31 December 2012

Seronoknya Mengajar dan Belajar

Susah kan nak cipta suasana seronok dalam mengajar dan belajar bagi kanak-kanak.. Bagi diriku memang sukar nak mencipta keadaan yang seronok.. Bukan apa selalu bila anak-anak masih tak paham dengan apa yang diajar, mulalah perasaan marah muncul.. Susah betoi kan nak ajar anak-aak sendiri??? Tapi harap tip di bawah boleh membantu aku dan ibu bapa yang lain dalam mengajar anak-anak agar seronok untuk belajar..



Seronoknya Mengajar Dan Belajar
Bagi kebanyakan ibu bapa, tugas mengajar anak-anak adalah satu tugas yang sukar lebih-lebih lagi jika anak-anak tidak berminat untuk belajar. Diakui, bagi sesetengah kanak-kanak terutamanya yang sedang membesar, belajar adalah sesuatu perkara yang membosankan. Tapi, tahukah anda bahawa jika kena pada caranya, belajar pastinya menyeronokkan.

Sebagai ibu bapa, kita harus sedar bahawa pendidikan awal anak-anak sangat penting dalam memacu anak yang berilmu dan berkemahiran pada masa depan. Apa yang anak-anak kita lihat dan dengar dalam kehidupan mereka adalah satu ilmu yang berharga untuk diguna pakai dalam kehidupan seharian. Ibu bapa harus menjadikan tugas mengajar sesuatu yang menyeronokkan agar anak-anak juga rasa seronok untuk belajar.

Bagaimanakah belajar boleh menyeronokkan?Perancangan awal dalam pembelajaran perlu supaya belajar itu boleh menjadi suatu perkara yang sangat dinanti-nantikan dan menyeronokkan. Kaedah, bahan dan gaya belajar mestilah disesuaikan dengan umur kanak-kanak agar mereka tidak rasa belajar itu membebankan.


Tip-tip Menjadikan Pembelajaran Suatu Perkara Yang  Menyeronokkan:

BahanUntuk belajar, ada bermacam-macam bahan boleh digunakan seperti buku, akhbar, majalah, audio, video, animasi serta bahan-bahan daripada internet. Pada era moden ini, kanak-kanak didedahkan kepada alat-alat teknologi sejak awal lagi. Terdapat tablet dan pelbagai alat mainan canggih yang boleh dijadikan bahan pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan untuk kanak-kanak.

Kaedah
Bagi kanak-kanak, mereka banyak belajar ketika bermain. Jadi, ajarlah mereka sambil bermain. Misalnya, ajak anak-anak bermain naik tangga turun tangga untuk mengajar mereka mengira. Cara ini memang lebih menyeronokkan berbanding belajar terus daripada buku.

Idea
Ibu bapa ataupun guru mestilah ada idea yang bernas untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk terus belajar. Contohnya, jika ingin mengajar mereka tentang buah-buahan, lebih elok jika anda beli beberapa buah-buahan segar dan biar anak lihat dan pegang sendiri buah-buahan tersebut. Pada masa yang sama, anak boleh tahu apa yang ada di dalam buah tersebut sekali gus dapat merasa buah-buahan tersebut. Tentunya cara ini lebih holistik dan berkesan daripada mengajar anak mengenal buah-buahan menerusi lukisan atau gambar pada buku. 

Gaya Belajar
Gaya belajar merupakan kombinasi bagaimana seseorang kanak-kanak itu menyerap, mengatur dan mengolah maklumat yang ada dalam fikiran mereka. Biasanya ada tiga gaya belajar yang dominan iaitu auditori, visual dan kinestetik.
        1) Auditori
Auditori merupakan gaya belajar yang lebih mudah menyerap, mengatur, dan mengolah informasi melalui pendengaran. Kanak-kanak jenis ini biasanya lebih mudah dan lebih cepat menghafal dengan membaca menggunakan suara yang kuat ataupun melalui audio.Tip: Bacalah buku bersama anak anda atau mainkan pita audio yang mempunyai irama menarik untuk membantu dia belajar lebih baik  
        2) Visual
Kanak-kanak gaya belajar visual lebih mudah menerima ilmu menerusi penglihatan mereka. Mata mereka tajam. Mereka lebih mudah mengingat apa yang dilihat berbanding yang didengar. Aktiviti demonstrasi atau tunjuk cara sangat sesuai untuk kanak-kanak jenis ini.Tip: Pilih bahan bacaan yang mempunyai pelbagai warna dan bentuk yang menarik supaya anak anda lebih fokus dalam pembelajarannya.
        3) Kinestetik
Gaya belajar kinestetik adalah gaya belajar yang berkecenderungan kepada pergerakan tubuh atau pergerakan tangan. Kanak-kanak jenis ini biasanya aktif. Mereka gemar menyentuh benda yang ada di sekeliling mereka dan mengekspresikan apa yang mereka rasa dengan pergerakan tubuh.Tip: Berikan anak anda permainan susun suai gambar atau blok binaan supaya dia belajar melalui sentuhan dan perbuatan.




28 December 2012

Petua Untuk Menghalau Lalat

Minggu ni penuh petua dalam blog nih kan.. Nak buat macam mana, dalam dok mencari petua nih skali la masukkan dalam blog untuk kawan-kawan berkongsi petua ni bersama.. Mana la nak tau masa kawan-kawan tengah bukak blog ni , kawan-kawan jugak menghadapi masalah sama dengan saya.. Boleh jugak berkongsi maklumat yang ada kan.. Balik ni baru nak try petua yang baru dapat nih.. Berkesan ke tak, kena tunggu la saya cuba dulu..



Pilihan 1:
  • Ambil 2 batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau ditempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.
  • Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yang berada di meja makan anda.
Pilihan 2:
Sekiranya anda berhajat membuat kenduri malangnya lalat banyak menghurung, letakkan beberapa potong kulit kayu manis di atas meja hidangan. Lalat akan beredar.

Pilihan 3:
Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.

Pilihan 4:
Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.

Pilihan 5:
Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yang sedang berada di meja makan anda.

Petua 6:
Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet, dapur memasak dan tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan.



27 December 2012

Petua Menghalau Semut Di Rumah

Rumah saya ada masalah dengan kehadiran semut hitam yang tanpa diundang.. Pantang tumpah makanan atau air apa-apa, kejap jer semut hitam ni kerumun.. Nak letak makanan pun takut kena kerumun dengan semut.. Mau tak mau mencari jugak petua yang boleh digunakan untuk menghalau kehadiran semut yang tidak diundang nih..
Petua 1: Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

Petua 2: Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Petua 3: Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

Petua 4: Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni semut seperti balang gula, keliling meja dan sebagainya.

Petua 5: Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tidak perlu kupas kulit bawang tersebut.

Petua 6: Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Petua 6 : Letak kulit timun berdekatan sarangnya atau laluannya..


 
 
 
 

26 December 2012

Petua Tampil Berseri



Wajah semakin berseri
Inginkan wajah berseri? Caranya mudah sahaja. Ambil satu mangkuk kecil beras, basuh dan toskan airnya. Kemudian, goreng tanpa minyak sampai hangus dan tumbuk atau kisar kering sehingga menjadi serbuk. Simpan di dalam bekas. Apabila hendak digunakan, ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan sehingga kering. Selepas itu, barulah dicuci muka.

