Memperoleh ketinggian dan bentuk badan seakan model merupakan salah satu daripada impian setiap wanita. Tetapi tidak semua wanita dilahirkan begitu, ada juga yang dilahirkan rendah, kecil molek, dan juga berisi. Tetapi, itu semua bukan penghalang kepada wanita untuk bergaya sekali gus menampakkan diri lebih kurus dan tinggi. Tip ini memberikan panduan untuk kelihatan lebih kurus, tinggi dan miliki wajah bujur sirih.
KURUS DAN LANGSING
1 Untuk anda yang ingin kelihatan kurus, faktor pemakaian memainkan peranan penting. Ini disebabkan setiap apa yang dipakai akan memberi impak kepada setiap susuk tubuh kita. Jadi, jika ingin kelihatan lebih kurus, pilih pakaian yang mempunyai warna senada. Contohnya, jika anda mengenakan baju berwarna biru, pastikan juga seluar yang dipakai dari golongan warna yang sama iaitu biru atau putih.
2 Selain, itu, anda perlu memilih baju yang tidak mempunyai banyak aksesori atau kancing. Ini kerana, aksesori tersebut akan menampakkan anda lebih sarat dan besar.
3 Pemilihan terhadap saiz baju juga penting. Jangan sesekali memilih baju yang terlalu kecil dan ketat ataupun terlalu besar. Lebih baik pilih baju dengan potongan leher yang berbentuk V.
4 Pilih bahan atau material yang sesuai di badan dan mata, misalnya linen dan cotton. Elakkan pula material yang lembut dan berkilat kerana anda akan kelihatan lebih besar.
5 Cuba anda elakkan daripada memakai pakaian yang mempunyai corak yang besar. Corak besar memberi ilusi gemuk dan lebih sesuai untuk mereka yang kurus dan tinggi.
6 Jika anda memilih untuk mengenakan pakaian bewarna cerah, sebaiknya biar tekstur dan potongannya membuatkan tubuh kelihatan lebih tinggi seperti rompi, jas dan kardigan yang ukurannya sehingga bawah pinggul. dan pastikan juga potongannya agak longgar. Untuk pakaian gabungan seperti jas, pilih jenis "single-breasted".
7 Gunakan motif garis "vertikal" dan "diagonal" yang tidak terlalu rapat untuk mengelak daripada kelihatan lebih lebar. Ini kerana, corak seperti ini akan membuatkan anda kelihatan lebih kurus.
8 Seluar juga ada peranannya, pilih jenis lurus dan tidak mempunyai poket atau corak yang banyak.
KELIHATAN TINGGI
- Untuk kelihatan tinggi, asasnya tidak terlalu berbeza dengan penggayaan untuk kelihatan kurus. Pemilihan warna pakaian juga sama iaitu senada bagi mengelakkan perbezaan warna antara baju dan seluar yang akan menyebabkan kelihatan jelas antara bahagian atas tubuh dan bahagian bawah tubuh.
- Pilih pakaian yang berwarna gelap kerana warna gelap dapat menyerap cahaya sehingga tubuh kelihatan tinggi. Warna gelap juga memberi ilusi langsing sekaligus menutupi kekurangan yang ada pada bentuk tubuh anda.
- Gunakan kasut yang bertumit tinggi seperti 'stilettos', 'wedges' dan sebagainya. Ini salah satu cara untuk menampakkan anda lebih tinggi.
- Aksesori pula perlu bermaterial yang kecil bukan lebar dan besar. Kerana, aksesori besar dan lebar akan membuatkan anda juga kelihatan lebar.
Wajah bujur sireh adalah antara bentuk wajah yang paling lengkap. Wajah berbentuk seperti ini juga menjadi dambaan setiap wanita yang ingin kelihatan cantik. Tetapi bagaiamana untuk mendapatkan raut wajah yang lengkap itu tanpa perlu melakukan sebarang perubahan?
1 Pertama, pemilihan jenis corak pada tudung atau selendang. Untuk menampakkan wajah yang lebih tirus dan bujur sireh, corak mestilah tidak terlalu besar. Jika tudung atau selendang yang mempunyai corak bunga, pastikan bunganya bersaiz sederhana. Ini kerana bagi mengelak daripada corak yang ada mempengaruhi saiz wajah anda. Lebih bulat atau besar corak tersebut, lebih lebarlah wajah anda akan kelihatan.
2 Kedua, jangan sesekali memilih untuk memakai tudung atau selendang yang mempunyai unsur corak bulat. Corak bulat akan kelihatan berserabut dan sekali gus membuatkan wajah anda tidak bujur.
3 Ketiga, pilih jenis tudung atau kain yang lebih ringan dan lembut warnanya. Warna yang lembut akan menimbulkan lagi bentuk wajah anda. Pastikan juga warna tersebut sekata dengan warna pakaian agar tidak kelihatan terlalu berbeza.
4 Keempat, warna terang juga boleh digunakan tetapi perlu bijak menggayakan tudung atau selendang tersebut. Tudung atau selendang yang dipakai perlulah bersifat tidak melekat pada muka yang akan menampakkan wajah anda bulat.
Sumber dari majalah dara.com
salam kenal...
ReplyDeletemakasih infonya bikin kami lebih cantik
oya kalau untuk melindungi kecantikan kaki apakah mrmbutuhkan kaos kaki muslimah
Wah artikelnya keren..
ReplyDeletecuma lebih keren lagi klo di tambah gambar agar lebih menarik, ..Sambil baca artikel ini, mau tanya untuk tempat kaos kaki muslimah yang memilika banyak piliha model terbaru dimana ya....
moga makin bagus lg artikelnya ...
salam kenal agan...
ReplyDeleteinfonya menarik dan membantu sekalai untuk nyelesaikan tugas..
dan kamu tunggu artikel berikutnya yang menarik dan bermanfaat..
seperti kaos kaki wanita yang bermanfaat sekali untuk melindungi kaki agar selalu cantik..
moga makin sukses ya..