28 February 2013

Ciri-ciri Orang Yang Berfikiran Sempit





 1  Selalu menunda-nunda pekerjaan walaupun pekerjaan itu merupakan pekerjaan mudah.

 2  Tidak berani menerima rintangan.

 3  Selalu menolak jika diberikan tugas, walaupun tugas tersebut hanya tugas yang ringan.

 4  Selalu membayangkan kegagalan sebelum mencuba sesuatu.

 5  Hari-harinya kelihatan murung, tidak bersemangat, lesu dan tidak bermaya kerana yang difikirkannya selalu kegagalan.

 6  Prestasi yang dicapai biasa-biasa saja, bahkan dalam persaingan apa jua pun selalunya kecundang.

 7  Tidak mempunyai kreativiti, sikap suka menunggu suruhan atau arahan. Jika tidak diarah ia tidak akan memulakan atau melakukannya.

 8  Sukar untuk dibawa berunding dan kerjasama, kerana dalam bekerja selalu sangat berkira. Ia akan merasa rugi jika pekerjaannya lebih banyak dari orang lain. Ia akan merasa beruntung jika yang dikerjakan lebih sedikit dari orang lain.

 9  Mudah menyerah kalah, tidak mempunyai semangat untuk maju.

Carilah orang-orang yang berfikiran positif dan bercita-cita untuk maju, aura di sekeliling anda akan mempengaruhi kemampuan meraih keinginan yang anda cita-citakan. Bagaimana jika anda dikelilingi oleh orang-orang yang berfikiran sempit? Tentunya aura anda akan menjadi kerdil.



Sumber dari facebook

27 February 2013

Kulit Kayu Manis Buang Angin Dari Badan





Pada satu ketika dahulu, kulit kayu manis amat berharga. Malah herba rempah ini pernah digunakan sebagai mata wang. Disebabkan berharganya juga rempah dari spesies cinnamomum ini, pernah menjadi penyebab berlakunya peperangan.

Pada kurun pertama tahun Masihi, kira-kira 350 gram kulit kayu manis sama dengan nilai kira-kira lima kilogram perak.

Walaupun kini kulit kayu manis tidak lagi bernilai sebagai mata wang, namun berharganya herba rempah ini adalah khasiat perubatan yang dimilikinya.

Pokok kulit kayu manis berasal dari Sri Lanka. Nama botaninya diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud tanaman rempah berbau wangi. Bagi menghasilkan kulit kayu manis yang kita kenali, kulit pokok nya akan dikeringkan terlebih dahulu sebelum dijadikan dalam bentuk kepingan atau batang. Kulit kayu manis ini juga boleh dikeringkan dan kemudiannya dikisar menjadi serbuk kulit kayu manis.

Sifat-sifat rasa dan bau kulit kayu manis ini datangnya daripada sebatian dalam minyak kulitnya yang dikenali sebagai cinnamo nal dehdye. Walaupun terdapat empat varieti kulit kayu manis, namun spesies Ceylon cinnamon dan cassia cinnamon adalah lebih popular.

Kurangkan Loya

Herba rempah kulit kayu manis memang banyak kegunaannya. Orang Mesir purba telah menggunakan kulit kayu manis dalam proses pengawetan mayat atau mumia. Herba rempah ini juga turut digunakan dalam makanan untuk mencegah daripada busuk dan rosak.

Kulit kayu manis juga boleh diperoleh dalam bentuk minyak sejat. Beberapa dari pada produk ini tidak dihasilkan untuk tujuan pemakanan tetapi sebaliknya ia digunakan sebagai minyak pati aromaterapi.

Minyak ini amat kuat dan berkuasa. Pengambilan berlebihan boleh menekan sistem saraf utama. Oleh itu anda tidak digalak kan mengambil minyak ini untuk rawa tan kecuali mendapat nasihat daripada penga mal perubatan yang bertauliah.

Kebaikan daripada herba rempah yang dikenali sebagai nama Cinnamon (Inggeris) ini memang banyak. Selain digunakan dalam masakan dan kegunaan harian, kulit kayu manis juga memiliki kebaikan untuk kesihatan.

Dalam perubatan Ayurveda India, kulit kayu manis digunakan sebagai ramuan untuk merawat diabetes, masalah pencernaan dan selesema. Perubatan tradisional Cina telah menggunakan kulit kayu manis untuk merawat masalah selesema, batuk, sendawa, loya, cirit birit, sakit tekak dan kesakitan akibat haid.

Cara untuk menghasilkan ubat batuk dan selesema adalah dengan merebus kepingan kulit kayu manis di dalam air panas selama dua minit. Air ini juga boleh diminum seperti meminum teh herba.

Menenangkan Perut

Herba rempah ini juga dikatakan berguna sebagai ubat kepada mereka yang cenderung mengalami rasa panas pada bahagian atas tubuh tetapi memiliki bahagian kaki yang sejuk. Herba rempah ini merangsang peredaran darah terutamanya pada jari-jari tangan kaki.

Selain itu ia juga digunakan untuk artritis. Malah kulit kayu manis juga mampu digunakan sebagai ramuan tradisional untuk otot-otot sakit dan gejala-gejala masalah virus seperti selesema dan demam.

Ekstrak kulit kayu manis turut digunakan untuk merawat masalah-masalah gastrousus dan untuk menenangkan perut. Kulit kayu manis bersifat karminatif, satu agen yang mampu membantu memecahkan angin usus dan secara tradisionalnya digunakan untuk menentang cirit-birit dan mabuk laut.

Kajian juga menunjukkan bahawa pengam bilan sejumlah kulit kayu manis mampu mengurangkan kolesterol jahat atau LDL. Caranya adalah dengan memakan setengah sudu serbuk kulit kayu manis setiap hari. Serbuk ini juga boleh ditambah sebagai pemanis di dalam minuman kopi atau teh. Satu kajian di Jerman mendapati bahawa kulit kayu manis menyekat sepenuhnya penyebab kebanyakan jangkitan saluran urinari dan kulat yang bertanggungjawab untuk jangkitan yis vagina pada wanita.

