17 July 2014

Kelebihan Buah Kurma

Assalamualaikum semua.. Memandangkan kita masih berada di dalam bulan Ramadhan.. Saya nak berkongsi mengenai kelebihan buah kurma.. Bukan apa kita time bulan puasa jer nak cari buah kurma..

Tapi di luar bulan yang mulia ni, nak makan buah kurma pun jarang-jarang kan.. Kena plak time tuh kedai-kedai pun tak berapa atau tak de langsung jual buah kurma sepertimana sekarang.. Sekarang ni pegi kedai mana pun ada jual kan..

Okey lah bebel banyak plak kan.. Meh kita jengah kelebihan yang ada pada buah kurma.. Walaupun saiznya kecil, tapi banyak khasiatnya..




Macam mana, berbuka nanti jangan lupa makan buah kurma ye.. Sedap dan berkhasiat gitu..




Sumber kredit dari fb Kevin Zahri

16 July 2014

Amalan di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua.. Dah 18 hari kita menjalani ibadah puasa.. Macam mana dengan anda, masih dengan amalan biasa atau makin bertambah-tambah amalan di bulan yang mulia ini?

Kita akan menginjak ke 1/3 bulan yang terakhir.. Bersediakah kita untuk merebut ganjaran malam Lailatul Qadar? Jika belum, jom mulai malam ini kita perbanyakkan lagi amalan kita..


Amalan yang baik di bulan Ramadhan ini

Amalan 10 hari terakhir bulan Ramadhan





Gambar kredit dari fb Dr Asmadi dan fb Persatuan IKRAM Malaysia..

Tip Kurangkan Gemuk Air

Assalamualaikum semua.. Kembali lagi dengan info yang berguna.. Hari ini nak berkongsi berkaitan gemuk.. Adakah anda gemuk? Gemuk kategori manakah anda? Hai gemuk pun ada kategori jugak ye.. Jika anda gemuk air saya ada tips bagi mengurangkan gemuk air nih..

Meh jengah skit, mana nak tau info nih boleh membantu anda..






Sumber kredit dari fb Kevin Zahri


11 July 2014

Kekal Sihat Dan Cergas Di Bulan Puasa

Assalamualaikum semua.. Dah lebih 1/3 bulan kita berpuasa.. Anda bagaimana? Adakah masih bertenaga untuk menghabiskan puasa lagi 2/3 bulan? Atau semakin hari semakin lemau dibuatnya..

Okeylah, meh kita baca sedikit info yang boleh menambahkan kecergasan anda malah kekal sihat di bulan yang mulia ini..



Apa yang sering terjadi apabila tiba waktu berbuka atau bersahur, kebiasaannya kita akan membeli atau memasak sendiri makanan yang diingini tanpa memikirkan nilai dan khasiat makanan yang diambil. Sebenarnya, kualiti pemakanan perlu dititik beratkan untuk memastikan tubuh kita kembali menerima tenaga yang telah digunakan sepanjang hari. Amalkan pemakanan seimbang untuk memastikan semua sumber yang diperlukan oleh tubuh seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan air diambil dalam jumlah yang sesuai dan mencukupi sepanjang menjalani ibadah berpuasa.

1 Mulakan berbuka dengan kurma. Ia kaya dengan karbohidrat ringkas dan akan terus diserap oleh badan untuk membekalkan tenaga kepada tubuh yang seharian berpuasa. Kurma mempunyai 3.9% serat, 2.5% protein terutama triptofan yang dikatakan boleh menenangkan perasaan, 2.1% zat seperti zat besi, kalsium, vitamin A, vitamin B1, B2, B6 dan B12. Ia adalah makanan rendah lemak dan tinggi serat, baik untuk kesihatan

2 Pulihkan kembali tenaga saat berbuka dengan menikmati hidangan berasaskan karbohidrat yang terdapat dalam makanan manis. Makanan yang mengandungi gula akan dapat mengembalikan secara segera tenaga yang hilang. Sebaiknya segerakan waktu berbuka bila tiba masanya dan jangan di tangguh-tangguh.

3 Kurangkan pengambilan lemak terutama lemak tepu seperti sumber-sumber lemak daripada binatang seperti mentega dan keju kerana lemak jenis ini juga mengandungi aras kolesterol yang tinggi. Semasa menggoreng dan menumis juga anda perlu meminimumkan kuantiti minyak supaya makanan lebih sihat.

4 Lebihkan pengambilan air. Ketika berbuka puasa, disarankan minum jus buah-buahan (tanpa gula) dan elakkanlah daripada minuman yang manis seperti minuman kordial dan minuman berperisa. Minuman yang berkafein seperti kopi tulen juga tidak digalakkan.

5 Kurangkan pengambilan makanan yang masin terutama ketika bersahur. Dikatakan makanan yang masin seperi ikan masin atau pun telur asin jika dimakan ketika sahur boleh menyebabkan anda berasa terlalu dahaga di waktu siang harinya.

