12 August 2011

Ramadhan hari ke-12


1 Doa Harian Ramadhan 12: 

اَللَّهُمَّ زَيِّنِّيْ فِيْهِ بِالسِّتْرِ وَ الْعَفَافِ وَ اسْتُرْنِيْ فِيْهِ بِلِبَاسِ الْقُنُوْعِ وَ الْكَفَافِ وَ احْمِلْنِيْ فِيْهِ عَلَى الْعَدْلِ وَالإِنْصَافِ وَ آمِنِّيْ فِيْهِ مِنْ كُلِّ مَا أَخَافُ بِعِصْمَتِكَ يَا عِصْمَةَ الْخَائِفِيْنَ


“Ya Allah! Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian qana’ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diriku dari setiap yang aku takuti dengan penjagaan-MU, Wahai penjaga orang-orang yang takut…”

2 Hikmah Ramadhan 12:
“Berpuasa dapat menginsafkan diri sendiri dalam mengenangkan bahawa kita ini adalah hamba Allah yang lemah….”

3 Kesilapan Berpuasa 12:
“Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan walhal di penghujung Ramadhan itu sendiri terletaknya rahmat yang amat berharga bagi umat Muhammad SAW yakni malam lailatulqadar - malam yg lebih baik dari 1000 bulan..”

4 Hadis & Al-Quran 12:
“Barangsiapa bersembahyang Jemaah di waktu Isya’ maka seolah-olah dia berdiri bersembahyang setengah dari malam & barangsiapa solat subuh berjemaah maka seolah-olah dia bersembahyang sepanjang malam.” - Hadis Riwayat Muslim

5 Diet Ramadhan 12:
”Mentega (zubdah) khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil….”

6 Mutiara Kata 12:
“Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya” - Imam Syafi’


Sumber dari www.mohdzulhelmi.com (Kapt Ir Dr) dan www.solihinzubir.com



No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..