Walaupun terdapat khasiat dan kebaikan kulit kayu manis, namun begitu pengambilannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.






26 February 2013

Tips Memastikan Anak Rajin Melakukan Kerja Sekolah (Homework)


Melakukan kerja sekolah? Adakah anak anda malas dan tidak rajin melakukan kerja sekolah? Bagaimana ibu bapa boleh memberi motivasi kepada anak-anak mereka untuk belajar adalah satu soalan yang biasa pada masa kini dan hampir kesemua ibu bapa sedang mencari penyelesaian yang terbaik bagi masalah ini. Kebanyakan kanak-kanak tidak berminat untuk belajar atau melakukan kerja rumah mereka sehingga ada sesetengah ibu bapa perlu untuk bertegas bagi memastikan mereka melakukan kerja rumah meraka. Berikut adalah panduan dan tips mudah untuk memberi motivasi kepada anak anda untuk belajar dan menyiapkan kerja sekolah.



 1  Mewujudkan persekitaran pembelajaran di rumah.
Apabila anak pulang dari sekolah, jika dia melihat ibu bapanya menonton tv ataupun bermain games maka dia akan berminat untuk turut sama. Jadi sebagai ibu bapa kita harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak , sebagai contoh apabila bersama anak-anak anda perlulah melakukan sesuatu aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku di mana anak kita akan meniru atau menyertai aktiviti yang kita lakukan itu.

 2  Biarkan anak-anak melakukan aktiviti lain.
Jangan ajar anak anda untuk belajar sahaja. Pastikan anda memperuntukkan masa yang tetap untuk mereka bermain. Sebagai contoh anda membenarkan anak-anak bermain pada waktu petang manakala waktu malam ditetapkan untuk menyiapkan kerja rumah. Bermain adalah satu aktiviti yang boleh membantu perkembangan anak-anak, menyihatkan badan dan menghilangkan tekanan mereka setelah penat belajar. Anda digalakkan bersama-sama bermain dengan anak-anak anda.

 3  Lepaskan tekanan.
Urus tekanan dan stress anda dengan baik. Ibu bapa yang stress cenderung melepaskannya kepada anak-anak dan ini boleh menimbulkan suasana negatif di rumah. Sebagai ibu bapa anda perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang baik untuk anak anda. Berikan ruang dan masa untuk anak anda belajar dan menyiapkan kerja sekolah. Pastikan anak anda bebas daripada tekanan belajar dan pastikan anda tidak memaksa mereka. Paksaan tidak banyak membantu tetapi boleh memberi tekanan kepada anak-anak dan kadang kala menyebabkan anak menjadi lebih malas.

 4  Pujian
Apabila anak anda berjaya menyiapkan kerja sekolah maka pujilah mereka bagi menaikkan semangat mereka. Kata-kata pujian seperti “Pandailah anak papa” dan “Bagus, Rajin anak papa” amat membantu dalam meningkatkan motivasi anak anda menyiapkan dan melakukan kerja sekolah mereka.

 5  Penghargaan
Berikan mereka penghargaan atas usaha dan kerajinan mereka untuk menyiapkan kerja sekolah seperti membuat minuman ataupun menyediakan makanan ringan mahupun kuih muih semasa anak anda sedang menyiapkan kerja sekolah.

Secara ringkas, kanak-kanak boleh menjadi lebih bermotivasi untuk menyiapkan kerja sekolah jika kita membuat sedikit usaha kecil seperti di atas. Ibu bapa yang baik pasti inginkan anak yang rajin dan pintar namun anda perlu pastikan cara anda kena pada tempatnya.



Sumber dari http://nur-abdullah.blogspot.com/2011/02/7-tip-anak-mudah-buat-kerja-sekolah.html


Boleh guna untuk Izzat yang malas nak siapkan 'homework' dia.. Jenuh pujuk macam-macam, masih tak jalan jugak..

25 February 2013

Pesanan Buat Suami

Assalalamualaikum semua.. Bagus entry ni bila dibaca.. Bukan sebab apa masih ada lagi suami yang masih sukar untuk memahami perempuan terutamanya seorang isteri.. Entry ni ditujukan buat para suami diluar sana.. Hargailah isteri anda seadanya..


 1  Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

 2  Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

 3  Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

 4  Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

 5  Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

 6  Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

 7  Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

 8  Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

 9  Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10 Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut.

11 Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12 Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13 Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14 Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15 Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16 Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17 Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18 Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking saja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19 Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20 Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21 Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22 Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23 Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”




Sumber dari facebook nasihat oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

22 February 2013

7 Tips Motivasi Pagi Untuk Lebih Bersemangat


Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas bateri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saja ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri. Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.




Sumber dari Shukri Abdullah

21 February 2013

Tips Ibu Berpantang


Assalamualaikum semua.. Maklumat ini untuk bakal ibu yang akan bersalin anak sulung atau yang akan berpantang sendiri.. Mungkin ada yang kurang mengetahui apa yang perlu dan tidak semasa berpantang.. Dibawah ini disertakan tips untuk bakal-bakal ibu.. 



Makanan ibu semasa dalam pantang perlu dijaga supaya tidak menjejaskan kesihatan ibu terutama ibu yang menyusukan anak. Jika hal ini tidak diambil berat, kesihatan anak juga turut terjejas umpamanya anak terkena ruam panas, kembung perut dan sebagainya.

Selain itu makanan sejuk boleh menyebabkan kebas, pening, sakit urat saraf, sesak nafas, sakit sendi, kejang-kejang otot, kancing gigi dan turun darah.

Walaupun makanan didalam gambar adalah makanan pantang ibu selepas bersalin, namun begitu makanan tersebut perlu diganti dengan makanan yang mengandungi zat yang sama supaya para ibu mendapat diet yang seimbang.



Sumber dari elaila.net

20 February 2013

Bayi Songsang


Takutkan bagi ibu yang hamil menerima perkhabaran bahawa bayi yang dikandung berada dalam kedudukan songsang.. Entry nih untuk menambah maklumat para ibu yang mengalami masalah bayi songsang..





