1 Tidur dengan tidak mencuci solekan pada wajah. Ini akan menyebabka kotoran dan minyak menutupi pori-pori pada kulit wajah sekali gus menimbulkan masalah kulit yang serius.
2 Menggunakan barangan mekap yang sudah tamat tempoh. Mana-mana produk kecantikan mempunyai tempoh masa penggunaan. Justeru, berhati-hati memilih, jika sudah melebihi 12 bulan, sebaiknya hentikan penggunaannya.
3 Membaiki solekan boleh membahayakan kulit, sebagai contoh, anda menambahkan alas bedak pada solekan sedia ada akan menyebabkan pori-pori tersumbat, menimbulkan iritasi dan juga jerawat. Sebaiknya, gunakan tisu kosmetik yang boleh membantu membersihkan dan meratakan solekan daripada anda asyik 'touch up' solekan tersebut lagi.
4 Hindari menggunakan scrub daripada produk yang terlalu kuat bahannya. Sebaiknya, pilih produk dari bahan yang lebih ringan dan lembut.
5 Hindari waktu mandai yang terlalu lama terutama apabila menggunakan air suam. Ia akan membantu menghilangkan minyak dari kulit anda. Selain itu, pastikan anda menyapu pelembap kulit untuk menjaga kelembapannya.
6 Jangan gunakan berus solekan yang masih kotor. Ini kerana, ia boleh menyebabkan timbulnya pelbagai masalah pada kulit. Berus solekan yang tidak dicuci dan mengandungi sisa-sisa solekan biasanya bercampur dengan sel kulit mati dan juga bakteria. Ini menyebabkan timbulnya masalah pada kulit wajah.
7 Berus solekan juga merupakan alat yang digunakan untuk mekap sehari-hari. Jadi alat-alat tersebut sebaik-baiknya dibersihkan selalu sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu jika digunakan setiap hari.
8 Tabiat merokok boleh menyebabkan kulit anda cepat berkedut kerana kandungan bahan di dalamnya boleh mengakibatkan perjalanan darah anda kurang lancar. Jika anda adalah seorang perokok aktif, cara terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan mendapatkan rawatan kulit yang sesuai untuk anda. cara lain yang lebih baik adalah dengan berhenti daripada tabiat merokok, selain membantu hidup lebih sihat, kulit lebih cantik, ia juga dapat menjimatkan wang anda.
9 Hindari terdedah pada sinaran matahari terutama pagi hari dari jam 10 pagi hingga jam 4 petang. Bagi anda yang banyak menghabiskan masa di luar, sebaiknya gunakan topi misalnya untuk melindungi wajah serta pilih pakaian yang boleh menutupi kulit anda dari terus terdedah pada sinaran matahari. Selain itu, anda juga digalakkan untuk menggunakan krim pelindung matahari sebelum keluar dari rumah.
Tip mendapatkan berus yang bersih
* Bersihkan berus solekan dengan cara mengelap dengan air. Lap basah akan membantu membersihkan berus dari kotoran, minyak dan sel-sel kulit yang mati sekali gus dapat menghindari timbulnya bakteria.
* Cuci dengan air suam dan syampu bayi serta tea tree oil. Ambil semangkuk air suam dan tambahkan satu sudu syampu bayi dan tiga atau empat titis tea tree oil. Masukkan berus ke dalam bekas tersebut lalu kocakkan ia atau bersihkan lebih kurang seminit atau lebih. Penggunaan syampu membantu mencuci segala solekan dan menanggalkan minyak yang melekat manakala tea tree oil berfungsi sebagai anti bakteris. Setelah itu, keringkan dengan menempatkannya di atas tuala atau kain.
Sumber dari majalah mingguan wanita
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..