29 April 2011

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah S.W.T



Sabda Rasullullah saw yang bermaksud:

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".


Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud:

"10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1   Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

  Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3   Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4   Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5   Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6   Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7   Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8   Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9   Orang yang suka makan riba.

10 Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah AWT dan jauh dari Allah SWT".


Hassan r.a berkata :


"Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk".


Oleh itu, kita haruslah bertaubat ke jalannya..



28 April 2011

Carpal Tunnel Syndrome


Tidak ramai yang mengetahui, bahawa sesiapa yang banyak menggunakan komputer sama ada untuk bekerja atau bermain, berpontensi untuk terkena  penyakit CTS (Carpal Tunnel Syndrome). Jika anda pernah mengalami sakit terutama saat menggunakan tetikus (mouse) begitulah gambaran umum mengenai penyakit ini dan jangan memandang rendah penyakit ini.



Carpal Tunnel Syndrome adalah penyakit yang terjadi pada pergelangan tangan serta jari yang disebabkan oleh tekanan yang sering terjadi pada bahagian tersebut. Ia biasanya terjadi kerana terlalu kerap menggunakan papan kekunci (keyboard) dan tetikus (mouse). Walaupun terdapat banyak penyebab lain tetapi penggunaan komputer yang terlalu kerap menjadi penyebab penyakit sendi tangan ini.

Selain itu, pengguna komputer riba juga boleh menjadi punca CTS. Menurut penelitian penyelidik dari Universiti North Carolina (UNC), pengguna teknologi ini boleh memicu gangguan postur tubuh dan melemahkan fizikal. Dr. Tim menyebut, gangguan kesihatan akibat penggunaan komputer riba tanpa henti digelar 'laptop-itis'.

Postur tubuh yang tidak tepat dan sering menggunakan komputer jenis ini dalam tempoh yang lama menyebabkan rasa nyeri otot atau cedera saraf berulang. Mengetik dari komputer riba juga memicu CTS, iaitu cedera pada saraf yang melemahkan pergelangan tangan.

Gejala-gejalanya dapat kita ketahui misal sering sakit atau nyeri pada pergelangan tangan mahu pun jari tangan (ibu jari, jari telunjuk, jari tengah). Menurut penelitian, wanita berisiko 3 kali ganda terkena CTS berbanding lelaki.

Perkara yang paling buruk yang mungkin akan berlaku adalah putusnya sendi pergelangan tangan sehingga tangan tidak dapat berfungsi bahkan tidak dapat digerakkan sama sekali.



Bagaimana cara kita mencegahnya? Pastikan kedudukan posisi duduk dan posisi tangan yang betul ketika menggunakan papan kekunci (keyboard) atau tetikus (mouse).



1 Jarak antara mata dengan komputer minima 45 cm.
2 Pandang antara mata ke monitor harus mengarah sedikit ke bawah atau sekitar 5-15° lebih rendah dari paras horizontal pandangan mata.
3 Pastikan anda menghindari pantulan lampu atau cahaya yang masuk ke monitor.
4 Posisi tangan di atas papan kekunci (keyboard) harus membentuk sudut 90° (lihat gambar) begitu juga kaki.
5 Pastikan kerusi anda dan posisi tangan menjadi sejajar dengan meja ketika anda menggunakan papan kekunci (keyboard).
6 Jangan menggunakan komputer tanpa henti (lebih dari 2 jam), berdiri, sedikit olahraga (strecthing) dan berjalanlah sebentar (1 minit) secara berkala sebelum menyambung kembali kerja pekerjaan anda

7 Gunakan alas tetikus (mouse) dan atau keyboard untuk keselesaan anda.

8 Gunakan penyangga kaki bila diperlukan.

9 Gunakan kerusi yang dapat menyokong posisi punggung anda.


Memang tidak mudah untuk melakukan semua perkara di atas, walaubagaimanapun fakta ini dapat membantu mengingatkan anda untuk berehat sejenak sebelum kembali menyambung kerja yang ditinggalkan tadi. 



Sumber dari intenet dan majalah iSIHAT


Kekadang bila terlalu banyak kerja, terlupa juga untuk berehat sebentar. Tips ini sedikit sebanyak mengingatkan juga untuk berehat.

27 April 2011

8 Punca Metabolisme Tubuh Berkurangan


Ramai yang tidak sedar bahawa diet yang salah boleh menyebabkan kadar metabolisme tubuh menurun dan membuatkan program diet gagal dijayakan. Pengurangan kalori secara mendadak boleh menyebabkan metabolisme semakin lemah dan tubuh sukar untuk menjalankan proses pembakaran lemak dengan sebaiknya.

Biarpun anda berjaya menurunkan berat badan dalam tempoh masa yang singkat, namun ia terus menjadi statik dan kemungkinan akan kembali meningkat dalam tempoh tertentu. Terdapat pelbagai kesalahan yang sering anda lakukan ketika berdiet yang boleh memperlahankan kadar metabolisme tubuh. Antaranya:-

KURANG MAKAN
Makanan penting bagi membakar kalori. Pengambilan makanan secara salah boleh memberi kesan buruk pada tubuh. Jika tubuh kekurangan bahan bakar untuk menjalankan fungsinya (sekitar 1200 kalori bagi wanita dan 1800 kalori bagi lelaki), tubuh akan menekan metabolisme. Ini akan menyebabkan pemecahan jaringan otot yang diperlukan tubuh untuk membakar kalori. Tidak perlu mengambil makanan yang banyak, cukuplah sekitar 430 kalori per waktu makan dan diselangi dengan 150 kalori kudapan untuk memastikan metabolisme tubuh berfungsi dengan sempurna.

MENGHINDARI KAFEIN
Kafein dianggap sesuatuyang membahayakan tubuh. Namun, kafein yang terdapat dalam kopi misalnya, boleh meningkatkan metabolisme sekitar 174 kalori per hari. Manakala, satu kajian yang dijalankan di Jepun menunjukkan, secawan teh hijau dapat meningkatkan metabolisme sebanyak 12 peratus. Para penyelidik percaya, zat antioksidan yang terkandung dalam teh dapat mempercepatkan metabolisme.

MENGURANGKAN PENGAMBILAN SERAT
Tidak menggemari sayuran dan buah-buahan merupakan punca metabolisme tubuh menjadi lemah. Kurangkan pengambilan karbohidrat dan tingkatkan pengambilan serat seperti roti gandum, pasta dan buah-buahan serta sayuran. kajian menunjukkan, penambahan serat boleh meningkatkan pembakaran lemak sehingga 30 peratus. Wanita yang banyak mengambil serat berupaya memperlahankan kenaikan berat badan ketika usia mulai meningkat.

KURANG MINUM AIR PUTIH
Gemar menikmati air berperisa berbanding air putih? Jika ini tabiat anda, cuba hentikan. Kajian dari Jerman menunjukkan individu yang minum sekurang-kurangnya enam gelas air putih (sekitar 1.4 liter) per hari, boleh meningkatkan metabolisme dan membakar sekitar 2.5 kilogram per tahun.