Sesuatu yang menakutkan ibu hamil bila diberitahu tentang kedudukan bayi yang songsang. Kedudukan sebegini jika berterusan hingga akhir kehamilan sememangnya mengundang komplikasi. Jika janin tidak berada di kedudukan yang betul maka besar kemungkinan ibu bakal menjalani pembedahan ketika melahirkan.

Bagaimanakah kedudukan janin yang songsang? Seharus nya kedudukan kepala janin semasa lahir berada di bawah tetapi apabila kaki atau punggung janin berada di bawah keadaan ini dinamakan janin dalam keadaan songsang atau melintang. Sebenarnya, hampir semua janin dalam kedudukan songsang di usia kehamilan dua minggu dengan kepalanya berada di bawah tulang rusuk wanita hamil.

Pada usia kehamilan minggu ke 28 ini janin masih berupaya untuk bergerak bebas. Hal ini kerana, berat badan janin lebih ringan berbanding dengan berat rahim. Namun, biasanya pada usia kehamilan 34 ke 36 minggu janin akan berada dalam kedudukan normal dengan kepala masuk ke bahagian pinggul dengan kaki di atas.

Terdapat tiga jenis kedudukan janin songsang. Biasanya situasi sebegini boleh diketahui semasa wanita hamil membuat pemeriksaan kehamilan. Pada minggu ke 34, doktor akan mengambil darah ibu untuk mengetahui apakah kedudukan janin sudah berada dalam keadaan normal atau sebaliknya sebagai persediaannya menuju jalan lahir. Sekiranya doktor merasakan kedudukan janin songsang, pemeriksaan ultra sono grafi (USG) akan dilaku kan untuk mendapatkan kepastian mengenainya.



Jenis-jenis posisi janin songsang
Frank breech
Kedudukan punggung janin berada di bawah, kedua kaki berada di atas hampir menyentuh telinga, posisi hampir sama paras dengan bahu atau kepala. Kira-kira 65 hingga 70 peratus janin songsang adalah dari posisi Frank breech.

Complete breech atau songsang sempurna
Punggung janin berada di atas pintu rahim sementara kedua kaki terlipat sempurna, menghadap ke atas sejajar dengan telinga. Sekali pandang, posisi janin kelihatan seperti membongkok.
Incomplete breech atau songsang tidak sempurna
Keadaan sebelah kaki janin berada di atas dan kaki sebelahnya berada di bawah.

3 gerakan ubah kedudukan
Sebelum menempuhi hari kelahiran, doktor akan melakukan pemeriksaan terhadap wanita hamil. Jika janin songsang, wanita hamil disarankan untuk melakukan gerakan-gerakan tertentu. Antaranya:
1 Sujud (knee-chest) sebanyak lima kali sehari selama 15 minit.
2 Tidur atau baring dalam posisi mengiring ke kiri.
3 Baring terlentang dan menahan perut dengan bantal. Kemudian mengiring kan badan ke kiri lalu ke kanan.
Lakukan gerakan ini selama 10 ke 15 minit sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Latihan sebegini bagus dilakukan ketika janin anda aktif. Seharusnya janin memasuki usia ke 34, kedudukannya adalah normal. Tetapi sekiranya dalam tempoh ini kedudukan janin masih tidak normal doktor akan melakukan tindakan memusing kan janin. Keadaan ini dinama kan External Cephalic Version (ECV) atau memusingkan janin dari luar tubuh ibu.

Tindakan ini mungkin akan menimbulkan rasa kurang selesa kepada ibu. Namun bukan semua janin boleh melalui terapi ECV terutama janin yang mengalami keadaan seperti:
• Pendarahan dari vagina
• Plasenta berada atau dekat dengan pintu rahim.
• Jumlah air ketuban sedikit.
• Degupan jantung janin tidak normal.
• Janin tidak berkembang dengan sempurna iaitu ukuran lebih kecil daripada berat badan yang ideal.
• Kehamilan kembar Sekiranya proses ini menemui kegagalan, janin akan dilahirkan melalui proses pembedahan atau ceaserean. Walau bagaimanapun, bakal ibu tidak perlu berasa bimbang, kerana walaupun janin songsang kelahiran normal masih boleh dilakukan asalkan bayi lahir cukup bulan dan dalam posisi songsang jenis Frank breech, besar janin dan ukuran pinggul ibu memadai, ukuran janin di bawah 3.8 kilogram, pintu rahim terbuka luas dan janin dalam posisi meluncur keluar, kepala janin tidak terlilit tali pusat, posisi kepala janin.

Mengapa songsang?
Keadaan songsang ini masih belum diketahui penyebabnya. Namun, banyak kes janin songsang telah ditemui dalam mana-mana kehamilan yang melibatkan:
• Kehamilan kembar.
• Ibu pernah melahirkan bayi pramatang.
• Air ketuban berlebihan sehingga janin berpusing-pusing ketika berada di dalam rahim.
• Ibu berhadapan dengan plasentra previa yang mana uri telah menutupi jalan lahir dan ia dapat menyempitkan ruang di dalam rahim sehingga menyebabkan bayi berputar-putar. Akibatnya janin cuba mendapatkan satu ruang yang lebih luas iaitu di bahagian atas sehingga memungkinkan bayi mengubah posisi dan akhirnya songsang.
• Pinggul sempit sehingga mendorong janin mengubah posisi dan menjadi songsang.
• Kedudukan janin melintang juga boleh berlaku pada mana-mana kehamilan. Keadaan ini dinamakan melintang horizontal (transverse pregnancy).




 

19 February 2013

Keperluan Pemakanan Anak-anak



Untuk kanak-kanak membesar secara normal, makanan memainkan peranan yang penting. Oleh itu, ibu bapa perlulah tahu apa yang diperlukan oleh anak-anak mereka. Bagi membantu ibu bapa, bersama-sama ini disenaraikan lima perkara penting tentang keperluan pemakanan anak yang ibu bapa perlu tahu.

