13 September 2011

Khasiat Buah Kiwi


Fakta Kandungan Buah Kiwi

Vitamin C
Mempunyai dua kali ganda vitamin C berbanding buah oren. Kandungan yang hanya perlu diambil dua biji buah kiwi setiap hari untuk mendapatkan kadar yang disarankan. Vitamin C membantu melindungi diri daripada kerosakan akibat radikal bebas terhadap sel dan tisu malah vitamin itu juga membantu dalam penyerapan zat besi.

Vitamin E
Jarang sekali terdapat dalam makanan rendah lemak semulajadi. Lebih-lebih lagi buah boleh menjadi sumber vitamin E (dikenali sebagai vitamin yang kaya dengan kebaikan untuk kesihatan jantung dan antioksidan).

Asid Folik
Sumber semula jadi diperlukan bagi menghalang kecacatan saraf di kalangan bayi (manusia memerlukan asid folik sebelum dan ketika hamil) untuk perkembangan otak dan kognitif di kalangan kanak-kanak dan menghalang penyakit kadiovaskular. Setiap orang memerlukan zat itu dalam kadar yang mencukupi. Asid folik penting sehinggakan ada negara yang mempertimbangkan untuk menambahkan asid folik ke dalam tepung gandum untuk memastikan masyarakatnya memperoleh asid folik mencukupi.

Potasium 
Mempunyai tahap yang hampir sama dengan pisang. Buah kiwi sumber potasium rendah garam berpotensi memberi manfaat dalam penjagaan tekanan darah dan kesihatan jantung.

Lutein Karotenoid
Bukan saja mempunyai kandungan Lutein Karoteniod tertinggi di kalangan buah-buahan, tetapi buah kiwi dibuktikan jauh lebih baik dari sayuran dari segi bio. Ia boleh membantu masalah penglihatan yang berkait dengan usia tua.

Antioksidan (contohnya Polifenol, Karotenoid)
Berfaedah termasuk enzim unik lain. Memakan buah kiwi setiap hari adalah cara mudah untuk mendapatkan keperluan antioksidan seharian bagi melawan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan tekanan oksidatif.

Serat 
Buah kiwi sesuai dimakan untuk mengurangkan rasa kembung dan tersumbat. Diiktiraf sebagai pembantu kepada sistem pencernaan semulajadi.

Magnesium
Sumber yang baik untuk magnesium yang membantu untuk membentuk dan menguatkan tulang, merehatkan otot dan saraf serta melancarkan peredaran darah.

Rendah Kalori
Sebiji kiwi bersaiz sederhana menyediakan 65 kalori memandangkan 90 peratus daripada beratnya terdiri daripada air.


Membantu untuk memulihkan fungsi sistem ketahanan tubuh.



Sumber dari http://jkbertindak.ump.edu.my dan akhbar harian metro 


Ishh lama betul tak makan buah kiwi nih.. Sedap jugak sesekali makan, walaupun saiznya kecik tapi banyak khasiatnya..

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..