KURANG PROTEIN
Tubuh memerlukan protein bagi pembentukan otot selain bertindak sebagai molekul penting dalam proses metabolisme. tambahkan sekitar tiga auns daging bebas lemak, dua senduk makan kacang atau lapan auns yogurt rendah lemak ke dalam makanan seharian anda. Kajian membuktikan protein boleh membantu membakar kalori sekitar 35 peratus.

KURANGKAN SUMBER ZAT BESI
Makanan yang kaya dengan zat besi mampu menyebarkan oksigen ke otot. Oksigen sememangnya diperlukan untuk proses pembakaran lemak. Setiap bulan wanita akan kehilangan zat besinya sehinggalah mencapai menopaus. Jika tidak mengambil makanan yang mengandungi zat besi seperti kerang, daging tanpa lemak, bayam dan kekacang, tubuh boleh kehilangan tenaga dan menurunkan kadar metabolisme.

KURANG SUMBER VITAMIN PENTING
Vitamin D penting untuk menjaga jaringan otot untuk bekerja. Kita jarang mengambil makanan yang mengandungi vitamin D padahal tubuh memerlukan sekitar 400 IU per hari. Vitamin D boleh didapati dalam tauhu, susu yang diperkaya dengan vitamin D, salmon dan telur.

KURANG AMBIL SUSU
Kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan kadar metabolisme tubuh menurun. Terdapat kajian yang menunjukkan, pengambilan kalsium daripada susu tanpa lemak atau yogurt rendah lemak mampu mengurangkan penyerapan lemak daripada makanan lain.



Sumber dari majalah keluarga harmoni

26 April 2011

Ruam Lampin Mudaratkan Bayi


Ruam lampin adalah masalah kulit yang paling kerap dialami oleh kebanyakan anak kecil khususnya bayi. Walaupun ruam lampin bukanlah penyakit yang merbahaya namun terdapat sebahagian daripada ruam yang boleh menjadi serius sekiranya tidak diatasi dengan betul.

Ruam lampin lazimnya berlaku di sekitar bahagian yang ditutupi lampin iaitu kemaluan, punggung, kelangkang dan juga paha. Kulit di sekitar bahagian-bahagian tersebut akan berbintik-bintik kemerahan dan merengsakan bayi.

Masalah ruam lampin, biasanya terjadi apabila berlakunya jangkitan bakteria dan kulat ataupun disebabkan alahan kulit (ekzema).


PUNCA RUAM LAMPIN

Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya ruam lampin di kalangan bayi. Antaranya :-
  • Apabila kulit bayi menyentuh air kencing yang disebabkan oleh pemakaian lampin dalam tempoh yang terlalu lama. Ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan mengganggu lapisan perlindungan kulit bayi dan ia menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan.
  • Selain air kencing, najis bayi terutama najis cair juga penyebab kepada ruam lampin. Najis yang merbahaya kepada kulit bayi ini terhasil daripada makanan bayi dan juga ubat-ubatan tertentu yang diberikan kepada mereka.
  • Punca lain ialah bahan kimia yang terdapat di dalam sabun mandian bayi.
  • Terdapat juga jenis lampin pakai buang yang menyebabkan alergi pada kulit bayi yang sensitif.

RAWATAN DAN PENJAGAAN

1 Ruam lampin boleh sembuh dengan sendiri jika anda mengamalkan penjagaan kulit bayi dengan betul. Tanggalkan lampin bayi dan biarkan bahagian yang terkena ruam terdedah kepada udara sekerap mungkin.

2 Anda juga perlu kerap menukar lampin bayi yang telah basah atau kotor dengan segera dan jangan sesekali melengahkan penukaran lampin bayi anda.

3 Setiap kali menukar lampin, cuci bahagian yang ditutupi lampin dengan air suam. Terdapat ibu-ibu yang hanya menggunakan tisu basah untuk mengelap kemaluan dan punggung bayi ketika menukar lampin. Harus diingat, cara tersebut tidak boleh diamalkan.

4 Selain itu, anda perlu peka dengan pemilihan lampin bayi. Kini terdapat pelbagai jenis dan jenama lampin bayi di pasaran yang mungkin dapat mengurangkan risiko kulit bayi anda akan dijangkiti ruam.

5 Kebiasaannya, ruam boleh hilang atau sembuh dengan sendirinya. Namun jika ia kelihatan makin serius walaupun anda telah mengamalkan cara penjagaan yang betul, buat rawatan pakar dengan segera.





Sumber dari majalah keluarga harmoni


25 April 2011

Khasiat Tomato Untuk Kecantikan

TOMATO atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.

Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.
Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki. Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.
Anda boleh cuba petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato.

Mengecilkan liang roma
Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.

Merawat jerawat
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

Membersihkan kulit muka
Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.
Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.
Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak dan jerawat.

Menyejukkan kulit yang rosak
Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.
Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.
Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit

22 April 2011

10 Amalan Terbaik Tapi Terbalik Yang Selalu Kita Lakukan



Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita.Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.

Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1 Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurutIslam?

2 Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam).Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga simatilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagipun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3 Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun dimasjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4 Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5 Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah,sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan dirumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6 Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan dibulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita ini?

7 Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduripun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyaitujuan lain.

8 Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita ini? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9 Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid.. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10 Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, Masya Allah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya,bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.


Cukuplah dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang dibuat mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.





Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." Riwayat Bukhari.



Sumber disunting dari internet dan i luv islam

21 April 2011

Cara Yang Betul Untuk Mencuci Muka

 

Apa langkah pertama dan penting untuk perawatan wajah? Jawapannya adalah mencuci muka. Ketika membersihkan muka, bererti anda telah menghilangkan sisa-sisa, kotoran dan minyak dari wajah. Sebahagian besar dari kita, baik wanita mahupun lelaki pasti sedar akan hal itu, dan membersihkan wajah dua kali sehari sudah menjadi hal wajib.

Tapi, banyak diantara kita yang kurang memperhatikan cara mencuci muka yang baik dengan tidak melihat formula yang terdapat dalam produk pembersih, atau memperlakukan wajah dengan kasar, seperti menggosoknya terlalu keras.


Sekarang ini, ada banyak produk pembersih wajah yang dijual di pasaran, mulai dari jenis foam, gel atau krim yang diformulasikan untuk berbagai jenis kulit berminyak hingga sensitif. Oleh itu, Anda perlu melihat lebih dulu, pembersih apa yang sesuai untuk jenis kulit wajah Anda.

Jika kulit Anda kombinasi atau cenderung berminyak, pilih formula pembersih yang mampu membuang lebihan minyak di wajah dan mengurangi sebum. Sedangkan untuk jenis kulit kering dan sensitif, gunakan pembersih dengan formula lebih ringan dan mengandungi pelembap.

Pastikan produk yang Anda pilih bebas minyak (oil-free), tidak menyumbat pori (non-comedogenic), tidak menimbulkan iritasi (hypoallergenic) dan tidak menimbulkan jerawat (non-acnegenic). Sekarang ini, kebanyakan produk pembersih mengandungi banyak bahan aktif untuk perbagai keperluan, seperti alpha hydroxy acids (membuat wajah lebih cerah), salicylic acid (mencegah jerawat dan membunuh bakteria), vitamin, mineral, glycerin, collagen (menegangkan wajah), elastin dan sodium laureth sulfate.


