01 June 2011
Tip Mudah Membakar Lemak
Selain daripada aktiviti fizikal, ada cara mudah untuk anda membakar kalori dalam badan dalam masa 60 minit sahaja. Tidak percaya? Cuba anda lakukan:
1 Tambahkan jus buah dengan air putih. Ia membantu membakar 85 kalori per gelas. Jika dikira dalam setahun, sebanyak 2.5kg berat badan dapat dikurangkan.
2 Minum segelas teh hijau sebelum latihan berjalan kaki. Ini kerana kafein yang ada dalam teh akan membakar lemak badan dengan lebih cepat. Awas! Bagi anda yang mempunyai tekanan darah tinggi, jangan amalkan tip ini.
3 Bawa bekal dari rumah. Penelitian membuktikan seseorang yang membeli makanan dari luar rumah akan mengalami lebihan 300 kalori per hari. Dengan mengamalkan masakan sihat dari rumah, pengambilan garam, lemak, karbohidrat dapat dikurangkan.
4 Bagi anda yang suka sarapan dengan roti, cuba gantikan mentega dengan minyak zaitun. Menurut penelitian, pengambilan minyak zaitun untuk sapuan roti boleh mengurangkan 52 kalori.
5 Buat pemeriksaan darah secara rutin. Jika tidak dilakukan pemeriksaan darah secara rutin, ia boleh memberi pelbagai gangguan dalam badan.
6 Banyakkan pengambilan ikan seperti ikan tuna, salmon atau kod yang kaya dengan Omega 3. penelitian membuktikan, jika seseorang itu mengalami obesiti dan memasukkan ikan itu dalam menu harian, ia boleh membantu mengurangkan berat badan sebanyak 20%.
7 Belilah makanan dalam hidangan yang kecil. Penelitian membuktikan, jika mengambil hidangan yang banyak ia boleh membuatkan anda makan 44% lebih banyak.
8 Jika anda ingin makan aiskrim, pastikan selepas itu anda melakukan latih tubi sebanyak 10 kali kerana ia boleh membuatkan anda ingat apa yang diperlukan dalam badan.
9 Catat makanan yang diambil. Ini kerana ia membantu anda mengawal nafsu makan dan mengingatkan diri sendiri supaya tidak makan secara berlebihan.
10 Minum air putih dengan banyak. Ini kerana air putih dapat melancarkan dan membakar lemak-lemak dalam badan.
Sumber dari majalah rapi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..