29 July 2011

Adab berdoa yang betul di sisi Islam


Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .

Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.






DOA SENJATA ORANG MUKMIN
BERIKUT ADALAH PANDUAN TATA CARA BERDOA IAITU:

1 ANGKAT TANGAN KE PARAS DADA

2 RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN
3 “APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA пе . TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH. SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA. HURUF BA DIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA ‘HAR HAYAAIL’. MALAIKAT INI AKAN MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN.
4 DUDUKLAH DALAM KEADAAN SOPAN SEPERTI DUDUK IFTIRASY DAN DUDUK TAHIYAT AKHIR. JIKA BERDIRI TEGAKKAN BADAN BETUL-BETUL DAN JANGAN MENYANDAR / BERSANDAR.
5 SEPANJANG BERDOA, BANYAKKAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH DAN MENYEBUT NAMA-NAMA ALLAH YANG LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPERLUAN DOA KITA PADA MASA ITU. CONTOHNYA JIKA BERDOA MOHON DIPERMUDAHKAN REZEKI, SEBUTLAH NAMA ALLAH AR-RAZAQ DAN DISUSULI JUGA DENGAN BERSELAWAT NABI SAW
6 BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DARI HATI. GUNALAH BAHASA YG DAPAT DIFAHAMI KERANA ALLAH MAHA PENGASIH DAN SANGAT MEMAHAMI DAN MENDENGAR SEGALA BICARA TULUS HAMBA-HAMBANYA
7 AJARKANLAH ADAB BERDOA KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA SEDARI USIA KECIL KERANA INSYA ALLAH IA AKAN DAPAT MEMBENTUK PERIBADI BAIK DALAM KEHIDUPAN.

WALLAHU’ALAM……..



Sumber dari http://ohislam.com dan dirujuk dari penulisan Ustaz Abdullah Mahmud, Blog Mat Suboh dan Blog Firdee untuk perkongsian ilmu kepada umum.


Tertarik nak masukkan artikel ni dalam blog selepas mendengar renungan pagi dari seorang sahabat .. Lagipun ia bagus untuk dikongsi sebagai panduan kita bersama..

28 July 2011

Puasa penawar penyakit


Kita akan berpuasa lagi beberapa hari saja lagi. Bermulanya puasa pasti pelbagai alasan yang diberikan oleh orang yang sukar untuk berpuasa. Sebenarnya puasa ini bagus sebagai penawar penyakit. Berikut merupakan perkara yang menjadikan puasa itu sebagai penawar penyakit.

Ada beberapa tip untuk panduan anda ketika berpuasa:

1 Minum air yang mencukupi
2 Banyakkan minum air masak atau suam
3 Kurangkan minum minuman berkafein dan jauhi tabiat merokok
4 Jangan terlalu gelojoh ketika makan (berbuka puasa)
5 Banyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran hijau
6 Jadikan buah-buahan seperti kurma, buah tin, prun dan limau sebagai hidangan ketika berbuka atau bersahur
7 Makan secukupnya untuk memberi ruang bernafas dengan selesa
8 Pengambilan vitamin B2, vitamin C dan multivimineral boleh membantu membekalkan zat atau vitamin yang mencukupi.


Cara berpuasa yang tidak berkesan:-

1 Makan terlalu banyak sama ada ketika waktu bersahur atau pun ketika berbuka
2 Terlalu banyak makan makanan manis seperti kuih muih dan sebagainya ketika berbuka
3 Memakan makanan yang pedas, berempah atau sukar untuk dihadamkan
4 Makan terlalu banyak daging haiwan terutamanya bagi mereka yang menghidap penyakit seperti batu karang, gout atau alahan
5 Mengulangi makan sepanjang malam selepas berbuka puasa
6 Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
7 Tidur selepas makan atau ketika perut kenyang
8 Minum terlalu banyak minuman manis, kopi atau teh

AWAS : Jika kita masih meneruskan amalan-amalan di atas, kita bukan sahaja kurang mendapat pahala puasa, tetapi juga kita akan berasa letih sepanjang berpuasa. Selain itu, kita juga mungkin akan mengalami berbagai masalah kesihatan akibat daripada tabiat buruk tersebut.


Ketahui gejala yang mungkin dialami ketika di awal puasa

1 Sakit kepala - ini berlaku kerana toksin yang berkumpul di dalam sel mengalir ke saluran darah sebelum ia dikeluarkan dari badan.
2 Lenguh-lenguh badan.
3 Lidah berdaki (berwarna putih) dan mulut berbau.
4 Air kencing pekat (kekuningan) dan berbau.
5 Cirit-birit.
6 Letih lesu - keadaan ini berlaku kerana badan kita tidak menggunakan tenaga yang tersimpan di dalam badan dan masih mengharapkan tenaga dari makanan yang dimakan dari luar. Maka, gula di dalam darah berada di tahap rendah dan badan terasa lemah longlai walaupun pada hakikatnya tenaga tersimpan dalam bentuk lemak mencukupi untuk beberapa bulan tanpa makan.



Sumber disunting dari majalah mingguan wanita

27 July 2011

Panduan Ibu Hamil Berpuasa


KEHAMILAN merupakan suatu perubahan fisiologi wanita yang berlaku untuk tempoh sembilan bulan dan disusuli dengan tempoh berpantang.

Kebetulan masuk bulan Ramadan, wanita yang hamil juga ada kalanya ingin menjalani ibadah tersebut.

Namun, terdapat beberapa aspek perlu difahami mengenai amalan berpuasa di kalangan wanita yang sedang hamil.

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Dr. Adilah Ahmad manusia normal juga ‘berpuasa’ pada setiap malam sewaktu tidur.

“Bezanya sewaktu tidur kita tidak melakukan aktiviti lain. Tidur malam secara purata iaitu lapan jam berterusan juga tanpa disedari menyebabkan kita berpuasa dalam tempoh tersebut.

“Penyesuaian pengambilan pemakanan yang mencukupi dalam tempoh terhad ini secara prinsipnya tidak mendatangkan masalah besar.