 1      Khasiat pemakanan daripada sumber semula jadi
Setiap makanan yang berbeza membekalkan khasiat pemakanan yang berbeza. Memberi anak makanan pelbagai jenis dalam satu-satu masa mampu membekalkan kalori, lemak, vitamin dan mineral untuk tumbesaran anak seterusnya memastikannya sentiasa sihat. Kanak-kanak memerlukan kalsium yang tinggi iaitu kira-kira 800mg sehari. Oleh yang demikian, mereka perlu makan makanan yang kaya kalsium seperti susu, keju dan dadih. Buah-buahan dan sayur-sayuran pula membekalkan vitamin A dan C. Untuk mendapatkan zat besi dan protein secukupnya, anak anda mesti mengambil daging dan kekacang. Selain itu, produk bijirin seperti roti dan bijirin sarapan pagi juga menyumbang ke arah peningkatan bekalan zat besi dan folat yang diperlukan oleh kanak-kanak.

 2       Jangan sekat anak makan
Kanak-kanak perlukan lemak secukupnya supaya mereka dapat membesar dengan sihat dan mengekalkan tenaga pada tahap yang tinggi. Ketika memberi anak makan, tidak perlulah anda beri dia  makanan yang rendah kalori. Misalnya, susu. Berilah anak minum susu penuh krim dan bukan yang rendah lemak melainkan atas arahan doktor. Secara umumnya, kanak-kanak perlukan 30% kalorinya daripada lemak.

Kebanyakan garis panduan keperluan khasiat pemakanan kanak-kanak bagi yang berusia di antara 1 hingga 3 tahun, mencadangkan agar mereka mengambil di antara 1000 hingga 1300 kalori setiap hari. Pakar pemakanan juga menyarankan agar kanak-kanak mendapat 16gm atau lebih protein setiap hari. Walau bagaimanpun, keperluan ini boleh berubah sekiranya anak anda terlalu kurus atau terlebih berat badan.

 3       Pentingnya vitamin
Bagi memastikan perkembangan serta tumbesaran anak berada pada tahap normal, anda perlu peka tentang vitamin dan mineral yang diambilnya. Pakar pemakanan mencadangkan kanak-kanak mengambil 40mg vitamin C, 400mikrogram vitamin A, 10mg zat besi, 10mg zink dan 50 mikrogram folat setiap hari.

 4      Tambah saiz hidangan
Walaupun anda mahu memastikan anak diberi makan berdasarkan keperluan pemakanan mereka yang telah digariskan, kuantiti makanan yang diambil oleh anak perlulah mengambil kira banyak aspek. Kuantiti makanan yang diambil oleh kanak-kanak ialah di antara ¼ hingga 1/3 saiz makanan orang dewasa. Selain itu, ramai juga kanak-kanak tidak suka makan tiga kali sehari. Sebenarnya, selagi anak anda mendapat cukup kalori untuk perkembangan mereka, anda tidak perlu risau.

 5       Bahaya kurang khasiat pemakanan
Sekiranya anak anda tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi hariannya, dia mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan. Kanak-kanak boleh mendapat anemia sekiranya zat besi yang diambilnya tidak cukup. Kanak-kanak yang menghidapi anemia mudah rasa letih dan pucat. Selain itu, jika seseorang kanak-kanak itu kekurangan zink, deria akan terganggu. Akibatnya, mereka hilang selera makan. Sekiranya anak anda tidak makan dengan betul, perkembangan dan tumbesaran mereka turut terjejas.  






18 February 2013

Penjagaan Kulit Ekzema



EKZEMA merupakan sejenis penyakit genetik yang dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang yang bertindak balas secara serius terhadap punca yang mengakibatkan alahan. Ini menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan, gatal dan rasa pedih.

Bagi ekzema pada tahap ringan ke sederhana, masalah ini mengakibatkan kulit kering, panas dan gatal, manakala dalam kes-kes yang serius, ia menjadi merekah dan boleh mengakibatkan pendarahan. Menurut pakar-pakar dermatologi, permintaan untuk rawatan ekzema di Malaysia meningkat sebanyak 20 peratus sejak tahun 2001 terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.

Ekzema atopik diramalkan akan memberi kesan sehingga 14 peratus kepada kanak-kanak yang menunjukkan risiko berkaitan dengan atopi seperti demam alergi dan asma.

Beberapa faktor-faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes adalah seperti peningkatan suhu dan kelembapan disebabkan perubahan cuaca.

Lain-lain faktor termasuklah pencemaran alam sekitar, pelbagai bahan tambahan kimia, bahan cuci kasar, logam dan kosmetik yang boleh mendatangkan kesan alergi kepada individu yang mudah menghidap ekzema.

Trend ini juga dikaji di negara-negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat. Peningkatan kes ekzema mempunyai kesan besar kepada kos kesihatan. Melainkan mereka yang mempunyai risiko seperti kanak-kanak mempunyai pelan pengurusan jangka panjang, permintaan bagi rawatan akan terus meningkat oleh kerana kemungkinan pengulangan keradangan walaupun setelah dewasa.

Kaji selidik yang dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa 23 peratus daripada individu yang menghidap dermatitis atopi tidak menggunakan pelembap dan 29 peratus tidak menggunakan pencuci yang sesuai.

Kemungkinan ia juga berlaku di Malaysia dengan mengenalpasti dan menghindari penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai, ahli keluarga dan individu boleh mencapai pengawalan ekzema untuk jangka masa panjang yang boleh mengurangkan perbelanjaan mereka dalam penjagaan kesihatan.



Petua untuk menjaga kulit ini.

Hadkan penggunaan produk isi rumah
Sebaik-baiknya elakkan penggunaan produk isi rumah seperti pembersih, detergen, losen lepas mencukur, sabun, gasolin dan turpentin. Produk seperti ini cenderung menyebabkan iritasi kulit.

Pakai sarung tangan
Sarung tangan plastik atau vinil boleh melindungi kulit daripada terdedah kepada bahan-bahan yang berupaya menjejaskan kesihatan kulit.

Kain kapas atau kombinasinya
Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi kulit. Mereka yang mempunyai kulit sensitif akan berasa lebih selesa mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.

Sewaktu mandi
Mandi dengan hanya menggunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas.

