Anda penggemar kacang badam? Jika sebelum ini anda berat hati untuk meninggalkan makanan kegemaran ini gara-gara percaya bahawa kacang ini boleh menambah berat badan, ini mungkin berita baik untuk anda.
Ternyata, mempercayai kacang badam boleh menambah berat badan adalah salah sama sekali. Walhal, kacang ini antara kacang yang menyihatkan selagi ia diambil dalam kuantiti yang sederhana, bukan berlebihan. Antara manfaat yang boleh diperolehi dengan menikmati kacang ini ialah:
- Badam memiliki nutrisi penting yang lengkap seperti kalsium, kalium dan magnesium yang membantu mengatur tekanan darah serta mencegah osteoporosis.
- Biarpun mengandungi lemak, lemak yang terkandung di dalamnya adalah lemak baik. Selain antioksidan, badam mengandungi lemak tak jenuh tunggal dan beberapa polyunsaturated yang cenderung menurunkan kadar kolesterol jahat di dalam tubuh.
- Badam juga mengandungi vitamin E yang boleh mencegah penyakit jantung dan melambatkan proses penuaan. Oleh itu, tidak hairanlah bila ia boleh membantu merawat kesihatan kulit dan rambut.
- Asid folat pada badam dapat menurunkan kadar homosistein di dalam tubuh.
Oleh itu, jika anda ingin mengudap makanan ringan, pilihlah segenggam kacang badam yang menyihatkan dan lazat tanpa perlu bimbang akan penambahan berat badan.
Sumber dari majalah mingguan wanita
Kacang badam memang sedap dimakan.. Kena plak makan badam yang disaluti coklat.. Tak sangka banyak juga khasiatnya..
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..