Lebatkan bulu kening
Bakar dua biji buah keras sehingga hitam. Kemudian tumbuk halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Bersihkan dengan air pada keesokan harinya. Kening anda akan nampak lebih lebat dan menarik.

Bibir merekah
Atasi rekahan pada bibir dengan meminum air kelapa muda yang dicampurkan dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali sehari dan lihatlah hasilnya.

Tegangkan kulit muka
Ambil sebatang timun dan sagat atau hancurkan sehingga lumat. Kemudian, campurkan dengan tepung ubi kayu dan sedikit air. Kacau rata tetapi jangan terlalu cair. Sapukan bancuhan tadi ke muka dan biarkan kering sebelum dicuci.

Rawat kulit berkedut
Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan. Selepas itu, campurkannya dengan satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Gaul sebati bancuhan tersebut. Sapukan  pada kulit sekali sehari.



20 December 2012

13 Cara Jadi Pasangan Romantik

Semua orang mengidamkan mendapat pasangan yang romantik.. Tapi bukan semua pasangan yang mendapat sepertimana yang diidamkannya.. Kekadang masa bercinta romantik jer, bila dah kawin hilang abis semua sifat2 tu.. Betul tak???


Hendak jadi pasangan romantik sebenarnya tidaklah sesukar mana. Tapi, semua itu perlukan kesungguhan. Amalkanlah 13 cara ini jika ingin hidup bahagia.

 1  Ucapkan “I Love U”, sekurang-kurangnya sekali sehari. Ketahuilah bahawa pasangan anda memang perlu mendengarnya selalu.

 2  Ciuman dan pelukan setiap kali ingin berpisah dan bertemu kembali. Hadiahkanlah si dia pelukan dan ciuman buat si dia ketika mahu ke tempat kerja dan setelah pulang ke rumah.

 3  Layanilah pasangan anda seperti anda melayannya ketika sedang asyik bercinta dahulu. Perbetulkan kedudukan tali lehernya sebelum dia ke pejabat dan berpegangan tangan sentiasa walau ke mana pun anda berdua pergi.

 4  Janganlah terlalu cerewet. Biarkan sahaja tabiat buruknya selagi tabiat tersebut tidak mengganggu hubungan anda berdua. Dari semasa ke semasa berusahalah untuk menghilangkan tabiat yang tidak anda gemari itu. Cubalah sedikit demi sedikit agar si dia tidak terasa. Berkat kesungguhan, kejayaan pasti menjadi milik anda.

 5  Sentiasa berfikiran positif. Daripada terlalu memikirkan perkara-perkara remeh tentang si dia yang kurang anda gemari lebih baik anda tumpukan kepada kelebihan serta kebaikan si dia. Dengan cara ini, anda akan lebih menyayanginya adan begitu juga sebaliknya.

 6  Jika sedang marah, jangan sesekali cuba bercakap dengannya. Tinggalkan sebentar si dia sambil anda tenangkan fikiran. Berbincang ketika marah hanya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh yang demikian, setiap kali anda rasa marah dengannya, ambil masa beberapa minit untuk keluar daripada perbincangan tersebut dan kembali setelah perasaan anda kembali tenang.

 7  Jangan sesekali menggunakan kelemahannya sebagai senjata untuk menentang mereka. Hal ini akan membuatkan si dia tambah benci pada anda dan secara automatik kasih sayang antara anda berdua akan berkurangan dan lama-kelamaan akan hilang tanpa anda sedari.

 8  Utamakan yang tersayang dalam apa-apa hal sekalipun. Misalnya jika anda perlukan teman untuk ke satu-satu tempat, ajaklah si dia dahulu sebelum anda mengajak rakan sepejabat.

 9  Hormatilah pasangan anda. Jangan sesekali bongkar kelemahan si dia kepada rakan-rakan walau pun kepada rakan karib anda. Setiap kali berbual-bual dengan rakan-rakan tentang pasangan, sentiasalah katakan si dia adalah pilihan terbaik anda dan anda berdua saling sayang-menyayangi.

10 Sentiasa cara masa untuk bersama. Pastikan anda ada masa untuk bersamanya setiap hari. Lebih banyak masa dapat anda luangkan bersamanya, lebih erat hubungan anda berdua.

11 “Maafkan saya.” Jika bersalah, janganlah teragak-agak untuk meminta maaf. Namun, setiap kali anda meminta maaf setelah melakukan kesilapan, sematkan dalam diri itulah kali terakhir anda melakukannya. Mintalah maaf dengan bersungguh-sungguh dan berjanjilah pada si dia yang anda tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Ketika meminta maaf jangan sesekali gunakan perkataan ‘tapi’ misalnya, “Saya minta maaf tapi ...” Hal ini kerana perkataan ‘tapi’ hanya akan membuat si dia berfikir dua kali untuk memaafkan anda.

12 Pujilah si dia selalu. Manusia tidak kira tua ataupun muda memang suka dipuji. Kata-kata pujian pada pasangan akan membakar semangatnya untuk sentiasa bersama anda.

13 Jika anda sering mengucapkan terima kasih pada juruwang, pemandu teksi, pelayan restoran apa kata kalau anda teruskan amalan berterima kasih ini pada pasangan. Tentu si dia akan rasa anda lebih menghormatinya.




Sumber dari http://pama.karangkraf.com/perkahwinan/13-cara-jadi-pasangan-romantik-1.11000


18 December 2012

Petua Untuk Ibu Hamil




Hilangkan rasa loya
Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan satu sudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insya-Allah rasa loya akan hilang.

Kulit anak bersih
Semasa mengandung, amalkan meminum air kelapa agar kulit bayi dalam kandungan bersih dan halus serta terhindar daripada masalah ruam.

Inginkan anak berkulit cerah
Ibu hamil disarankan agar banyak makan sayur-sayuran berwarna hijau terutamanya sayur bayam jika inginkan anak berkulit cerah.

Atasi rekahan kulit semasa hamil
Agar kulit sekitar perut dan paha anda tidak merekah semasa hamil, sapukan dengan minyak zaitun setiap kali selepas mandi dan ketika hendak tidur.

Mudah bersalin
Ketika kandungan berusia 6 bulan, amalkan memakan satu sudu teh minyak kelapa yang dibuat sendiri sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Setelah berusia sembilan bulan pula, amalkan pengambilan setiap hari. 



14 December 2012

Rumah Sarang Penyakit???

Assalamualaikum semua.. Semenjak dua menjak ni aku dah jarang update blog info aku nih kan.. Sori lerr sejak bertukar tempat keja nih, makin bz aku ngan keja.. Tapi bila aku berkesempatan update, aku akan update banyak2 skali.. Aku wat auto publish.. Hahaha tak nampak sangat kan aku ni jarang update blog.. Apapun aku akan cuba cari bahan yang boleh dikongsi bersama hasil pembacaan aku secara sengaja atau tak sengaja dalam internet, majalah, surat khabar, ntah mana2 lagi la yang aku baca.. Ilmu kan bagus untuk dikongsi.. Aku publish dalam blog ni pun untuk rujukan diri sendiri jugak.. Boleh refer bila2 masa yang diperlukan.. Hai berceloteh panjang plak aku kali nih.. Jom baca hasil pembacaanku kali nih..