BAGAIMANA MENCUCI MUKA DENGAN BETUL?

Langkah 1. Cuci Tangan
Selalu cuci tangan sebelum membersihkan muka, memakai makeup atau menyentuh wajah Anda. Tanpa disedari, sangat banyak bakteria yang melekat di tangan Anda, dan jika tidak dibersihkan, bakteria dan kotoran yang melekat pada tangan akan berpindah ke wajah Anda. Gunakan sabun antibakteria dan cuci tangan secara perlahan dengan air suam.

Langkah 2. Ikat Rambut Anda
Dengan mengikat rambut, selain lebih mudah membersihkan, wajah Anda juga akan terhindar dari kotoran yang mungkin melekat pada rambut.

Langkah 3. Bersihkan Makeup
Jika menggunakan makeup, ada baiknya jika Anda membersihkannya dahulu dengan makeup remover sebelum mencuci muka, agar produk akan bekerja lebih efektif. Pilih makeup remover berformula lembut, yang sesuai dengan kulit Anda. Bersihkan bahagian mata terlebih dahulu.

Langkah 4. Basahi Muka
Percikkan sedikit air suam ke wajah agar pori-pori lebih terbuka. Dengan begitu, produk akan membersih lebih mendalam.

Langkah 5. Menggunakan Sabun Muka
Letakkan sedikit pembersih di telapak tangan atau sponge. Gosokkan di telapak tangan hingga berbuih dan usapkan secara lembut dengan jari-jari tangan atau sponge ke seluruh wajah, mulai dari dahi, hidung, pipi, dagu hingga leher. Pijat lembut wajah dengan gerakan memutar selama beberapa minit.

Yang perlu diingat, jangan terus membilas setelah memakainya, biarkan formula pembersihnya meresap ke dalam kulit selama beberapa minit (biasanya 1 atau 2 minit).

Langkah 6. Membilas
Basuh muka dengan air beberapa kali hingga sisa-sisa sabun tidak terasa lagi di wajah. Gunakan air dingin agar pori-pori tertutup dan melancarkan perjalanan darah. Kemudian, keringkan dengan tuala bersih.

Langkah 7. Gunakan Toner
Bagi Anda yang memiliki wajah berminyak, sangat disarankan menggunakan face toner setelah mencuci muka. Toner berfungsi membersihkan sisa makeup, kotoran dan minyak yang mungkin masih tertinggal meskipun telah dicuci dengan sabun muka. Toner juga berfungsi mengecilkan pori, menghilangkan minyak dan menjernihkan kulit. Usapkan toner secukupnya ke wajah dengan kapas.

Langkah 8. Lembapkan Kulit
Oleskan moisturizer atau face cream berbahan dasar air selepas selesai membersihkan wajah, agar wajah sentiasa terjaga kelembapannya. Pastikan juga bahawa Anda menggunakan pelembap yang sesuai jenis kulit.




Sumber disunting dari berita harian


20 April 2011

Tip Penting Kala Menghias Rumah


Menghias rumah bukanlah sesenang yang disangka. Ia juga memerlukan perancangan, kajian secara terperinci serta memakan masa yang agak lama. Tugas menghias rumah samalah seperti mana kita mendandan diri. Seperti mana kita sanggup berhabis untuk kekal cantik, begitu juga dengan rumah yang kita diami.


Persoalannya ialah bagaimana untuk menghias rumah seperti mana rumah idaman anda? Tip berikut mungkin boleh membantu anda:


CAT YANG SESUAI
Warna cat boleh menimbulkan persekitaran dan mood yang berbeza. Berhati-hati dalam soal pemilihan warna car terutamanya di kamar tidur anda. Pilih warna cat yang bersifat jangka panjang dan tidak menimbulkan kebosanan dalam jangka masa tertentu.

Kenali Fungsi Cat:
  • Warna gelap akan membuatkan ruang kelihatan lebih kecil dan ruang akan menjadi agak suram. Justeru, untuk ruang kecil, manfaatkan warna lembut atau cerah agar persekitarannya tampak lebih sejuk dan lapang.
  • Ketahui jenis cat dan kekuatannya. Bagi ruangan yang sering terdedah pada kotoran misalnya dapur atau bilik si kecil, pilih cat yang boleh dibersihkan. Biarpun harganya agak mahal, namun begitu berbaloi dalam jangka panjang.
  • Buat tinjauan sebelum membeli. Anda boleh melihat laman web atau majalah dekorasi bagi mengetahui warna yang sesuai bagi ruangan di kediaman anda. Sama ada bersifat kontras atau tidak, pastikan warnanya boleh menyumbang kepada dekorasi ruang, bukannya menenggelamkannya.


LUASKAN RUANG KECIL
Ruang yang kecil bukanlah alasan untuk sukar menata hias kediaman. Ciptakan dimensi yang boleh memantulkan kesan yang lebih luas. Tidak perlulah membelanjakan wang untuk memecahkan ruang kediaman, sebaliknya berinteraksilah dengan ruang terbabit.

Caranya:
  • Jadikan cermin berukuran besar bagi mencipta visual ruang yang lebih besar. Bagi ruang makan dan ruang tamu yang berada di dalam pelan yang sama, cermin akan membantu memancarkan keseluruhan ruang tampak lapang kala mata memandang ke arah cermin tersebut.
  • Biarpun anda rambang mata melihat pelbagai perabot yang dipamerkan di kedai, namun pastikan anda tahu kesesuaiannya dengan ruang kediaman. Jangan berangan untuk memenuhkan kediaman anda dengan perabot yang besar sehingga tiada langsung ruang untuk bergerak.


BUKAN SEMUA PERLU BARU
Jika mahukan semua baru tentunya memerlukan perbelanjaannya yang cukup tinggi. Tidak perlu semua ini jika anda kreatif dalam mencorakkan kembali perabot lama anda. Biarpun ia kelihatan agak lusuh, apa kata cat sahaja dan baiki kerosakannya. Selain itu, gunakan kebijaksanaan anda untuk mencampurkan perabot bercita rasa moden bersama perabot lama bagi mewujudkan jalinan yang serasi.

Antara benda lama yang boleh diperbaharui ialah:
  • Gambar hitam putih ketika usia kecil anda boleh dijadikan hiasan indah di dinding. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah membingkaikannya sahaja.
  • Manfaatkan juga kerusi lama dengan memasang fabrik atau sarung baru agar dapat memancarkan imej lebih ceria.


HIASKAN DINDING
Dinding tanpa hiasan agak membosankan. Kecualilah jika anda menggunakan kertas dinding yang mempunyai corak yang sarat. Justeru, cuba hiaskan dinding rumah anda dengan potret keluarga, lukisan, cermin ataupun piring hiasan. Namun, sesuaikan dengan fungsi ruang terbabit. Perhatikan hiasan yang ada di pasaran dan bandingkan dengan kesesuaian kediaman anda.


