Faktor Jangkitan Kulat
- Pengambilan antibiotik yang turut membunuh lactobacillus atau 'bakteria baik', yang akhirnya menyebabkan keharmonian bahagian sulit tergendala.
- Apabila lactobacillus berkurangan, bahagian sekitar lebih cenderung terhadap jangkitan kulat.
- Penyakit kencing manis.
- Kehamilan (penurunan tahap glikogen dan peningkatan tahap gula dalam badan).
- Pengambilan berlebihan alkohol.
- Penggunaan pil pencegahan kehamilan.
- Perubahan kadar hormon seperti menopaus, akil baligh, haid dan ovulasi.
- Penggunaan steroid.
- Sistem imun yang lemah seperti pesakit HIV / AIDS.
- Douche dan semburan wangian untuk bahagian ' zon V'.
- Memakai seluar dalam yang ketat seperti G-string dalam tempoh lama.
- Cuaca panas.
- Tekanan.
- Pastikan 'zon V' sentiasa bersih dan kering. Gunakan pelapik celana sekiranya kerap mengalami lelehan dan tukar selalu.
- Jangan mencuci keterlaluan, cukup sekadar air biasa.
- Elakkan pakaian ketat setiap hari, selang selikan dengan pakaian longgar.
- Tukar kerap tuala wanita ketika datang bulan dan tukar seluar dalam bila kotor. Sekiranya menggunakan tampon, pastikan ia dikeluarkan, jangan tertinggal di dalam.
- Pemakanan dikatakan boleh mempengaruhi bau sekitar bahagian itu. Makanan kaya serat termasuk buah-buahan bagi mengurangkan bau.
Sumber dari akhbar berita harian
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..