impian untuk mempunyai taman sendiri di halaman rumah.. Bagi yang tinggal di pangsapuri dan seangkatan dengannya, impian ini tidak dapat dipenuhi sepenuhnya.. bagi yang tinggal di rumah teres, mungkin dapat merealisasikan sebahagian dari impian.. Bagi yang tinggal di rumah berkembar dan banglo atau sesebuah ini, sekurang-kurangnya impian untuk mempunyai taman sendiri boleh direaisasikan.. Tapi adakah anda tahu jenis perabot yang sesuai dengan lokasinya sendiri??? Di bawah ini ada sedikit tips yang boleh dikongsikan bersama..

Dalam keghairahan mewujudkan taman sempurna yang memenuhi cita rasa anda dan keluarga, pastikan perabot yang dibeli tidak tersalah pilih.

Ini kerana tidak semua perabot taman yang ada di pasaran mempunyai ciri-ciri tahan daripada cuaca panas, hujan atau embun.

Ada yang hanya sesuai di tempat berbumbung seperti dekoratif gazebo atau wakaf.

Bagaimanapun, material perabot itu sendiri yang menjadi faktor utama ketahanannya.


Sebelum membeli, pastikan lokasi, reka bentuk, kesesuaian, bajet dan aspek penyelenggaraan.


Paling utama kesesuaian perabot perlu diselarikan dengan konsep taman supaya idea yang anda ingin zahirkan lebih menyeluruh.

Bagi kerusi santai umpamanya, persekitaran sesuai perlu diwujudkan supaya fungsinya boleh dipelbagaikan.


Dalam meraikan tetamu dan mewujudkan tempat bersembang, kehadiran kerusi yang mempunyai pemegang dengan meja kopi di tengahnya.

Sementara ruang istirahat pula memerlukan kesesuaian dan reka letak seperti kerusi malas atau kerusi goyang.

Seterusnya, bajet perlu selari dengan kemampuan anda bagi mengelakkan pembaziran atau tersalah beli perabot.

Jika bercadang untuk membeli perabot kegunaan minum petang, pastikan jumlah kerusi atau keluasan meja.

Tentukan lokasi sama ada berbumbung atau sebaliknya.

Elak meletakkan kusyen atau hiasan fabrik untuk ruang terbuka bagi menghindari kepudaran warna atau terkena hujan.

Dari segi penjagaan perabot taman pula, berikut dikongsi beberapa petua:



Panduan penjagaan perabot taman

  • Guna penyapu debu berasaskan bulu ayam bagi menanggalkan debu di celah rotan yang sukar dimasuki tangan.
  • Dapatkan kain bersih untuk mencuci perabot selain menyembur pengilat perabot untuk mengekalkan serinya.
  • Letakkan perabot di tempat teduh seperti beranda ketika matahari terik.
  • Ini kerana pancaran cahaya secara berterusan boleh melunturkan warna asal rotan atau buluh.
  • Elak meninggalkan perabot taman di luar ketika hujan kerana ia menyerap air dan menyebabkan kurang daya ketahanan.


  • Panduan mengekalkan warna kayu

  • Bagi kayu jati, gunakan bahan perlindungan sesuai bagi mengelakkan ia cepat pudar.
  • Perabot taman perlu berada dalam keadaan kering sebelum membuat rawatan atau dicat pelindung.
  • Perabot taman yang dilengkapi payung boleh melindungi kepudaran dan mengekalkan daya ketahanannya.
  • Ia juga bagi memastikan tidak terkena sinaran ultra ungu secara terus atau hujan kerana ia boleh memudarkan warna perabot.
  • Elak perabot diserang serangga perosak yang boleh mencacatkan keindahan perabot.







  • Sumber disunting dari akhbar harian metro



    24 April 2013

    Talasemia

     
     
     
    Talasemia

    Talasemia ialah satu penyakit yang diwarisi iaitu penyakit kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan bahan yang mengangkut oksigen dan memberi warna merah kepada darah.

    Setiap tahun, lebih kurang 100,000 bayi di seluruh dunia dilahirkan mengalami Talasemia Major. Talasemia Major paling kerap berlaku di kalangan mereka yang berketurunan Itali, Greek, Timur Tengah, Asia Tenggara dan Afrika.

    Nama lain bagi Talasemia Major ialah Talasemia Beta Homozigus, Anemia Mediterranean dan Anemia Cooley.



    Gejalanya (Tanda-tanda)

    * Keletihan yang teruk.
    * Sesak nafas.
    * Jaundis.
    * Limpa membesar.
    * Kecacatan tulang (muka berupa mongoloid).



    Jenis-jenis Talasemia

     




    Talasemia Beta


    * Ia disebabkan oleh mutasi yang terjadi dalam gen globin beta.