“Bagaimanapun, jika berpuasa dikhuatiri akan menjejaskan kehamilan, maka seseorang bolehlah untuk tidak berpuasa,” ujarnya.

Berkongsi panduan bagaimana ibu hamil yang ingin berpuasa, Dr. Adilah memberikan beberapa panduan berguna.

“Sebaik-baiknya sebelum ibu hamil mengambil keputusan untuk berpuasa, mereka perlu mendapatkan nasihat doktor masing-masing sama ada boleh berpuasa atau sebaliknya.

“Wanita yang mempunyai masalah seperti kencing manis kronik, darah tinggi, masalah ulser, sistem pencernaan dan sebagainya, mungkin dinasihatkan doktor agar tidak berpuasa,’’ katanya.


Selain itu, beliau menasihatkan ibu hamil mengambil makanan dan minuman yang mengandungi keperluan zat makanan yang diperlukan seeloknya dalam kuantiti mencukupi, sama seperti sewaktu beliau tidak berpuasa.

“Cara pengambilannya sahaja yang diubah kepada tempoh sewaktu berbuka puasa sehingga waktu bersahur sahaja.

“Ini sangat penting. Penambahan berat badan yang sepatutnya juga perlu dipastikan sekitar setengah kilogram setiap minggu apabila melepasi bulan keempat.

“Seterusnya, pastikan mengambil kalori (kcal) makanan yang sihat iaitu berjumlah sekitar 25 hingga 30 kcal bagi satu kilogram berat badan individu (secara purata di antara 1,800-2,000 kcal setiap hari).

“Keperluan zat makanan pula hendaklah seimbang mengikut piramid makanan yang disarankan dengan pengambilan karbohidrat sebanyak 50 peratus, protein 30 peratus dan lemak 10 hingga 20 peratus.

“Sama ada berpuasa atau tidak, pemakanan sihat sangat mempengaruhi perkembangan janin dan bayi yang bakal dilahirkan,’’ ujarnya.

Beliau turut memberitahu, ibu hamil memerlukan air yang mencukupi, sekurang-kurangnya dua liter setiap hari (bersaiz empat botol kecil air mineral atau lapan hingga 10 gelas) bagi membantu mengurangkan dehidrasi atau kekeringan,” katanya.

Tambahnya, elakkan membeli-belah atau berjalan-jalan terutamanya di tengah panas supaya kekal segar dan tidak berlaku dehidrasi.

“Sebaiknya ambil makanan tambahan seperti pil vitamin dan kalsium pada waktu malam dan bukannya sewaktu bersahur bagi mengurangkan kesan sampingan akibat ubat seperti loya dan pening kepala.

“Ibu hamil juga disyorkan melambatkan waktu bersahur kepada jam terakhir sebelum imsak serta tidak melambat-lambatkan berbuka apabila sampai waktunya bagi membantu mengurangkan tempoh berpuasa kepada hanya perlu sahaja,” katanya.

Menurut Dr. Adilah lagi, sesetengah ibu hamil yang berpuasa mengalami ketosis iaitu masalah yang berlaku dalam keadaan kelaparan yang lazimnya terjadi apabila berpuasa melebihi 16 jam terutamanya bagi wanita yang mempunyai penyakit kencing manis ataupun penyakit kurang zat makanan.

Situasi tersebut akan menghasilkan bahan ketone yang mungkin boleh memberi kesan negatif kepada wanita dan perkembangan janin dikandungnya.

Tambah Dr. Adilah lagi, wanita hamil juga perlu mengenalpasti isyarat tubuh sendiri.


“Jika ibu yang hamil sedar, mereka sememangnya tidak mengambil keperluan pemakanan yang mencukupi dan tidak bermaya, atau mengalami simptom-simptom hipoglisemia iaitu kekurangan gula dalam darah dan pening kepala, berpeluh-peluh dan sebagainya, mereka dinasihatkan berbuka puasa,” pesannya.


Perubahan kehamilan untuk menyesuaikan diri ketika berpuasa.

* Trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan).
Petanda-petanda morning sickness seperti tekak loya, pening kepala dan tidak berselera makan. Pilih makanan bersesuaian dan kurang mengambil makanan berminyak serta gandakan meminum banyak air.

Pengambilan pil asid folik pula pada sebelah malam dan bukannya sewaktu bersahur supaya kesan sampingan seperti berasa loya dan bau ketika sendawa.

* Trimester kedua (bulan ke-4, 5 dan 6 kehamilan)
Pada waktu ini morning sickness dijangka telahpun reda, namun berlaku penurunan tekanan darah dari paras biasa menyebabkan ada yang mudah pitam terutamanya jika berdiri untuk tempoh yang lama. Minum air yang mencukupi selepas berbuka puasa serta tidak berdiri lama dapat mengurangkan masalah ini.

* Trimester ketiga (bulan ke -7 hingga kelahiran)
Wanita lebih mudah penat apabila bergerak akibat saiz kandungan yang semakin besar. Banyakkan berehat dapat membantu.



26 July 2011

Pisah tempat tidur ada kebaikannya


Kamar tidur merupakan ruang paling peribadi buat suami isteri. Di sinilah tempatnya untuk mereka lebih intim. Namun selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga, ada kalanya ruang ini tidak lagi dilihat sebegitu malah ada yang membiarkannya sepi dan kosong.


Sebabnya masing-masing memilih untuk tidur di depan televisyen atau pun tidur bersama anak-anak terutama bagi pasangan yang punya ramai anak. Keadaan ini menyebabkan rutin tidur bersama sudah diabaikan. Ramai yang menganggap perkara ini harus dielakkan namun di sebaliknya keputusan pisah tidur juga punya kebaikan.

 1  Lebih selesa tidur
Malam dalah masa untuk berehat. Malah tidur yang mencukupi juga akan membuatkan seseorang terasa segar pada keesekan harinya. Walau pun berpisah tempat tidur akan terlihat sebagai "konflik" di kalangan suami isteri tetapi adakalanya pasangan memerlukan masa berehat yang cukup untuk diri sendiri. Berpisah tempat tidur juga adalah alasan terbaik bagi pasangan yang mungkin sebelum ini tidur berdengkur yang tentunya mendatangkan ketidakselesaan.