BANTUAN CAHAYA
Tidak semua ruangan perlu diterangi dengan efek cahaya yang sama. Pastikan anda tahu bahagian mana yang boleh diserlahkan dengan bantuan cahaya. Misalnya, lukisan atau potret di dinding. Anda boleh memasang lampu sorot yang hanya memancarkan cahaya ke arah lukisan tersebut. Efeknya pasti memukau.

Cara menyerlahkan ruang:
  • Lampu duduk atau berdiri - Kesan kabur yang dipantulkan membuatkan ruang tampak romantik. Sesuai diletakkan di ruang tamu, ruang santai dan bilik tidur.
  • Candelier - Memantulkan imej mewah terutamanya bagi menyerlahkan perabot baca, kristal dan berwarna keemasan. Sesuai diletakkan di ruang tamu dan ruang makan.
  • Lampu gantung - Memancarkan cahaya yang lebih terang dan sering dijadikan pilihan di ruang aktiviti keluarga, ruang belajar, ruang tamu dan ruang makan.




Sumber dari majalah keluarga harmoni



19 April 2011

Ara Ubat Aneka Penyakit



Kaya dengan pelbagai zat yang baik untuk kesihatan manusia, buah ara dikenal pasti mampu merawat aneka jenis penyakit. Antaranya :-

1 Tekanan Darah Tinggi
Kandungan kalium, mineral yang dapat mengawal tekanan darah di dalam buah ara membuatkannya berupaya mencegah penyakit darah tinggi.

2 Kencing Manis
Tidak hanya buah, daun ara juga memiliki nilai perubatan. Dalam beberapa kelompok masyarakat, daun pokok ara dimakan bagi mengubati penyakit kencing manis kerana sifatnya yang antidiabetes dan dipercayai mampu mengurangkan pergantungan terhadap suntuikan insulin.

3 Jantung
Selain berguna untuk merawat diabetes, daun ara turut ampuh dalam memelihara kesihatan jantung. Keupayaannya menurunkan tingkat trigliserida yang merupakan bentuk lemak dalam darah, membantu meningkatkan kesihatan jantung.

4 Obesiti, Menopaus & Kanser Payu Dara
Sebagai sumber serat yang hebat, buah ara dapat membantu menurunkan berat badan individu sekali gus menjadikan tubuh lebih langsing dan sihat. Selain itu, serat juga baik untuk wanita pascamenopaus dan mengurangkan risiko terkena kanser payu dara.

5 Masalah Pencernaan
Buah ara juga mengandungi flavonoid dan ficin, enzim yang baik untuk pencernaan. kandungan tersebut membuatkan buah ara berkuasa dalam mencegah sembelit dan kanser usus.


Sumber dari majalah keluarga harmoni



Banyak juga kebaikan buah dan daun ara nih..

18 April 2011

Adakah Pewarna Makanan Selamat Dimakan?

Penyelidikan secara meluas mengesahkan oleh penyelidik dari Sekolah Perubatan, Universiti Virginia Commonwealth :
YA
Ujian makmal membuktikan pewarna makanan tidak membahayakan.

* Pewarna makanan akan diuji dalam makmal selama 5 hingga 10 tahun sebelum diuji pada haiwan. Setelah itu, barulah bahan tersebut mendapat kelulusan daripada pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah. Sehingga kini masih belum ada lagi isu kesihatan berkaitan pewarna makanan direkodkan kecuali masalah alergi.
* Kuantiti penggunaan kecil. Bagi membuktikan keselamatan pewarna makanan, pakar-pakar toksikologi telah menggunakan dos tertinggi yang selamat digunakan. Dos tersebut kemudiannya diagihkan kepada 100. Jumlah yang terhasil merupakan Acceptable Daily Intake (ADI) - Jumlah di mana manusia boleh mengambilnya setiap hari tanpa masalah. kebanyakan makanan yang mengandungi pewarna hanya sebahagian kecil daripada ADI.
* FDA mengawal makanan dengan teliti. Sekiranya terdapat aduan, siasatan akan dijalankan. Jika didapati bahan tersebut menjadi punca kepada masalah, mereka akan mengharamkan penggunaannya.



TIDAK
Risiko kesihatan yang diketahui :

* Boleh mengakibatkan kanser. Dalam satu kajian yang dilakukan terhadap haiwan, terdapat 3 warna merah yang tertera. Ini menunjukkan bahan tersebut akan menyebabkan kanser tiroid. Justeru, penggunaan ini telah diharamkan digunakan dalam kosmetik, tetapi tidak pada makanan. Sungguhpun masih tiada bukti, namun setidak-tidaknya ia amampu mengelakkan kita daripada terus mengambilnya.
* Mampu menambahkan tahap keseriusan gejala-gejala Attention Deficit Hyperactivity disorder (ADHD) - Gangguan Hiperaktif Perhatian Defisit. Ia berdasarkan analisis terhadap 15 kajian yang dijalankan di University Columbia dan University Havard. Dua kajian terkini yang dijalankan oleh Kerajaan Britain mendapati, kanak-kanak yang mengambil makanan yang mengandungi bahan pewarna akan menjadi hiperaktif. Ini kerana kandungan setiap makanan tersebut bersamaan dengan dua hingga empat bungkusan gula-gula seberat 56 gram.
* Eropah telah mengambil tindakan. Pada Julai lalu, Kesatuan Eropah telah mengeluarkan undang-undang yang menyatakan, setiap makanan yang mengandungi bahan pewarna perlu mempamerkan label amaran seperti "mungkin mendatangkan kesan buruk dan kanak-kanak perlu diberi perhatian".
* Kesimpulan: Ancaman paling serius terhadap kesihatan membabitkan kanak-kanak ADHD. Sekiranya anak anda menghidap gangguan ini, berbincanglah dengan doktor anda, sama ada keluarga perlu mengelakkan pewarna makanan. Lagi pun, ia adalah cadangan yang yang baik untuk mengurangkan makanan yang diproses.




Sumber dari majalah iSIHAT

tak sangka plak bahan pewarna ni boleh efek budak-budak..lepas ni kena beringat laa..tak boleh bagi budak-budak makan gula-gula banyak sangat..

17 April 2011

3 Cara Maksimumkan Khasiat Buah-Buahan



Kesemua buah-buahan pada dasarnya menyihatkan dan amat baik dimakan. Lebih baik dan menyihatkan lagi apabila ditambahkan dengan cara penyajian yang sesuai.

Tetapi, bagaimana cara terbaik memaksimumkan sajian makanan daripada buah-buahan? Ikuti tip di bawah :

1 Nilai nutrisi terbaik
Bagi mendapatkan nutrisi maksimum dari buah-buahan, makanlah buah-buahan secara mentah atau yang dipotong. Kurangkan makan buah-buahn yang dibuat jus. Ini kerana, ia akan memberikan serat yang baik untuk melancarkan sistem pencernaan. Pilih buah dengan kandungan kalium yang banyak seperti pisang, pic, tembikai ataupun oren. Beli buah sesuai dengan musimnya kerana ia lebih murah dan rasanya lebih berkualiti.

