Tidak ramai yang menggemari rasa masam buah lemon bukan? Tetapi tahukah anda di sebalik rasanya yang masam dan kelat, jus yang terkandung di dalamnya mengandungi pelbagai khasiat yang dapat memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan kita selain dijadikan sebagai penambah perasa dalam makanan serta minuman. Antara khasiat yang terdapat di dalam buah sitrus ini adalah, ianya kaya dengan kandungan vitamin C, vitamin B, protein, karbohidrat, magnesium, asid sitrik dan fosforus bagi membantu sistem imunisasi tubuh badan manusia. Penyebab utama kenapa jus lemon ini sering digunakan dalam membantu proses merawat dan menyembuhkan pelbagai penyakit adalah kerana jus lemon mengandungi Flavonoid ataupun dikenali sebagai vitamin P yang berfungsi sebagai antioksida. Manfaat yang terdapat di dalam jus lemon ini boleh dibahagikan kepada dua, iautu manfaat untuk kesihatan dalaman dan manfaat untuk kesihatan luaran.
Kandungan vitamin C yang tinggu di dalam jus lemon sangat baik bagi melawan jangkitan virus atau kuman yang menyebabkan selesema dan demam. Kenyataan daripada laman web "Health Learning Info" jus lemon dapat melegakan simtom-simtom penyakit seperti asma, sakit tekak dan juga tonsil. Selain itu, jus lemon juga boleh bertindak sebagai tonik hati serta dapat menyumbangkan ke arah sistem penghadaman yang lebih baik dan sihat. Kelebihan apabila kita mempunyai sistem penghadaman yang baik adalah ianya dapat membantu dalam proses mengurangkan berat badan. Dengan bantuan jus lemon juga, seseorang yang mengalami masalah jangkitan pada saluran kencing dan masalah asid perut dapat diselesaikan kerana jus lemon ini berkeupayaan untuk menyingkirkan toksin serta bakteria yang merbahaya keluar dari tubuh badan. Minum minuman campuran perahan jus lemon dan kopi dapat melegakan sakt kepala serta mengubati penyakit malaria. Menarik bukan fakta ini!
Kesihatan luaran
Selain dari kesihatan dalaman, jus lemon juga dapat membantu bagi memelihara kesihatan luaran manusia. Jika anda mengalami masalah pendarahan pada hidung atau gusi, anda boleh merawatnya dengan hanya merendamkan kapas ke dalam jus perahan lemon dan kemudian tekapkan kapas tersebut pada kawasan yang mengalami pendarahan. Jus lemon juga boleh digunakan sebagai rawatan bagi masalah bibir berdarah, melegakan kulit muka yang terbakar (sunburn) disebabkan oleh terdedah kepada pancaran matahari yang terik, masalah ketuat di tangan dan kaki serta membantu dalam memudarkan parut di muka dan tubuh badan.
Kegunaan lain
Menurut Info di dalam laman web "Organic Facts" , potassium yang terdapat di dalam jus lemon dapay membantu dalam mengawal tekanan darah tinggi dan masalah penyakit jantung. Selain itu, jus lemon juga boleh digunakan sebagai bahan aromaterapi bagi menenangkan minda dan tubuh badan manusia serta dapat mencegah dari menghidapai masalah mental seperti tekanan perasaan dan kemurungan.
Jika anda mengalami masalah pening atau loya jangan bimbang, dengan meminum jus lemon dapat membantu bagi menstabilkan dan membekalkan kembali tenaga anda.
Antara rawatan lain yang menggunakan manfaat jus lemon adalah merangkumi masalah kencing manis, sembelit, kelemumur dan juga rambut gugur. Disebabkan oleh banyaknya kebaikan dan khasiat semulajadi yang terkandung di dalam jus lemon, ianya sering digunakan dalam penghasilan produk-produk kosmetik anti penuaan kerana ianya boleh bertindak sebagai bahan untuk menghilangkan kedutan di wajah. Selain itu, ianya amat berguna dalam memerangi masalah jerawat dan juga bintik-bintik hitam.
Tips
* Minum air suam bersama perahan jus lemon setiap pagi dapat menyumbang kepada sistem penghadaman yang lebih baik.
* Rendamkan tuala di dalam air suam bersama perahan jus lemon selama beberapa minit. Kemudian lapkan di muka dan seluruh tubuh badan untuk mendapatkan kulit yang harum, sihat serta bebas dari jerawat dan bintik hitam.
* Urut dua sudu perahan jus lemon di kawasan rambut yang berkelemumur dan bilas dengan air bersih. Kemudian kacau satu sudu jus lemon dalam satu cawan air dan bilas sekali lagi pada rambut. Ulang setiap hari sehingga kelemumur beransur hilang.
* Titiskan beberapa titisan perahan jus lemon ke dalam mulut. Kemudian berkumur-kumur untuk mendapatkan kesegaran nafas dan menghilangkan bau mulut yang tidak menyenangkan.
Kesimpulannya, untuk mencegah atau merawat sesuatu penyakit kita tidak semestinya perlu mengeluarkan belanja yang besar. Gunakan manfaat bahan-bahan semulajadi yang terdapat disekeliling kita seperti jus lemon ini. Semoga info dan tips ini dapat membantu anda menjadi lebih sihat dan cantik secara semulajadi.
Pautan
*EmeBeauty - Produk Kecantikan & Pelangsingan
*101Tips Hebat - Mencegah Sakit Kepala
*Formula Diet Extreme - Kurangkan Berat Badan Anda Sekarang!
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..