05 March 2013

Khasiat Masker Mutiara


Assalamualaikum semua.. Nak citer pasal khasiat Masker Mutiara.. Ni hasil tontonan rancangan Nona (hari Ahad lepas).. Selalunya kita mutiara ni kerap kali dikaitkan dengan perhiasan diri.. Tapi kali ni digunakan untuk kecantikan.. Masker ini lebih sesuai dilakukan oleh wanita yang sedikit berusia.. Maklumat ni dicari dalam internet.. Saya pasti semua wanita inginkan cantik.. Pelbagai cara dilakukan untuk kelihatan cantik..

  

Tidak salah lagi kalau wanita sangat memperhatikan bahagian tubuh yang satu ini, iaitu wajah, kerana wajah mempunyai peranan penting dalam hidup. Wajah yang bersih bersinar meningkatkan rasa percaya diri seseorang. Namun sering kali wajah mengalami masalah baik kerana jerawat, berminyak, atau kering dan kusam. Untuk itu banyak kaedah untuk melakukan perawatan wajah. Salah satu cara yang sering digunakan adalah dengan menggunakan masker wajah.

Masker wajah memiliki banyak fungsi sesuai jenisnya. Pada dasarnya masker wajah berfungsi membersihkan pori-pori, membuang kotoran dan sel kulit mati, menyegarkan, serta mampu meremajakan kulit wajah yang semakin kendur.

Masker mutiara telah dikenali sejak dahulu lagi, ia dipercayai mampu mengatasi penuaan diri, menjadikan kulit sentiasa lembut, halus dan anjal.

Serbuk mutiara juga mempunyai kesan menyejukkan dan mencerahkan, ditambah kandungan mineral, asid amino dan pelembab alami berfungsi memperbaiki jaringan sel kulit mati, mengecikan pori, serta mengurangkan kedutan halus. Pemakaian teratur menjadikan kulit tampak cerah, bercahaya kembali.

Khasiat dan kegunaan masker wajah mutiara :
  • Dapat menjaga keanjalan kulit agar tetap tegang dan halus
  • Memperbaiki jaringan sel kulit mati.
  • Mengecikan pori, serta mengurangkan kedutan halus.
  • Mampu mengatasi penuaan diri.
  • Menjadikan kulit sentiasa lembut, halus dan anjal.
  • Memberi nutrisi pada kulit.
  • Melembabkan dan menjadikan kulit menjadi harum.
Cara pemakaian masker wajah :
  • Campurkan serbuk masker dengan air suam/air mawar/madu.
  • Tambahkan minyak zaitun (olive oil) bila perlu.
  • Tahap pertama kaedah pemakaian masker wajah ialah dengan membersihkan wajah dengan pembersih wajah dan toner.
  • Sapukan masker yang telah menjadi larutan pada wajah dengan gerakan memijat sehingga tekstur oatmil akan bertindakbalas dengan lapisan kulit mati pada wajah.
  • Biarkan selama 15 sampai 20 minit.
  • Bilas dengan air suam.
  • Gunakan pelembap.
  • Lakukan amalan ini minimum 2 kali setiap bulannya, atau saat kamu sedang ingin merasa “jatuh cinta”, dan buktikan sendiri kesannya pada kulit dan mood kamu.



No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..