2 Sebagai makanan utama
Ketika bersarapan, sebagai tambahan dalam makanan bijirin anda, cuba tambahkan pisang atau epal. Kemudian, minum jus oren. Pilih jus asli berbanding jus yang diolah. Untuk makan malam pula, cuba sajian kombinasi daging dan buah seperti nanas dalam daging asam manis.

3 Sebagai jajan
Boleh juga dijadikan sebagai makanan ringan anda di waktu malam atau waktu di antara waktu makan utama. Potong buah dengan saiz sederhana dan makan bersama dengan kuah rojak, atau dimakan begitu sahaja. Boleh juga makan anggur atau buah betik.





Sumber dari majalah mingguan wanita

16 April 2011

Manfaat Coklat Setanding Buah-Buahan



Selain buah-buahan, antara lain yang boleh dijadikan hidangan sihat adalah coklat. Mungkin ramai yang kurang gemar makan buah-buahan tertentu atau menjadi bosan dengan hidangan buah-buahan yang sama. Berbanding makanan lain, pilihlah coklat. Ini kerana setelah dikaji secara klinikal, ternyata coklat memiliki manfaat kesihatan yang baik.

Sememangnya diketahui bahawa coklat mengandungi sebatian tanaman yang lebih sihat dalam setiap gramnya berbanding jus buah-buahan. Maklumat ini diperoleh setelah para pengkaji membandingkan serbuk coklat, coklat mentah dan serbuk yang diperbuat daripada buah. Para pengkaji ini mendapati bahawa koko mengandungi flavanol yang paling banyak, bahan kimia pabrik yang lebih sihat dan kapasiti antioksidan yang lebih banyak.

Perbandingan ini juga dilakukan di antara coklat gelap, koko, coklat hangat dan jus buah-buahan. Hasilnya, coklat gelap dan koko memiliki aktiviti antioksidan dan flavanol yang lebih banyak daripada buah. Sementara itu, coklat panas didapati kurang sihat kerana telah melalui proses pengolahan.

Antioksidan, yang juga meliputi flavanol, meneutralkan molekul perosak berupa radikal bebas dan dipercayai mampu melawan penyakit jantung dan kanser. Selain itu, menurut pengkaji serbuk koko dan coklat gelap semulajadi didapati mengandungi flavanol lebih banyak daripada serbuk coklat dan jus buah. Kajian ini dilakukan di Pusat Hershey untuk kesihatan dan Gizi di Pennsylvania, Amerika Syarikat.



Sumber dari majalah mingguan wanita


Uihhh sedapnya coklat..skali skala makan memang sedap..kena plak dapat coklat free, lagi sedap..hehehe..


15 April 2011

Susu Coklat Efektif Pulihkan Tenaga



Apakah yang anda minum selepas bersenam? Cubalah secawan susu coklat hari ini! Kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Sport Nutrition and Exercise Metabolism oleh penyelidik Universiti Indiana mendapati susu coklat cukup efektif memberikan tenaga kepada proses pemulihan sewaktu berehat. Mereka yang mengambil susu coklat selepas bersukan adalah 54 peratus akan bertahan lebih lama daripada mengambil minuman lain. Susu coklat mengandungi antioksida, protein, lemak dan makro nutrien.



Sumber dari majalah iSIHAT




Selalunya minum air 100 plus ja lepas bersukan..tak sangka plak, minum susu coklat pun boleh menambah tenaga..ermm sedapnya minum susu coklat..

14 April 2011

3,000 Racun dalam Produk Kosmetik


Bagi 81 peratus wanita di Eropah dan Amerika Syarikat, gincu dan pelembap bibir merupakan alat solek yang wajib ada dalam beg tangan. namun begitu tahukah anda, dianggarkan seorang wanita akan menelan hampir 2 kg gincu bibir di sepanjang hayat mereka! Dengan andaian anda mula bersolek bermula usia 16 hingga 60 tahun.


Tahukah anda bahan yang terkandung dalam gincu bibir? Sesetengahnya merupakan bahan yang menjadi agen kanser (berdasarkan uji kaji ke atas haiwan). Ia termasuklah pewarna tiruan, butylated hydroxymole (BHA), pewangi, bahan plastik, bedak talkum, Teflon (bahan yang digunakan untuk menutupi kuali non-stick) dan formaldehid.


Sebenarnya, bukan gincu bibir sahaja, yang harus anda perhatikan. Terdapat ribuan produk yang disapu ke tubuh yang boleh dipersoalkan tahap keselamatannya. Ini kerana laporan oleh kempen Chemical Safe Skincare pada tahun 2007 mendedahkan seorang wanita sekurang-kurangnya menggunakan 12 jenis produk penjagaan tubuh.


Kita diberitahu menyapu itu dan ini mampu melambatkan penuaan, membentuk tubuh dan awet muda. Sedangkan hakikat adalah sebaliknya kerana ketahuilah 70 peratus bahan yang disapu, akan meresap masuk ke dalam tubuh.


National Institute of Occupational safety and Health (NIOSH) Amerika Syarikat menyenaraikan 3,000 bahan kimia yang didakwa digunakan dalam produk kosmetik. Dianggarkan 900 daripadanya adalah bahan bertoksik yang boleh dikaitkan dengan iritasi kulit, kanser, mutasi sel, alahan, komplikasi reproduktif, gangguan sistem endoktorin dan lain-lain masalah kesihatan.


Kelebihan buku Toxic Beauty bukan sahaja terletak pada 'keupayaan' menyenaraikan keburukan, tetapi juga turut memberikan cadangan atau saranan kepada pengguna.



FAKTA TOXIC BEAUTY



  • Syampu mengandungi detergen yang sama digunakan dalam menghasilkan serbuk dan cecair pencuci yang boleh melenyapkan minyak semula jadi pada kulit kepala.

  • Pendedahan kepada penyembur rambut boleh menyebabkan seseorang mengalami simptom jangkitan respiratori, pendek nafas, kerap selesema, batuk yang kronik dan imej sinar X yang abnormal kerana 'cecair plastik' merupakan antara yang digunakan untuk menyebabkan 'rambut' anda kekal berada di tempatnya.



Sumber dari majalah iSIHAT dan buku Toxic Beauty


13 April 2011

Cara Mengelak Mati Mengejut

Bagi sesiapa yang belum ada penyakit jantung, jagalah supaya jangan sakit. Manakala siapa yang pernah mengidap penyakit jantung perlulah menjaganya dengan lebih baik lagi. Jika tidak, anda lebih mudah terkena serangan jantung. Menjaga di sini bermaksud makan ubat, mengikut nasihat doktor, bersenam, elakkan makanan yang tidak sihat, jangan sesekali merokok, awasi berat badan, tahap kolesterol darah tinggi.

