14 August 2011

Ramadhan hari ke-14



1 Doa Harian Ramadhan 14: 

اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِيْ فِيْهِ بِالْعَثَرَاتِ وَ أَقِلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْخَطَايَا وَ الْهَفَوَاتِ وَ لاَ تَجْعَلْنِيْ فِيْهِ غَرَضًا لِلْبَلايَا وَ الآفَاتِ بِعِزَّتِكَ يَا عِزَّ الْمُسْلِمِيْنَ

“Ya Allah! Janganlah Engkau hukum aku, kerana kekeliruan yang kulakukan. Dan ampunilah aku darikesalahan-kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala’ dan malapetaka dengan kemualian-MU, Wahai Kemulian kaum Muslimin…”

2 Hikmah Ramadhan 14:
“Berpuasa dapat memelihara diri dari terjatuh ke dalam lembah maksiat dan dosa…”

3 Kesilapan Berpuasa 14:
“Berdasarkan sejarah perayaan dalam Islam dan konsep sambutan yang bagaimana yang dituntut oleh Nabi Muhammad s.a.w., umat Islam harus berhati-hati agar tidak melakukan pembaziran dalam berbelanja termasuklah menyediakan juadah berbuka puasa kerana ia adalah perbuatan keji di sisi Allah s.w.t….”

4 Hadis & Al-Quran 14:
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya: “Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai sekarang ini sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka.” - Hadis Riwayat Muslim

5 Diet Ramadhan 14:
“Halia (Zanjabil) disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil”. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan…”

6 Mutiara Kata 14:
“Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat - Saidina Umar bin Al-Khatab’

 
Sumber dari www.mohdzulhelmi.com (Kapt Ir Dr) dan www.solihinzubir.com

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..