Berendam dalam tab mandi untuk seketika adalah baik untuk kulit. Ini kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan mengelakkan kekeringan. Seboleh-bolehnya rendam selama 15 hingga 20 minit.

Kemudian, gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sesekali menggaru kulit. Sebaik sahaja selesai mencukur, sapukan pelembap pada kulit anda. Ini dapat mengekalkan tahap kelembapan kulit.

Amalkan ubat doktor
Apabila keadaan ekzema anda sudah bertambah buruk, gunakan ubat yang diberikan doktor. Jika perlu, dapatkan nasihat doktor segera sekiranya keadaan masih tidak pulih selepas tiga minggu ubat itu digunakan.

Losen
Pelembap menjadikan kulit lebih lembut dan fleksibel. Elakkan pelembap yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Sesetengah pelembap berbentuk krim sesuai untuk kulit kanak-kanak. Ini kerana kandungannya yang tidak berminyak dan mengandungi agen antikeradangan yang sesuai dengan kesan pelembap dan boleh memanfaatkan kulit ekzema. Amalkannya setiap hari.

Menggaru
Elakkan daripada menggaru kawasan yang terdedah biarpun gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit merekah. Sebaliknya, gunakan pelembap untuk menangani kegatalan tersebut. Ibu bapa boleh memakaikan sarung tangan pada bayi mereka bagi mengelakkan si kecil daripada menggaru.

Berpeluh
Kepanasan atau berpeluh melampau boleh mengakibatkan kegatalan kulit. Jika boleh, elakkan aktiviti yang boleh membuatkan anda berasa terlalu panas dan berpeluh secara berlebihan.

Tekanan
Belajarlah cara untuk mengenal pasti dan berdepan dengan tekanan. Teknik pengurangan tekanan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasi masalah ini daripada bertambah teruk.

Penjagaan khas
Bahagian yang terjejas akibat ekzema akan mudah menerima kesan iritasi. Ini bermakna penjagaan khas masih diperlukan.

Jadi, teruskan tip-tip ini biarpun selepas kulit anda sudah pulih sepenuhnya.




Sumber: http://zonfiniti.blogspot.com/2010/01/penjagaan-kulit-ekzema.html#ixzz2K0q2NZku

15 February 2013

Kunci


Assalamualaikum semua.. Entry yang cukup ringkas dan padat untuk hari ni.. Buat amalan kita..

 


Sumber kredit dari facebook..

14 February 2013

Kalimah Andai Terasa Beban Yang Berat Di Dada




Pesanan buat diri.
Andai terasa beban yang berat di dada.

Sentiasalah basahkan lisanmu dengan kalimah:
لا حول ولا قوة إلا بالله
[tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT]

Rasulullah SAW bersabda :
“Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)

Ucapan itu dinamakan Hauqalah. Apabila kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai, banyakkan menyebut hauqalah. Imam a-Nawawi berkata: “La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga.
 
 
 
Sumber dari facebook

13 February 2013

19 Tips Cinta Suami Isteri


 1  Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

 2  Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

 3  Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

 4  Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti 'I love you' sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

 5  Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

 6  Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

 7  Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

 8  Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

 9  Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10 Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11 Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12 Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13 Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14 Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15 Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16 Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17 Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18 Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19 Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.





Sumber dari facebook

08 February 2013

Mengatasi Tekanan Perasaan Mengikut Cara Islam


Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana.Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
Tip Mengurangkan Tekanan
Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja:-
  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
  • Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
  • Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa. 
  • Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
  • Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
  • Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. 
  • Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.




Sumber dari http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/458-mengatasi-tekanan-perasaan.html

07 February 2013

Ruam Panas

Apa itu ruam panas?

Jika badan si kecil dengan tiba-tiba diserang oleh ruam merah terang dan berbintik di leher, bawah lengan atau di tepi lampin atau seluar dalam, jangan panik; ianya mungkin hanya ruam panas. Ruam panas, juga dikenali sebagai ruam mencucuk atau ruam gatal (miliria), adalah erupsi kulit yang boleh timbul apabila bayi anda terlalu panas dalam cuaca panas dan lembap.

Ruam timbul di kelipat-kelipat kulit atau di tempat-tempat pakaian bayi rapi, termasuk di sebelah atas dada, leher, kelangkang dan ketiak. Jika anak anda memakai topi, ruam itu akan merebak ke kulit kepala atau dahi.

Adakah ruam panas serius?

Tidak, tapi ia adalah petanda yang anak anda terlalu panas. Jika anda tidak mengambil langkah untuk menyejukkan dia, dia mungkin mendapat kondisi yang lebih serius, seperti kelesuan haba atau strok haba.

Jika ini berlaku, anak anda tidak akan dapat mengawal suhu badannya; suhu badan mungkin naik lebih tinggi dari normal dan dia boleh mengalami nyahhidrat.

Apakah yang menyebabkan ruam panas?

Apabila panas dan lembap di luar, anak anda akan berpeluh untuk menyejukkan badannya. Jika dia berpeluh terlalu banyak sehinggakan pori kulit menjadi tersumbat dan peluh tidak dapat keluar, ruam panas akan timbul. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung mendapat ruam panas sebab kelenjar peluh mereka belum lagi matang sepenuhnya.

Pakaian ketat atau tebal akan menakung peluh juga, menyebabkan iritasi menjadi lebih teruk.

Kanak-kanak boleh mendapat ruam panas dari apa saja yang menyebabkan dia banyak berpeluh, seperti suhu tinggi atau dia berlari-lari main di persekitaran yang panas.

Adakah ruam panas itu menyakitkan anak saya?

Tidak, ianya tidak sakit, tetapi kadangkala terasa tersangat gatal dan menjengkelkan, dan sensasi yang mencucuk hebat atau perit itu mungkin akan mengganggu anak anda. Setengah daripada bintik itu juga mungkin terasa pedih jika disentuh.

Bagaimana saya harus merawat ruam panas?

Kebanyakan ruam panas akan hilang dalam beberapa hari kelak, tetapi, sambil menunggu, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk melegakan gatal dan ketidakselesaan anak anda.