Rumah Sarang Penyakit???


Betulkah rumah yang kita duduki kini merupakan sarang penyakit??? Bukan habuk ja yang boleh menyebabkan penyakit, malah kemasan gam dari perabut atau kertas dinding dalam rumah boleh menyumbangkan penyakit..

Formaldehid adalah gas tanpa warna, berbau kuat, larut air dan mempunyai jisim yang sama seperti udara. Ia sangat mudah meruap dalam suhu sekeliling atau kelembapan tinggi dan mudah terkumpul dalam bangunan tumpuan ramai.

Di negara maju, formaldehid sudah lama dikenal pasti sebagai bahan pencemar memudaratkan kesihatan dan pendedahan kepadanya dikawal ketat. 


"Jika kita terdedah dengan Formaldehid dalam jangka panjang, ia boleh menyebabkan pengumpulan cecair dalam paru-paru untuk menghasilkan penumonia dan bengkak paru-paru," Syazwan Aizan Ismail, Pennsyarah Unit Pekerjaan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia.

Gerunkan dengar statement nih.. Jadi di sini disertakan info berkaitan Formaldehit..


Dari mana datangnya Formaldehid di dalam rumah kita?


INFO: Formaldehid

* Bahan kimia industri biasa dan Volatile Organic Compound (VOC), di mana perabot kayu, disinfeksi, gam dan bahan penebat.

* Produk ini menghasilkan formaldehid sebagai gas tidak berwarna. Formaldehid wujud di udara. Sumber formaldehid menghasilkan formaldehid untuk tempoh yang lama, kadangkala bertahun.

* Tahap formaldehid boleh mencecah lebih 0.03 bahagian per juta sekiranya rumah/bangunan dipenuhi perabot kayu dan permaidani.

* Formaldehid biasanya muncul di mana saja termasuk rumah. Tahap kandungannya yang tinggi di udara boleh mengakibatkan mata berair, batuk dan nafas berbunyi serta gatal hidung dan tekak.

* Asap rokok adalah penyumbang terbesar formaldehid untuk udara dalaman. Sama ada perokok atau penghidu asap rokok, keduanya-duanya terdedah dengan tahap formaldehid yang berbahaya.

* Satu dalam lima orang adalah sensitif terhadap formaldehid dan akan menunjukkan simptom walaupun pada tahap pendedahan yang rendah.


Panduan mudah

* Benarkan aliran udara berlaku di dalam rumah dengan membuka pintu dan tingkap pada hujung minggu.
* Elakkan menggunakan perabot dan kertas dinding banyak menggunakan gam.
* Pilih perabot dan peralatan rumah praktikal dan tidak mudah memerangkap habuk.
* Kerap membersihkan rumah.
* Elakkan pewangi rumah daripada bahan kimia sebaliknya pilih tumbuhan-tumbuhan seperti pandan dan serai wangi.
* Bau hapak boleh dihapuskan dengan penggunaan arang.





Sumber dari akhbar berita harian 13 Disember 2012 - tapi dengan sedikit editan dari ku..




13 December 2012

9 Soothing DIY Facial Masks

Sori la bahan bacaan kali ni dalam bahasa Inggeris, tak sempat nak translate.. Kalau ada kesempatan, nanti saya akan translate dalam bahasa melayu.. Tapi tak janji tau..




Banana
Who needs Botox when you have bananas? That’s right: You can use a banana as an all-natural face mask that moisturizes your skin and leaves it looking and feeling softer. Mash up a medium-sized ripe banana into a smooth paste, then gently apply it to your face and neck. Let it set for 10-20 minutes, then rinse it off with cold water. Another popular mask recipe calls for 1/4 cup plain yogurt, 2 tablespoons honey, and 1 medium banana.



 


VinegarUsing vinegar as a skin toner dates back to the time of Helen of Troy. And it’s just as effective today. After you wash your face, mix 1 tablespoon apple cider vinegar with 2 cups water as a finishing rinse to cleanse and tighten your skin. You can also make your own facial treatment by mixing 1/4 cup cider vinegar with 1/4 cup water. Gently apply the solution to your face and let it dry.





Milk
Here’s another way to give yourself a fancy spa facial at home. Make a mask by mixing 1/4 cup powdered milk with enough water to form a thick paste. Thoroughly coat your face with the mixture, let dry completely, then rinse with warm water. Your face will feel fresh and rejuvenated.

PLUS: 5 Frightening Foods of 2010



Oatmeal
If you’re looking for a quick pick-me-up that will leave you feeling and looking better, give yourself an oatmeal facial. Combine 1/2 cup hot — not boiling — water and 1/3 cup oatmeal. After the water and oatmeal have settled for two or three minutes, mix in 2 tablespoons plain yogurt, 2 table-spoons honey, and 1 small egg white. Apply a thin layer of the mixture to your face, and let it sit for 10-15 minutes. Then rinse with warm water. (Be sure to place a metal or plastic strainer in your sink to avoid clogging the drain with the granules.)




Mayonnaise
Why waste money on expensive creams when you can treat yourself to a soothing facial with whole-egg mayonnaise from your own refrigerator? Gently spread the mayonnaise over your face and leave it on for about 20 minutes. Then wipe it off and rinse with cool water. Your face will feel clean and smooth.

PLUS: 7 Health Numbers That Count




Yogurt
You don’t have to go to a spa to give your face a quick assist: • To cleanse your skin and tighten the pores, slather some plain yogurt on your face and let it sit for about 20 minutes.
• For a revitalizing facial mask, mix 1 teaspoon plain yogurt with the juice from 1/4 slice of orange, some of the orange pulp, and 1 teaspoon aloe. Leave the mixture on your face for at least five minutes before rinsing it off.



Mustard
Pat your face with mild yellow mustard for a bracing facial that will soothe and stimulate your skin. Try it on a small test area first to make sure it will not be irritating.

PLUS: 15 Secret Ingredient Tricks to Transform Your Meals



Lemon
Create a facial that both exfoliates and moisturizes by mixing the juice from 1 lemon with ¼ cup olive oil or sweet almond oil.



Egg
Who has time or money to spend at the local day spa, paying someone to tell you how awful your skin looks? For a little pampering, head to the refrigerator and grab an egg. If you have dry skin that needs moisturizing, separate the egg and beat the yolk. Oily skin takes the egg white, to which a bit of lemon or honey can be added. For normal skin, use the entire egg. Apply the beaten egg, relax and wait 30 minutes, then rinse. You’ll love your new fresh face.



Sumber dari Reader's Digest


Gambar kredit dari mr.google.. Gigih betulkan cari semua gambar2 nih.. Hehehe..

12 December 2012

Kudis Buta (Scabies)

Kudis buta adalah sejenis jangkitan kulit yang boleh berjangkit disebabkan oleh gigitan kutu hama yang bernama Sarcoptes Scabies .

