1 Selalu menunda-nunda pekerjaan walaupun pekerjaan itu merupakan pekerjaan mudah.
2 Tidak berani menerima rintangan.
3 Selalu menolak jika diberikan tugas, walaupun tugas tersebut hanya tugas yang ringan.
4 Selalu membayangkan kegagalan sebelum mencuba sesuatu.
5 Hari-harinya kelihatan murung, tidak bersemangat, lesu dan tidak bermaya kerana yang difikirkannya selalu kegagalan.
6 Prestasi yang dicapai biasa-biasa saja, bahkan dalam persaingan apa jua pun selalunya kecundang.
7 Tidak mempunyai kreativiti, sikap suka menunggu suruhan atau arahan. Jika tidak diarah ia tidak akan memulakan atau melakukannya.
8 Sukar untuk dibawa berunding dan kerjasama, kerana dalam bekerja selalu sangat berkira. Ia akan merasa rugi jika pekerjaannya lebih banyak dari orang lain. Ia akan merasa beruntung jika yang dikerjakan lebih sedikit dari orang lain.
9 Mudah menyerah kalah, tidak mempunyai semangat untuk maju.
Carilah orang-orang yang berfikiran positif dan bercita-cita untuk maju, aura di sekeliling anda akan mempengaruhi kemampuan meraih keinginan yang anda cita-citakan. Bagaimana jika anda dikelilingi oleh orang-orang yang berfikiran sempit? Tentunya aura anda akan menjadi kerdil.
Sumber dari facebook
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..