Assalamualaikum semua.. Entry kali ni saya tujukan buat kawan-kawan yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat.. Tersentuh hati saya bila mendengarkan ada dikalangan rakan sekerja dan sahabat-sahabat yang masih belum dikurniakan zuriat biarpun telah bertahun-tahun melayari bahtera alam perkahwinan.. Ada yang tersentuh hati bila diajukan soalan bila nak mengandung??? Sehinggakan ada yang mengambil anak angkat dengan harapan memudahkan mengandung.. Ada yang sanggup membuat pelbagai cara untuk mendapatkan zuriat tak kira dari perubatan moden atau tradisional.. Apapun hal ini bukanlah dibawah kuasa kita untuk menentukan bila nak mengandung dan sebagainya.. Tapi kita sebagai umatNya, masih boleh berdoa dan berusaha.. Di bawah ini disertakan doa untuk mendapatkan anak.. Semoga dengan amalan yang dibuat, dapat memakbulkan doa anda semua.. InsyaAllah.. Amin..
❤Doa Untuk Mendapatkan Anak❤
Maksudnya : Ya Tuhanku, janganlah biarkan aku keseorangan dan Engkaulah sebaik-baik yang mewarisi
❤Selain tu, AMALAN-AMALAN lain yang boleh di amalkan❤:
Amalan pertama. (Selepas Fajar ataupun Solat Subuh)
●Baca Bismillah 1 kali
●Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
●Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
●Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
●Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
◕Amalan kedua.
●Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
●Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari
●Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
●Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.
رَبِّيْ لاَ تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُالْوَارِثِيْنَ

Sumber disunting dari ♥ Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim♥
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..