Scabies0 Kudia Buta (Scabies)

Scabies egg Kudia Buta (Scabies)
  Perihal Sarcoptes Scabies :
  • Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang.
  • Kutu ini berukuran 0.4 mm panjang setiap satu.
  • Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati.
  • Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari
Hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan-bahan buangannya (debris), telur dan najis hama ini. Keadaan ini meyebabkan tindakbalas alergi berlaku dan meyebabkan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit. Scabies betina ini boleh megeluarkan sebanyak 90 telur sepanjang hidupnya lebih kurang 30 hari. Selepas 3-4 hari telur ni akan menetas dan larva akan menjadi scabies dewasa dalam tempoh 2 minggu dan kitaran ini akan berulang semula . Hama boleh dilihat melalui gelas atau kaca lutsinar atau mikroskop.

Bagaimana ianya merebak?
Perunding Pediatrik, Dr S Selvakumar berkata ‘perpindahan’ hama boleh berlaku menerusi sentuhan secara langsung iaitu membabitkan pergerakan hama betina yang bertapak di bawah kulit manusia seterusnya bertelur di situ, manakala hama jantan pula mati selepas kedua-duanya ‘berpasangan’ untuk membiakkan lagi baka.

Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walaubagaimanapun, ianya cenderung berlaku ditempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah asuhan. Kebiasaannya hubungan rapat yang terjalin memudahkan risiko kudis buta berjangkit terutama di kalangan ahli keluarga, rakan sebilik di asrama dan pusat asuhan bagi si kecil. Berkongsi tilam, bantal, tuala atau pakaian turut membawa risiko besar untuk dijangkiti.

 Semua orang tanpa mengira peringkat umur terdedah kepada jangkitan ini. Sesiapa yang terkena penyakit ini kemudian akan membawa balik penyakit kepada keluarga lain di rumah. Kudis buta yang menjangkiti haiwan tidak boleh menjangkiti manusia, ia hanya akan menyebabkan ruam.  

scabies2 Kudia Buta (Scabies)

Tanda
Kudis buta biasanya berkait dengan :
  1. Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas. Tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
  2. Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.
  3. Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu)
  4. Muncul garis halus kemerahan di bawah kulit.
  5. Kehadiran gelembung kecil berair pada kulit.
Kesan utama pada kanak-kanak yang terkena scabies adalah gatal pada badan terutamanya pada waktu malam. Kesan-kesan pada kulit seperti bintik-bintik kecil berair (vesicles), kesan trak scabies dalam kulit (burrowing) dan kesan megelupas jelas terdapat pada celah-celah jari tangan atau kaki. Kesan-kesan sebegini juga kerap terdapat pada pusat, ketiak dan juga pada anggota sulit.

Nota: Kegatalan adalah disebabkan oleh reaksi alahan kepada kutu.

Kawasan yang biasa dijangkiti
Tempat-tempat yang biasa ialah :
  • Dicelah-celah jari.
  • Tapak tangan
  • Bahagian dalam pergelangan tangan

scabies+hand Kudia Buta (Scabies)
Kawasan-kawasan lain termasuk :
  • Kawasan kemaluan.
  • Punggung
  • Sekitar pusat.
  • Celah-celah ketiak.
  • Siku
  • Kaki dan buku lali.
Rawatan
1. Cuci pakaian dan cadar yang telah digunakan oleh orang yang dijangkiti dengan air panas untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.
2. Masukkan perkara yang tidak boleh dicuci ke dalam beg plastik yang tertutup dan simpan selama sekurang-kurangnya tujuh hari untuk membolehkan hama dan telurnya mati.
3. Perabut dan tempat tidur perlu dibersihkan dengan pencuci hampagas.
4. Orang yang bergaul rapat dan tinggal bersama orang yang telah dijangkiti kudis buta harus dirawat pada masa yang sama , tidak kira samada mereka ada rasa gatal atau tidak

Penggunaan sapuan ubat racun hama jenis losyen atau krim Crotamiton (Eurax) dapat mengurangkan komplikasi. Ia dilumur pada seluruh badan dari tengkuk hingga ke hujung jari tangan dan kaki sebelum waktu tidur. Seelok-eloknya pesakit perlu mandi dengan air suam untuk membuka liang roma sebelum disapu ubat losyen.Tempat- tempat yang kuat dijangkiti seperti kemaluan, celah peha, ketiak, celah jari mestilah diteliti. Selepas ubat telah disapu, tidurlah dengan pakaian dan ubat hanya boleh dibasuh pada esok hari. Ubat yang telah disapu di atas kulit mengambil masa satu malam untuk mematikan hama.Ubat tahan gatal seperti Piriton pula mampu mengurangkan gatal waktu malam. Rawatan perlu diambil untuk 1-3 malam berturut-turut mengikut nasihat doktor.

Ubatan yang boleh membunuh kutu dinamakan Scabicides. Ianya berbentuk krim atau losyen disapu pada kulit. Ini termasuk:
1. Permethrin
2. Losyen Malathion
3. Krim Gamma benzene hexachloride (or lindane)
4. Losyen Benzyl Benzoate (EBB)
Mengubati kudis dan tempat bernanah
  • Antibiotik akan diberi oleh doktor untuk dimakan. Ubat sapu juga diberikan. Sekiranya teruk, ubat untuk dibasuh dan direndam juga dibekalkan.
Menahan gatal
  • Ubat telan/minum (antihistamine) dan ubat sapu (steroid cream) mungkin diberikan oleh doktor. Ubat sapu ini akan digunakan pada tempat-tempat yang mengalami kegatalan yang teruk (kelompok atau butir merah) 3 kali sehari selepas ubat sapu yang digunakan untuk mematikan hama telah disapu, iaitu keesokan harinya.
Note: ubat sapu mematikan hama dan menahan gatal adalah berlainan.

Seluruh ahli keluarga juga perlu menyapu ubat sekaligus. Jika ahli keluarga lain tidak turut sama menyapu ubat tersebut, maka penyakit ini akan menjangkiti mereka yang tidak terkena lagi jangkitan ini. Bayi juga amat mudah dijangkiti hama ini di muka dan kepala. Mereka juga terpaksa disapu ubat di semua badan termasuk muka dan kepala (Awas! ibu bapa haruslah berhati-hati menyapu ubat, jangan sampai terkena mata dan mulut).

Kegatalan mungkin berterusan untuk beberapa minggu selepas rawatan berhasil. Ubatan untuk mengurangkan kegatalan mungkin perlu diteruskan untuk beberapa minggu.

Pencegahan dari merebak kepada orang lain
1. Pesakit yang dijangkiti sepatutnya dikecualikan dari ke sekolah sehingga selesai rawatan (atas nasihat doktor)
2. Jauhi kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah/taman kanak-kanak sehingga selesai rawatan.
3. Rawat seluruh ahli keluarga serentak.
4.
Elakkan bersentuhan dengan pesakit atau jika menghidapi kudis buta, ubati segera dan seelok-eloknya jauhkan diri daripada orang lain.

5. Kudis buta boleh berjangkit semula, jadi adalah sangat penting untuk mengikut segala arahan rawatan dan membersihkan bahan yang tercemar dengan penyakit tersebut.

