Kerja-kerja di pejabat yang tidak pernah habis, kadang-kadang bersambung pula di rumah. namun, kesibukan kerja yang tidak kesudahan pasti membuatkan rumah tunggang-langgang, apatah lagi 'kemesraan' anak-anak dengan barang-barang permainan mereka.
'Rumahku Syurgaku' Walaupun penat dengan kerja-kerja pejabat, semua ini akan hilang apabila anda berada di rumah. Dekorasi rumah yang cantik dengan warna-warna yang mendamaikan mampu memberi efek kebahagiaan pada anda sekeluarga.
Menurut Leslie harrington, penasihat warna di Old Greenwich mengatakan apa-apa warna yang diaplikasikan di dinding rumah anda dapat dijadikan alat untuk mempengaruhi emosi dan tingkah laku.
Sebab itulah, idea penggunaan warna dalam menciptakan rumah yang sihat adalah penting. Walaupun tidak dibuktikan secara ilmiah, anda boleh memilih warna-warna yang dominan. Jadi, bagi anda yang buntu untuk menarik mood, gunakan warna-warna ini untuk menceriakan hari anda.
Ruang Tamu
Warna Terbaik : Merah, Kuning, Jingga, Coklat & Krim
- Gerbang utama rumah yang digunakan untuk menyambut tetamu. Untuk menimbulkan rasa lebih nyaman dan tenang, pilihlah warna-warna yang mampu menarik tetamu atau keluarga untuk berbual-bual.
- Menurut Kate Smith, penasihat warna di Lorton, warna merah, kuning, jingga, coklat dan krim mampu mendorong orang untuk duduk dan berborak-borak. Malah warna-warna ini juga boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Dapur
Warna Terbaik : Merah, Kuning, Biru & Putih- Menghabiskan masa di dapur bersama ibu tercinta semasa kecil dapat mengembalikan kenangan kepada anda. Warna biru dan putih adalah pilihan warna yang terbaik untuk anda dan keluarga.
- Masih tidak tahu warna yang diinginkan. Cuba pilih warna merah atau kuning, sama seperti ruang tamu. Walau bagaimanapun, bagi anda yang sedang menjalani program diet perlu berhati-hati kerana warna ini boleh mendorong anda untuk mengunyah dengan lebih banyak. Sebab itulah, banyak restoran yang menggunakan warna merah sebagai dekorasi dinding mereka.
- Malah, menurut Leslie Harrington, jika anda sedang berdiet, buang warna merah dari dapur anda.
Warna Terbaik : Merah
- Jika anda elakkan ruang dapur daripada warna merah. Sebaliknya, ruang makan boleh dijadikan pilihan yang baik. Sentuhan warna merah pada ruang ini akan meningkatkan nafsu makan tetamu yang diundang.
- Menurut Leslie Harrington, mempunyai ruang makan yang berwarna merah akan membuatkan orang atau tetamu berfikir bahawa tuan rumah mempunyai kemahiran memasak.
Bilik Tidur
Warna Terbaik : Biru, Hijau & Warna-warna Lembut- Tempat untuk anda merehatkan badan dan melakukan keintiman bersama pasangan yang sah. Aplikasikan warna-warna yang lembut dan menyejukkan kerana ia membantu menciptakan kesan yang menenangkan.
- Sebaliknya, warna-warna yang gelap akan memberi kesan yang berlawanan. Contohnya, warna merah lebih cenderung untuk meningkatkan tekanan darah dan denyutan jantung.
Bilik Mandi
Warna Terbaik : Putih & Warna-warna Hangat
- Warna-warna ini sering dikaitkan dengan kebersihan. Fungsi bilik mandi bukan sahaja tempat untuk membersihkan badan tetapi tempat untuk relaks dan memanjakan diri.
- Kebanyakan anda akan merasa lebih nyaman dengan warna biru, hijau atau hijau laut kerana warna ini akan memberikan efek bersih, segar dan menenangkan.
Bilik Pejabat
Warna Terbaik : Hijau
- Warna ini boleh membangkitkan produktiviti kerja yang optimal. Sebab itulah, semakin cepat anda menyelesaikan kerja-kerja pejabat, semakin banyak waktu untuk anda menghabiskan masa bersama keluarga dan teman.
- Warna hijau adalah pilihan yang tepat kerana ia dapat meningkatkan tumpuan semasa bekerja.
Lebih Bertenaga Ketahui Rahsianya...
Kerja-kerja di pejabat selama 6-8 jam setiap hari menuntut anda untuk lebih produktif dan bertenaga. Kadang-kadang waktu rehat terpaksa disingkatkan, memikirkan kerja yang menimbun. Lebih menyedihkan, mungkin badan anda kehabisan tenaga sebelum waktunya. Secawan kopi sebagai teman, belum tentu dapat menghilangkan kepenatan dan rasa mengantuk. Jadi, cuba rahsia ini. Anda mungkin boleh lakukan dalam masa 10 minit sahaja.
'Bermain' Dengan Air
Anda tidak perlu bersusah payah mencari kolam renang semata-mata untuk menyegarkan badan. Jika anda ingin mengembalikan kesegaran pada kulit wajah, cukuplah dengan pergi ke tandas dan percikkan air sejuk ke muka ketika rasa mengantuk mula melanda.
'Berkawan' Dengan Matahari
Nikmati 'sarapan pagi' dengan berjemur di bawah matahari selama 10 minit. Keadaan ini akan membuatkan fikiran anda lebih segar. Panahan sinaran matahari secara langsung juga dapat membantu badan anda dalam memperolehi vitamin D dan serotonin (hormon yang berfungsi memperbaiki mood dan membuatkan tidur anda lebih nyenyak pada waktu malam).
Dekorasi Meja Kerja
Pening kepala memikirkan keadaan meja kerja yang berterabur dan berselerak. Cuba ambil masa 10 minit untuk menata rias meja kerja anda. Ubah dan atur barang-barang di atas meja seperti foto keluarga, buku, telefon dan komputer. Buang segala kertas dan benda yang tidak diperlukan. Cara ini bukan sahaja untuk menenangkan hati tetapi membantu anda agar dapat bekerja dengan lebih efektif.
Gunakan Tangga
Menurut Christine Gerbstadt dari American Dietetic Association, melakukan aktiviti seperti naik dan turun tangga selama 10 minit dapat membantu pengaliran darah yang baik.
Sumber dari majalah rapi
Dah beli rumah sendiri nanti, boleh la cuba cat warna2 yang dicadangkan nih.. Menarik jugak cadangan yang diberikan.. Ada juga menggunakan warna yang agak garang dan berani..
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..