04 March 2013

Kempen Pelabur Bijak Kebangsaan 2012-2013

Assalamualaikum semua.. Salam Isnin.. Just nak berkongsi hasil ke Seminar Pelabur Bijak 2012-2013 di Safira Club, Seberang Jaya.. Anjuran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SIDC).. Diaorang akan buat seminar ni lagi pada 15 Mac 2013 di tempat yang sama pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari.. Promote la plak.. Hehehe..

Info yang akan aku konhsikan ni sebagai peringatan bagi yang suka melabur di tempat-tempat yang ntah sah atau pun tidak.. Yelah, manusia ni kekadang cepat gelap mata bila akap keuntungan lebih hasil pelaburan yang dibuat.. Mungkin ada yang dah terkena dan mungkin yang tengah berkira-kira nak melabur..

Skim ini dikenali sebagai skim pelaburan tidak sah ataupun skim cepat kaya.. Meh kita tengok skit..




8 Panduan Mudah Mengenal Skim Penipuan

Sebagai pelabur, anda perlu sentiasa peka dan berhati-hati apabila ditawarkan sebarang pelaburan yang mempunyai ciri-ciri berikut:-

1 Jaminan Pulangan Yang Tinggi
Berhati-hati terhadap syarikat pelaburan yang menjanjikan keuntungan besar tanpa sebarang risiko.

2 Anda Perlu Mencari "Downline"
Berwaspada dengan syarikat-syarikat yang membayar anda untuk mencari "downline" dan bukannya untuk menjual produk atau perkhidmatan.

3 Peluang Pelaburan Untuk Masa Yang Terhad Sahaja
Jangan sesekali menyertai apa-apa peluang pelaburan dalam keadaan tergesa-gesa. Pastikan anda benar-benar faham mengenai produk peburan tersebut.

4 Tuntutan Hadiah Lumayan
Jangan melayan panggilan yang meminta anda mengirim wang ke negara asing agar anda boleh menuntut sebuah hadiah lumayan.

5 Panggilan Telefon Yang Tidak Diundang
Berhati-hati dengan panggilan telefon daripada jurujual atau syarikat luar pesisir yang tidak dikenali.

6 Untung Besar Tanpa Sebarang Risiko
Pastikan anda mendapat maklumat secukupnya. Kaji rekod prestasi syarikat terbabit dan baca dengan teliti prospektus dan laporan tahunannya.

7 Sukar Menemui Maklumat Syarikat
Selidik sama ada syarikat yang menawarkan skim pelaburan tersebut adalah sebuah syarikat yang sah. Jangan malu bertanya soalan berkaitan syarikat dan skim terbabit.

8 Syarikat Dagangan Asing
Pastikan anda melabur dengan syarikat yang dilesenkan / berdaftar dengan pihak berkuasa.


Tip Skim Pelaburan Tidak Sah - Jangan Kena Tipu!

T - Tidak akan rugi
Anda harus berasa curiga sekiranya sesuatu pelaburan mendakwa yang ianya tidak akan mendatangkan sebarang kerugian sama sekali. Ingat, setiap pelaburan mempunyai risikonya yang tersendiri.

I - Indah khabar dari rupa
Sekiranya anda dijanjikan keuntungan yang melampau dan tidak masuk akal, maka besar kemungkinan ianya adalah satu skim penipuan.

P - Peluang hanya sekali
Sekiranya sesuatu tawaran pelaburan itu hanya dipromosikan sekali sahaja, anda harus berwaspada kerana pelaburan yang sah ditawarkan untuk suatu jangka masa yang agak lama, bukannya sehari dua sahaja.

U - Untung besar
Kebiasaannya, skim-skim ini menawarkan untung besar kepada pelabur.


Jika sesuatu tawaran pelaburan itu mempunyai ciri-ciri T.I.P.U di atas, C.E.L.I.K lah:

C- Curiga
Jangan mudah percaya dengan janji-janji manis yang ditawarkan. Jika ia nampak sukar untuk dipercayai, kemungkinanbesar ia memang tidak boleh dipercayai.

E - Elak emosi
Ketika melabur, elakkan daripada bersikap emosi dan tamak. Ingat, selidiki terlebih dahulu sesuatu pelaburan itu sebelum menyerahkan wang anda. Meyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

L - Lesen
Setiap orang atau syarikat, perlu mempunyai lesen untuk menawarkan apa-apa skim pelaburan. Periksa dengan Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia untuk memastikan mereka mempunyai lesen yang sah.

I - Informasi
Informasi ialah kunci kepada pelaburan bijak. Dapatkan seberapa banyak maklumat mengenai sesuatu pelaburan sebelum menyerahkan wang anda. Jika anda berasa maklumat yang diberikan tidak mencukupi, jangan serahkan wang anda.

K - Kuat semangat
Jangan mudah terpedaya dengan teknik jualan atau tawaran hebat yang ditawarkan. Buat keputusan berdasarkan objektif kewangan dan tahap risiko anda. Jangan terburu-buru membuat keputusan pelaburan.


Ini merupakan sebahagian kecil dipetik dari hasil seminar yang dihadiri.. Untuk lain-lain maklumat boleh sertai seminar ini atau baca dalam brosur yang diberikan..

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..