    * Individu yang mewarisi satu gen Talasemia Beta dari ibu atau bapa dikenali sebagai Talasemia minor atau trait (ciri). Talasemia trait bukanlah suatu penyakit dan individu yang mempunyainya boleh meneruskan kehidupan yang dikira normal. Mereka merupakan pembawa kepada gen yang abnormal ini dan selalu digelar 'pembawa Talasemia yang sihat'. Mereka mempunyai paras hemoglobin yang rendah sedikit daripada biasa. Kekurangan ini selalunya lebih ketara ketika hamil. Sel darah merah mereka juga bersaiz kecil sedikit daripada biasa.

    * Individu yang mewarisi dua gen Talasemia Beta, satu gen abnormal daripada ibu dan satu daripada bapa dikenali sebagai penghidap Talasemia major. Ia merupakan penyakit yang biasa terjadi di Malaysia.

    * Individu Talasemia major menghasilkan rantaian beta globin yang sedikit berbanding normal.

    * Sumsum tulang mereka tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi kerana ia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi.

    * Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini selalunya mengalami Anemia diantara 6-18 bulan selepas dilahirkan.

    * Mereka memerlukan pemindahan darah yang berkala untuk meneruskan kehidupan.

    * Kanak-kanak yang tidak dirawat biasanya akan sakit ketika berumur di antara 2-4 tahun. Mereka menjadi pucat, tumbesaran terbantut dengan kecacatan tulang dan limpa membesar.







    Talasemia Alfa


    *  Ia disebabkan kehilangan 1 gen atau lebih daripada rantaian globin alfa.

    * Tahap keterukan talasemia ini bergantung kepada bilangan gen alfa globin yang hilang. Sesetengah individu mungkin memerlukan pemindahan darah sekali-sekala sementara yang lain memerlukan pemindahan darah yang berkala (berterusan). Sesetengahnya pula langsung tidak memerlukan pemindahan darah. Kesemua ini bergantung kepada tahap keterukan penyakit tersebut.

    * Ia boleh menyebabkan kejadian lahir mati akibat hydrops foetalis (sembab yang teruk di keseluruhan badan bayi yang dikaitkan dengan anemia teruk) jika tiada globin alfa yang dihasilkan semasa hayat janin.
     
     
     






    Hemoglobin E/Talasemia Beta


    * Hemoglobin E mempunyai struktur yang berubah dan kadangkala menunjukkan ciri-ciri yang berubah/berlainan.

    * Hemoglobin E/Talasemia Beta adalah keadaan yang biasa berlaku di Malaysia terutamanya di kalangan orang Melayu.

    * Dalam kes ini, individu mewarisi 1 gen Talasemia Beta dan 1 gen hemoglobin E yang abnormal masing-masing daripada ibu atau bapa.

    * Ia boleh menyebabkan masalah terhadap individu berkenaan dan pemindahan darah yang berterusan/berkala mungkin diperlukan ataupun tidak.

    * Darah individu yang menghidap hemoglobin E/Talasemia Beta mengangkut oksigen lebih baik berbanding individu dengan Talasemia Beta sahaja. Oleh itu mereka boleh bertahan dengan paras hemoglobin yang lebih rendah.





     


    Penyebab Talasemia Beta Major

    Talasemia major berlaku apabila gen yang cacat diwarisi daripada kedua-dua ibu dan bapa. Jika ibu atau bapa merupakan pembawa ciri Talasemia, mereka boleh menurunkan ciri ini kepada anak-anak mereka. Jika kedua-dua ibu bapa pembawa ciri tersebut maka anak-anak mereka mungkin merupakan pembawa atau mereka akan menghidap penyakit tersebut.


    Faktor risiko dan langkah pencegahan.

    Mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidapi Talasemia major atau merupakan pembawa kepada ciri ini adalah sangat berisiko.


    Bagaimana kita dapat mencegah Talasemia Major?

    *  Menjalani penyaringan bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia.

    * Jika anda mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dengan pasangan anda. Bakal pasangan anda perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada beliau juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak.

    * Jika kedua-dua pasangan membawa ciri Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenainya dengan menghadiri kaunseling genetik. Kini terdapat ujian yang boleh dilakukan semasa awal kehamilan untuk mengetahui sama ada janin menghidapi Talasemia major ataupun tidak.


    Penjagaan sendiri


    *  Ingatkan kanak-kanak supaya mengelakkan makanan dengan kandungan ferum yang terlalu tinggi seperti daging merah dan makanan lain yang kaya ferum seperti hati. Ingatlah bahawa ferum dalam daging lebih mudah diserap berbanding sumber-sumber ferum yang lain seperti bijirin dan roti.

    * Sesetengah makanan seperti jus oren boleh meningkatkan penyerapan ferum manakala yang lain seperti teh, hasil tenusu dan kopi boleh mengurangkan penyerapannya. Bagaimanapun, jika anda menggunakan Desferral, anda disyorkan mengambil 250mg vitamin C selepas memulakan infusi untuk meningkatkan keluaran ferum.

    *  Kanak-kanak dinasihatkan untuk mendapatkan imunisasi mengikut jadual terutama pelalian Hepatitis B untuk melindungi mereka daripada jangkitan akibat pemindahan darah seperti Hepatitis B.