• Elakkan persekitaran panas dan lembap
Beralihlah ke bilik yang berangin atau ruang yang teduh jika anak anda main berlari-lari, dan galakkan masa-masa dia berdiam untuk mengurangkan jumlah dia berpeluh. Cuba gunakan kipas mini apabila anda keluar berjalan-jalan atau semasa cuaca panas. Jika cuaca kekal panas walaupun di malam hari, letakkan kipas berdekatan katil anak anda.

• Tanggalkan pakaiannya atau pakaikan baju kain benang
Elakkan fabrik sintetik, seperti poliester atau nilon yang memerangkap panas; pilihlah fabrik natural. Seberapa boleh, longgarkan atau tanggal bajunya dan biarkan dia tidak memakai lampin seberapa kerap yang boleh.

• Pastikan badannya sentiasa sejuk
Sejukkan kawasan kulit yang sudah terjejas dengan menggunakan tuala sejuk basah, atau mandikan bayi anda dalam air suam tab atau hujan. Biar kulitnya kering dalam udara biasa dan seberapa yang boleh jangan gunakan tuala; memberi masa lebih untuk dia bertelanjang boleh membantu memulihkan ruam.

• Gunakan losyen kalamin
Sapukan secara banyak (kecuali dekat kawasan mata) terutama sekali jika bayi anda kelihatan resah dan menangis apabila anda menyentuh kulitnya.

• Gunakan krim hidrokortison (1/2 peratus)
... atas nasihat doktor atau ahli farmasi jika ruam itu tersangat teruk.

Elakkan salap dan losyen lain sebab ianya akan membuat ruam menjadi lebih teruk sebab memerangkap kelembapan dalam kulit.

Rujuk kepada doktor jika anak anda mendapat suhu tinggi. Dia mungkin akan mengesyorkan supaya bayi diberi larutan parasetamol untuk meringankan ketidakselesaannya dan menurunkan suhu badan. (Jangan sekali-kali memberi anak kecil aspirin sebab, ada kalanya, walaupun amat jarang, ianya boleh menyebabkan kondisi yang mengancam nyawa dikenali sebagai sindrom Reye.)

Awasi anak anda pada masa ini: sebab apabila suhunya turun, badannya boleh menjadi sejuk dan perlu dipanaskan semula.

Bagaimanakah saya dapat mengelakkan ruam panas?

Pastikan anak anda sejuk selesa dengan memakaikannya pakaian benang yang ringan, terutama sekali semasa cuaca panas.

Jika anda kurang pasti samada dia terlalu panas, sentuh kulitnya. Jika kulit dia panas dan lembap itu adalah petanda yang dia terlalu panas. Semasa cuaca panas, jangan biarkan anak anda keluar rumah atau carikan dia tempat yang sejuk, teduh atau berangin untuk dia duduk dan bermain ketika di luar. Pastikan anak anda minum banyak cecair supaya dia tidak menjadi nyahhidrat.

Patutkah saya bawa anak saya berjumpa doktor bagi ruam panas?

Pergi jumpa doktor jika:
  • anak anda mempunyai suhu tinggi (lebih dari 39 darjah C / 102 darjah F) yang tidak reda apabila diberi ubat;
  • ruam tidak hilang selepas tiga atau empat hari;
  • ruam menjadi lebih teruk.


06 February 2013

Lulur Coklat dan Khasiat Coklat bagi Kesihatan

Assalamualaikum semua.. Entry ni dicari dalam internet.. Ni gara-gara tengok Nona pada 3 Februari 2013, Ahad lepas.. Menarik plak tengok tajuk Spa Coklat nih.. Selalunya coklat kita makan, kali ni buat lulur untuk badan plak.. Tapi maklumat ni majoritinya dalam bahasa Indonesia.. Terpaksa la translate skit yang mana kurang paham.. Ada jugak yang search untuk translate tak dapat dalam bahasa melayu.. Kiranya masih boleh paham jugak laa.. Entry ni gabungan dari dua info.. Apapun layan jelah..



Siapa yang tidak kenal dengan coklat?
Pasti kita semua tahu dan pernah merasakan kelazatan coklat. Bahkan ada yang sangat tergila-gila dengan coklat. Rasanya yang manis membuat semua orang menyukainya, dari mulai anak-anak, remaja, dewasa, bahkan orang yang sudah tua pun menyukainya.

Dari manakah asalnya coklat?
Coklat berasal dari biji koko, sebelum diolah rasanya sangat pahit kerana kandungan alkaloid di dalamnya. Tetapi setelah diolah dan diproses, hasilnya akan sangat disukai semua orang. Dan itulah yang biasa kita nikmati.

Selama ini coklat dianggap sebagai meredakan emosi (dapat memperbaiki mood) pada seseorang. Itu memang benar terjadi, coklat baik diambil wanita sebelum menstruasi (haid). Kerana pada ketika menstruasi (haid), emosi dan mood wanita cenderung lebih tinggi.

Selain itu kandungan magnesium dalam coklat dipercayai dapat menurunkan risiko sindrom seperti kekajangan perut pada saat menstruasi (haid).

Banyak juga manfaat coklat bagi kesihatan tubuh, diantaranya:
  • Antioksidan yang sangat tinggi
  • Mencegah dan melawan kanser
  • Menurunkan tekanan darah
  • Membuat panjang umur / memperlambat penuaan
  • Meningkatkan ghairah
  • Menghilangkan tekanan (stress)
  • Menenangkan perasaan (mood)
Hmmm bukan hanya untuk kesihatan, coklat juga sangat baik untuk kecantikan. Coklat dapat dijadikan masker dan lulur.

Ini kerana didalam coklat mengandung antioksidan dan katekin yang sangat baik untuk kulit.

Bagi anda yang suka ke salon pasti sudah tahu kan Spa Coklat, Lulur Coklat, Terapi Coklat, Masker Coklat dan semua yang berhubungan dengan coklat.

Info menarik ini untuk para wanita ataupun lelaki yang menyayangi kulitnya.

Lemak coklat atau cocoa butter yang terkandung didalam lulur coklat berkhasiat untuk melembutkan kulit & menghaluskan kulit.

