01 March 2012

Bagaimana Untuk Menjaga Jean Anda??


* Sebelum mencuci, terbalikkan seluar jean anda bagi menjaga fabrik denim luarannya.

* Letakkan serbuk atau cecair pencuci secukupnya ke dalam air sejuk sebelum merendam seluar jean. Kemudian, cucilah seluar tersebut dengan tangan atau mesin pencuci pada suhu rendah.

* Gantung jean dengan cara mengepit di bahagian pinggangnya. Elakkan daripada menggantungnya pada kawasan yang terdedah dengan sinaran matahari secara terus kerana ia akan mengubah warnanya.

* Pilih suhu rendah semasa hendak menggosok seluar.

* Mencuci seluar jean terlalu kerap akan mengubah warna dan tahap elastiknya.



Sumber dari majalah rapi

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..