17 August 2011

Ramadhan hari ke-17



1 Doa Harian Ramadhan 17:

اَللَّهُمَّ اهْدِنِيْ فِيْهِ لِصَالِحِ الأَعْمَالِ وَ اقْضِ لِيْ فِيْهِ الْحَوَائِجَ وَ الآمَالَ يَا مَنْ لاَ يَحْتَاجُ إِلَى التَّفْسِيْرِ وَ السُّؤَالِ يَا عَالِمًا بِمَا فِيْ صُدُوْرِ الْعَالَمِيْنَ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ الطَّاهِرِيْنَ

 “Ya Allah! Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita-ku. Wahai Yang Maha Mengetahui keperluan, tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada di dalam hati seluruh isi alam. Sholawat atas Mohammad dan keluarganya yang suci…”

2 Hikmah Ramadhan 17:
“Ganjaran ibadah pada bulan ini akan dilipat-gandakan. Ada pendapat ulamak mengatakan solat sunat bersamaan solat wajib ganjaran pahalanya dan solat wajib pula bersamaan 80x ganjaran pahala solat wajib dibulan yang lain. Satu huruf al-Quran dibaca pula bersamaan khatam al-Quran sekali pahalanya hanya di bulan Ramadhan..”

3 Kesilapan Berpuasa 17:
“Terlalu banyak menonton televisyen dan aktiviti hiburan. Ini boleh menyebabkan umat Islam leka akan erti sebenar puasa itu sendiri dan hikmah Ramadan itu tidak dapat dihayati sepenuhnya…”

4 Hadis & Al-Quran 17:
“Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila salah seorang kamu lupa bahawa dia berpuasa, lalu ia makan atau pun minum maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan minum oleh Allah.” - Sahih Bukhari & Muslim

5 Diet Ramadhan 17:
“Ayam (dajaj) - Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur…”

6 Mutiara Kata 17:
“Peliharalah iman kamu dengan memperbanyakkan sedekah, bentenglah hartamu dengan mengeluarkan zakat dan tolaklah gelombang bencana bala dengan sentiasa berdoa kepada Allah” - Saidina Ali bin Abi Thalib



Sumber dari www.mohdzulhelmi.com (Kapt Ir Dr) dan www.solihinzubir.com


No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..