Selain itu juga, lulur coklat juga dapat memutihkan/mencerahkan kulit yang kusam. Dan zat didalam coklat yang bernama Katekin yang merupakan antioksidan yang sangat kuat, yang berfungsi untuk mencegah penuaan dini, mencegah kedutan, dan melindungi kulit dari pencemaran.

Demikian kelebihan dan khasiat dari si manis ini. Jangan ragu untuk mengambil coklat.


Lulur Coklat

Sebahagian dari kita pasti telah mengetahui coklat sebagai bahan asas pembuatan lulur tradisional. Namun, apakah manfaat lulur bagi kesihatan dan keindahan kulit kita?

Seperti diambil dari lifestyle.com Wilhelm Stahl (peneliti Jerman) memaparkan:
“Mengambil pepejal cocoa (coklat) yang kaya flavonoid seperti dark chocolate dapat mencegah kanser kulit.”

Hasil penelitian dari Heinrich U, Nukam K, Tronnier H, Sies H, dan Wilhem S, yang diterbitkan di Journal of Nutrition 2006 juga menunjukkan pengambilan cocoa kaya flavanol yang dalam jangka panjang dapat bermanfaat untuk melindungi dari sinar UV berlebih yang menimbulkan erythema dan meningkatkan keadaan kulit pada wanita.

Jadi bukan hanya kerana gaya saja lulur coklat banyak diminati, tapi mengingat manfaat dan kegunaan yang dirasakan.

Manfaat Lulur Coklat:
  •  Lemak coklat atau cocoa butter yang terkandung dalam lulur coklat berkhasiat melembutkan, menghaluskan kulit.
  •  Lulur coklat juga dapat memutihkan atau mencerahkan kulit.
  • Mencegah kedutan.
  • Kandungan katekin (catechin) yang merupakan antioksidan mampu mencegah penuaan diri.
  • Melindungi kulit dari pencemaran dan menjadikan kulit bercahaya dan awet muda.
  • Memberikan nutrisi, melembabkan untuk kulit yang sering berada di dalam pejabat yang berhawa dingin.
  • Menjadikan kulit menjadi harum dan menghilangkan bau badan.
  • Aromanya mampu menenangkan minda.
Cara pemakaian:
  • Campur serbuk lulur dengan air hangat / air mawar / madu.
  • Tambahkan olive oil bila perlu.
  • Tahap pertama kaedah lulur adalah urutan dari tumit hingga bahu dengan essential/ massage  oil  untuk menghilangkan pegal.
  • Selepas itu seluruh tubuh disapukan lulur secara sekata sambil diurut, lalu dibiarkan selama 15 minit sehingga sel-sel mati dan kotoran tertanggal.
  • Setelah itu gosok perlahan lalu bilas dengan air hangat dan mandi seperti biasa.
  • Lakukan perawatan secara teratur sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang optimum.
Nota:
Bagi anda yang tinggal di bandar besar perlu melakukan perawatan khusus untuk wajah kerana risiko terkena pencemaran sangatlah besar. Kulit wajah akan terlihat lebih kusam dan cepat berkedut. Jika produk kosmetik yang anda gunakan tidak memberikan hasil yang maksimum, anda perlulah menggunakan cara tradisional ini.






05 February 2013

Mengatasi Pertengkaran Dalam Perkahwinan

Bagaimana mengatasi pertengkaran dalam perkahwinan – ketahui punca masalah sebenar

Konflik atau masalah kadang-kala baik untuk hubungan anda. Apabila anda bertengkar dengan pasangan anda, itu menunjukkan bahawa anda selesa dengan diri anda sendiri dan anda tidak takut untuk menunjukkan sikap  sebenar anda.

Walau bagaimanapun, pertengkaran yang terlalu banyak  atau kerap berlaku ialah keadaan dan cerita yang berbeza. Apabila setiap kesalahan kecil atau apabila isu remeh-temeh sering diperbesar-besarkan dan dibiarkan berlarutan, perkahwinan anda mungkin akan berada dalam keadaan huru-hara.

Untuk menyelesaikan sebarang konflik, selidiklah masalah sebenar yang terjadi dan ketahui punca atau sebab berlakunya masalah tersebut. Jika tidak, anda seperti seorang pakar bedah yang memotong daging pesakit tanpa melakukan diagnosis terlebih dahulu.

Berikut antara sebab dan punca yang menyumbang kepada pertengkaran dalam perkahwinan.

Perbezaan Personaliti dan Perangai Pasangan

Semua orang pasti memiliki keistimewaan tersendiri. Maka, setiap orang juga pasti berbeza di antara satu sama lain. Ini membawa kepada perbezaan tafsiran dalam keutamaan, perspektif dan keputusan. Anda akan menemui dan mengetahui perihal yang berlainan tentang pasangan anda apabila anda mula hidup di bawah satu bumbung yang sama.

Si isteri pasti tidak suka pabila suaminya menyelerakkan barang-barang setelah si isteri baru sahaja mengemas rumah, manakala si suami pula tidak suka isterinya balik lewat dari kerja dan tidak memasak untuknya di rumahnya.

Itu antara contoh perbezaan sikap dan personaliti yang menjadi punca pertelingkahan dalam perkahwinan. Walau bagaimanapun, selagi anda menghormati dan saling melengkapi antara satu sama lain, perbezaan personaliti dan sikap pasti tidak akan menjadi masalah besar dalam perkahwinan anda.

Masalah Kewangan

Kelangsungan hidup adalah amat penting untuk semua orang. Mempunyai sumber kewangan yang cukup dan stabil akan memberikan rasa selamat apabila seseorang jatuh sakit, apabila peti sejuk kehabisan makanan dan apabila bil-bil bulanan datang menjengah.

Itulah sebabnya apabila anda menghadapi kesukaran untuk meneruskan hidup, anda akan berasa tertekan. Tekanan disebabkan masalah kewangan ini akan menjadi dua kali ganda bebannya apabila anda mempunyai anak-anak kecil yang perlu anda tanggung dan jaga.

