24 May 2011

Gaya Rambut


Gaya rambut selalu bertukar ganti. Dari jenis potongan hinggalah kepada jenis warna rambut. Tapi anda perlu ingat! Jika salah pilih warna dan gaya, maka buruklah padahnya. Ini kerana, bukan semua gaya dan warna sesuai dengan bentuk muka anda. Silap pilih, anda mungkin akan kelihatan berusia dari umur sebenar. Jadi gaya yang bagaimana yang membuatkan anda kelihatan awet muda?



Graduated Haircuts
Gaya rambut pendek dengan 'layer' dan potongan asimetris akan membuat wajah anda kelihatan lebih tirus. Setiap helaian rambut yang jatuh di bahu dan leher membuatkan anda kelihatan segar. Hurmmm.. Gaya ini kelihatan 'daring' dan bergaya. mungkin anda juga boleh mencuba potongan 'bob' tajam seperti Victoria Mulligan yang manis dan unik. Tapi jika anda memiliki wajah yang lebar, jangan sesekali mencuba potongan jenis ini. Wajah anda akan kelihatan lebih bulat dan buruk.



Middle Part
Klasik dan 'timeless' adalah dua perkataan yang boleh diungkapkan dengan gaya ini. Gaya ini juga sesuai untuk mereka yang memiliki rambut lurus dan ikal. Gaya ini juga sekaligus mampu menyembunyikan pipi berisi dan mengalihkan wajah bulat kepada tirus. Agar tidak menampakkan konservatif, sesekali sematkan sepit rambut di bahagian tepi rambut. Jangan biarkan ianya mengerbang. Sesekali buatlah rawatan agar rambut anda kelihatan sihat dan lembut sentiasa.



Long Hair With Fringe
Rambut panjang dan lurus mungkin dianggap stereotaip dalam dunia wanita. Namun, ramai wanita yang sukakan gaya ini. Ia kelihatan 'natural' dan lembut. Untuk tidak membosankan dengan gaya sebegini, tambahkan 'fringe' atau poni lurus di bahagian depan. Selain memberi kesan feminin, gaya ini juga terlihat naif, 'cute' dan 'stylish'. Anda wajib mencubanya jika gaya sebegini sesuai dengan imej anda.



Ponytail
Gaya ekor kuda seringkali digayakan dari zaman kanak-kanak hinggalah zaman anda meningkat dewasa. Mungkin gaya sebegini membuatkan anda teringat pada zaman sekolah anda. Bagi mereka yang inginkan wajah yang lebih tirus sesuai dengan gaya 'ponytail'. Ikatan 'ponytail' yang tinggi akan membuatkan wajah anda kelihatan 'natural'. Untuk tidak kelihatan terlalu santai, anda boleh gayakan ikatan ekor kuda yang 'classy' dan 'preppy' ala 1960-an dengan sedikit sasak pada bahagian tengah hingga belakang kepala.



Tip Agar Rambut Tumbuh Lebih Cepat

Seringkali anda berasa rambut seakan "mogok" dan tidak mahu tumbuh. Apa yang harus anda lakukan agar rambut tumbuh lebih cepat sehingga rambut menjadi lebih panjang.

Lancarkan aliran darah di kepala
  • Lakukan urutan pada kulit kepala anda dengan hujung-hujung jari setiap hari. Lakukan ketika rambut basah ataupun dalam keadaan kering. Lakukan pada bila-bila masa sahaja.
  • Sebelum tidur tundukkan kepala dan sikat rambut dengan lembut bermula dari akar hingga ke hujung rambut.
  • Lakukan senaman yang mengutamakan kekuatan jantung seperti aerobik dan joging. Kegiatan ini menggalakkan jantung untuk menghantar darah lebih cepat ke seluruh tubuh sehingga segala zat yang sampai ke bahagian akar rambut pun menjadi cepat.
Buangkan hujung rambut yang rosak
  • Hujung-hujung rambut yang rosak (kering ataupun pecah-pecah) akan cepat merebak ke batang rambut dan menyebabkan batang rambut turut rosak jika tidak dirawat. Akibatnya, secara keseluruhan rambut boleh menjadi lebih cepat rosak termasuk rambut baru yang tumbuh. Untuk mencegah hal tersebut, dapatkan rawatan rambut di salun setiap 8-10 minggu sekali, dan minta pendandan profesional untuk melakukan 'trimming' pada hujung-hujung rambut anda.
Biarkan kulit kepala bernafas
  • Rambut yang tertutup terus menerus akan membuatkan minyak dan kotoran bertempel pada akar rambut sehingga kulit tidak boleh bernafas. Agar pertumbuhan rambut berjalan dengan baik, pastikan rambut palsu dan tudung sentiasa bersih. Jika anda mudah berpeluh atau rambut anda berminyak, anda disarankan untuk membasuh rambut setiap hari dengan menggunakan syampu yang lembut dan sesuai dengan keadaan kulit kepala dan rambut.
Manjakan rambut anda
  • Rambut panjang adalah rambut yang tua dan cenderung rapuh, kerana itu, jaga dan belai ia dengan berhati-hati. Pilih syampu yang lembut dan mempunyai kandungan pelembap yang tinggi. Jika anda menggunakan pengering rambut, sapukan dahulu perapi dan serum setelah membasuhnya tanpa dibilas. Ia berguna untuk melindungi rambut dari suhu tinggi. Seminggu sekali gunakan masker rambut.

Petua Untuk Mencantikkan Rambut

Rambut adalah mahkota wanita. Biarpun ramai yang bertudung sekarang ini, kecantikkan dan kesihatan rambut jangan diabaikan. Amalkan petua tradisional ini agar rambut kekal cantik.
  • Ramas beberapa helai daun limau purut dan beberapa kuntum bunga raya dengan sedikit air.
  • Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
  • Biarkan beberapa minit dan bilas dengan bersih.
  • Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.


Sumber dari majalah rapi


Boleh cuba nih.. Nak tukar fesyen rambut plak.. Selalu nak tukar style rambut takut tak sesuai dengan muka..

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..