 2  Masa tidur yang berbeza
Mungkin suami suka tidur di tengah malam manakala isteri pula tidur awal kerana penat menguruskan anak-anak. Jadi kalau anda sudah berpisah tempat tidur, tidak timbul soal pukul berapa anda mahu tidur, tidak timbul pasangan berkecil hati kalau anda tidur awal kerana anda sudah mempunyai perjanjian perpisahan tempat tidur ini.

 3  Hubungan seks lebih bermakna
Nampak perkara ini seperti gurauan. Masakan sudah berpisah tempat tidur akan ada lagi hubungan seksual. Namun, tahukah anda, bila anda sudah berpisah tempat tidur, perasaan merindui pasangan akan mendalam. Terasa rindu untuk dibelai dan membelai. Oleh itu, sesekali bersama tentunya hubungan intim yang sesekali dilakukan itu lebih bermakna.

 4  Tiada gangguan
Disebabkan tiada sesiapa yang mengacau tidur, maka anda akan mendapat tidur yang sangat berkualiti. Tidur yang mencukupi akan membuatkan pasangan berasa sangat segar untuk memulakan hari barunya.


Jangan sesekali beranggapan, bila berpisah tempat tidur pasangan sudah tidak menyayangi anda sebaliknya ia akan menambahkan kasih sayang dan cinta anda kepadanya. Sesekali bila tubuh sudah segar, buatlah sesuatu kejutan agar pasangan berasa dirinya masih dihargai.


Tanggungjawab Suami


Seorang suami diamanahkan agar melayani isterinya dengan baik seperti menghormati isteri, tidak menghinanya dalam apa jua keadaan dan memberikan apa jua kebaikan untuk menjamin kehidupannya berjalan dengan sempurna.


Biarpun sering berlaku konflik dalam rumah tangga namun suami yang berperanan sebagai ketua rumah tangga harus mengambil sikap yang positif, bersabar dan mampu mengendalikan masalah yang wujud dengan cara yang sangat berhemah.


Isteri tidak dinafikan mempunyai banyak kerenah yang kadang kala menguji kesabaran suami. namun seorang suami yang baik serta beriman sewajarnya dapat bersabar dengan perlakuan isteri yang sedemikian. Dengan kesabaran itulah, suami akan memperoleh faedah-faedah yang besar dari Allah.


Ingatlah bahawa setiap kebaikan yang isteri lakukan adalah lambang sahsiah suami selain didikan duami yang sebenar-benarnya.



Sumber dari majalah mingguan wanita


Fakta ini ada kebenarannya.. Pisah tempat tidur ni bukanlah sesuatu yang buruk.. Malah terdapat kebaikan disebaliknya.. Ianya boleh dicuba untuk yang ingin melakukan sedikit perubahan atau yang mengalami sedikit perbalahan.. Mungkin ia boleh mendatangkan keputusan yang positif disebaliknya..

25 July 2011

Tips penjagaan rambut bagi yang bertudung


Percaya atau tidak, penjagaan rambut bagi wanita bertudung bukan terhad sekadar terhad kepada pemilihan syampu yang sempurna namun fabrik tudung kita juga memainkan peranan penting. Udara yang minima ketika bertudung juga mampu merosakkan rambut kita. Wanita yang bertudung perlu menjaga kesihatan rambut. Jika tidak ada penjagaan rambut akan berbau, kusam, sugul dan tidak bermaya. Walaupun kita bertudung, pastikan rambut kita sentiasa terjaga dengan mengamalkan beberapa tips berikut:

 
1 Pilihlah tudung dari jenis kain yang mudah menyerap peluh seperti fabrik dari kain kapas. fabrik yang mudah menyerap peluh akan memudahkan aliran udara dikepala anda.

2 Trend pemakaian tudung terkini menyaksikan gabungan beberapa lapis tudung bagi sekali pemakaian. Kita boleh menvariasikan gaya anda begitu namun ingat, jangan melebihi empat lapisan kain. Ini kerana semakin tebal tudung anda semakin sukar rambut anda bernafas.

3 Janganlah memakai anak tudung yang terlalu tebal atau berlapis-lapis kerana ini akan membuatkan rambut sukat untuk bernafas dan mudah lembab dan berbau.

 
4 Jika kita memakai tudung, sebaiknya potong rambut anda pendek dan biarkan ia lepas mengurai. Jika ingin mengikat rambut, janganlah terlalu ketat. Pilihan terbaik jangan simpan rambut anda melebihi 60sm.

5 Hindari pemilihan kain tudung berwarna gelap seperti hitam jika kita banyak menghabiskan masa di bawah sinar matahari. Warna hitam akan menyerap sinaran matahari lebih banyak dan ini kadangkala akan membuatkan anda tidak selesa, berasa pening dan kulit kepala akan mudah gatal.




Sumber dari http://www.iedaluvsham.com/


22 July 2011

Solat dan lima jenis manusia


SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: "Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya." (Surah al-Mukminun: 1,2)

Pada pertemuan kali ini, saya ingin mengajak siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.

Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.



* Jenis Pertama
Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua
Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.


* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.


* Jenis Keempat
Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima
Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, menjauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi'raj.




Sumber dari google

21 July 2011

Kanser


TANDA-TANDA AWAL KANSER

 1 Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
 2 Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.


 3 Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.


 4 Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.


 5 Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.


 6 Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.


 7 Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.


 8  Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.


 9 Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.


10 Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).


 11 Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.



 10 PENYEBAB UTAMA KANSER 
1   Makanan                                            
  Alkohol                                               
3   Sinaran cahaya matahari                         
4   Pengambilan ubat                                  
5   Perokok yang tidak aktif                        
6   Tembakau
7   Radiasi
  Pekerjaan
9   Pencemaran air dan udara
10 Keturunan


TEH DAN KANSER
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya.

Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk
menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan strok.



DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
1 Hindari makanan berlemak dan bergoreng
2 Hindari makanan ringan yang masam
3 Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
4 Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
5 Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil



Sumber dari google


20 July 2011

Kebaikan air


Kita sering dinasihatkan supaya minum banyak air, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Namun bagi sesetengah orang, nasihat ini sukar diikut dengan alasan mereka akan kerap mengulang ke tandas dan ini bukan perkara digemari.

Selain itu, ada juga yang berpendapat badan mereka menerima cukup bekalan air selepas dicampur kopi, teh, jus buah atau minuman berkarbonat yang diambil sepanjang hari.

Justeru, ramai beranggapan pengambilan air masak dirasakan tidak perlu sebanyak disarankan.

Secara purata, badan kita kehilangan hampir 2.5 liter air (lebih kurang 10 cawan) setiap hari melalui peluh, pernafasan dan pembuangan najis.

Pada masa sama, kita juga kehilangan bahan elektrolit (mineral) seperti sodium, potassium dan kalsium yang berfungsi menjaga keseimbangan cecair dalam badan.



Perlu Diganti Segera

Itu adalah kadar kehilangan air yang normal daripada setiap orang. Bagi individu yang aktif, kadar kehilangan air dan mineral lebih banyak yang perlu diganti segera bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi (masalah kekurangan air).

Hampir 60% daripada berat badan kita adalah berat air, jadi jika berlaku dehidrasi badan akan mengalami perubahan fisiologi yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan, tetapi masalah ini biasanya tidak kita sedari.

Masalah kekurangan air akan menyebabkan jumlah darah yang dipam ke seluruh badan juga berkurang. Akibatnya, jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk membekalkan darah yang mencukupi kepada semua organ dan keupayaan badan mengekalkan tekanan darah juga menurun.

Oleh kerana badan kekurangan air, kita tidak akan berpeluh dan haba tidak keluar dari badan seperti biasa. Dalam keadaan lebih serius, masalah ini akan menyebabkan suhu badan meningkat dan kita mungkin boleh demam.



Dahaga Bila Kurang Air

Mungkin anda berfikir, badan kurang air bila kita dahaga. Anggapan ini kurang tepat kerana dahaga bukan penunjuk tepat kepada masalah ini, terutama di kalangan kanak-kanak dan orang tua, kerana badan boleh mengadaptasi kepada keadaan kekurangan air sehinggalah masalah menjadi lebih serius.

Bukan semua kes dehidrasi akan menyebabkan komplikasi serius, tetapi kehilangan dua peratus berat badan boleh mempengaruhi prestasi, terutama di kalangan atlit, kehilangan tiga hingga lima peratus berat badan akibat dehidrasi menjejaskan penumpuan, tindak balas dan pertimbangan mereka.

Penunjuk terbaik adalah warna air kencing - sama ada kuning cair atau pekat.



Tanda dan Kesan Kekurangan Air

Antara tanda kekurangan air termasuk:

* Cepat letih, kanak-kanak jadi kurang aktif
* Terlalu dahaga
* Mulut kering
* Mengantuk
* Air kencing sedikit dan pekat
* Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis
* Lemah otot
* Sakit kepala dan pening


Pada keadaan lebih serius, individu terbabit mungkin mengalami masalah:

* Kurang berpeluh
* Mata cengkung
* Tekanan darah rendah
* Kulit menjadi kering dan tidak kenyal (bila ditekan, lambat kembali ke bentuk asal)
* Denyutan jantung menjadi cepat
* Demam
* Meracau
* Pengsan


Keadaan kekurangan air berterusan juga boleh mengundang bahaya yang tidak dijangka, seperti hipovolemik yang berlaku apabila jumlah darah yang dipam ke organ berkurangan dan mengakibatkan oksigen yang sampai ke organ dan tisu badan tidak mencukupi.

Jika tidak diatasi segera, hipovolemik boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa minit.

Malah, otak juga boleh menjadi bengkak. Biasanya air yang hilang dari badan mengandungi garam galian dan untuk menggantikannya, badan terpaksa menghasilkan bahan yang akan menarik balik air ke dalam sel.

Akibatnya, sel mungkin menyerap terlalu banyak air, menjadi bengkak dan pecah. Keadaan ini bertukar menjadi masalah serius apabila membabitkan sel-sel otak.

Sikap tidak suka minum air juga sebenarnya menyeksa organ penting badan, terutama buah pinggang, kerana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi menapis bahan-bahan toksik daripada air (tindak balas untuk mengurangkan kehilangan air dari badan).

Air juga mudah keluar daripada badan melalui cirit birit (kaedah paling cepat kehilangan air dan garam mineral, terutama di kalangan kanak-kanak), bersenam, berjogging, berbasikal atau sekadar berjalan.

Demam juga akan menyebabkan kita kehilangan air. Lagi panas suhu badan, lebih banyak air yang hilang. Masalah bertambah buruk jika anda muntah dan birit birit.



Minum Air Semasa Penerbangan

Selain itu, penerbangan yang lama ke satu-satu destinasi juga menyebabkan kita kehilangan air kerana udara dalam kapal terbang sangat kering, dengan kadar kelembapan kurang daripada 10 peratus. Keadaan bertambah buruk jika anda minum minuman beralkohol. Jadi, pastikan anda minum banyak air masak ketika penerbangan.

Bagi orang dewasa yang masih muda, masalah kekurangan air mungkin tidak mendatangkan banyak kesan sampingan, tetapi keadaannya berbeza bagi bayi, kanak-kanak dan orang tua, khususnya jika menghidap penyakit seperti kencing manis.

Justeru inilah juga, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga jika bayi atau anak kecil mengalami masalah muntah dan cirit birit. Pastikan air yang hilang dari badan diganti segera untuk mengelakkan kemungkinan yang tidak diingini kerana kehilangan air berlebihan boleh menyebabkan kematian.

Semakin kita berusia, kebolehan badan untuk mengekalkan kandungan air dalam badan menurun, deria mengesan dahaga juga menjadi kurang peka dan kemampuan badan bertindak balas dengan perubahan cuaca juga semakin rendah.