Oleh sebab itu, penting untuk setiap pasangan untuk mengawal perbelanjaan semasa dan sentiasalah hidup bersederhana dan mengikut kemampuan.

                  

Kecurangan

Kekal setia kepada pasangan anda ialah cabaran yang paling besar bagi orang-orang yang sudah berkahwin. Janji yang terungkap di hari bahagia suatu masa dahulu untuk sentiasa bersama perlu tersemat dalam fikiran setiap pasangan dan mestilah sentiasa dipelihara janji tersebut.

Walau bagaimanapun, pasti akan ada pasangan yang terlupa akan janji-janji tersebut akibat perangai dan sikap mereka sendiri. Apabila ini berlaku, perkahwinan anda akan bergelora, kemudiannya pertelingkahan dan pergaduhan pasti akan berlaku. Malah keadaan yang lebih buruk seperti perceraian mungkin akan terjadi. Oleh itu, peliharalah janji-janji anda untuk kekal bersama selamanya.

Salah faham antara pasangan

Kurang komunikasi ialah punca utama salah faham. Anda mungkin telah mengenali antara satu sama lain untuk jangka masa yang panjang tetapi ia tidak bermakna anda boleh melemparkan kata-kata cemuhan, dan menganggap pasangan anda membaca fikiran anda sepanjang masa atau tidak mengendahkan kata-kata pasangan anda.

Untuk mengekalkan komunikasi yang berkesan dalam keluarga, sentiasalah memberi perhatian kepada apa sahaja yang pasangan anda katakan. Saling bertukar-tukar pendapat atau idea tentang perihal pasangan pasti akan menambahkan persefahaman antara satu sama lain.

Jarang berlaku masalah atau pertelingkahan bukanlah suatu tanda aras yang sahih dalam menentukan kebahagian sesuatu perkahwinan.

Kematangan pasangan boleh diukur berdasarkan sejauh mana mereka boleh mengatasi masalah mereka, bagaimana mereka mengukuhkan hubungan mereka dan bagaimana mereka menjadi bertambah baik melalui sokongan antara satu sama lain. Berjuanglah untuk terus mengekalkan perkahwinan anda selama-lamanya!



Sumber dari google

04 February 2013

Perkembangan Si Manja Seusia 1 Tahun



Anak kecil anda kini semakin lincah dan bertenaga. Dia semakin aktif bergerak ke sana sini. Juga mula pandai bercakap dua atau tiga perkataan. Ingin tahu selanjutnya perkembangan satu tahun si manja anda, jom teruskan membaca artikel ini.

Langkah pertama
Dia boleh seimbangkan badan dengan berjalan perlahan-lahan berdekatan dengan perabot untuk memegang supaya tidak jatuh. Kadang kala akan melepaskan tangan untuk mencapai permainan yang berdekatan dengannya. Pada peringkat permulaan dia mungkin berjalan satu atau dua langkah sebelum terjatuh. Pegang tangannya untuk menggalakkan dia berjalan dengan baik.

Menyuap makanan
Sesuatu yang membuatkan anda gembira apabila anak kecil anda sudah boleh menyuapkan makanan sendiri.  Dia sudah mempunyai kemahiran menggunakan tangan dengan baik termasuk menyuapkan makanan sendiri. Walaupun suapannya itu akan menyebabkan mulut dan baju kotor, biarkan saja! Namun pastikan anda mengawal apa yang dimakan untuk mengelak berlaku risiko tercekik makanan keras pada anak kecil ini.

Melontar
Pada usia ini, dia suka mengambil objek yang berada berhampiran dengannya. Manakala sikap suka memasukkan objek ke dalam mulut bukan lagi aktiviti kegemarannya. Pada masa ini juga, dia sudah mempunyai kemahiran melontar setelah tahu  untuk melepaskan sesuatu. Berikan anak anda bola, pastikan dia akan melontar bola dengan sekuat hatinya.

Sikap berdikari
Pada usia ini, hubungan anak kecil ini dengan anda sangat mesra. Dia mahu anda memberikan pelukan dan ciuman padanya. Pada masa ini sikap berdikarinya semakin bertambah dan keinginan meneroka kepada persekitaran akan membutakan anak kecil anda tidak duduk diam.

Hubungan sosial
Inilah masanya untuk anda perkenalkan anak anda kepada rakan sebayanya. Walaupun dia kelihatan gembira bermain dengan kanak-kanak kecil lain di kawasan permainan, dia secara umumnya akan menganggap semua alat permainan miliknya. Istilah kongsi sukar difahami pada usia satu atau dua tahun ini.

Peniruan
Pada usia ini dia akan mula melakukan peniruan pada apa yang dilihat di sekelilingnya. Jadi tunjukkan tingkah laku positif kepadanya. Walaupun anak kecil ini masih belum pandai bercakap, dia boleh meniru tingkah laku yang mudah seperti lambai selamat tinggal, salam tangan dan pelukan.

Perkataan pertama
Ada sesetengah bayi boleh bercakap dua atau tiga perkataan apabila menjangkau usia satu tahun. Biasanya hanya difahami oleh ahli keluarga yang rapat dengannya. Anak kecil belajar bercakap melalui pemerhatian dan mendengar apa yang diucapkan oleh orang di sekelilingnya. Oleh itu, pastikan percakapan anda kepada anak banyak berunsur positif.

Ingatan
Anak kecil suka mendengar cerita. Biarkan dia di riba anda semasa anda membacakan cerita pendek kepadanya. Jika dibaca berulang kali secara berterusan, ia akan membantu anak kecil belajar memberi tumpuan yang akan membantu ingatan menjadi lebih baik.

INFO TAMBAHAN
Namun apa jua kemajuan fizikal bayi adalah bergantung kepada anak kecil itu dan setiap perkembangan anak itu adalah berbeza-beza. Oleh itu , jangan bimbang jika anda tidak menunjukkan kemajuan lagi. Jika ia kelihatan agak ketara, dapatkan nasihat doktor mengenai perkembangannya.



(Sumber: Majalah Pa&Ma Januari 2013)