    * Sesetengah kanak-kanak yang lebih tua terutama yang telah baligh cenderung mendapat ulser kaki terutamanya di keliling buku lali. Ini disebabkan kekurangan bekalan oksigen pada kulit akibat anemia dan peredaran darah yang lambat apabila seseorang itu berdiri atau duduk. Dengan itu mereka yang mengalami ulser ini dinasihat mengelakkan diri dari terhantuk buku lali dan memakai stoking dengan melipat bahagian atasnya atau memakai gelung dari kain khas yang tebal untuk melindungi tulang kering.

    * Tingkatkan peredaran darah sebaik mungkin di bahagian buku lali. Ini boleh dilakukan dengan meninggikan kaki melebihi paras jantung. Tidur dengan kaki ditinggikan sedikit dan meletakkan kaki di atas kerusi/sofa ketika berehat, contohnya semasa menonton televisyen.

    * Kebersihan dan kesihatan individu mestilah memuaskan dan kebersihan perlu dipelihara terutama di tempat Desferral disuntikkan/dimasukkan ke dalam badan.

    * Jangan lambat mendapatkan rawatan susulan di hospital atau pemindahan darah. Adalah penting bagi pesakit mengekalkan paras hemoglobin purata sehampir normal yang mungkin supaya tumbesaran yang hampir normal juga diperolehi. Tumbesaran dan perkembangan pesakit mesti diawasi dengan teliti.


    * Talasemia merupakan penyakit yang memerlukan pemahaman tentang genetik dan fisiologi. Adalah penting untuk individu yang mengalaminya dan pembawa ciri ini menjadi ahli Persatuan Talasemia yang aktif bagi menimba pengetahuan dan maklumat terkini daripada mereka yang berkelayakan.


    Rawatan

    Talasemia Minor Rawatan tidak diperlukan.

    Talasemia Major


    * Pemindahan darah yang berkala diperlukan supaya kanak-kanak membesar dengan sihat. Pemindahan darah boleh mengubah sesetengah manifestasi penyakit ini, tetapi pengumpulan ferum daripada pemecahan hemoglobin akibat pemindahan darah boleh merosakkan organ hati, jantung dan endokrin. Suntikan Desferral (agen pengkelat ferum) membantu mengikat lebihan ferum dan mengeluarkannya melalui air kencing.

    * Mengambil tambahan Folat (asid folik) harian.

    * Pemindahan sumsum tulang untuk pesakit yang sesuai.
     


     
     
     
     

     

    23 April 2013

    Pentingnya Iodin Semasa Hamil

     
    Ketika hamil, wanita perlukan nutrien secukupnya agar diri dan bayi dalam kandungan sihat. Kekurangan sesetengah nutrien penting boleh menyebabkan kandungan bermasalah. Antara yang perlu diambil berat ialah tentang pengambilan iodin. Ikuti kupasan lanjut tentang hal ini oleh Profesor Creswell J. Eastman, Perunding Perubatan Endokrinologi dari Universiti Sydney, Australia.
    Menurut Prof. Eastman, iodin penting bagi wanita hamil untuk mengelakkan bayi dalam kandungan mengalami masalah. Katanya, iodin perlu untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi yang normal terutamanya ketika masih dalam kandungan. Dan keperluan ini berlanjutan sehinggalah kanak-kanak tersebut berusia dua hingga tiga tahun.
    Tambah beliau lagi, wanita hamil dan bayi memerlukan iodin untuk menghasilkan hormon tiroid. Hormon inilah yang akan menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pada tahap yang normal. Selain itu, hormon tiroid ini dapat membantu mengekalkan tahap metabolisme badan.
    Kekurangan iodin juga boleh menyebabkan paras tiroksin rendah yang akan merencatkan pertumbuhan mental dan fizikal kanak-kanak. Jadi, sangat penting memastikan bayi dalam kandungan dan kanak-kanak mendapat iodin secukupnya. Untuk pengetahuan, lazimnya, iodin tidak disimpan dalam tubuh dan perlu diambil setiap hari. Makanan yang mengandungi iodin ialah seperti makanan laut, susu dan produk tenusu. Bagi wanita hamil yang ‘vegetarian’, pengambilan susu yang secukupnya penting bagi memastikan kuantiti iodin yang mereka dapat menampung keperluan harian.
    “Wanita hamil dan wanita yang menyusukan perlukan iodin lebih banyak daripada orang biasa,” kata Prof. Eastman yang turut bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menghasilkan kajian mengenai Kekurangan Iodin dalam Kanak-kanak (IDD).
    Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, kekurangan iodin akan menyebabkan pelbagai masalah kepada bayi yang baru lahir. Antaranya ialah terencat akal, pembesaran terbantut, pekak, bisu dan lemah anggota badan. Oleh sebab itu, pengambilan iodin sepanjang tempoh kehamilan sangat penting. Ketahuilah bahawa tubuh hanya perlukan sedikit iodin dan bahan ini wujud dalam kebanyakan makanan.
    INFO:
    Iodin merupakan nutrien penting bagi manusia untuk merangsang proses tumbesaran, perkembangan saraf dan pembentukan sel otak bayi dalam kandungan dan kanak-kanak. Pun begitu, kuantiti yang diperlukan sangat sedikit iaitu sebanyak 150mikrogram (µg) setiap hari bagi orang dewasa. Majlis Penyelidikan Kesihatan dan Perubatan Negara dan Kementerian Kesihatan New Zealand menyarankan agar wanita hamil mengambil sebanyak 220µg iodin setiap hari. Manakala bagi wanita yang menyusukan bayi, dicadangkan agar mengambil sebanyak 270µg setiap hari.
    Kekurangan iodin bagi wanita hamil boleh mengakibatkan:
    • Gangguan terhadap perkembangan otak bayi dalam kandungan
    • Keguguran
    • Kematian bayi dalam kandungan
    • Mati semasa dilahirkan
    • Kelahiran anak yang juga kurang iodin




