KASUT antara aksesori yang gemar dihimpun dan sering ditukar ganti mengikut kesesuaian persalinan. Seperti beg tangan dan perhiasan lain, himpunan kasut juga dikatakan mampu mencecah ke puluhan ribu ringgit.
Kedengaran agak pelik, mengapa perbelanjaan tinggi sanggup dilaburkan demi mendapatkan kasut yang pakai di kaki. Apa kelebihannya kasut mewah ini berbanding dengan kasut yang dilambakkan sepanjang jualan lelong mahupun pasar malam?
Kedengaran agak pelik, mengapa perbelanjaan tinggi sanggup dilaburkan demi mendapatkan kasut yang pakai di kaki. Apa kelebihannya kasut mewah ini berbanding dengan kasut yang dilambakkan sepanjang jualan lelong mahupun pasar malam?
Tahan lama dan keselesaan adalah antara faktor utama yang diambil kira sehinggakan ramai yang sanggup berbelanja lebih hanya untuk sepasang kasut.
INFO
Panduan memilih kasut
Panduan memilih kasut
- Beli kasut baru ketika hari menjelang petang. Ini kerana otot di kaki waktu itu mengembang sehingga membentuk keadaan fizikal kaki mirip dengan keadaan otot yang berkontraksi ketika bersukan.
- Sarungkan kedua-dua kasut pada kaki. Pastikan keseluruhan kasut tidak terasa ketat. Berjalan, melompat dan membongkok ketika mencuba kasut baru bagi menilai sama ada ia boleh memberi keselesaan pada kaki.
- Pilih kasut yang tidak `menggigit' bahagian ibu jari kaki.
Panduan memilih kasut bertumit tinggi
- Seeloknya tumit tinggi tidak melebihi dua inci (5 sentimeter) memandangkan tumit mampu memberi impak jangka masa panjang terhadap tulang dan postur tulang.
- Tumit terlalu tinggi, membuatkan kaki seolah-olah menjunam. Ia menyebabkan pemakai berasa penat ketika berdiri atau berjalan terlalu lama kerana terpaksa menahan berat badan.
- Jika kasut bertumit rendah tidak mampu menyuntik keyakinan pada diri, cuba beralih kepada wedges. Ia mampu membuatkan anda nampak tinggi, wedges juga memberikan keselesaan mendatar kepada pemakainya.
Sumber dari akhbar berita harian
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..