Perhatian Khusus
Pastikan kebersihan diri.
  • Jangan berkongsi pakaian atau barangan peribadi seperti tuala.
  • Rendam pakaian dalam air panas.
  • Jemur tilam, bantal dan permaidani di bawah terik matahari.
Kegatalan
  • Pesakit telah pulih dari jangkitan selepas rawatan selesai walaupun rasa gatal-gatal mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu
  • Rawatan untuk kegatalan mungkin diperlukan. Sapuan steroid boleh mengurangkan kegatalan dan keradangan.


Sumber :
http://serihati-mengandung.blogspot.com/2010/03/kudis-buta-biak-bawah-kulit.html
http://drsaiful.blogspot.com/2008/04/penyakit-kudis-buta-scabies.html
http://dakwahaqsa.blogspot.com/2010/02/scabies-kerapu-atau-kudis-malam-atau_16.html
http://www.zzqah.com/2010/06/kudia-buta-scabies.html

10 December 2012

Panduan mengurangkan risiko kesihatan oleh gadjet





Panduan mengurangkan risiko kesihatan

Mengehadkan masa di hadapan komputer.


Ibu bapa harus mengehadkan masa bermain kepada lima belas minit saja, kemudian minta anak berehat dengan memandang alam sekitar kemudian menyambung semula sekiranya perlu. Sebaiknya hadkan masa penggunaan kepada satu jam sehari.


Pencahayaan yang baik.

Ibu bapa digalakkan menyusun semula perabot supaya sumber cahaya tidak bersinar terus pada muka atau terus ke skrin monitor bagi mengelak mata berair atau kering. Pastikan skrin dilaraskan dengan betul dari segi kontras dan kecerahan. Segera berunding dengan pakar mata sekiranya anak anda mengadu penglihatan mereka kabur atau sakit kepala kerana mereka mungkin mempunyai masalah mata.


Susunan perabot.

Pastikan perabot digunakan tepat untuk ukuran kanak-kanak. Kerusi menyediakan sokongan belakang yang baik dan selebihnya kaki anak anda mencecah lantai atau diletakkan satu kotak supaya mereka dapat memijaknya. Apabila tangan anak anda berada pada papan kekunci, siku mereka seharusnya berada di bawah. Skrin seharusnya berada pada tahap sama dengan kepala untuk mengelakkan ketegangan.


Menawarkan makanan ringan dan minuman yang sihat.

Bagi mengelak masalah kegemukan atau kekurangan berat badan, ibu bapa digalak menyediakan makanan dan minuman berkhasiat kepada anak-anak. Galakkan juga anak melakukan aktiviti fizikal bagi mengeluarkan peluh.


Elak duduk di meja.

Bagi anak kecil, mereka tidak digalakkan duduk di meja komputer kerana ini menyebabkan kecederaan seperti terjatuh. Ibu bapa harus memantau pergerakan anak-anak atau simpan komputer riba, tablet atau gajet anda di tempat yang tidak boleh dicapai anak-anak.






Sumber dari akhbar harian metro

29 November 2012

Redakan Senak Perut

 

Jika anda berhadapan dengan masalah senak perut dan selalu sendawa angin, petuanya tradisional ini mungkin dapat membantu.

Caranya ialah dengan merebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja) bersama dua ulas bawang putih dan tiga cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali. Mudah-mudahan anda cepat sembuh. 







boleh try cuba nih..salah makan ja mesti nak berangin ja perut nih..tak boleh langsung makan makanan yang berangin mesti jadi..

26 November 2012

Rehat Selepas Bersalin


Proses melahirkan memang memenatkan. Oleh yang demikian, rehat yang cukup sangat diperlukan.

Diakui, pada hari-hari pertama selepas bersalin, anda kurang tenaga. Walaupun melakukan kerja-kerja yang ringan, anda akan cepat penat. Kehilangan banyak tenaga semasa proses kelahiran menyebabkan anda lesu dan tidak bermaya. Untuk menggantikan tenaga yang hilang itu, anda perlukan masa yang agak panjang. Jadi, bersabarlah.

Disebabkan oleh keadaan fizikal yang masih lemah, jangan sesekali anda memaksa diri membuat pelbagai kerja rumah. Gunakan masa yang ada untuk berehat dan mengembalikan tenaga yang hilang. Anda dinasihatkan agar cukup tidur. Maknanya ketika bayi tidur, anda pun kena tidur dan bukan membuat kerja-kerja rumah.

Sekiranya ada pembantu rumah, tentu hal urusan rumah tangga tidak akan mendatangkan masalah. Semuanya ada orang yang bereskan. Tetapi, bagi yang tidak ada pembantu, janganlah malu untuk meminta bantuan suami, keluarga atau saudara-mara. Mereka tentu faham.

Setelah beberapa minggu bersalin, anda pasti sudah semakin sihat dan bertenaga. Namun, ini bukanlah bererti anda boleh terus bekerja sesuka hati. Anda masih tidak boleh melakukan kerja-kerja berat. Lakukan kerja secara berperingkat-peringkat. Akan tetapi, jangan mengangkat barang-barang yang berat atau yang memerlukan tenaga yang banyak dalam tempoh enam minggu selepas bersalin. Ikut kata tubuh. Jika penat berhenti dan jangan memaksa diri.

Kesihatan emosi
Kehadiran cahaya mata sememangnya menggembirakan. Lebih-lebih lagi setelah bertahun-tahun menanti. Namun, di sebalik kegembiraan itu, wujud pelbagai perasan. Antaranya rasa bimbang. Bimbang tidak mampu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sebaiknya. Rasa tertekan pula muncul setelah berhadapan dengan suasana baru yang pada tentunya sedikit kelam-kabut dan mengundang macam-macam masalah. Akibatnya, diri mulalah dibelenggu kemurungan. Semua ini ada kaitannya dengan mainan emosi. Tahu kah anda bahawa semasa dalam pantang, emosi perlu dijaga. Ketika inilah bantuan seluruh ahli keluarga diperlukan. Suami mesti sentiasa berada di sisi membantu melaksanakan tanggung jawab baru bersama-sama.

Makanan berkhasiat
Selain rehat yang cukup, aspek pemakanan perlu dijaga. Pengambilan makanan yang kaya khasiat pada minggu-minggu awal selepas bersalin penting untuk mengembalikan kecergasan diri dan menyembuhkan luka. Selain makanan, ibu dalam pantang turut disarankan agar minum banyak air bagi menggantikan cecair yang hilang dari tubuh dan membekalkan susu yang mencukupi untuk bayi.  

Info tambahan:
Secara umumnya, anda perlukan di antara empat hingga enam minggu untuk rasa segar semula. 




12 November 2012

Pasangan Anda Curang???


Tiada siapa yang layak untuk disakiti tetapi kecurangan boleh berlaku pada sesiapa atau pada bila-bila masa tidak kira anda pasangan baru atau lama. Bagaimana anda menghadapinya? Ya, anda boleh menjerit dan menangis tetapi pastikan anda bertindak rasional juga! 