Malah, sesetengah orang tua yang tinggal di rumah penjagaan mahupun duduk sendirian selalunya makan sedikit dan terlupa untuk makan atau minum. Keadaan ini juga akan menyumbang kepada masalah dehidrasi yang semakin meruncing setiap hari jika tidak diperbaiki.

Jadi, sebelum berlaku kerosakan tidak diingini, mulakanlah amalan yang baik untuk diri anda. Caranya bukan susah, cuma minum air masak sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter sehari. Jadi, jangan bertangguh lagi melakukan ‘kebajikan’ untuk diri sendiri!



Sumber dari google


Air memang penting dalam kehidupan kita seharian.. Tanpanya kita tidak dapat hidup.. Oleh itu, sentiasalah meminum air putih untuk mengembalikan kekurangannya di dalam badan..



19 July 2011

8 Cara Menawan Hati Mertua


Ibu bapa mertua merupakan sebahagian daripada kehidupan suami kerana mereka yang membesarkan dan mendidik suami sehingga menjadi seperti sekarang ini. Sebagai menantu mungkin anda berhadapan dengan masalah untuk menyesuaikan diri dengan keluarga suami tetapi itulah yang perlu dilakukan agar hubungan yang bersatu terus terjalin.


Perkahwinan bahagia bukan seperti permainan bola sepak, ada kumpulan menang dan ada kumpulan yang kalah. Jangan keliru mendengar atau menerima tindak balas (respons) mereka. Mertua akan tertekan jika merasakan menantunya melakukan sesuatu tanpa mendengar terlebih dahulu.


Memang bukan mudah menjadi menantu terbaik kerana terpaksa memuaskan hati semua pihak termasuk diri sendiri. Memang tidak mudah berlaku adil kepada semua orang tetapi untuk memenangi hati wanita yang melahirkan suami anda ke dunia, kita perlu menyeimbangkan semua perkara. Membina sebuah jambatan yang roboh lebih sukar berbanding membina sebuah jambatan baharu. Ini merupakan pelaburan yang sangat berharga demi masa depan rumah tangga yang dibina atas dasar cinta dan kasih sayang.


 1  Bekerjasama dengan pasangan
Ini adalah kunci segala kebahagian dalam rumah tangga. Apa yang perlu anda terapkan sejak mula lagi apabila hidup berkeluarga adalah dalam apa-apa jua keadaan anda dan suami perlu bersatu. Jangan sekali-kali membuatkan suami berada dalam situasi tertekan atau terpaksa memilih sama ada anda atau keluarganya. Jika anda membuat suami terpaksa mengharungi keadaan ini anda bagai menjerut leher sendiri. Anda sepatutnya memahami ikatan kekeluargaan suami dengan keluarganya dan menyokong hubungan itu. Bukan memisahkan dan memporak-perandakan hubungan yang telah lama terjalin itu.


 2  Hadkan jarak
Jika mendidik anak-anak, anda telah menetapkan undang-undang seperti pulang sebelum pukul tujuh atau tidak boleh makan makanan ringan di rumah. Anda boleh berbincang dengan suami dan menetapka 'undang-undang' ketika bersama ibunya. Kemudian boleh menerapkan nilai-nilai tersebut sedikit demi sedikit dan akhirnya pasti keluarga mertua akan memahami dan setuju dengan tindakan anda. Tetapi, janganlah memberi nilai yang telah dirancang itu secara bertulis, nampak seperti tidak beradab.


Bercakap tentang had jangan sekali-kali berjanji jika anda sendiri tidak pasti dapat menunaikannya. Mungkin ibu dan bapa mertua mahu anda dan suami mengunjungi rumah mereka hampir saban minggu. Anda sendiri tentu mempunyai agenda untuk keluarga ketika hujung minggu. Waktu ini anda perlu memainkan peranan yang sangat penting untuk tidak berjanji boleh pulang ke rumah mereka setiap hujung minggu. Namun, jika anda telah berjanji jangan salahkan orang lain untuk menunaikannya.


 3  Komunikasi sehala
Dalam apa-apa juga situasi anda perlu elakkan komunikasi bersama keluarga mertua melalui orang ketiga. Jangan sekali-kali menyuruh suami anda memberitahu adiknya atau ibu mertua sendiri tentang sesuatu perkara yang dilakukan mereka yang menggoes hati dan perasaan anda. Anda perlu berbincang sendiri dengan mereka kerana apabila berhubung dengan pihak ketiga walaupun suami sendir, dikhuatiri akan menjadi lain.


Jika ada yang mengganggu anda dalam perhubungan dengan keluarga mertua nyatakan secara jujur. Anda perlu melakukan berhati-hati agar tidak melukakan pihak yang sebaliknya. Mungkin kadang-kadang sesuatu masalah itu tercipta kerana tersalah faham atau tidak memahami situasi yang anda lami  ketika itu.


 4  Kenali diri sendiri
Shakespeare telah mengucapkannya bertahun-tahun lalu dan nasihatnya masih teguh sehingga kini, "berusaha membuat diri anda menjadi orang yang mertua mahu". Sebagai contohnya ibu mertua sering berangan-angan mendapat menantu yang pandai membuat kek sedangkan anda seorang wanita bekerjaya yang mempunyai beratus-ratus pekerja bawahan. Sebagai menantu yang baik tidak salah anda menggaul gula dan juga mentega untuk memenuhi keinginan ibi mertua. Anda mungkin akan dipandang lebih tinggi kerana mampu melakukan kedua-duanya.


 5  Membuat keputusan dengan matang
Setiap ibu bapa akan menyayangi anak-anaknya sepenuh hati kerana sudah terpateri dalam 'kontraknya'. Tetapi, ibu dan bapa mertua anda tidak termasuk dalam kontrak ini. Anda perlu menerima hakikat bahawa ibu bapa mertua bukan ibu bapa kandung dan tidak mengikuti undang-undang yang sama. Cuba berikir perbezaan itu dan bukan perkara buruk. Bagi memastkan apa yang akan anda usahakan ini berjaya kunci utamanya ialah bertolak ansur.


