02 June 2011

Tiada Lagi Toksik Di Rumah


Pernahkah anda terfikir bahawa barang keperluan di rumah anda mengandungi bahan-bahan toksik yang membahayakan anda, si manja dan seluruh keluarga anda? Malah jika digunakan dalam masa yang panjang boleh mengakibatkan penyakit barah. Bebaskan diri dan keluarga anda daripada toksik berbahaya ini. Oleh itu, sebelum membeli barang keperluan anda dan si manja, bacalah label yang bebas toksik.


Kesihatan kulit anda memberikan kesihatan yang menyeluruh. Pun begitu, pernahkah anda mengalami sakit kepala, pening, bayi mengalami ruam, rengsaan kulit dan alahan? Adakah anda pernah terfikir bahawa semua situasi ini disebabkan oleh produk yang anda guna? Pernahkah anda sedar bahawa produk yang anda gunakan setiap hari pada badan anda seperti syampu, perapi rambut, losyen tangan, krim muka, bedak, mandian bayi, losyen bayi dan sebagainya boleh menjejaskan kesihatan anda dan si manja jika mengandungi bahan-bahan toksik yang akan memberi kesan kepada system immun badan anda. Kenapa tidak anda memilih produk yang bebas dari toksik (Toxic Free) sebagai alternatinf bagi menyelamatkan kulit anda.


Di sini terdapat beberapa kandungan produk yang biasa kita gunakan setiap hari.

Sabun dan Bahan Cuci
Bahan-bahan kimianya akan menyebabkan keseimbangan kulit anda dan secara langsung akan menyebabkan sistem imun lemah. Bahan kimia itu termasuklah sodium lauryl sulfat, cocomido DEA AND MEA.

Parabens
Bahan kimia ini, ditemui dalam kira-kira 99 peratus kosmetik dan produk-produk jagaan badan. Beberapa kajian menunjukkan yang pendedahan seorang ibu semasa kehamilan boleh menjejaskan kesuburan anak lelakinya apabila dewasa nanti. Parabens dilabelkan sebagai alkylhydroxyparaben, alphahydroxybenzoate, propylparaben, atau butylparaben.

Keharuman Sintetik
Bahan-bahan ditemui dalam keharuman sintetik dapat mengganggu kulit secara semula jadi. Aduan bagi FDA berkenaan keharuman termasuk sakit lelah, sakit kepala, pening, ruam, batuk muntah dan rengsaan kulit (contohnya haruman, minyak wangi dan cologne).

Talkum
Lazimnya setelah menukar lampin anda akan menyapukan bedak padanya. Namun tahukah anda bahawa cara ini boleh mendedahkan kulit bayi yang lembut kepada bahan kimia. Penyelidikan telah menandakan yang penggunaan bedak talkum boleh meningkatkan risiko sejenis barah ovari.

Minyak Mineral
Pernah membaca kandungan produk mengandungi minyak mineral? Tahukah anda kebanyakan minyak bayi yang terdapat di pasaran mengandungi minyak mineral atau nama saintifik ‘parafin liquidium’. Ia berbahaya kepada bayi kerana menyebabkan kulit tidak dapat ‘bernafas’ secara semula jadi. Malah kebanyakan produk menghilangkan parut semasa hamil juga menggunakan minyak mineral. Bacalah label pada barangan pilihan anda. Pilihlah produk yang bebas bahan toksik. Apa jua pilihan anda, satu cara yang paling bijak ialah anda memililih barangan yang tidak mengandungi sebarang bahan toksin, karsinogenik atau beracun. Sentiasa baca label untuk mengetahui bahan pembuatannya.





Sumber disunting dari majalah PA&MA


No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..