Bagaimana berhadapan dengan pasangan curang?
  • Buktikan
Jika anda rasa pasangan ada hubungan sulit, buktikan. Cari gambar, emel, surat, sms dan lain-lain yang berkaitan untuk dijadikan bukti kerana mudah bagi pasangan anda untuk menafikannya jika tiada bukti kecurangan mereka.
  • Bersemuka
Setelah mendapat bukti, anda perlulah bersemuka dengan pasangan. Terpulanglah pada anda untuk memilih lokasi yang sesuai bagi meluahkan yang anda rasa. Yang pentingnya dia tahu perasaan anda.
  • Berbincang
Kemudian, tanya padanya mengapa hal ini boleh berlaku. Suruh dia nyatakan sebab-sebab mengapa dia memilih untuk curang kepada anda. Dengar segala penjelasannya. Pastikan anda bertenang ketika ini.
  • Berfikir dengan tenang
Setelah mendengar penjelasan pasangan, bertenang. Jangan cepat marah. Tarik nafas panjang-panjang. Jika anda bekerja, ambil cuti dan pergilah ke tempat yang boleh memberikan ketenangan pada anda. Gunakan masa tersebut untuk memikirkan kembali setiap kata-kata yang  diucapkan oleh pasangan tentang kelemahan anda. Berfikir secara rasional dan bukan ikut perasaan.
  • Cari jalan penyelesaian
Berusahalah untuk mencari penyelesaian masalah tersebut. Akan tetapi sekiranya anda gagal mencari penyelesaian sendiri, mintalah bantuan individu yang anda percaya. Seeloknya biarkan orang itu bersifat neutral iaitu tidak menyebelahi mana-mana pihak.
  • Buat keputusan
Setelah mendapat cara untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu, berbincang kembali dengan pasangan. Tanya pendapatnya pula. Sebaiknya cubalah untuk selamatkan rumah tangga anda yang telah dibina bersama.


Dia ada orang lain?

7 tanda pasangan anda mungkin ada orang lain.

1 Lihat dirinya. Adakah wujud sebarang perubahan? Bagaimanakah cara dia melayan anda? Lebih romantik daripada biasa atau sama seperti dahulu. Kalau bertambah romantik, memang bagus. Tapi, mungkin juga rasa itu timbul akibat rasa bersalahnya terhadap anda kerana dia telah menjalinkan hubungan lebih daripada sepatutnya dengan orang lain.

2 Selain berubah menjadi lebih romantik, pasangan anda juga mula pandai memberi anda hadiah. Kalau dulu, belikan jambangan bunga dianggap membazir, kini tidak lagi. Katanya sebagai tanda sayang dan bunga tu kan cantik. Jika ini berlaku, maka cuba-cubalah cari mana yang tak kena.

3 Sekiranya pasangan anda sudah mula balik lewat dan sering ke luar daerah. Belajarlah untuk meragui semua tindakannya itu. Sebaik-baiknya telefon tempat kerjanya dan bertanyakan jadual kerjanya. Benar kah dia ditugaskan ke luar daerah. Jika betul, syukurlah kerana dia memang buat kerja. Tapi, jika tidak, selidiklah lebih dalam. Ke mana dia sebenarnya?

4 Untuk kepastian dia tidak mempunyai hubungan ‘gelap’ di luar, sekali-sekala periksalah telefon bimbitnya. Lihat semua panggilan yang dibuat dan diterima. Lihat juga sistem pesanan ringkasnya. Ada tak mesej yang boleh diragui? Sebenarnya, perlakuan seperti ini tidak elok kerana anda mengganggu hak peribadi seseorang. Tapi, harus diingat, orang itu adalah pasangan anda yang sah. Jadi, apa salahnya. Semua ini ada lah untuk memastikan kebahagiaan rumah tangga yang telah dibina atas keinginan kedua-dua belah pihak.    

5 Anda juga perlu khuatir jika kebelakangan ini dia sering kehabisan duit gajinya walaupun bulan belum ke penghujungnya. Cari jalan untuk tahu ke mana dia membelanjakan wangnya itu.

6 Kalau pasangan anda sudah mula ‘pasang badan’ pun anda perlu selidik. Kalau benar berubah untuk anda, baguslah. Tapi, kalau untuk orang lain, berhati-hatilah. Buatlah apa yang anda rasakan perlu.

7 Jadilah lebih teliti semasa mencuci pakaian. Perhatikan pada pakaian pasangan, ada tak tanda-tanda yang boleh menimbulkan syak wasangka seperti tanda-tanda gincu bibir atau bau-bauan yang lain daripada biasa.




sumber dari http://pama.karangkraf.com/famili/pasangan-anda-curang-1.84605

08 November 2012

5 Info Atasi Tidur Lena Bagi Ibu Mengandung




 1  Jika kaki kejang, tekan kaki pada dinding. Selain itu, pastikan anda mendapat cukup kalsium agar masalah ini dapat dikurangkan.

 2  Posisi terbaik untuk tidur mengiring dengan lutut separuh membengkok. Ini membolehkan jantung anda bekerja dengan lebih baik agar berat janin tidak menekan pembuluh darah utama.

 3  Sekiranya anda sakit belakang, letakkan lebih bantal semasa berbaring. Letakkan satu bantal di bawah perut, celah kedua-dua kaki, bahagian bawah belakang dan satu lagi di bahagian kepala.

 4  Mengurangkan minum air terutamanya yang mengandungi kafein seperti teh dan kopi sebelum masuk tidur dapat mengelakkan anda kerap bangun tidur untuk membuang air kecil.

 5  Cuba tidur secara mengiring ke sebelah kiri untuk membantu pengaliran darah dan oksigen ke plasenta.




07 November 2012

Agenda Cuti Sekolah



Cuti sekolah datang lagi. Mana lebih baik jika anda suami isteri bekerja? Hantar anak ke nurseri atau tinggalkan dia di rumah bersama pembantu rumah atau tinggalkan di kampung untuk dijaga oleh nenek atau datuk? Tidak tahu mana satu yang ingin dipilih? Ketahuilah pro dan kontranya.
 
Nurseri
Kebaikan:
  • Masa anak-anak pasti terisi dengan pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama rakan sebaya.
  • Aktiviti-aktiviti yang dijalankan lebih sistematik di bawah tunjuk ajar guru yang bertauliah.
  • Keselamatan anak terjamin kerana mereka dikawal rapi pengasuh terlatih.
  • Anak-anak lebih berdisiplin kerana jadual harian mereka telah diaturkan.
 Keburukan:
  • Anak akan rasa bosan kerana masih perlu ke nurseri setiap hari walaupun waktu cuti sekolah.
  • Mudah diserang penyakit biasa kanak-kanak seperti selesema, batuk dan demam.
  • Anak-anak akan mudah terpengaruh dengan perangai buruk rakan sebaya.
  • Anak mungkin akan rasa sedikit tertekan kerana tidak semua rakannya datang ke nurseri ketika cuti sekolah.