Belajar melihat situasi daripada pandangan ibu dan bapa mertua. Walaupun anda tidak bersetuju dengan tindakan yang mereka ambil, cuba berfikir secara positif. Sebagai contohnya anda tidak suka makan ikan sungai tetapi apabila ibu mertua menghidangkan makanan tersebut janganlah tolak kerusi dan terus bangun memberontak tidak mahu makan. Apa salahnya anda mencuba makan ikan tersebut dan jika masih tidak boleh melakukannya, kuis-kuis sahaja dan makan hidangan lain. Ramai pasangan berubah tabiat makan apabila mencuba masakan ibu mertua.


 6  Menjadi orang baik
Walaupun anda sendiri berada dalam situasi sukar tetapi tiba-tiba keluarga mertua menambah masalah yang sedia ada. Seboleh mungkin lakukan dan suarakan yang baik-baik belaka. Jika anda tidak boleh berkata yang baik lebih baik berdiam dan berikan senyuman paling manis.


 7  Mempunyai sifat kelakar
Kadang-kadang sifat kelakar ini membantu anda menghadapi situasi sukar dalam hidup. Jika anda  rasakan sukar hidup dalam keluarga mertua cuba kumpul cerita-cerita kelakar yang mampu menghangatkan komunikasi anda bersama keluarga mertua. Kisah-kisah lawak ini dapat menyemarakkan lagi hubungan dan apabila anda tiada dalam satu-satu majlis keluarga pasti terasa kehilangan anda. Mereka mula merindui kehadiran anda dalam kelompok keluarga mereka.


 8  Belajar menerima
Bukan semua bapa mertua suka bermain dengan cucu dan bukan sema ibu mertua yang bermimpi membuat kek bersama-sama dengan cucu. Buangkan jauh-jauh fikiran yang stereotaip itu dan berfikir secara realistik situasi keluarga anda dan mertua. Belajarlah menerima dan merendah diri.




Sumber dari majalah midi


Hubungan dengan mertua memang perlu dijaga untuk kesejahteraan serta kebahagiaan hidup kita bekeluarga.. Jadi sama2lah kita mengambil sedikit tip disini untuk dipraktikkan terutamanya yang baru melangkah ke alam perkahwinan..

18 July 2011

Senaman ringkas wajah



Serlah personaliti, tingkatkan kesihatan

ADA orang bila dia marah, tetap tersenyum, cuma mungkin agak kelat dan ketat kerana tidak mahu keadaan menjadi semakin keruh. Sesetengah pihak pula, tanpa sebab dan alasan munasabah, tiba-tiba saja melontarkan kemanisan gerakan bibir mereka saat mata saling berpandangan sebagai tanda sapaan.

Menatap wajah yang sering terukir senyuman pastinya membuatkan hati gusar terasa tenang. Lirikan bibir juga mampu melembutkan hati hingga cair jadinya. Kecantikan wajah empunya diri juga dilihat semakin manis tatkala memperlihatkan barisan gigi hadapan tanpa mengambil kira ia tersusun rapi mahu pun sebaliknya, pastinya tetap indah.

Senyuman diibaratkan seakan kelopak bunga yang mula berkembang dan keindahannya tidak dapat diceritakan kerana ia bagaikan magnet.

Di samping memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cukup sekadar ikhlas untuk menjadikannya manis.

Keindahan senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

Kajian dilakukan sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan bahawa tekanan terbahagi kepada kepada dua kategori iaitu yang baik dan tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai tekanan positif manakala tekanan kurang elok akan menyebabkan tekanan kepada sistem ketahanan badan.

Kanak-kanak lebih banyak ketawa daripada orang dewasa. Si comel berumur antara empat hingga enam tahun ketawa kira-kira 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari bagi orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit atau mengalami masalah tekanan dan kemurungan dalam kehidupan harian.

Saintis mendapati senyum dan ketawa ibarat larian yang mampu merangsang seluruh sistem anggota tubuh sekali gus baik untuk mengembangkan saraf otak, termasuk hormon. Senyuman juga bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai berkaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak bagi mengurangkan kesakitan fizikal yang sering dirasai dewasa.

Kajian juga menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam menerima manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Lantas kedua-dua kadar ini menurun dengan lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

Sementara itu, pengkaji dan pengamal Barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan saja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

Kemanisan senyuman juga memberikan banyak manfaat kepada kesihatan antaranya ia mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian membuktikan tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semula jadi dalam badan turut akan bertambah selaras dengan pertambahan protein yang bertindak melawan penyakit. Selain itu, senyuman juga membuatkan kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 otot ketika mengerutkan dahi. Mungkin inilah jawapannya mengapa sesetengah individu kelihatan jauh lebih tua daripada usia sebenar mereka.

Ketawa atau senyum juga menjadi aktiviti senaman ringkas untuk wajah kerana hasilnya mampu mengurut organ dalaman tubuh, menguatkan otot, melancarkan sistem pernafasan seringan itu juga meningkatkan keupayaan minda dalam mengulang kaji pelajaran dan proses pembelajaran. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.



INFO

Mitos bentuk bibir


Bibir segar dan kemerahan

Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semula jadi didakwa mempunyai tubuh badan sihat sekali gus pandai menjaga kesihatan diri. Mereka dianggap ceria hinggakan ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat keaslian wanita. Dirinya suka disayangi dan mahukan kasih sayang sepenuhnya.



Bibir yang biru (pucat)

Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipercayai malah selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawal wanita ini.


Bibir yang tipis

Tipis bukan bererti nipis! Wanita memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka berbicara. Mereka gemar melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan daripada pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.



Bibir yang mungil

Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa dilakukan mereka. Mereka boleh menjadi ibu yang baik serta suri rumah bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.


Bibir yang tebal

Wanita ini dikatakan mempunyai nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas juga terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta mahupun seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan di tengah ramai. Wanita ini tidak suka sikap berpura-pura. Dia boleh menjaga rahsia dengan baik. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang, kata-kata yang dihamburkan mampu menyinggung perasaan. Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama dan wang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap boros.


