05 September 2011

Wajah Berseri Bebas Kotoran


Cantik semulajadi memerlukan kulit wajah yang sihat dan bebas kotoran. Berikut adalah tip membersihkan wajah sebagai panduan:

* Jangan gunakan air panas ketika mencuci wajah kerana ia akan mengeringkan kulit muka. Air sejuk pula menyukarkan solekan dibersihkan.

* Jangan gosok kulit muka terlalu kuat. Gosok muka dengan gerakan ke atas agar kekotoran dan sisa solekan dapat dibersihkan dengan sempurna.

* Gunakan minyak bayi atau minyak zaitun ketika menanggalkan solekan. Formulanya lembut dan kulit kekal lembap.

* Gunakan masker dari bahan semulajadi seperti madu dan putih telur untuk menghalus dan melembutkan kulit. Timun dan tomato juga baik untuk wajah.



Sumber dari majalah rapi

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..