11 May 2011
Mata Indah Mempesona
Mata merupakan bahagian wajah yang menjadi perhatian. Perasaan seseorang dapat dilihat dari tatapan matanya sehingga organ tubuh ini disebut sebagai jendela hati. Mata yang indah merupakan bahagian yang menjadi daya tarikan bagi penampilan seorang wanita, itulah sebabnya dalam merias wajah, merias mata umumnya memerlukan masa yang paling lama. tetapi, mata juga memiliki pelbagai masalah yang dapat membuat wajah tidak segar. Itulah sebabnya, anda perlu merawat jendela hati ini sebaik-baiknya.
Masalah pada mata
Penampilan mata anda perlu dijaga agar tetap menarik dan cantik. Mata dapat menyampaikan banyak hal, termasuk keperibadian anda. Kerana itu, analisalah masalah yang terjadi pada mata anda jika ia kelihatan kurang menarik. Beberapa masalah yang umumnya terjadi pada penampilan mata antara lain dijelaskan di bawah ini.
Lingkaran hitam
Salah satu penyebabnya ialah kerana faktor keturunan, sadangkan penyebab yang tidak dihindari adalah kerana usia. Seiring bertambahnya umur, lingkaran di sekeliling mata makin gelap.
Kurang tidur juga dapat menyebabkan timbulnya lingkaran hitam ini, atau pencemaran dan juga stres.
Kantung mata
Kantung mata sebenarnya cairan tubuh atau lemak yang tidak dapat dibuang dengan sempurna. Hal ini cukup mengganggu kerana ia membuatkan mata kelihatan bengkak.
Kerutan
Faktor utamanya ialah pertambahan usia yang mengakibatkan kurangnya kandungan kolagen dan mengurangi ketegangan kulit. Walaupun secara biologi umur seseorang itu masih muda, tetapi penuaan tetap terjadi kepada sesiapa sahaja. Penyebabnya ialah sinaran matahari yang berlebihan dan dehidrasi.
MATA INDAH
Setelah mengetahui beberapa masalah yang terjadi pada penampilan mata, maka bagaimana caranya agar mata anda tetap kelihatan menarik? Agar terhindar dari masalah-masalah penampilan mata tersebut dan menjaga mata tetap bersinar, anda boleh melakukan pelbagai perawatan untuk mata. Cara rawatannya mudah dan dapat dilakukan di rumah. Berikut adalah beberapa tips kecantikan untuk membuatkan mata kelihatan cantik.
Bersihkan mata dari kosmetik sebelum tidur
Kosmetik yang tidak dibersihkan akan menyebabkan sisa kosmetik ini menyumbat pori-pori. Untuk membersihkan bahagian mata, sebaiknya gunakan pembersih mata khusus untuk mata, kerana mata memiliki bahagian yang lebih sensitif berbanding bahagian wajah yang lain. Atau gunakan susu untuk membersihkannya. Setelah itu, sapukan krim mata yang akan membantu merawat mata pada malam hari.
Lindungi mata dari sinar matahari
Ketika melakukan aktiviti di siang hari di luar bangunan, pastikan anda menggunakan tabir suria atau gunakan eye gel untuk menyegarkan mata. Sebaiknya, gunakan kaca mata yang dapat melindungi dari sinar ultraviolet (UV) atau gunakan payung atau topi.
Minum air putih secukupnya
Meminum air putih dengan secukupnya dapat mencegah terjadinya dehidrasi yang dapat mencegah timbulnya kerutan pada mata.
Pengambilan buah dan sayuran
Kandungan mineral, vitamin pada buah merupakan nutrisi yang berguna untuk kecantikan mata, disamping juga bermanfaat untuk kulit dan kesihatan tubuh. Terutama, kandungan vitamin C pada buah atau sayur dapat membantu pembentukan kolagen yang menambah elastik mata.
Hindari dari mengosok mata
Apabila tangan yang kotor digunakan untuk mengosok mata, ia dapat menyebabkan iritasi pada mata.
Kompres mata
Kompres menggunakan potongan kentang atau mentimun selama 10 minit berguna untuk mengurangi lingkaran hitam. Untuk melancarkan peredaran darah pada mata, mata dapat dikompres menggunakan ketulan ais dan diusapkan di sekeliling mata. Sebagai antiseptik untuk mata, masukkan daun sirih di dalam air panas dan biarkan wap air mengenai mata anda.
Setelah melakukan rawatan mata, perhatikan juga kebiasaan anda seharian kerana kebiasaan buruk seseorang dapat mencetuskan penuaan awal. Antara lain, kebiasaan merokok, stres, kurang tidur, atau alergi pada kosmetik tertentu. Perhatikan juga tarikh luput kosmetik agar tidak mengalami iritasi.
Mata dapat menyampaikan sikap dan emosi kita. Mata boleh menunjukkan perasaan atau ketakutan. Bahkan mata dapat mencerminkan kehibaan hati atau perasaan kasih sayang. Kadang-kadang, mata dapat menyatakan keraguan atau kepedihan. Mata boleh berbicara. Oleh kerana itu, jadikan mata anda sebagai mata indah yang mempersona.
Sumber disunting dari http://kumpulan.info/cantik/tips-kecantikan
Mata memang penting untuk kita pelihara agar sentiasa sihat dan cantik.. Mata juga dapat mencerminkan perasaan kita juga..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..