Malah kajian penyelidik Sweden ke atas lebih 24,000 wanita mendapati menjalani gaya hidup sihat seperti pengambilan alkohol secara sederhana, amalan pemakanan sihat, kerap bersenam, berat badan normal dan tidak merokok, boleh mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 92 peratus. Jadi apa tunggu lagi, cubalah amalkan tip-tip di bawah:-



Minum teh hijau
Teh hijau mengandungi antioksidan yang berkuasa menurunkan kolesterol dan tekanan darah. Bagi keperluan sehari, panaskan 0.5 liter air dan masukkan tiga uncang teh, biarkan selama 10 minit. Keluarkan uncang teh dan letakkan dalam peti sejuk, masukkan teh dalam bekas dan boleh letkkan air batu jika anda mengemarinya.


Semak label bahan makanan
Membaca label pada produk makanan berupaya membantu anda menyingkirkan dua kali kalori berbanding mereka yang tidak mengambil tahu mengenainya. Tip terpenting, pastikan lemak tidak melebihi 30 peratus daripada jumlah kalori yang diambil, elakkan lemak trans atau minyak terhidrogen (sekurang-kurangnya satu peratus daripada jumlah kalori sehari).

Memasak gaya orang Itali
Gunakan minyak zaitun sebanyak mungkin. Gantikan penggunaan mentega atau marjerin dengan minyak yang kaya dengan antioksidan ini. Minyak zaitun lebih baik digunakan secara mentah dan jangan sekali-kali digunakan untuk menggoreng.

Cari masa untuk tidur
Tidur yang cukup mengurangkan risiko penyakit jantung sehingga 33 peratus, berdasarkan laporan kajian yang diterbitkan dalam Journal of the American Medical Association. Ini kerana, kurang tidur menyebabkan tubuh membebaskan hormon stress yang mengecut arteri dan mencetuskan keradangan.

Amalan makanan sihat
Lebih serat sekurang-kurangnya 25-35 g serat sehari (terutama brokoli dan kubis). Selain serat, pastikan anda menikmati ikan terutama yang kaya dengan omega-3. Hanya sekali seminggu risiko serangan jantung boleh berkurangan sehingga 52 peratus


Mulakan hari dengan jus
Jus oren mengandungi asid folik yang membantu merendahkan homosistein, asid amino yang berkait dengan risiko serangan jantung. Jua anggur pula kaya dengan flavonoid dan resveratrol, antioksidan yang menghalang sel darah merah berkelompok. Selain itu, jangan lupakan kacang dan coklat hitam (14 gram coklat dengan lebih 72 peratus koko sehari).



Bersenam untuk jantung
Berjalan selama 2.5 jam dalam tempoh seminggu (20 minit sehari) boleh mengurangkan risiko serangan jantung sehingga satu pertiga serta menyingkirkan penyakit diabetes. Jika berasa ingin mencuba sesuatu yang lain, anda disarankan mencuba aktiviti yang menyeronokkan seperti menari. Kekal aktif adalah lebih baik daripada bersenam selama 30-60 minit kemudian duduk mengadap komputer.

Mulakan dan akhiri hari dengan regangan
Fleksibiliti adalah kunci kepada kesihatan jantung. Kajian di Jepun mendapati individu dewasa berusia lebih 40 tahun yang kerap melakukan regangan kurang 30 peratus mengalami kekauan dalam arteri. Aktiviti regangan antara 10-15 minit sehari memudahkan arteri dilenturkan yang memberi kesan kepada otot dan tisu di sekelilingnya. Cubalah pergerakan yoga yang mudah untuk menghilangkan fleksibiliti.


Makan pisang
Untuk menurunkan tekanan darah, jangan hanya mengurangkan natrium. Anda juga harus melebihkan kalium, kerana ia mempercepatkan penyingkiran natrium daripada tubuh. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Lebih natrium, kurang kalium. Sumber kalium yang utama termasuklah kentang bakar, pes tomato, kacang lima, yogurt dan pisang.

Kurangkan gula
Individu yang mengambil lebih daripada 74 g fruktosa (dua hingga tiga minuman ringan) adalah 87 peratus lebih berisiko mengalami peningkatan tekanan darah. Penyelidik percaya fruktosa berlebihan mengurangkan pengeluaran nitrik oksida, gas yang membantu salur darah relaks dan mengembang.

Jangan jadi perokok pasif
Mempunyai teman-teman yang merokok? Jauhkan diri anda dan percayalah, jantung anda akan sangat berterima kasih.



Sumber dari majalah iSIHAT

12 April 2011

Penyediaan Hidangan Sihat

Pemakanan yang sihat dan seimbang ialah berasaskan Piramid Makanan Malaysia. melalui pemakanan yang sihat, taraf kesihatan individu dapat ditingkatkan. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan dalam memilih makanan terutama sekali bahan mentah iaitu:-

Ikan segar



  • Kulit masih berkilat


  • Cerah tidak berlendir tebal


  • Insang berwarna merah cerah


  • Mata jernih, bercahaya dan tidak terbenam


  • Isi pejal dan tidak berbau busuk


Daging segar



  • Berwarna merah cerah


  • Tidak banyak lemak


  • Tidak berlendir


  • Tidak berbau busuk


Ayam segar




  • Kulit berwarna cerah dan tidak lebam


  • Tidak berlendir dan berbau busuk


  • Isi pejal dan anjal


  • Tidak banyak lemak

Udang segar




  • Kulit berwarna cerah dan bersinar


  • Kepala tidak tertanggal


  • Isi pejal dan anjal


  • Tidak berbau busuk

Sayur segar



  • Tidak layu dan kering


  • Tidak berubah warna atau busuk

Telur segar



  • Elakkan memilih telur yang retak, pecah dan diselaputi najis atau kekotoran

Makanan proses



  • Elak membeli makanan dalam tin yang :


i) Kemek



ii) Bocor


iii) Berkarat


iv) Kembung




  • Pilih makanan di dlam paket yang masih sempurna, tidak bocor atau kotor


  • Pilih makanan yang bebas daripada kulat, berbau busuk dan bertukar warna


  • Pastikan tarikh luput dibaca dan dijadikan panduan untuk memilih hidangan.

PENYEDIAAN HIDANGAN


Untuk menyediakan hidangan yang sihat, pelbagai aspek perlu diambil kira dalam memastikan makanan yang disediakan dapat memenuhi lima kumpulan makanan yang terdapat dalam Piramid Makanan Malaysia. Di antaranya :


Rancang menu




  • Menu perlu menggunakan lima kumpulan asas makanan iaitu bijiran, hasil bijirin, buah dan sayur, ikan, daging, ayam, kekacang serta susu dan hasil tenusu, minyak, lemak, garam dan gula.


  • Pelbagaikan sumber protein dalam hidangan. Kombinasi protein sumber haiwan dan tumbuhan adalah digalakkan.


  • Pelbagaikan jenis sayur dan warna


  • Pelbagaikan kaedah memasak dengan cara memanggang, mengukus, merebus dan mengurangkan penggunaan minyak. Elakkan hidangan bergoreng yang disaluti tepung.

