05 August 2011

Perkara asas puasa


Apakah erti berpuasa yang sebenarnya…? Ramai di antara kita yang masih lagi tidak tahu..Cuma apa yang saya harapkan: Bagi mereka yang terlupa, ingat-ingatkanlah. Bagi mereka yang tahu, sebarkanlah.

APA ITU PUASA
  • Puasa ialah menahan diri dari makan dan minum serta melakukan
    perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar
    sehingga terbenamnya matahari.

HUKUM PUASA
  • Hukum puasa terbahagi kepada tiga iaitu :
  • Wajib - Puasa pada bulan Ramadhan.
  • Sunat - Puasa pada hari-hari tertentu.
  • Haram - Puasa pada hari-hari yang dilarang berpuasa.

SYARAT WAJIB PUASA
  • Beragama Islam
  • Baligh (telah mencapai umur dewasa)
  • Berakal
  • Berupaya untuk mengerjakannya.
  • Sihat
  • Tidak musafir

RUKUN PUASA
  • Niat mengerjakan puasa pada tiap-tiap malam di bulan Ramadhan(puasa wajib) atau hari yang hendak berpuasa (puasa sunat).
  • Waktu berniat adalah mulai daripada terbenamnya matahari sehingga terbit fajar.
  • Meninggalkan sesuatu yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga masuk matahari.

SYARAT SAH PUASA
  • Beragama Islam
  • Berakal
  • Tidak dalam haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak) bagi kaum wanita
  • Hari yang sah berpuasa.

SUNAT BERPUASA
  • Bersahur walaupun sedikit makanan atau minuman
  • Melambatkan bersahur
  • Meninggalkan perkataan atau perbuatan keji
  • Segera berbuka setelah masuknya waktu berbuka
  • Mendahulukan berbuka daripada sembahyang Maghrib
  • Berbuka dengan buah tamar, jika tidak ada dengan air
  • Membaca doa berbuka puasa

PERKARA MAKRUH KETIKA BERPUASA
  • Selalu berkumur-kumur
  • Merasa makanan dengan lidah
  • Berbekam kecuali perlu
  • Mengulum sesuatu

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau mengeluarkan mani dengan sengaja
  • kedatangan haid atau nifas
  • Melahirkan anak atau keguguran
  • Gila walaupun sekejap
  • Mabuk ataupun pengsan sepanjang hari
  • Murtad atau keluar daripada agama Islam

PERKARA-PERKARA YANG DIBOLEHKAN KETIKA PUASA

  • Menyelam dalam air dan membasahkan kepala asalkan air tidak msuk ke dalam perut.
  • Bercelak dan menitiskan ubat kedalam mata
  • Mencium isteri bagi orang yang kuasa menahan nafsu syawatnya.Begitu
    juga dibolehkan memegang tangan dan memeluk isteri dalam bulan puasa
    asalkan dapat mengawal nafsu syawatnya.
  • Suntikan(Injection)dibolehkan dalam bulan puasa,Tetapi boleh juga
    orang yang disuntik itu tidak puasa sekiranya dia sakit dan wajib qada
    puasanya
  • Memasuki subuh dalan keadaan junub.
  • Perempuan yang sudah berhenti haid dan nifas pada malam hari di bulan puasa,boleh melambatkan mandi sehingga subuh.

HARI YANG DISUNATKAN BERPUASA
  • Hari Isnin dan Khamis
  • Hari putih (setiap 13, 14, dan 15 hari dalam bulan Islam)
  • Hari Arafah (9 Zulhijjah) bagi orang yang tidak mengerjakan haji
  • Enam hari dalam bulan Syawal

HARI YANG DIHARAMKAN BERPUASA
  • Hari raya Aidilfitri (1 Syawal)
  • Hari raya Aidiladha (10 Zulhijjah)
  • Hari syak (29 Syaaban)
  • Hari Tasrik (11, 12, dan 13 Zulhijjah)


Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda;

"Apabila Ramadhan telah datang maka dibukakan pintu rahmat, dikunci Neraka Jahanam dan dibelenggu semua syaitan." - Hadis Riwayat Muslim


Sumber dari www.mohdzulhelmi.com (Kapt Ir Dr)

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..

Post a Comment