Menarik jer tengok resipi nih.. Ni resipi hasil terjahan dalam laman web majalah Pa & Ma.. Boleh try nih..
Pai ayam
Masa: 90 minit
Hidangan: 8 biji pai kecil
Bahan-bahannya:
Untuk doh:
- 150gm mentega
- 280gm tepung gandum halus
- 1 biji kuning telur (dipukul)
- Sedikit garam
- Sedikit gula
Untuk inti:
- 1 biji kentang (dipotong dadu)
- 100gm isi ayam (dipotong dadu)
- ½ biji bawang besar (ditumbuk halus)
- Minyak masak untuk menumis
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sedikit serbuk lada hitam
Untuk sapuan:
- 1 biji kuning telur
Cara membuatnya:
Untuk inti:
- Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau.
- Kemudian, masukkan isi ayam dan kacau.
- Selepas itu, masukkan pula kentang dan kacau lagi.
- Apabila kentang empuk, masukkan pula garam, gula dan serbuk lada hitam. Kacau sehingga kesemuanya mesra.
- Setelah semua bahan masak, padamkan api dan sejukkan sebentar.
Untuk doh:
- Mula-mula campurkan tepung dengan gula dan gaul sehingga rata.
- Kemudian, masukkan pula mentega, kuning telur, garam dan gula. Gaul kesemuanya dan uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat.
- Selepas itu, canai doh sehingga menjadi lebih kurang setebal 0.5sm.
- Potong doh mengikut saiz acuan pai (mangkuk pai aluminium) dan letakkannya ke dalam acuan.
- Kemaskan bahagian tepi doh.
- Letakkan pula inti pai dan tutup ataskan dengan sekeping lagi doh.
- Tekan bahagian tepi pai dengan garpu agar kedua-dua kepingan doh bercantum.
- Akhir sekali sapukan kuning telur pada permukaan atas pai dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak pada suhu 180°C.
- Sedia untuk dihidangkan.
Ayam panggang
Masa: 180 minit
Hidangan: Seisi keluarga
Bahan-bahannya:
- 1 ekor ayam (dibersihkan dan tidak perlu dipotong)
- Sedikit mentega
Untuk dikisar:
- 3 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 3 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar madu
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar herba campuran (mixed herb)
- 1 sudu kecil garam
Cara membuatnya:
- Kisar kesemua bahan sehingga hancur dan sebati.
- Selepas itu lumurkan pada bahagian luar dan dalam ayam.
- Perapkan selama sekurang-kurangnya 90 minit.
- Sebelum dipanggang atau dibakar dalam ketuhar, sapukan sedikit mentega pada keseluruhan ayam.
- Akhir sekali, panggang atau bakar sehingga masak.
- Sedia untuk dihidangkan.
Kek kukus buah-buahan
Masa: 5 jam
Hidangan: Seisi keluarga
Bahan-bahannya:
- 375gm buah-buahan kering
- 250 gm mentega
- 300gm tepung gandum
- 1 sudu kecil sodium bikarbonat
- 1 sudu kecil cream of tartar
- 3 biji telur ayam gred A
- 150gm gula kastor
Cara membuatnya:
- Didihkan air dalam periuk pengukus.
- Kemudian, sapukan mentega pada loyang berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci.
- Alaskan dasar loyang dengan kertas minyak. Sapukan juga mentega pada kertas minyak tersebut. Ketepikan.
- Masukkan tepung, cream of tartar dan sodium bikarbonat ke dalam bekas dan ayak.
- Kemudian, masukkan pula buah-buahan kering ke dalam tepung tersebut dan gaul rata. Ketepikan.
- Selepas itu, pukul mentega bersama gula kastor sehingga kembang.
- Masukkan telur satu persatu.
- Terus pukul adunan sehingga gebu.
- Masukkan pula campuran tepung dan buah-buahan kering tadi dan kacau sehingga bercampur rata kesemuanya.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutup dengan kerajang aluminium. Pastikan kerajang aluminium diikat kemas pada loyang dengan tali.
- Kukus selama 4 jam.
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..