Makanan rendah lemak




  • Buang kulit ayam dan lemak pada daging sebelum masak


  • Gunakan santan cair atau susu rendah lemak


  • Sejukkan sup dan buangkan lapisan lemak pada permukaan hidangan


  • Gunakan tisu atau kertas penyerap minyak untuk mengurangkan penggunaan minyak


  • Gunakan salad dressing yang rendah lemak

Makanan rendah gula




  • Elakkan penggunaan gula semasa memasak


  • Elakkan penggunaan gula dalam jus buah


  • Sediakan minuman dengan gula dan susu yang berasingan


  • Kurangkan penggunaan susu pekat manis

Makanan rendah garam




  • Hadkan penggunaan sos tiram/tomato/cili/kicap dan serbuk perasa dalam masakan


  • Hadkan kekerapan menyediakan makanan masin seperti telur masin, ikan masin, sayur jeruk dan makanan proses


  • Hadkan penggunaan garam dalam masakan

Makanan tinggi serat




  • Pastikan sayur dan buah dihidangkan setiap kali waktu makan utama


  • Utamakan buah-buahan segar sebagai pencuci mulut


  • Bentangkan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak, menu dan kaedah


KANDUNGAN NUTRIEN


Bagi mengekalkan kandungan nutrien dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, beberapa panduan seperti di bawah boleh diikuti. Antaranya:




  • Cuci dahulu buah-buahan dan sayur-sayuran yang ingin digunakan sebelum dipotong dengan air yang mengalir sehingga bersih


  • Elakkan daripada merendam buah-buahan dan sayur-sayuran selepas dipotong


  • Elakkan memasak terlalu lama untuk mengekalkan warna dan tekstur sayur-sayuran


  • Ketika masak, masukkan bahagian yang keras dahulu


  • Tutup kualai atau periuk apabila memasak sayur-sayuran untuk mengelakkan kehilangan vitamin



Sumber dari majalah wanita

11 April 2011

Kuku Bermasalah Petanda Penyakit


Kulit muka, rambut dan bau badan adalah cermin tahap kebersihan seseorang. Begitu juga dengan kuku. Boleh diibaratkan sebagai 'duta', kuku mewakili setiap individu yang menjaganya dengan baik. Obsesi mewarnakannya dengan pelbagai bahan kimia seperti pewarna kuku dan kerap membiarkan ia dipenuhi dengan kotoran akan mengundang pelbagai penyakit. Kebanyakan daripada anda sedar akan masalah ini, tetapi ada segelintir dengan sengaja mengabaikan kebersihan kuku.

Bercerita mengenai kuku dan penyakit. beberapa perubahan pada kuku seperti perubahan warna, pengecutan, penebalan, kerapuhan, rekahan, keadaan seakan-akan tergores, titik putih kecil, lunula yang merosot, bentuk yang melengkung (cengkung), rata dan menggelembung boleh dikaitkan dengan tahap kesihatan seseorang.

Ia termasuklah sakit di bahagian badan yang lain, kekurangan nutrien, kesan dadah atau racun, atau mungkin juga kecederaan pada kuku itu sendiri. Kuku juga boleh menebal (onikogriposis/onychogryposis), menjadi longgar (onikolisis/onycholysis), dijangkiti fungus (onikomikosis/onychomycosis) atau menjadi lebih buruk (onikodistrofi/onychodystrophy).

Di bawah merupakan beberapa perubahan pada kuku yang dapat membantu doktor mengesan sesuatu penyakit :

  • Warna kebiruan pada pangkal kuku menandakan kitaran darah yang tidak lengkap dan merupakan gejala penyakit jantung
  • Apabila separuh bahagian di hujung kuku berwarna merah muda atau coklat sementara kutikel berwarna putih, itu merupakan gejala penyakit kerosakan ginjal yang kronik
  • Apabila timbul kerutan melintang dan kuku kelihatan kusam, itu menandakan kekurangan nutrien atau gejala sesuatu penyakit seperti demam campak, cacar air, masalah jantung serta keadaan seperti sindrom Reynaud (kejang pada urat jari tangan dan kaki akibat sangat sejuk)
  • Lapisan merah membujur pada kuku menandakan pendarahan pada salur kapilari. garisan-garisan berganda merupakan gejala penyakit darah tinggi
  • Apabila pertumbuhan kuku kelihatan lambat, tebal dan mengeras serta kekuning-kuningan, ia menandakan masalah sistem pencernaan yang kronik
  • Timbulnya bintil-bintik pada kuku, menandakan adanya penyakit psoriasis (penyakit kulit kronik)
  • Apabila terdapat lengkungan berlebihan pada pangkal kuku dan sekitar hujung kuku, itu menandakan gejala penyakit emfisema (gangguan pada paru-paru), penyakit kardiovaskular atau hati
  • Walau bagaimanapun, peningkatan usia akan menyebabkan struktur kuku berubah dan hal ini biasanya tidak mempunyai kaitan dengan masalah kesihatan. Dalam masa yang sama, perubahan yang tidak ketara pada kuku juga tidak perlu dirisaukan, kerana diagnosis melalui kuku belum diisytiharkan sah sepenuhnya oleh semua doktor di seluruh dunia. Jika seseorang mengalami masalah kesihatan, digalakkan supaya berjumpa dengan pakar kesihatan berbanding menganalisis sendiri perubahan pada kuku.


Sumber dari majalah iSIHAT


10 April 2011

Sepatu


Sepatu amat sinonim dengan wanita. Jadi tidak hairanlah jika wanita dianggap sebagai pengumpul sepatu yang setia. Tengok sahajalah wanita disekeliling anda. Hampir setiap hari, dia pasti akan menggayakan sepatu yang berbeza mengikut pakaian yang digayakannya.

Namun dalam 'kegilaan' wanita mengumpul sepatu, sebenarnya masih ramai yang kurang memahami akan kesesuaian sepatu dengan dirinya. Justeru, ketahuilah sepatu anda bagi meningkatkan keselesaan dan keyakinan anda kala mengatur langkah.

Angkle strap

Angkle strap atau tali mengelilingi pergelangan kaki ini sesuai untuk individu yang memiliki kaki yang jenjang, kurus dan tinggi. Tali yang mengelilingi pergelangan kaki tersebut akan membuatkan kaki tampak tidak terlalu panjang atau kurus.


Tumit tebal

Kasut jenis ini juga sesuai untuk anda yang berkaki kurus dan panjang. Tumit yang tebal dan sekata ini akan menampakkan tubuh sedikit rendah dan membuatkan pandangan lebih tertumpu ke arah kaki.


Cutaway arch

Cutaway arch atau bahagian sisinya seperti terpotong ini akan membuatkan kaki yang pendek tampak lebih jenjang dan kecil. Bahagian yang terpotong dengan hujung sepatu yang agak runcing menambahkan kesan panjang pada kaki.