Di rumah bersama pembantu rumah
Kebaikan:
  • Anda tidak perlu tergesa-gesa keluar rumah awal untuk ke tempat kerja kerana tidak menghantar anak ke nurseri.
  • Anak juga tidak perlu bangun awal untuk ke nurseri.
  • Kesihatan anak akan lebih terjamin kerana dia tidak terdedah kepada persekitaran yang tidak menentu.
  • Anak anda akan dapat perhatian khusus daripada pembantu kerana tidak perlu berkongsi dengan kanak-kanak lain seperti yang berlaku di nurseri.
Keburukan:
  • Anak pasti akan rasa bosan kerana tidak ada aktiviti tertentu yang dapat mereka lakukan.
  • Mereka juga mungkin rasa terkongkong kerana tidak dapat keluar rumah.
  • Biasanya, masa mereka akan dipenuhi dengan hanya menonton televisyen atau bermain permainan video.
  • Dia juga berpotensi menjadi seorang pemarah atau ‘moody’ kerana tidak suka tinggal di rumah tanpa kawan-kawan untuk bermain.
  • Dikhuatiri anak didera oleh pembantu rumah.

Tinggal di kampung
Kebaikan:
  • Anak tidak akan rasa bosan kerana banyak aktiviti baru dapat dilakukannya.
  • Anak dapat belajar gaya hidup masyarakat kampung.
  • Anak belajar berdikari kerana berjauhan dengan ibu bapa.
Keburukan:
  • Dikhuatiri kehadiran akan menyusahkan datuk dan nenek di kampung.
  • Keadaan persekitaran kampung yang agak luas menyukarkan datuk dan nenek mengawasi mereka sepanjang masa.
  • Anak akan berbuat sesuka hati kerana tahu datuk dan nenek tidak akan memarahi mereka.


Sumber dari http://pama.karangkraf.com/famili/agenda-musim-cuti-sekolah-1.99711

06 November 2012

Anak Keras Kepala




Teori Baumrind mengatakan, ada tiga kategori menjadi ibu bapa (parenting style) yang boleh diaplikasikan oleh ibu bapa.
Yang pertama ‘autoritative’. Ibu bapa memberi galakan dan petunjuk kepada anak dalam apa jua perkara yang dilakukan. Ibu bapa memberikan satu garis panduan apa yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat serta mengapa itu dan ini. Ibu bapa dan anak-anak seperti kawan.
Yang kedua, ‘autoritarian’. Ibu bapa mendidik anak menggunakan kekerasan seperti rotan, arahan dan hukuman yang keras. Semua keputusan di tangan ibu bapa. Anak-anak tidak layak bersuara.
Yang ketiga, ‘permissive’. Ibu bapa memberi sepenuh kebebasan kepada anak-anak untuk melakukan apa sahaja. Ibu bapa juga tidak peduli apa yang dilakukan oleh anaknya itu sama ada ia baik atau buruk asalkan tidak mencampuri urusan mereka.
Daripada ketiga-tiga gaya keibu bapaan ini, yang pertama itu adalah lebih baik. Anak menjadi lebih hormat kepada ibu bapanya di samping berkeyakinan dalam hidupnya. Yang kedua mungkin anak menjadi orang yang berjaya tetapi tidak bahagia dalam hidupnya. Yang ketiga, mungkin anak akan berjaya, tetapi lebih banyak yang tidak berjaya dan hidup bergelandangan atau tiada arah tuju dan tidak bahagia juga.
Kekerasan bukan jawapannya (sekali sekala itu boleh). Antara contoh cara menangani sesuatu situasi adalah seperti berikut:-
Ketika memandikan adiknya, katakan sekali “Tengok adik mandi, segarkan...haa..lepas ni abang mandi pulak”. Terangkanlah mengapa perlu mandi. Jadikan juga mandi suatu aktiviti yang  menyeronokkan. Boleh juga sekali sekala mandi bersamanya menunjukkan aktiviti yang menggembirakan.
Mungkin juga kita boleh membuat tawaran seperti “ Kalau tak mandi tak boleh makan” atau “ Lepas makan baru mandi” atau “Lepas mandi baru boleh main atau tengok kartun” atau “Siapa tak mandi mama tak ajak jalan-jalan” atau sebagainya.


Sumber disunting dari majalah PA&MA - http://pama.karangkraf.com/s-j/anak-keras-kepala-1.83711

02 November 2012

Sebaik-baik Lelaki

 
 
Sebaik-Baik Lelaki...YA RASULULLAH

"Sebaik-Baik Lelaki Adalah Yang Paling Baik Dan Lemah Lembut Kepada Isterinya..." Sebahagian kisah Rasulullah SAW Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahu pun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan,sambil tersenyum Baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayyidatina 'Aisyah menceritakan, "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang". Pernah Baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah Baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang entah pun tidak ada kerana Sayyidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayyidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan'). Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah". Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini", tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya. Sebaliknya Baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya.

Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isteri mu?". Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteri ku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia". "Aku tidak bertanya alasan mu", sahut Nabi s.a.w., "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidur mu dan ibu kepada anak-anak mu?". Pernah Baginda bersabda, "Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya". Prihatin, sabar dan tawadhu'nya Baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikit pun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika Baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan Baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh Baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayyidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?". "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar", jawab Rasulullah. "Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...", desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut Baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh Baginda. "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan,kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?", tanya Umar. Lalu Baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabat ku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasul mu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?. Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buat ku, agar umat ku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak". Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikit pun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan Baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH SWT dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah SAW menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahu pun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk Baginda, Baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah Baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayyidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engkau telah di jamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?". Jawab Baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur". Rasulullah s.a.w. bersabda, "SAMPAIKANLAH PESAN KU WALAU PUN SEPOTONG AYAT..".
 
 
 
sumber dari facebook
 
 
 
 

01 November 2012

Amalan Mulia Rumah Tangga



Sukarnya mengekalkan kejujuran dan begitu mudah anda melampiaskan kemarahan kepada pasangan dan anak-anak? Jom kenali diri,  siapa anda dan mengapa perlu mengubah sikap mulai sekarang! 
Ramai orang berkata, pengalaman silam menjadi pengajaran. Tapi, pengalaman ini jugalah yang selalunya menghalang kita untuk merai kejayaan. Pengalaman buruk seperti pernah dikecewakan oleh suami pada masa lalu membuatkan kita langsung tidak percaya padanya walaupun hakikatnya dia sudah berubah. Inilah yang perlu kita sedar. Bebaskan diri daripada belenggu. Berfikirlah secara positif. Bantulah dia untuk berubah dan terus meninggalkan tabiat lama. 