    Sumber dari http://pama.karangkraf.com/famili/pentingnya-iodin-semasa-hamil-1.136608




    22 April 2013

    Tips Memilih Warna Pakaian Berdasarkan Bentuk Badan dan Kulit

     
     
     
    TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN
     1  Kita boleh menggayakan sesuatu pakaian tidak melebihi dari 3 warna. Untuk kelihatan lebih menarik dan ceria, gabungkan warna semulajadi seperti putih, coklat krim, kelabu mahupun hitam bersama warna-warna ceria seperti hijau pucuk pisang, biru muda, oren, kuning, jingga, peach, merah jambu mahupun merah. Gabungan warna semulajadi dan warna ceria mampu membuatkan anda nampak lebih ceria & muda. Namun yang demikian, jika anda tidak yakin bermain dengan warna, gayakan sahaja 1 warna seterusnya pakai aksesori seperti rantai, gelang mahupun tudung yang lebih menyerlah & warna-warna ceria.

    Contoh penggayaan yang sesuai: baju warna biru, seluar/skirt warna merah & tudung warna kuning atau gabungkan warna tudung merah & biru.


     
     2  Jika anda ingin memakai baju bercorak bunga, abstrak dan sebagainya, padankan seluar/skirt corak kosong (plain) warna senada dengan baju. Perlu diingati, jangan sesekali anda memakai baju corak bunga, seluar & tudung juga bercorak. Apabila semua yang anda pakai bercorak, ia hanya akan nampak berserabut. Ini harus di jauhi.
    Contoh penggayaan yang sesuai: baju corak bunga, seluar/skirt dan tudung corak kosong (plain) senada.


     
     3  Anda juga boleh menggayakan corak kosong untuk baju, corak garisan lurus untuk seluar dan corak bunga untuk tudung.


     
     4  Sebelum memilih warna pakaian, anda kena tahu bentuk tubuh badan anda terlebih dahulu. Tips berikut mengenai tips memilih pakaian mengikut tubuh & warna kulit.
     
     
     
     
    TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN BERDASAKAN BENTUK BADAN
     
    Badan gempal dan tinggi
    Individu seperti ini sesuai menggayakan baju bewarna gelap seperti warna hitam, coklet gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Serlahkan juga penampilan anda dengan corak bunga-bunga kecil. Untuk kelihatan ceria anda harus bijak bermain dengan warna. Awas, elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menampakkan kegempalan anda.
     
    Badan kurus dan rendah
    Jika anda golongan ini, serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda nampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi wedges, ia mampu membantu menambahkan ketinggian dan pastinya anda akan kelihatan lebih elegan dan trendy!
     
    Badan kurus dan tinggi
    Untuk individu yang berbadan kurus dan tunggi, anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya mengurangkan anda dilihat terlalu kurus. Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran bahawa anda lebih berisi.
     
    Untuk mengetahui jenis pakaian apa yang tepat, anda perlu ketahui dahulu bentuk tubuh anda kategori yang mana. Pada umumnya bentuk tubuh wanita terdiri daripada 4 jenis iaitu :-

    (a) Bentuk Badan Buah Pear
     
    Bentuk Badan Buah Pear
    Ciri wanita berbentuk tubuh buah pear bermaksud tubuh lebih besar di bagian bawah pinggul dan paha dan bahagian atas kecil secara tidak langsung pinggang kelihatan kecil dan ramping.
     
    Tips untuk bentuk badan buah pear :
      1. Pakaian yang tepat untuk bentuk tubuh ini adalah yang mampu menyeimbangkan bahagian atas tubuh dengan bahagian bawah tubuh. Pakaian dengan corak pelbagai dan berwarna terang sesuai dipakai pada bahagian atas. Pakaian atas (bahu/lengan) yang lebar, berenda-renda, detail yang banyak juga mampu membuatkan tubuh bahagian atas anda kelihatan sedikit besar sekaligus ia menyeimbangkan tubuh.
      2. Untuk tubuh bahagian bawah, pilihan seluar jenis basic cut dan seluar slim/boot cut sangat sesuai.
    3. Hindari pakaian atasan yang berwarna gelap dan seluar sendat di pinggul kerana ia akan mononjolkan bentuk pinggul anda yang besar.
     
