28 April 2014

Info 3 Minit Pa&Ma: Tersedak Susu

Assalamualaikum semua.. Isu kematian bayi disebabkan tersedak susu banyak diperkatakan sejak akhir2 ini.. Di sini ada beberapa info yang boleh digunakan bagi mengelakkan kejadian ini..




Info

* Selepas disusukan, baringkan bayi itu dengan kepala sedikit terangkat (45 darjah) untuk mengelakkan bayi itu muntah dalam tidur.

* Posisi tidur yang paling bagus adalah dalam keadaan mengiring. Jika bayi itu muntah, susu yang dimuntahkan boleh terus keluar dan tidak terkumpul di dalam mulut. Ini juga boleh membuatkan bayi tersedak di dalam tidur.




Sumber dari Youtube Pa & Ma

22 April 2014

Hari Bumi

Assalamualaikum semua.. Hari nih masa baca akhbar tetiba terpandang pasal Hari Bumi.. Korang tau ke yang hari nih merupakan Hari Bumi??? Meh baca sedikit artikel berkaitan dengannya..





Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April.

 

Sejarah Hari Bumi 22 April

Simbol Hari Bumi
Pada September 1969, dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington, Senator A.S. Gaylord Nelson mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar. Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara. Katanya, "Ia satu pertaruhan, tetapi ia berjaya." Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium. Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection Agency/US EPA.

Lima bulan sebelum Hari Bumi 22 April yang pertama, pada Ahad, 30 November 1969, The New York Times mengeluarkan rencana yang panjang oleh Gladwin Hill yang melaporkan peningkatan aktiviti mempertahankan alam sekitar. Perjuangan Gaylord Nelson bermula sekitar lebih dari 7 tahun sebelum Hari Bumi pertama diraikan.

Setiap tahun, Hari Bumi 22 April menandakan ulang tahun kelahiran bagi gerakan alam sekitar moden pada 1970. Pada tahun 1990, peringatan Hari Bumi mulai berkembang secara global. Sekitar 200 juta orang dari 141 negara di dunia tergerak untuk mengangkat isu Bumi dalam skala global.




Sumber dari Wikipedia Malaysia



21 April 2014

Info 3 Minit Pa &Ma: Demam

Assalamualaikum semua.. Banyak plak video dari Youtube yang dikongsikan di sini.. Apapun video2 yang dipaparkan mempunyai mesej yang tersendiri dan info yang bagus untuk kita..

Kali nih nak berkongsi video mengenai demam plak ye.. Anak2 biasa mengalami demam.. Di sini disertakan tips yang boleh dipraktikkan menurut kata doktor ye..





Info

# Pakaian yang terlalu tebal membuatkan suhu badan naik dan berisiko mendapat sawan demam

# Kipas angin / penghawa dingin sentiasa terpasang. Persekitaran yang panas akan membuatkan suhu badan naik

# Minum banyak air

# Mandi untuk menurunkan suhu badan




Sumber dari Pa & Ma

16 April 2014

Info 3 Minit Pa&Ma - Batuk & Selesema

Assalamualaikum semua.. Lama tak cari tips untuk penyakit bagi bayi dan kanak-kanak.. Tadi masa ushar Facebook, ternampak laa Youtube nih kat page Pa & Ma.. 
 
Tips yang berguna untuk para ibu bapa yang mempunyai anak yang baru lahir sehingga usia 6 tahun.. Bagi yang mengidap batuk dan selesema.. Meh dengar apa kata doktor ye..


 

Info

# Ubat batuk sirap tidak dibenarkan kepada kanak-kanak terutama yang berusia di bawah 2 tahun kerana ia mempunyai kesan sampingan yang boleh membahayakan kanak-kanak

# Elakkan membawa anak berumur 6 tahun ke bawah pergi ke tenpat-tempat terbuka yang terlalu ramai orang terutama kanak-kanak yang pramatang (contohnya pasaraya atau hypermarket)

# Bawa anak untuk mendapatkan suntikan imunisasi berjadual kerana ia mempunyai vaksin untuk mengelak jangkitan kuman dan virus..





Sumber dari Pa & Ma


14 April 2014

Kebahagiaan Sebenar


Assalamualaikum semua.. Alahai bertouching2 la plak di pagi hari Isnin nih.. Suka tengok video nih, suka duka, susah senang bersama.. Itulah nama happy marriage.. 

 

 Okey lah saja perkongsian di hari Isnin.. Semoga korang terhibur dengan video nih..


11 April 2014

Tiada Yang Sempurna Di Dunia

Assalamualaikum semua.. Salam Jumaat.. Maaf laa entry sebelum nih video nih tak kuar plak kan.. Ada kesilapan teknikal.. Makanya terpaksa upload balik.. Haiisshh saja la kan.. Hehehe..

Sedih bila tengok video nih.. Bukan semua kesempurnaan yang kita inginkan di dunia ini kita kecapi.. Dalam kekurangan ada kelebihan yang kita tak ketahui..

Banyak pengajaran dari video nih.. Sebagai ingatan buat kita semua..



 


Jadi hargailah insan yang berada sekitar kita.. Jangan nampak keburukan yang ada.. Cuba selami kebaikan yang ada dari dirinya.. Ingatlah bahawa semua insan di dunia ini tidak sempurna.. Yang sempurna hanya Allah sahaja..




07 April 2014

Tiada Yang Sempurna Di Dunia

Assalamualaikum semua.. Maaf lah video tak muncul tiba kan.. Ada kesilapan teknikal plak jadi.. Tengok dalam entry yang baru.. Maaf ye, mulanya tengok ada.. Ntah menghilang kat mana pun tak tau.. Hehehe..



04 April 2014

Hidup..

Assalamualaikum semua.. Selamat hari Jumaat.. Tak tau nak berkongsi apa sebenarnya.. Hanya ini yang dapat dikongsikan di hari Jumaat nih.. Kata-kata ini diambil dari facebook..