13 March 2013

Jerawat




Ramai yang mengalami masalah jerawat ini, terutamanya pelajar perempuan..Kenapa ada jerawat di bahagian tertentu?  Mungkin kita juga tertanya-tanya kenapa jerawat ni tumbuh di sini, di sana.. Dan mungkin masih ramai yang tidak tahu mengapa dan kenapa terjadinya hal sebegitu.. Aku pun baru jer dapat info nih.. Meh kita kongsi sama-sama info yang aku dapat nih..

DAHI
Jerawat di dahi disebabkan haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan anda mungkin terlampau letih. Amalkan tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang mencukupi dan minum air banyak.

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang anda mungkin bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal. Di aslah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi.

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endoktrin (rembesan dalaman) lemah. kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan ikuti piramid pemakanan bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.



Sumber dari http://zikriwellness.blogspot.com dan http://busuk.org/ping/view/176507

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..