Bibir sentiasa terbuka

Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajati dalam perhubungan. Wanita ini juga pandai merangsang pasangan dengan gaya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.



Sumber dipetik dari rahsiadiri.blogspot.com


Senyum merupakan senaman yang paling mudah untuk dilakukan berbanding senaman rengangan yang lain.. Manfaatnya pun banyak..


 

15 July 2011

Doa untuk anak nakal dan hyper


Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga. Ini memang tidak dapat dinafikan, selain usaha-usaha yang perlu kita ambil. Segala kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1 Amalkan membaca baca ‘Ya Latif’ sebanyak 7 kali dan dihembuskan ke kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2 Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif. Kita perlu pujuk bukan marah.


3 Baca al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5.


Terjemahan Surah Taha Ayat 1-5
1. Taa. Haa.
2. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Iaitu Allah Ar-Rahman, yang bersemayam di atas 'Arasy.

Bacaan untuk anak/suami yang degil tidak mahu solat
Baca doa ini 3x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak/suami sedang tidur nyenyak. InsyaAllah..


Kemudian baca doa NABI DAUD sebanyak 3 kali -
“YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA) SEBAGAIMANA ENGKAU  LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI” dan hembuskan pada makanan atau minumannya.

4 Untuk suri rumah yang sedang memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”


5 Ini diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini Insya-Allah adalah doa pelembut hati.



Sumber dari google


Kena cuba buat nih, bagi anak2 lebih mendengar kata.. Terutamanya kimie tuh.. Hai penat bercakap, susah betul nak dengar kata..

14 July 2011

Jantung Lebih Sihat Dengan Oat


PENYAKIT jantung adalah satu daripada pembunuh senyap yang paling utama di kalangan lelaki dan wanita, demikian menurut Pertubuhan Jantung Amerika.


Meskipun banyak faktor menyumbang kepada penyakit jantung seperti gaya hidup, pemakanan, alam persekitaran, tabiat dan lain-lain, usaha mengekalkan kesihatan jantung bukan sahaja tertakluk kepada pengamalan gaya hidup yang aktif.


Pemakanan yang sihat dan bijak dapat memainkan peranan penting dalam usaha mengamalkan gaya hidup yang menjamin kesihatan jantung.


Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari?


Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung.


Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik.


Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.


Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung.


Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat!
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar berkesan untuk menurun dan memperbaiki tahap kolesterol.


Untuk membuktikan hakikat ini, Quaker Oats, syarikat bijirin tertua di dunia telah melancarkan program Cabaran Jantung Sihat Quaker dengan syarikat penyiaran satelit terkenal ASTRO (2004) dan institusi kewangan Citibank (2005).


Kakitangan ASTRO dan Citibank telah dijemput menyertai cabaran ini dan mereka diberi sarapan 70g oat Quaker sehari selama satu bulan. Sarapan mereka disediakan dalam pelbagai cara dan gaya hidangan menggunakan emping oat Quaker sepanjang bulan.


Pada akhir bulan, ujian-ujian yang dijalankan menunjukkan bahawa mereka berjaya menurunkan kolesterol mereka antara 0.1mmol/L dan 3.5mmol/L.


Menjaga kesihatan jantung anda adalah semudah mengambil oat setiap hari. Sebagai contoh, Quaker Quick Cooking Oatmeal dan Quaker Instant Oatmeal bukan sahaja boleh dijadikan sajian makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan, malah ia juga memberikan banyak manfaat kesihatan. Kedua-dua produk ini boleh didapati di mana-mana pasar raya berhampiran.


Emping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus.


Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.
Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.


Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.


Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.


Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.


Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.


Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.


Oat kini menjadi kegemaran di kalangan chef pastri untuk mencipta roti, biskut, mufin dan kek yang paling lazat dan sihat! Quaker mempunyai beberapa resipi masakan tempatan terkenal yang menggunakan oat seperti Rendang Ayam Quaker dan Pegedil Quaker.


Ada yang menambah emping oat ke dalam sajian kari kerana ia menjadikan kuah kari lebih pekat dan lebih lazat!


Anda juga boleh menggunakan oat sebagai salutan ikan dan ayam goreng. Dengan cara ini, anda boleh memuaskan cita rasa dan mendapat manfaat kesihatan daripada oat!


Usaha menjaga kesihatan jantung patut dimulakan dari kecil. Ibu bapa patut menyemaikan tabiat makan oat di kalangan anak-anak mereka dengan menggalakkan sarapan emping oat dan menambah oat ke dalam masakan.


Kuasa oat tidak boleh diperkecil kerana ia memberi khasiat kebaikan dan kesihatan yang menakjubkan untuk anda dan keluarga anda. Sempena Hari Jantung Sedunia yang diperingati di seluruh dunia pada 24 September. Mulakan tabiat mengambil oat hari ini untuk menjamin jantung yang lebih sihat!



Sumber dari akhbar utusan malaysia


Oat ni klu kena gaya penyediaannya memang sedap.. Tapi klu silap penyediaannya, mesti jadi tak sedap untuk dijamah.. Apapun oat ni memang bagus untuk kesihatan.. Jadi jangan abaikan pengambilannya jika mahu jadikan jantung lebih sihat..

13 July 2011

Masalah Tumit Pecah



Masalah yang sering muncul pada kaki adalah tumit pecah. Ingatkah anda akan seseorang yang selalu berpenampilan rapi dan cantik dari hujung kepala sampai ujung mata kaki saja, kerana sayang... tumitnya memiliki peta-peta coklat dan pulau-pulau putih?

Heel Fissures atau tumit pecah disebabkan oleh kulit yang kering. Gejala ini bertambah buruk ketika kulit di sekeliling mahkota tumit memiliki Callus (penebalan kulit kering).