    (b) Bentuk Tubuh Epal

     
    Bentuk Tubuh Epal
    Dikatakan berbentuk epal kerana tubuh jenis ini cenderung bulat pendek dan bahagian pinggang membesar.

    Tips untuk bentuk tubuh epal :
    1. Warna-warna yang ceria dan terang di bahagian atas tubuh dan warna gelap bahagian bawah tubuh adalah kombinasi yang sesuai. Gunakan tali pinggang dengan ukuran sederhana untuk tampil menarik.
     
    2. Seluar dan skirt berpotongan lurus sesuai digayakan.
    3. Kepada yang tidak memakai tudung, gunakan pakaian dengan bentuk leher V yang bagi menyeimbangkan tubuh.

    4. Hindari pakaian dengan bentuk leher ‘turtleneck’ kerana ia menampakkan anda semakin berisi.
    5. Elakkan manik-manik di bahagian pinggang.
     
     
    (c ) Bentuk tubuh 4 Segi atau Brick/Rectangle
    Bentuk tubuh 4 Segi atau Brick/Rectangle
    Wanita dengan bentuk tubuh ini memiliki ciri-ciri ukuran payudara dan pinggul sama ukuran dan kelihatan tubuhnya lurus.
     
    Tips untuk tubuh 4 segi :
    1. Pilihlah pakaian dengan potongan yang jelas agar membantu membentuk lekuk tubuh, seperti pakaian dengan struktur geometris dengan tali pinggang atau pakaian yang memiliki detail pita dan kerut yang simple.
     
    2. Hindari pakaian jenis yang tipis dan ringan. Jangan mengenakan terlalu banyak detail agar kesannya tidak terlalu serabut. Untuk aksesori juga jangan terlalu banyak.
     
     
     
    (d)  Bentuk Jam pasir
     
     
    Bentuk Jam Pasir

    Wanita dengan bentuk tubuh ini dikatakan ideal. Mereka yang memiliki bentuk tubuh jam pasir memiliki bahu dan pinggang sama, tubuh mengecil dibahagian pinggang sehingga terlihat seksi.
     
    Tips untuk tubuh jam pasir :
    1. Mereka yang memiliki bentuk tubuh jenis ini sangat bertuah kerana anda sesuai memakai semua jenis pakaian.
    1. Kepada yang tidak memakai tudung, anda boleh memakai pakaian bahagian atas (leher) jenis yang terbuka untuk menonjolkan bentuk bahu yang indah.
    1. Untuk bahagian bawah tubuh digalakkan mengenakan seluar dengan potongan A-line agar anda kelihatan ramping.
          4. Serlahkan penampilan anda dengan warna-warna ceria

     

    TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN BERDASARKAN KULIT



    1. Kulit Putih/Cerah

    Sangat bertuah kepada mereka yang mempunyai ton warna ini, kerana pemilihan warna baju yang sesuai sangat senang dan banyak. Jika anda berkulit putih (cerah) serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna-warna ceria dan terang seperti hijau pucuk pisang, merah, hitam dan biru terang. Jauhi memakai pakaian bewarna pastel seperti coklat dan biru muda kerana ia akan membuatkan anda nampak pucat.



    1. Kulit Sawo Matang

    Orang Malaysia kebanyakkan berkulit sawo matang. Kira warna kulit standard orang Malaysia atau lebih tepat kulit orang melayu. Untuk anda yang berkulit sawo matang sangat sesuai untuk warna kuning atau hijau. Pemilihan warna seperti ini, akan membuatkan anda kelihatan menyerlah. Harus diingati anda yang berkulit ini tidak sesuai untuk penggunaan warna kelabu atau berona gelap, ia akan membuatkan anda kelihatan kusam.



    1. Kulit Gelap/Hitam Manis

    Untuk yang berkulit gelap serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna-warna cerah dan ceria seperti merah jambu, biru laut, putih, coklet, peach, hijau muda, dan kelabu. Elakkan memakai warna gelap seperti hitam, coklet gelap, maroon, biru gelap dan hijau gelap kerana ini akan membuatkan anda kelihatan lebih gelap.
     
     
     
     
     
     
     
     

    19 April 2013

    Kesempurnaan Wudhu'

    Assalamualaikum semua.. Hari ni saya nak berkongsi mengenai kesempurnaan berwudhu.. Adakah kita dapat melakukannya sepertimana Rasulullah S.A.W.. Rasulullah S.A.W ada mengajar kita untuk menjimatkan air tak kira dalam berwudhu atau mandi hadas.. Walaubagaimana pun cara untuk mandi hadas tuh masih lagi dalam pencarian.. Saya akan berkongsi di entry akan datang sekiranya terjumpa mengenainya..
     
     
     

    Ini lagi satu kes. Entah dari mana juga dia belajar perlu guna banyak-banyak air untuk mandi wajib. Mari dengar beberapa hadis.