6 Kurangkan mengambil makanan yang bergoreng atau berlemak. Makanan jenis ini boleh menyebabkan ketidak hadaman, seterusnya mengalami pedih hulu hati.

7 Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyak minum air putih pada malam hari kerana anda memerlukan tenaga yang banyak pada waktu siang.




Sumber dan gambar kredit dari impiana 

10 July 2014

3 Sebab "Mudah" Kurang Berat Dalam Bulan Puasa?

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah kita telah pun memasuki hari ke-12 berpuasa.. Cepatkan masa berlalu.. Dah 1/3 bulan Ramadhan telah pun kita lalui dengan baik..

Okey, pastinya ada dikalangan kita telah berjaya menurunkan beberapa kilo selama kita berpuasa ni.. Sapa yang dah berjaya menurunkan berat badan di bulan Ramadhan ni, angkat tangan.. Hehehe..




Rupanya ada juga penurunan berat badan nih hanyalah ketika bulan Ramadhan jer.. Bila masuk jer bulan Syawal, ada yang berat badan kembali ke berat asal sebelum berpuasa dan ada yang bertambah-tambah berat badannya.. 

Mana taknya, ada telan macam-macam hidangan yang enak di hari raya.. Raya kan kita masing-masing akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan juga memenuhi undangan rumah terbuka..

Meh kita jengah skit kenapa perkara sebegini berlaku..

1 Defisit Kalori
Jumlah pengambilan kalori bulan puasa tidak cukup untuk memenuhi keperluan tenaga badan @ DCR. Jadi badan terpaksa bakar simpanan lemak badan.. 

2 Kurang Stress
Dengan pelbagai ibadat bulan Ramadhan, badan kurang stress. Ini stabilkan hormon kortisol badan dan kurangkan penyimpanan lemak badan.

3 Gemuk Air
Ini penyumbang paling utama! Ketiadaan glukos dari sahur sehingga maghrib selama sebulan stabilkan hormon insulin badan. Ini memaksa badan untuk "flush" air. Ini konsep popular most "low carb" diets.


Jadi anda rasa bagaimana? 




Sumber dari fb Kevin Zahri..



09 July 2014

Demam Denggi

Assalamualaikum semua.. Sekarang nih banyak betul kes demam denggi.. Banyak juga kematian dicatatkan.. Naik gerun plak dengar statement macam nih..

Hinggakan dicadangkan buat semburan ke atas semua bas ekspress untuk elakkan 'nyamuk aedes tumpang' sama ke destinasi yang lain..

Di sini ada info yang boleh kita perhatikan sekiranya ada tanda-tanda demam denggi pada diri kita atau ahli keluarga kita..



Oleh itu, bagi sesiapa yang mempunyai gejala yang dinyatakan, sila ke klinik kesihatan atau hospital yang berhampiran..




Sumber dari facebook


08 July 2014

Kurma



1 Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?
2 Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

3 Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

4 Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sihat daripada kaviar?

5 Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

6 Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

7 Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?

8 Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

9 Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

10 Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?





Wallahualam








Sumber dari facebook



05 July 2014

Zikir Ramadhan

Assalamualaikum semua.. Memandangkan kita sekarang beradadi dalam bulan Ramadhan, apa kata kita memperbanyakkan amalan kita..

Di sini saya akan sertakan zikir Ramadhan yang boleh kita amalkan di sepanjang bulan yang mulia ini..






Semoga dengan perkongsian ini dapat menambahkan amalan kita pada tahun ini.. Amin..

04 July 2014

8 Tip Diet Mudah Untuk Sahur

Assalamualaikum semua.. Memandangkan sekarang bulan Ramadhan, mungkin ada yang berhajat ingin berdiet..

Tahukah anda bahawa cara diet anda berkesan atau tidak? Di sini saya ada beberapa tips yang boleh anda amalkan untuk menjayakan diet anda..





Sumber kredit dari Kevin Zahri..

02 July 2014

Cuka : Hapus Bakteria di Rumah

Assalamualaikum semua.. Jom baca info lagi yang mana mampu menjimatkan wang kita.. Malah boleh lakukan sendiri di rumah..




Pengunaan cuka bukan sahaja dalam di dalam makanan, malah ia merupakan agen pencuci yang sangat baik. Cuka mampu menghapuskan bakteria dan kuman yang berada dalam kediaman anda terutamanya zon tertentu seperti ruang dapur dan bilik air.


Cuka dapat menghapuskan 99 peratus bakteria dan turut berfungsi sebagai antibiotik yang nyah kuman. Isikan botol penyembur dengan air dan lima peratus cuka, seterusnya gunakan sebagai agen nyah kuman. Semburkan di sudut dapur, papan pemotong, bilik air dan sebagainya. Biarkan semburan tadi tanpa dibilas agar kehadiran bakteria dan kuman boleh di hapuskan.

Tak sangka kan cuka nih banyak kegunaannya.. bukan saja digunakan untuk memasak, malah untuk kegunaan harian.. Jom kita cuba..





Sumber dan gambar kredit dari impiana