1. Doa Harian Ramadhan 16:
َللَّهُمَّ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِمُوَافَقَةِ الْأَبْرَارِ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مُرَافَقَةَ الْأَشْرَارِ وَ آوِنِيْ فِيْهِ بِرَحْمَتِكَ إِلَى (فِيْ ) دَارِ الْقَرَارِ بِإِلَهِيَّتِكَ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ
“Ya Allah! Berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku dari kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan rahmat-MU hingga sampai kepada alam akhirat.Demi ketuhanan-MU Wahai Tuhan seru sekalian alam…”
“Berpuasa dapat menyucikan diri dan dapat meninggikan tahap keikhlasan hati…”
“Melakukan pembaziran dalam berbelanja termasuklah menyediakan juadah berbuka puasa kerana ia adalah perbuatan keji di sisi Allah s.w.t…”
“Sesempurna-sempurna iman seorang mukmin adalah mereka yang paling bagus akhlaknya.” - Hadis Riwayat Muslim
“Barli (sya’ir) berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.”
“Hai anakku! Apabila perut penuh, nescaya tidurlah fikiran, bisulah ilmu hikmah dan duduklah (masalah) anggota tubuh daripada beribadah - Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya.”
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..