Bibir terluka
Bahan yang kita perlukan : Jeli Petroleum dan Madu
Bagaimana bahan tersebut boleh merawat?
Berdasarkan Friedman, MD, Dermatologi dan Profesor Madya di Dermatology at Montefiore Medical Center and Albert Einstein College of Medicine, 'Madu
mempunyai sifat anti-bakteria dan mempunyai zat memulihkan luka. Apabila ia di gabungkan dengan jeli petroleum, ia membantu luka tersebut untuk sembuh dengan cepat dan melegakan sakit.
Cara Merawat
Basahkan bibir dengan air suam. Kemudian sapukan madu di bibir anda. Biarkan madu itu kering. Akhir sekali, sapukan jeli petroleum diatasnya. Biarkan keadaan tersebut berlangsung selama 10-15 minit. Selepas 15 minit, anda bersihkan bibir anda dengan menggunakan batang kapas yang di rendam dengan air suam. Amalkan cara ini sekali sehari sehingga luka anda sembuh.
Rasa seperti hendak demam, selsema dan batuk
Bahan yang kita perlukan : Garam
Bagaimana bahan tersebut boleh merawat?
'Air larutan garam boleh membersihkan radang pada saluran pernafasan dan membuang mukus atau cecair yang menyebabkan alergik dan jangkitan bakteria',Moshe Lewis, MD, pakar perubatan di San Frascisco. Selain itu, ada kajian menunjukkan minum air larutan garam tiga kali sehari boleh mengurangkan jangkitan kuman pada salur pernafasan sebanyak 40%.
Cara merawat
Ambil segelas air dan masukkan setengah sudu kecil garam. Minum sebanyak tiga kali sehari.
Kekejangan perut
Bahan yang kita perlukan : Teh Chamomile
Bagaimana bahan tersebut boleh merawat?
Jessica Shepherd, MD, Professor Madya OB-GYN and Women Health di University of Illinois di Chicago berkata, 'Chamomile mengandungi glycine, bahan kimia yang mengurangkan kontraksi pada usus dan melegakan otot yang sedang alami kekejangan'.
Cara merawat
Minum secawan teh chamomile sehari sekali terutama apabila anda rasa kekejangan pada bahagian perut.
Masalah mulut berbau
Bahan yang kita perlukan : Daun Parsli
Bagaimana bahan tersebut boleh merawat?
Menurut Jennifer Wider, MD, Pakar Kesihatan Wanita, 'Daun parsli mengandungi klorofil di man ia menghapuskan punca kepada bau mulut'.
Cara merawat
Kunyah daun parsli selama seminit sehingga dua minit apabila mulut anda berbau.
Sumber dari http://media.cun.my/khasiat-petroleum-jelly/
Rujukan : OB-GYN and Women's Health di Universiti of Illinios, Chicago.
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..