21 March 2014

Tip Percutian Sekeluarga

Assalamualaikum semua.. Lama betul tak berkongsi ilmu di sini ya.. Apa nak buat kekangan masa dan tugas membataskan perkongsian ilmu di sini.. Banyak info nak dikongsikan, tapi tak sempat nak kongsikan.. Oklah, memandangkan info nih agak berguna untuk para ibu bapa yang ingin membawa anak-anak bercuti sempena cuti sekolah nih.. Meh baca info nih untuk panduan kita bersama..



Bagi yang tinggal di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu hari ini merupakan hari pertama cuti sekolah.. Bagi di lain-lain negeri esok baru bermula cuti sekolah.. Memandangkan cuti sekolah telah dan bakal bermula, tentu ada antara anda yang sudah merancang percutian sekeluarga. Memang seronok dapat bercuti bersama keluarga tersayang. Membawa anak-anak kecil memang menyeronokkan tetapi persediaan rapi perlu dilakukan agar keseronokan yang diidamkan tidak bertukar kekecewaan.


Kita sedia maklum tentang sikap kanak-kanak yang mudah meragam, cerewet dan letih dengan sesuatu yang membosankan mereka. Oleh itu pastikan anda sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku. Tip berikut boleh digunakan supaya percutian anda lebih tenang dan menyeronokkan.


Menyiapkan kenderaan
Sekiranya anda bercuti menggunakan kereta sebagai kenderaan utama, pastikan anda membersihkan kereta untuk keselesaan anak-anak, sediakan bekas khas membuang sampah, sediakan buku cerita bersesuaian dengan usia mereka dan alat permainan untuk mengelakkan kebosanan.


Sekiranya berpergian dengan kapal terbang, pastikan memilih tempat duduk yang berhampiran pintu keluar. Jika anak masih usia bayi, pastikan menyediakan barangan kegemaran mereka supaya ia membantu menenangkan mereka ketika kapal terbang hendak berlepas.


Stok tisu basah
Kanak-kanak cenderung untuk membuat kotoran daripada makanan yang dimakan atau mungkin muntah tanpa diduga. Oleh itu penting untuk menyediaakan stok tisu basah sepanjang perjalanan. Ia berguna untuk membersihkan apa sahaja.


Bantal kegemaran
Biasanya si kecil mempunyai bantal kegemaran yang membantu mereka tidur lena atau menenangkan mereka ketika meragam. Jadi, pastikan anda membawa bersama untuk mengelakkan ketidakselesaan atau masalah yang boleh mencacatkan percutian sekeluarga.


Sediakan makanan
Pastikan anda membawa snek berkhasiat untuk si manja sebagai kudapan sepanjang perjalanan. Percayalah mereka tidak akan berhenti meminta itu dan ini bagi menghilangkan kebosanan.


Sediakan hiburan
Anak-anak masih belum memahami erti kesabaran. Jika anak anda masih bayi, mungkin boleh dipujuk untuk tidur usai menyusukannya tetapi bagi yang sudah berusia setahun ke atas, mereka asyik bertanya “bila nak sampai?” Jika dalam kenderaan anda mempunyai DVD monitor, pastikan anda menyediakan beberapa VCD filem kegemaran mereka atau permainan video yang boleh mengurangkan kebosanan anak-anak.





Sumber disunting dari http://pama.karangkraf.com/tip-percutian-sekeluarga-1.262183


04 March 2014

Strok Haba

Assalamualaikum semua.. Ishh jarang sungguh nak update kat sini yer.. Okey lah ari nih nak update skit pasal strok haba.. 

Korang pernah dengar ke pasal strok haba???? Saya pun baru jer tau pasal benda nih dalam seminggu kebelakangan nih..

Strok haba nih disebabkan oleh haba yang terlalu panas dan kurangnya minum air.. Macam cuaca sekarang nih laa.. Apapun meh jengah skit info pasal strok haba..





Apapun selepas membaca info nih, cuba kurangkan aktiviti luar dan banyakkan minum air kosong.. Jerebu pun makin teruk sekarang.. Badan kita sekarang memang mudah untuk terkena sebarang penyakit.. Jadi jagalah kesihatan kita baik-baik yer.. Terutamanya kanak-kanak..




Info dikredit dari FB member..