Callus adalah penumpukan kulit yang terbentuk akibat iritasi atau geselan, contohnya, pada ketika sepasang kasut berulang kali menggesel satu bahagian dari kaki anda. Callus ini biasanya memiliki pelbagai bentuk dan motif dengan ketebalan berbeza-beza. Callus yang menebal biasanya menimbulkan masalah kosmetik pada tumit anda. Fissures yang muncul di dalam callus bila dibiarkan, lama-kelamaan boleh menjadi jangkitan yang menyakitkan bahkan menjadi luka, sehingga boleh mengganggu aktiviti kita.

Sebahagian orang memang memiliki jenis kulit yang kering, sehingga kulit di bagian tumitnya lebih mudah mengalami pecah-pecah. Banyak faktor yang menyebabkan tumit pecah-pecah, diantaranya :
  • Berdiri terlalu lama, di atas lantai yang kasar dan keras.
  • Tanda penuaan
  • Cara seseorang berjalan iaitu cara berjalan yang menekan tumit.
  • Obesiti - lebihan berat badan, sehingga tekanan bertumpu pada tumit menyebabkan kaki melebar. Bila kulit pada kawasan tumit ini tidak lentur dan fleksibel maka kulit ini akan terpecah.
  • Memakai kasut yang terbuka di belakang kaki. Ia memberi ruang untuk kaki melebar. 
  • Pencemaran kimia
  • Keadaan kesihatan tertentu yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan pecah-pecah, contohnya: diabetes, underactive thyroid.
Kebanyakan tumit pecah-pecah hanyalah masalah kosmetik dan tidak berbahaya. Namun adakalanya dimana Fissures atau pecahannya sudah mendalam sehingga terasa menyakitkan dan sangat mengganggu penderitanya.


Dimulai dari kulit tumit yang kering, kulit-kulit pecah mudah timbul. Tumit pecah ini boleh dirasakan ketika kulit tangan menyentuh tumit yang pecah, atau ketika kulit yang pecah ini tersangkut pada bahagian katil anda, atau bahkan pada pelapik kaki anda. Seringkali kita akan mencabut kulit-kulit yang pecah ini. Namun ia bukannya dapat mengatasi masalah ini, malah tindakan ini dapat menambahkan lagi keadaan tumit yang pecah, kerana tumit yang pecah ini boleh bertambah dalam sehingga menjadi semakin menyakitkan.



Untuk mencegah tumit anda daripada pecah, cuba ikuti tips berikut :
  • Jangan mandi dengan air yang terlalu panas, kerana air panas boleh menyebabkan kulit kering.
  • Sapukan pelembab seperti Heel-Soft cracked heel cream sekurang-kurangnya sehari sekali untuk menghindari kulit kering.
  • Gunakan batu apung untuk menghilangkan kulit-kulit keras yang menumpuk pada tumit anda. Membuang kulit-kulit keras (mati) sebelum menjadi pecah dapat menjaga kesihatan tumit.
  • Untuk peminat kasut, usahakan untuk meminimakan memakai sandal. Dan sapukan pelembab ekstra seperti Heel-Soft cracked heel cream saat memakai sandal.
  • Bagi anda yang memiliki kaki rata (kaki itik), sebaiknya memakai alas kaki yang boleh memberikan sokongan pada bahagian tapak kaki.
Memang tumit pecah-pecah bukanlah masalah yang serius. Namun keadaan ini amat mengganggu keselesaan si penderita dan juga merosak keindahan kaki. Selalu lebih baik mencegah daripada mengubati. Oleh kerana itu, anda perlulah memberi perhatian apabila kulit kaki kelihatan mengeras, supaya tidak berlanjutan menjadi kulit pecah.


Ada banyak produk yang ada di pusat membeli belah dan farmasi untuk mengubati tumit pecah. Beberapa tanda boleh membantu. Menggunakan batu apung juga boleh membantu menghilangkan kulit tebal di sekitar tumit. Namun jangan sesekali membuang kulit tebal dengan menggunakan alat pencukur atau gunting kerana dapat menyebabkan jangkitan dan luka.


Akhirnya, seperti keadaan kesihatan yang lain, anda perlu merujuk masalah kesihatan anda kepada doktor. Apabila Fissures-nya sudah parah, atau tumit pecah ini amat mengganggu anda, ada baiknya anda berjumpa dengan doktor kaki (Podiatrist). Rawatan yang mungkin diberikan oleh doktor anda, antara lain :
  • Kulit-kulit keras yang menebal pada tumit anda akan dibuang.
  • Pemberian krim untuk tumit pecah-pecah seperti Heel-Soft cracked heel cream (cracked heel : tumit pecah)
  • Disarankan untuk menggunakan pelapik kaki setiap habis mengoleskan krim tumit.
  • Disarankan untuk menggunakan kasut yang lebih selesa.
  • Pemulihan perubatan bagi kaki anda berupa alas kasut yang mepunyai sokongan untuk tapak kaki, sehingga dapat memperbaiki cara berjalan yang akhirnya akan mengurangkan pembentukan kulit keras pada tumit.

Petua Menghilangkan Masalah Tumit Kaki Pecah

Pemakaian kasut yang terbuka dan selipar yang terlalu lama menyumbang kepada masalah tumit pecah. Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antarnya ialah:
  • Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
  • Ambil getah betik yang masih muda. sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
  • Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh.


Sumber daripada google dan majalah rapi


Tu la kekadang tumit kaki ni kerap jugak pecah.. Dulu rajin jugak guna sabun sintok limau keluaran asticare, jadi ok jugak tumit kaki nih.. Nak tengok la stok ada lagi ke tak sabun tu..

12 July 2011

Bahaya Panadol


JANGAN AMBIL PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN,

Ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya...

"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pangkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Mereka akan menggunakan alternatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.


Tips Rawatan Alternatif

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidakseimbangan elektron / ion di dalam sel oak.

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawa isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besen yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.



Panadol adalah sejenis 'painkiller', semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses bersalin melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang 'biasa' ini ke dalam mulut anda.



Sumber disunting dari http://www.omaQ.org


Dah ikut saranan agar jangan makan Panadol.. Dah lama tak makan Panadol, dari masa belajar di poli lagi selepas demam makin teruk selepas makan Panadol..