    Daripada Anas RA,
    Nabi biasa mandi dengan memakai satu sha’ (gantang) sampai lima mud (cupak) air, dan berwudhuk dengan satu mud.”
    1 sha’ = 1 gantang = 2.75 liter
    1 mud = 1 cupak = 0.7 liter
    Daripada Ubaidillah bin Abi Yazid,
    Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Ibnu Abbas RA,
    Berapa cukup air bagiku untuk berwudhuk?”
    Satu mud,” ujarnya. Dan untuk mandi?” Tanyanya lagi. “Satu Sha’,” ujarnya.
     
    Ah, tidak cukup untukku,” kata lelaki itu pula.
    Celakalah engkau, bahkan itu cukup bagi orang yang lebih baik daripadamu, yakni Rasulullah SAW.”
    [H.R. Ahmad dan Thabrani dengan sanad terpercaya]
    Hah, Rasulullah sahaja mandi menggunakan 2.75 liter air. Tak sampai 2 botol air mineral besar pun. Mengapa kita sibuk menyusahkan diri dengan mengatakan bilasan tak sah, bilasan tak sempurna dan lain-lain? Adakah kita lebih pandai berbanding Rasulullah SAW?

    18 April 2013

    10 Perkara Yang Merosakkan Otak

    Assalamualaikum semua.. Hari ni saya nak berkongsi satu topik yang boleh merosakkan otak.. Sebelum ni saya dah berkongsi mengenai 10 makanan terbaik untuk otak.. Kiranya ada kaitan dengan otak la jugak..

    Otak adalah satu organ yang amat penting dan perlu dijaga oleh semua orang.. Bila seseorang tidak waras, dikatakan gila.. Bila pandai, dikatakan otak bergeliga.. Macam-macam istilah berkait rapat dengan otak.. Ok lah, saya tak mau membebel panjang lebar.. Kang korang tak larat nak membaca bebelan saya nih.. Meh kita baca info yang saya dapat nih..



    1 TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI
    Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25%daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

    2 TERLEBIH MAKAN
    Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.

    3 MEROKOK
    Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

    4 MENGAMBIL GULA BERLEBIHAN
    Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

    5 MENGHIDU UDARA YANG TERCEMAR
    Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.

    6 TIDUR YANG BERLEBIHAN
    Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

    7 TIDUR DENGAN MENUTUP MUKA
    Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

    8 KURANG BERIMAGINASI
    Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otk kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

    9 JARANG BERFIKIR
    Jarang berfikir menyeabkan otak kita menjai lembap dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.
     
    10 TIDAK MEMBACA AL-QURAN
    Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.




    Sumber dari facebook Dr. Tengku Asmadi




    17 April 2013

    Resepi Piza

    Resepi yang mudah dan cepat menyediakannya.. Boleh ditambah atau diolah lagi bahan-bahan di dalam piza ni ikut kesukaan masing-masing..
     
     
    PIZZA
    Masa : 30 minit
    Hidangan : 3 orang
    Bahan-bahannya:
    • Sekeping doh piza segera
    • Sos tomato
    • Hirisan sosej
    • Sayur-sayuran campur
    • Keju mozarella yang telah disagat


    Cara-cara menyediakannya:

    1. Mula-mula ambil sekeping doh piza segera.
    2. Kemudian, sapukan dengan sos tomato.
    3. Letakkan hirisan sosej.
    4. Letakkan juga sayur-sayuran campur.
    5. Akhir sekali, taburkan keju mozarella yang telah disagat dan bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 20 minit atau sehingga masak.
    6. Sedia untuk dihidangkan.



    Sumber dari http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/piza-air-tangan-mama-1.138492




    16 April 2013

    7 Panduan Kurangkan Gout

     
     


    Assalamualaikum.. Entry kali ni khas bagi pesakit gout atau ahli keluarga yang mengalami penyakit gout.. Mungkin ada pesakit gout masih kurang memahami dan mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh makan bagi mengurangkan gout.. Artikel di bawah ini dapat membantu pesakit gout..

    Pengumpulan asid urik, gemuk, tekanan dan kerosakan buah pinggang antara penyebab gout yang lazimnya lebih ramai dihidapi lelaki berbanding wanita.

    Golongan berisiko tinggi menghidap penyakit itu ialah mereka yang berusia lebih 40 tahun.

    Gout iaitu sejenis penyakit sendi, sering dianggap penyakit biasa yang tidak serius dan mengancam nyawa.

    Bagi mengurangkan kesan serangan gout dan menikmati kehidupan lebih baik, berikut disertakan tujuh panduan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah gout.



    1) Kekalkan hidrasi

    Mengekalkan hidrasi dalam tubuh amat penting bagi semua orang dan bukan hanya tertumpu kepada mereka yang mempunyai penyakit gout. Badan manusia kebanyakannya terdiri daripada air dan air yang diperlukan bertanggungjawab mengepam toksin dalam badan dan membawa nutrien kepada sel tubuh.