Berfikiran secara terbuka
Harus juga diingat bahawa dalam membuat apa sahaja keputusan dalam rumah tangga, anda mestilah berfikiran secara terbuka. Bukan memihak sebelah pihak sahaja. Jika rumah tangga dilanda krisis, cuba cari jalan penyelesaian terbaik. Ketahuilah bahawa sebagai manusia, kita telah dibekalkan dengan hati yang benar-benar suci. Cuma, kesucian hati itu telah ditutup oleh banyak benda negatif  sehingga kita langsung tidak sedar kewujudannya. Jadi, berusahalah untuk mencari dan menggunakannya dalam mendapatkan keredaan Allah SWT dalam setiap yang kita kerjakan.
Setiap keputusan yang dibuat juga mestilah memikirkan tentang kesan dan akibatnya pada masa akan datang dan bukan sekadar untuk tempoh yang singkat. Diakui, dalam usaha untuk mencari jalan penyelesaian, masing-masing mengeluarkan pendapat yang pastinya memihak kepada diri sendiri. Bagi memastikan pendapat itu lahir dari hati yang suci, jernihkanlah fikiran anda. Belajarlah melihat sesuatu itu dengan lebih dalam dan bukan dari luarannya sahaja.
Apa pun, sebelum semua yang dinyatakan di atas boleh dilaksanakan dengan sempurna, anda perlu sedar diri. Kenal siap diri anda. Ramai tidak sedar betapa kecilnya kita di dunia. Akibatnya, tanpa segan silu sering membangga diri membanding-bandingkan diri dengan orang lain yang sebenarnya sama sahaja seperti anda.
Sejak dilahirkan anda telah ditiupkan roh yang sungguh murni. Penuh dengan sifat-sifat mulia seperti sukakan kedamaian, kecantikan, ketenangan dan banyak lagi. Lantaran itu, sanggupkah anda menidakkannya? Walau apa pun ajaran agama anda, tidak pernah diajar melakukan perkara yang buruk. Jadi, tepuk dada, tanya selera. Jika hati inginkan hanya yang baik, mengapa anda sanggup bertindak sebaliknya. Begitulah juga halnya jika anda inginkan yang baik daripada isteri, lakukanlah yang terbaik untuknya. Kalau anda senang bersamanya, pasti dia senang bersama anda.  
Ketahuilah bahawa ketenangan dalam rumah tangga tidak akan dirasai jika anda tidak berusaha ke arahnya. Oleh itu, berusahalah. Sekiranya wujud sebarang masalah, berbincanglah. Suami dan isteri perlu bekerjasama dan saling berbincang tentang segala hal yang berkaitan dengan urusan rumah tangga. 
Rata-rata, bila ditanya tentang apa yang diinginkan daripada suami atau isteri, maka  ramai tanpa waswas memilih kejujuran pada tangga teratas. Nyata, kejujuran adalah nilai utama dalam kehidupan. Akan tetapi kejujuran semata-mata tidak menjamin keharmonian rumah tangga. Perlu ada 6 lagi sifat mulia yang harus digarap dan diadun bersama agar rumah tangga idaman menjadi kenyataan. Sifat-sifat lain itu ialah bertanggung jawab, berwawasan, berdisiplin, bekerjasama, adil dan prihatin.

7 sifat mulia dalam rumah tangga
1. Jujur
Sama ada anda suami atau isteri, jujur terhadap pasangan sangat penting. Elakkan diri daripada berprasangka buruk terhadap pasangan. Buang jauh-jauh sifat negatif itu dari diri. Apabila hati sudah bersih, anda pasti akan lebih sayang dan cinta padanya.
2. Bertanggung jawab
Kedua-dua belah pihak mesti tahu tanggung jawab masing-masing setelah diijabkabulkan. Sekiranya suami dan isteri menjalankan tugas yang diamanahkan sebaiknya, pasti tidak akan berlaku pertelingkahan. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggung jawabnya memastikan seluruh ahli keluarga dijaga dan dibimbing sebaiknya mengikut jalan yang diredai Allah. Bagi isteri dan anak-anak pula, mereka bertanggungjawab mengikuti segala tunjuk ajar dan perintah suami selagi tidak bertentangan dengan kehendak agama.
3. Berwawasan
Semua pasangan suami isteri haruslah berbincang untuk menetapkan matlamat atau arah tuju keluarga. Matlamatnya haruslah sama agar perjalanan hidup lebih terarah. Dalam pada itu, masing-masing perlu sedar tujuan asal kita diwujudkan dalam dunia ini dan tahu kepada siapa kita akan kembali kelak. Barulah hidup lebih diberkati dan diredai.
4. Disiplin
Untuk memastikan matlamat tercapai, suami isteri malah seisi keluarga haruslah berdisiplin. Melakukan setiap yang disuruh agama dan meninggalkan apa yang dilarang. Ketahuilah bahawa disiplin teras kejayaan sama ada di dunia mahupun akhirat.
5. Bekerjasama
Apa yang penting kerja sama. Sesuatu pekerjaan jika dilakukan bersama-sama, mesti akan jadi lebih mudah. Berat sama dipikul, ringan sama dijunjung.
6. Adil
Tidak kira suami ataupun isteri, anda mestilah sentiasa bersikap adil dengan semua orang agar rumah tangga aman dan damai sepanjang masa. Walau bagaimanapun, anda perlulah memahami tentang konsep adil itu sendiri melaksanakannya. 
7. Prihatin
Rajin-rajinlah mengambil tahu apa yang berlaku di dalam keluarga anda. Selalu bertanya apa yang telah dilakukan mereka setiap hari. Jika ada yang tidak kena, perbetulkan segera. Hal ini penting bagi mengelakkan ahli keluarga anda tersasar jauh dari landasan sepatutnya yang telah ditetapkan oleh anda.

Kewajipan suami
  • Suami ialah ketua keluarga. Oleh itu, suami mestilah menjaga keluarga sebaiknya. Seorang suami mestilah mengawal, membimbing, mencari nafkah, menjaga keselamatan seisi keluarga, dan banyak lagi.
  • Selain menyediakan segala kelengkapan material untuk keluarga, suami juga perlu memastikan jiwa setiap ahli keluarga diisi dengan didikan agama secukupnya. Ketahuilah bahawa didikan agama sangat penting. Oleh itu, sekiranya suami tidak mampu mengajar sendiri, maka carilah orang yang berkelayakan untuk mengajar isteri, anak-anak dan diri sendiri.
  • Dalam hal mendidik ahli keluarga, suami perlulah menggunakan konsep menjadi contoh terbaik, belas kasihan dan berakhlak mulia.

Kewajipan isteri
  • Setiap isteri perlu taat pada suaminya. Segala tindakan tidak boleh membelakangkan suaminya.
  • Isteri juga perlu menjaga kehormatan diri dan nama baik suami ketika keluar rumah.
  • Isteri mestilah sentiasa kemas dan kelihatan menarik di hadapan suaminya dan mampu membahagiakan suami zahir dan batin.

11 amalan mulia dalam keluarga
  1. Sentiasa bersabar dan tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang.
  2. Sentiasa memaafkan orang yang melakukan kesilapan.
  3. Saling tolong-menolong antara satu sama lain.
  4. Bersikap jujur dengan sesiapa sahaja.
  5. Saling sayang-menyayangi.
  6. Boleh bertolak ansur.
  7. Bertanggungjawab dan amanah.
  8. Elakkan diri daripada sifat-sifat negatif.
  9. Sekiranya ada masalah, berbincanglah bersama ahli keluarga.
  10. Mesti bersikap terbuka dan bersedia menerima kritikan.
  11.  Sentiasa senyum.



sumber dari majalah pa&ma - http://pama.karangkraf.com