05 May 2011

Keistimewaan Lada Hitam


Apa yang rempah ini lakukan untuk anda? Sama ada ia biji lada hitam, putih atau hijau, kesemuanya mampu melegakan demam selesema, membersihkan kulit dan juga membantu mencegah kanser.

1 Mencegah kanser
Dengan hanya sedikit biji lada hitam, putih atau hijau yang masuk ke tubuh anda, mampu membantu menangkis diri anda daripada diserang barah payu dara. Hasil kajian yang dilakukan oleh Universiti Michigan mendapati, terdapat sebatian kimia pada rempah ini yang dikenali sebagai piperine bertindak menghalang barah payu dara daripada membiak. Potensinya dalam mencegah barah lebih tinggi sekiranya ia digabungkan dengan kunyit. Hidangan tradisional masyarakat India seperti kari antara masakan yang mengandungi bahan tersebut.

2 Agen cucian
Adakah warna pakaian kegemaran anda sudah mulai pudar? Jangan risau! Menurut pengarang The Naturally Clean home, Karyn Segel-Maier, lada hitam, putih atau hijau merupakan agen terbaik untuk mengekalkan warna agar bertahan lebih lama. Tidak perlu menggunakannya dalam kuantiti yang banyak, hanya membuat percikan sebanyak satu camca teh lada bersama pencuci pakaian ke dalam mesin basuh, ia akan membantu mengelakkan warna baju daripada luntur dan pudar.

3 Penyental kulit
Dapatkan kulit yang lebih halus dan lembut dengan agen penyental kulit yang diperbuat daripada bahan yang anda tidak pernah fikirkan - lada hitam, putih atau hijau. Menurut  pengurus Bliss Spa, Wendy Allred, selain bertindak membuang sel-sel  kulit mati, ia turut merangsang peredaran oksigen di samping membekalkan nutrien pada permukaan kulit anda.

4 Bernafas dengan selesa
Sukar bernafas? rempah-rempah ini ada penyelesaiannya! Mengandungi bahan kimia semula jadi - dekongestan yang akan bertindak balas dengan mukus anda sehingga menghasilkan bahan pencair. Berdasarkan penjelasan daripada pengarang Guide The Good Doctor to Colds and Flu, yang juga profesor di Sekolah Perubatan Mt. Sinai, New York, Neil Schachter, bahan pencair tersebut akan terhasil pada hidung dan bertindak membersihkan kotoran keluar dari hidung anda. Dengan hanya menambah secubit serbuk lada sama ada hitam, putih atau hijau dalam semangkuk sup ketika demam akan membantu anda bernafas dengan mudah.


TIP MENGENAI WARNA
Sama ada hitam, putih atau hijau, ia terhasil daripada dahan yang sma. Jadi anda boleh menggunakan biji-biji lada ini silih berganti. Sungguhpun begitu, rasa bagi setiap biji-biji lada ini berbeza mengikut warna : lada hitam bersifat panas dan pedas, lada putih bersifat panas tetapi kurang aroma, manakala lada hijau pula mempunyai aroma yang lebih segar. Sesuaikannya dengan hidangan anda.


Sumber dari majalah iSIHAT


Banyak jugak khasiat lada nih.. Boleh cuba nih, mana nak tau berkesan..

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..