27 May 2011

Fadhilat Puasa Sunat


Amal ibadat sunat yang paling utama dan besar ganjaran pahalanya ialah berpuasa sunat. Paling baik jika dapat diamalkan 30 hari iaitu sepanjang bulan Rejab, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.


PUASA SUNAT BULAN REJAB
Menurut maksud sebuah hadis rasulullah, sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Rejab, maka Allah menyeru kepadanya "Telah wajib hakmu ke atas-Ku, mintalah olehmu kepada-u. Demi ketinggian dan kebesaran-Ku, tidak akan Aku tolak hajtmu. Engkau adalah jiran-Ku di bawah Arasy-Ku. Engkau kekasih-Ku daripada semua makhluk-Ku. Engkau mulia disisi-Ku. Berbahagialah kamu, tiada hijab antara Aku dan engkau".


PUASA SUNAT BULAN SYAABAN
Bulan Syaaban juga merupakan bulan untuk beramal ibadah seperti puasa, solat-solat sunat, berzikir dan berdoa. Terdapat banyak hadia Rasulullah mengenai fadhilat dan kelebihan Syaaban bagi mereka yang berusaha memanfaatkannya dengan mengerjakan berbagai-bagai amal ibadah.

Puasa hari Isnin
Diriwayatkan oleh Abdullah r.a sabda Rasulullah yang bermaksud " Sesiapa yang berpuasa pada hari Isnin yang terakhir dalam bulan Syaaban akan diampunkan dosanya.

Puasa hari Khamis
Mereka yang berpuasa sunat pada hari Khamis pertama bulan Syaaban dan Khamis terakhir bulan Syaaban, akan dimasukkan ke dalam syurga.

Puasa tiga hari
Mereka yang berpuasa selama tiga hari dalam bulan Syaaban dan berselawat ke atas Nabi Muhammad sebelum berbuka puasa, akan diampunkan disanya dan diberkati rezekinya.


Puasa sehari
Mereka yang berpuasa sunat sehari dalam bulan Syaaban, akan diharamkan tubuhnya dari api neraka dan masuk syurga.


Puasa sebulan
Mereka yang menyempurnakan puasa sunat sebulan Syaaban maka akan dimudahkan Allah semasa sakaratul-maut, terlepas azab kubur, ditutupkan Allah aibnya pada hari kiamat dan diwajibkan baginya syurga.


PUASA ENAM BULAN SYAWAL
Selepas berpuasa (wajib) sebulan Ramadan, umat Islam sangat digalakkan berpuasa sunat enam hari dalam bulan Syawal. Harinya ialah selepas berhari raya Aidilfitri sekurang-kurangnya sehari; boleh dilakukan berturut-turut atau berselang-seli. Yang afdalnya dimulai dua hingga tujuh Syawal.


PUASA SUNAT BULAN ZULHIJJAH
Dalam bulan Zulhijjah, bukan sahaja umat Islam yang mengerjakan ibadah haji di tanah suci mendapat ganjaran pahala yang besar, malah ereka yang tidak pergi mengerjakan haji pun berpeluang mendapat ganjaran besar.

Ibadah puasa sunat pada hari Arafah (9 Zulhijjah) diberi ganjaran pahala yang besar iaitu menyamai puasa setahun, bagi mereka yang tidak pergi mengerjakan haji atau musafir.



Sumber dari majalah dara.com


Selalunya biasa mendengar puasa sunat bulan Rejab ngan Syawal jer.. Yang lain tak berapa tau sangat.. Info nih banyak membantu memberi lebih banyak maklumat mengenai puasa sunat.. InsyaAllah boleh diamalkan nanti sebagai memperbaiki diri serta menambahkan amalan sunat.. Lagipun jumaat depan dah masuk bulan Rejab, kot boleh la klu nak berpuasa sunat.. Apapun sebagai wanita yang telah berkahwin adalah dilarang untuk berpuasa sunat.. Sebagai wanita yang berkahwin, kita seharusnya meminta izin daripada suami untuk berpuasa sunat..

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..