Saban tahun tanggal 21 Mac tidak pernah dilupakan kepada insan yang dilahirkan sindrom down (SD) apabila seluruh dunia menyambut bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap golongan berkenaan.
Sempena Hari Sindrom Down Sedunia, sejauh mana kesedaran orang ramai terhadap
insan istimewa ini? Presiden Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), Wan Mohd Hanizan Wan Ramlan,
berkata di Malaysia, kefahaman masyarakat umum mengenai anak SD masih terlalu
rendah.
Atas faktor itu juga anak SD seperti dinafikan hak dari segi pendidikan dan menikmati kehidupan lebih baik.
“Anak SD dilabel sebagai individu lemah pembelajaran bagaimanapun mereka sebenarnya mampu belajar. Berbeza di negara maju mempunyai tenaga pengajar khusus untuk mendidik anak OKU, justeru, ia pasti boleh dipraktikkan di negara ini.
Atas kesedaran itu, PSDM menganjurkan kelas khas anak SD bermula peringkat bayi termasuk menyediakan terapi pekerjaan, pertuturan dan fisioterapi.
Selain itu, ramai anak SD ini dihina dan dipinggirkan dari masyarakat.. Pelbagai tanggapan negatif dilemparkan terhadap mereka.. Kehadiran mereka dipandang sepi oleh masyarakat kita.. Apapun mulai hari ini cubalah kita menerima insan yang bergelar sindrom down seadanya.. Kerana mereka juga makhluk ciptaan Allah.. Apapun mari mengenali ciri-ciri insan istimewa ini..Atas faktor itu juga anak SD seperti dinafikan hak dari segi pendidikan dan menikmati kehidupan lebih baik.
“Anak SD dilabel sebagai individu lemah pembelajaran bagaimanapun mereka sebenarnya mampu belajar. Berbeza di negara maju mempunyai tenaga pengajar khusus untuk mendidik anak OKU, justeru, ia pasti boleh dipraktikkan di negara ini.
Atas kesedaran itu, PSDM menganjurkan kelas khas anak SD bermula peringkat bayi termasuk menyediakan terapi pekerjaan, pertuturan dan fisioterapi.
Ciri-ciri SD:
- Kanak-kanak SD terbahagi kepada tiga kategori iaitu trisomi, translocation
dan mosaic.
- Mereka mempunyai wajah hampir serupa.
- Ciri fizikal termasuk mempunyai satu garis pada telapak tangan, mata
berbentuk badam, anggota lebih pendek dan otot lemah.
- Masalah sering dihadapi kanak-kanak SD ialah jantung berlubang, mudah
mendapat selesema, radang tenggorok, radang paru-paru, kurang pendengaran dan
penglihatan serta bermasalah pertuturan.
- Angka sebenar individu SD tidak diketahui kerana masih ramai belum mendaftar dengan JKM.
- Mengikut kadar kejadian (satu kes SD bagi setiap 800 kelahiran) atau dua peratus daripada jumlah penduduk, dianggarkan ada 50,000 individu SD di negara ini.
Sumber disunting dari akhbar berita harian..
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..