    Dalam kes berkaitan gout, asid urik yang berlebihan akan membina sendi yang menyebabkan serangan penyakit itu dikumuhkan dalam air kencing. Jadi, apabila tubuh terhidrat, ia mampu mengusir asid urik dengan kerap kencing supaya ia tidak akan terkumpul di dalam sendi.

    2) Elak minuman keras

    Alkohol akan menyumbang kepada masalah dehidrasi dalam badan. Apabila protein daripada yis di dalam bir dipecahkan ia akan tercipta asid urik. Serangan gout akan semakin serius jika berlaku dehidrasi. Banyak alkohol diperbuat daripada yis.

    3) Elak beli ubat gout di kaunter

    Ada beberapa jenis ubat-ubatan gout yang perlu dielakkan. Paling lazim dijual ialah aspirin dan diuretik iaitu ubat membantu membuang air daripada badan.

    Aspirin dikesan boleh menyebabkan paras asid urik dalam badan menjadi tinggi dan boleh menyebabkan lebih banyak serangan gout. Diuretik pula berfungsi membuang air daripada badan. Cuma air yang sama bagaimanapun diperlukan untuk melupuskan asid urik yang berlebihan.

    Jika doktor menasihatkan supaya pesakit mengambil aspirin dalam dos rendah setiap hari atau diuretik untuk masalah jantung, orang itu perlu terus mengambil ubat berkenaan kecuali mereka dinasihatkan untuk berhenti. Pesakit gout dinasihatkan menghapuskan penyebab gout untuk mengurangkan serangan.

    4) Makan secara sihat

    Makan dengan betul. Minum banyak air kerana ia sangat penting untuk pesakit gout. Ada diet khas untuk pesakit gout yang boleh mengurangkan beberapa jenis makanan yang mengandungi purine kerana bahan itu dipecahkan oleh badan sekali gus menyebabkan tahap asid urik meningkat.

    Cara terbaik mengurangkan pengambilan daging merah, mengelakkan alkohol dan memakan banyak tenusu rendah lemak, buah-buahan dan sayu-sayuran. Apabila seseorang itu diserang gout, doktor akan memberikan diet gout lengkap untuk membantu mengelakkan ia semakin meningkat.

    5) Mengekalkan berat badan

    Satu perkara penting bagi pesakit gout ialah mengekalkan berat badan. Jika gagal menyebabkan jumlah asid urik dalam badan juga meningkat.

    Mengekalkan berat badan yang sihat tidaklah sukar seperti yang difikirkan. Jika seseorang itu mengikuti semua panduan dan nasihat dalam senarai pemakanan sihat dengan betul, maka berat badan akan datang secara semula jadi. Cukup sekadar mengamalkan senaman sederhana, iaitu sesuatu yang juga baik untuk semua orang.

    6) Rehat

    Tidur cara pemulihan yang terbaik untuk tubuh. Mendapatkan rehat yang cukup adalah penting bagi penyakit gout kerana apabila tekanan meningkat ia akan membawa kepada lebih banyak serangan penyakit itu.

    Pengamal kesihatan juga bersetuju walaupun kita tidak menguap atau mengantuk tetapi jika perlu tidur, mereka patut lakukannya bagi merehatkan dan meredakan tekanan lebih cepat.

    7) Halia

    Halia digunakan beribu-ribu tahun yang lalu untuk masalah sendi dan gangguan gastrousus.
    Penyelidikan menunjukkan ia berkesan mengurangkan kesakitan dan keradangan apabila digunakan dari masa ke masa kerana ada banyak ubat-ubatan disediakan di kaunter perubatan.

    Ubat-ubatan berasaskan halia boleh didapati dalam bentuk akar asli, serbuk mahupun dalam bentuk kapsul.





    Sumber disunting dari akhbar berita harian


    15 April 2013

    Memilih Perabot Ruang Tamu

     



    Assalamualaikum semua.. Bagi yang baru memasuki rumah baru pastinya tercari-cari set perabot yang baru bagi ruang tamu.. Ini kerana ruang pertama yang akan dilihat oleh tetamu yang mengunjungi rumah kita adalah ruang tamu.. Oleh itu, kita dengan sedaya upaya menginginkan ruang tamu yang cantik dan selesa untuk diduduki..

    Memang seronok apabila berpeluang membeli set perabot baru untuk ruang tamu namun ia memerlukan perbelanjaan agak besar terutama bagi yang berpendapatan sederhana. Mengenangkan itu, wajarlah kita bersikap cerewet sebelum membuat keputusan memiliki sesuatu perabot.

    Sebelum melangkah ke kedai perabot, pastikan anda dilengkapi beberapa panduan yang boleh membantu memiliki baik ruang tamu bersih dan kemas mahupun sekadar selesa namun berfungsi. Perlu diingatkan, harga mahal tidak semestinya barang berkualiti. Manakala, perabot murah mungkin memerlukan anda menukarnya semula dalam tempoh singkat penggunaan.