Tumit mendatar (flat)

Sepatu ini sesuai untuk semua. Namun, bagi anda yang bertubuh mungil dan memiliki paha tebal, pilih sepatu dengan bahagian hujung yang agak runcing atau sempit agar kaki tampak lebih panjang. Manakala, sepatu dengan bahagian hujung bulat sesuai untuk kaki panjang dan kurus.


Knee-high boot

Kasut ini sesuai bagi anda yang ingin bergaya ranggi. Namun, boot jenis tinggi ini tidak sesuai digayakan oleh wanita yang bertubuh mungil dan memiliki paha yang besar. Bagi anda yang memiliki tubuh tinggi dan jenjang, sepatu ini amat sesuai dengan anda.


Peep-toe

Sepatu jenis peep-toe atau terbuka di bahagian hujung kaki ini sesuai digayakan oleh sesiapa sahaja. Lebih membuatkan kaki tampak lebih seksi, gayakan peep-toe jenis tumit yang runcing bersama flatform depan yang agak tebal. Anda pasti akan tampak lebih tinggi dan berkeyakinan.


Hujung runcing

Sesuai untuk digayakan oleh sesiapa sahaja. Namun, sepatu yang mempunyai hujung yang runcing ini tidak disarankan untuk anda yang memiliki tubuh yang sangat tinggi dan kurus kerana akan menambahkan imej sedemikian.


Hujung bulat

Sepatu bertumit tinggi dengan bahagian depan yang bulat sesuai untuk anda yang memiliki tubuh yang tinggi dan kurus. Hujung sepatu yang membulat akan membuatkan bahagian tubuh tampak sedikit rendah. Sepatu ini tidak sesuai untuk anda yang berpaha besar atau bertubuh rendah.


Sling back/Stiletto

Sepatu jenis ini begitu diminati kerana boleh digayakan oleh sesiapa sahaja. Sling back atau tali di bahagian belakang kasut ini akan memberikan keyakinan kala melangkah. Untuk tampak lebih seksi, pilih platform tebal pada bahagian depan dan sedikit terbuka (peep-toe).


Wedge

Kasut yang memiliki tumit yang tebal bahagian depan dan belakang ini sesuai untuk semua jenis tubuh. Ia akan menambahkan keseimbangan kala melangkah dan mengurangkan rasa lenguh. Wedge didatangkan dalam pelbagai ketebalan.



Sumber dari majalah keluarga harmoni

08 April 2011

Tip Segarkan Diri Di Waktu Pagi


Segarkan diri kita selepas bangun tidur dengan mengamalkan tip-tip berikut:-

1 Bangun awal untuk mengelakkan dari terlebih tidur. Bangunlah sekitar pukul 6 pagi dan ucapkan Alhamdulillah. Jika boleh bangun lagi awal, lagi bagus.

2 Lakukan sedikit senaman dengan cara memutarkan badan ke kiri dan ke kanan dengan 'perlahan-lahan' atau lakukan sedikit senaman regangan otot. Senaman ini dapat membantu mengembalikan tenaga, menghilangkan rasa melayang dan menjadikan fikiran anda kembali fokus.

3 Minum segelas air. Secara amnya, kebaikan minum segelas air ketika perut kosong adalah berkesan untuk menyembuhkan penyakit-penyakit seperti:-

  • Sakit kepala
  • Sakit-sakit badan
  • Jantung
  • Arthritis
  • Epilepsi
  • Kegemukan
  • Bronchitis asthma
  • TB
  • Meningitis
  • Penyakit buah pinggang
  • Muntah-muntah
  • Gastrik
  • Cirit-birit
  • Kandungan gula tinggi dalam darah
  • Penyakit mata
  • Penyakit rahim bagi perempuan
  • Kanser
  • Haid tidak menentu
  • Penyakit telinga, hidung dan mulut
4 Segera mandi dan gosok gigi. Ketika mandi, mulai dengan membasahkan bahagian kaki dan beransur-ansur naik ke atas hingga ke kepala. Berikut adalah beberapa kebaikan mandi bermula dari bahagian bawah dan menggosok gigi:-

  • Awet muda
  • Mengembangkan salur darah otak dan melancarkan perjalanan darah ke otak
  • Menguatkan sistem pertahanan badan
  • Menguatkan daya ingatan
  • Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala
  • Membantu mengelakkan sakit belakang
5 Solat dan berdoa

6 Mengambil sarapan atau makan pagi. Sarapan merupakan waktu makan yang paling penting dan perlu di ambil untuk kesihatan diri. Disyorkan mengambil makanan yang ringan untuk memudahkan pencernaan. Antaranya makanan yang memiliki kadar serat tinggi dengan protein yang cukup tetapi dengan kadar rendah lemak. Kepentingan sarapan pagi adalah :-

  • Memberikan nutrisi pada otak, kanak-kanak yang mengambil sarapan menunjukkan prestasi lebih baik di sekolah berbanding dengan kanak-kanak yang tidak bersarapan
  • Dapat mengawal berat badan




07 April 2011

8 Perkara Jangan Diamalkan Selepas Makan



1 Merokok
Kajian membuktikan bahawa menghisap rokok selepas makan bersamaan dengan mengambil 10 batang rokok di mana risiko mendapat kanser adalah tinggi. Sebaik-baiknya hisaplah rokok selepas sejam mengambil makanan.


2 Makan Buah
Mengambil buah-buahan sejurus selepas makan akan menyebabkan perut menjadi kembung dengan angin. Oleh itu, ambil buah satu hingga dua jam selepas atau satu jam sebelum makan.


3 Minum Teh
Daun teh mengandungi kandungan asid tinggi yang boleh menyebabkan protien dalam makanan yang diambil sukar untuk dihadamkan.


4 Minum Air Berais
Meminum air yang mengandungi ais sebelum, semasa dan selepas makan akan melambatkan proses pencernaan (perut) kerana air sejuk akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan bersama hidangan. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran sehingga menyebabkan lemak berkumpul dan mengundang pelbagai penyakit terutama kanser dan serangan jantung.


5 Longgarkan Tali Pinggang
Kes sebegini kerap dilakukan kerana rasa terlalu kenyang. Melonggarkan tali pinggang selepas makan secara tiba-tiba kerana ianya boleh menyebabkan usus terbelit atau tersekat. Sekiranya nak longgarkan tali pinggang, eloklah dilakukan sebelum makan.


6 Mandi
Mandi boleh meningkatkan aliran darah ke tangan, kaki dan tubuh yang menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Ini akan menyebabkan sistem penghadaman dalam perut menjadi lemah. Sebaik-baiknya mandilah setengah jam atau sejam selepas makan.



7 Berjalan
Sesetengah orang ada mengatakan bahawa berjalan terus selepas makan boleh memanjangkan usia. Sebenarnya berjalan menyebabkan sistem penghadaman sukar menyerap nutrisi-nutrisi dalam makanan yang diambil.


8 Tidur
Amalan tidur selepas makan boleh menyebabkan makanan yang dimakan tidak dapat dihadam dengan sempurna. Ini akan menyebabkan kita mudah diserang penyakit gastrik dan jangkitan dalam usus.