    Beberapa ciri yang perlu diambil tahu pembeli dan pengguna ketika membuat pilihan dan membeli perabot antaranya:


    1 Tahap Kegunaan

    Mengenal pasti tahap kegunaan perabot di ruang tamu. Misalnya, adakah sofa itu untuk kegunaan keluarga beristirehat dan menonton TV atau perabot berkenaan jarang digunakan. Jika kerap digunakan, pastikan sofa dipilih tahan lasak bagi menerima apa juga bebanan yang dikenakan ke atasnya. Ukuran sesuai adalah yang boleh menampung berat pelbagai saiz dan kumpulan manusia.
    Sofa warna terang menarik tumpuan.


     
    2 Kesesuaian Gaya

    Anda perlu mengenal pasti gaya yang sesuai dengan keperluan konsep reka bentuk ruang anda. Pilihan sofa yang bertepatan dengan gaya yang dipilih antaranya:

    i. Gaya moden menampil gaya sofa rendah dan rata selain nampak bersih dan minimal

    ii. Gaya klasik menampilkan gaya sofa melengkung, berukir dan berukuran besar
    Rangka kayu keras tahan lama.


    iii. Gaya tradisional menampilkan gaya tradisi etnik tertentu yang menggunakan bahan kayu

    iv. Gaya resort dan kedesaan menampilkan sofa daripada anyaman serta bahan semula jadi


    3 Keselesaan

    # Tahap keselesaan sofa bergantung kepada keanjalan dan kelembutan kusyen. Tentukan sama ada hendak memilih jenis kusyen yang melekat atau terasing.

    # Ukuran sofa dari segi keselesaan antropometrik dan ergonomik dapat diketahui dengan dengan cara duduk di atas sofa berkenaan bagi bagi menguji tahap keselesaannya.

    # Kenal pasti bahan digunakan sama ada ia campuran bahan berbusa (foam), gentian atau kekabu. Pengisian bahan berbusa adalah terbaik kerana dapat mengekalkan bentuk selain memberi sokongan yang kuat.


    4 Pilihan Warna

    # Pilihan warna terang digalakkan kerana ia mampu menarik tumpuan.

    # Warna semula jadi adalah pilihan sempurna kerana mudah digabungkan dengan perabot lain.

    # Cara terbaik adalah sofa utama mengekalkan warna sama manakala aksesori dan hiasan sampingan seperti kusyen boleh dalam berbilang corak dan warna.

    # Kelebihan mengetengahkan upholsteri bercorak bukan saja merangsangkan suasana ruang tamu tetapi mampu menutup kekotoran di sofa.


    5 Kesesuaian Ruang

    # Satu kesilapan utama membeli perabot ialah kerana tertarik dengan tawaran jualan murah tanpa membuat perbandingan kesesuaian dengan luas ruang rumah.

    # Yang menyedihkan apabila saiz perabot tidak boleh muat walaupun pada pintu rumah.

    # Pastikan saiz dan dimensi serta ukuran lebar, tinggi dan panjang perabot diketahui bersama dengan ukuran maksimum ruang rumah anda.


    6 Ketahanan Fizikal

    # Selain ketahanan struktur perabot, ketahanan bahan fabrik juga penting. Fabrik jenis jacquard paling tahan. Bahan pelindung fabrik pula berfungsi menjaga fabrik bukan ketahanan fabrik.

    # Periksa perabot yang hendak dibeli – ambil masa untuk memeriksa dari segi pembinaan struktur rangka perabot. Sofa tahan lama biasanya menggunakan kayu keras sebagai rangka biarpun ia menyebabkan perabot itu berat diangkat.

    # Tunggang terbalikkan perabot yang hendak dibeli untuk mengetahui kekuatan dan kestabilan sofa.

    # Duduk dan rasai sofa yang hendak dibeli seperti yang biasa dilakukan ketika di rumah kerana ia membantu anda membuat analisis mengenai tahan keselesaan dan ketahanannya. Pelawa juga keluarga untuk mencubanya.





    Sumber disunting dari http://www.senihias.com/ dan Berita Harian
     


     
     

    12 April 2013

    Pahala Buat Isteri

    Assalamualaikum semua.. Salam Jumaat.. Entry ni dikhususkan buat para wanita dan isteri diluar sana.. Sebenarnya bukan susah untuk memperbanyakkan pahala dalam kehidupan kita seharian.. Berbakti kepada suami, dan melakukan sesuatu yang sepatutnya sebagai seorang isteri telah dijanjikan pahala buat isteri.. Entry kali ni untuk pengetahuan dan menambahkan lagi amalan kita untuk mendapat pahala yang lebih lagi.. InsyaAllah..
     
    
     
     
     
    Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/ peranan isteri terhadap suami.


    Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :-
     

    1 Memberi/membuat segelas air untuk suami

    Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun
     

    2 Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami

    Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah
     

    3 Perkhidmatan yang diberi pada suami

    Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus
     


    4 Menghamilkan benih suami

    Fadhilat : mendapat pahala syahid
     


    5 Isteri mandi Junub dengan suami

    Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin
     


    6 Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak

    Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yang soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.
     


    7 Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan

    Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah


     
    8 Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!