28 June 2013

Keburukan Tidur Lewat Dan Bangun Lambat

 


Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Punca utama kerosakan hati adalah:

- Terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama

- Tidak buang air kecil di pagi hari.

- Terlalu banyak makan.

- Tidak mengambil sarapan.

- Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.

- Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.

- Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.

- Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.

Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kerana

Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:

Malam (9pm – 11pm):Adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am):Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am – 3am):Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am – 5am):Proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am – 7am):Proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am – 9am):Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.




 
 
 
 
 
 

27 June 2013

Tahi Telinga Anak Keras

 
 
 
Tentu anda pernah berhadapan dengan situasi di mana anak menangis apabila dibersihkan tahi telinganya. Ada orang kata ia disebabkan tahi telinga keras seperti berhabuk.
 
Biarpun sudah dibawa berjumpa doktor dan dibekalkan ubat untuk mencairkan tahi telinga, masalah itu masih juga tidak selesai. Pastinya anda sebagai ibu bapa bimbang keadaan ini akan memberi kesan sampingan sekiranya kerap menggunakan ubat untuk memcairkan tahi telinga itu.
 
Menurut Pakar Pediatrik DEMC Medical Centre, Dr Roliza Ibrahim, telinga kanak-kanak tidak boleh dibersihkan terlalu kerap kerana ini sebenarnya boleh menyebabkan telinga dijangkiti kuman. Telinga hanya perlu dibersihkan sekali setiap satu atau dua minggu. Ini kerana tahi telinga selalunya akan mengalir keluar dan kita hanya perlu mencuci di luar sahaja.
 
Namun begitu, sesetengah kanak-kanak akan mengalami tahi telinga keras di mana tahi telinga susah untuk mengalir keluar.
 
Untuk mengatasi masalah ini, ubat selalunya digunakan untuk mencairkan tahi telinga supaya ia lebih mudah dicuci kerana tahi telinga yang keras tidak boleh dan susah untuk dikorek. Penggunaan ubat ini secara berpanjangan selalunya tidak akan mengundang masalah.
 
Namun jika tahi telinga tersebut masih tidak boleh keluar walaupun dengan penggunaan ubat, disarankan ibu bapa membawa anak berjumpa doktor supaya tahi telinga tersebut boleh disedut keluar.
 
Tahi telinga keras yang dibiarkan boleh menyebabkan telinga terasa sakit atau pendengaran agak kurang dan ia juga boleh mengundang jangkitan kuman.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

26 June 2013

Suami Jadi Suri Rumah

Assalamualaikum.. Entry yang akan saya paparkan ini mungkin ada yang sedang mengalaminya, telah mengalaminya atau ada di antara ahli keluarga atau sahabat handai yang mengalaminya.. Mungkin pada masa dulu tugas sebagai suri rumah terletak pada bahu isteri.. Tetapi sebaliknya berlaku sejak akhir-akhir ini disebabkan beberapa perkara.. Apapun mari kita baca artikel yang berkaitan, kerana perkara ini ada kebaikan dan keburukannya..



Kehidupan masa kini menyaksikan terdapat segelintir golongan suami yang sukarela menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Bukan tidak pernah berkerjaya tetapi atas desakan dan masalah yang tertentu, mereka terpaksa berkorban demi keluarga. Isteri pula menggalas tugas sebaliknya. Mencari nafkah untuk perbelanjaan sehari-hari.

Walaupun sejak kebelakangan ini wanita yang berpangkat tinggi bukanlah sesuatu yang perlu dipertikaikan lagi tetapi agak janggal apabila ada ‘bisik-bisik’ yang mengatakan suami pula yang dipertanggungjawabkan melayan isteri tatkala pulang dari pejabat. Membancuh air dan melakukan beberapa perkara yang menjadi kelaziman isteri membuatnya. Siapakah yang harus dipersalahkan apabila berlakunya senario sebegini?

Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Lelaki itu adalah pemimpin bagi perempuan sebab Allah melebihkan setengah mereka dari yang lain dan kerna mereka (lelaki) memberi belanja dari hartanya (untuk perempuan).” (Surah An-Nisa’ ayat 34).

Punca suami jadi suri rumah tangga
Dalam pada itu ada tiga punca yang dikenal pasti mengapa suami selesa untuk menjadi suri rumah tangga.

Sesuai dengan karakter
Sesetengah suami sudah diajar untuk melakukan sendiri kerja rumah tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Jadi, setelah berumah tangga, mereka masih terikut-ikut dengan cara tersebut. Setakat memasak, mengemas dan membersihkan rumah bukanlah sesuatu yang menyusahkan dan kerana itulah mereka rela untuk ‘bekerja’ di rumah.

Kurang mahir
Ada yang berpandangan, berbanding suami, isteri lebih mahir dan komited ketika bekerja. Malah tempoh menyiapkan satu-satu tugasan juga lebih cepat dan lengkap. Disebabkan itulah suami mengambil keputusan memberi peluang kepada isteri untuk mengembangkan kemahirannya disebabkan kredibiliti yang tinggi. Dalam masa yang sama, kos mengasuh anak juga dapat dijimatkan apabila suami yang melakukannya.

Hasil perbincangan
Sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mengurus keluarga, rata-rata dari mereka telah pun berbincang dengan teliti mengenai masalah ini. Berkemungkinan besar pendapatan isteri lebih banyak berbanding suami.

Adalah menjadi satu kerugian apabila isteri meletak jawatan kerana tidak mustahil banyak perbelanjaan yang akan terjejas. Oleh kerana itulah, suami terpaksa mengalah dan mungkin melakukan kerja dari rumah di samping mengurus rumah tangga sepenuhnya.


Lelaki perlu cari rezeki

Dalam pada itu ada juga lelaki yang memilih untuk duduk di rumah kerana tiada pekerjaan dan sengaja mengambil kesempatan di atas kebaikan isteri serta pendapatannya yang tinggi.
Hal seperti ini seharusnya tidak terjadi kerana umum mengetahui bahawa wanita tidak sekuat lelaki. Seharusnya bab mencari nafkah dilakukan oleh suami sendiri malah ada sebab kuat mengharuskan suami keluar mencari rezeki

Maruah
Sebagai lelaki yang digelar ketua keluarga, segala tanggungjawab tergantung di bahunya. Baik dari sekecil-kecil hal hinggalah perkara yang memeningkan kepala. Suami perlu ingat, mencari nafkah buat keluarga adalah maruahnya. Tak kiralah banyak atau sedikit kerana yang diukur adalah usaha dan sejauh mana kesungguhan suami berkenaan untuk memenuhi keperluan isteri dan anak-anak semampunya.

Mudah diarah
Suami yang mengharapkan pemberian isteri sepenuhnya adalah mereka yang terdiri dari golongan yang menerima dan boleh diarah-arah. Apa tidaknya, keperluan serta kelengkapan rumah semuanya isteri sediakan jadi sudah semestinya terbit perasaan ego di hati isteri untuk mengawal rumah tangga. Suami pula tidak boleh berkata apa kerana terhutang budi dengan apa yang telah diberi. Jadi semestinyalah mereka bersedia untuk menerima dan melaksanakan arahan yang diperintah.

Biasakan memberi dari menerima
Sebagai nakhoda, mereka sepatutnya menjadi pemberi, bukannya penerima. Sesuai sangatlah dengan jawatan pentadbir keluarga. Namun ada sesetengah keadaan yang membuatkan suami dibolehkan menjadi penerima seperti, kurang upaya, terdesak dan macam-macam lagi. Pemberian yang dimaksudkan biarlah seperti mengukur baju di badan sendiri. Semampunya tanpa membebankan hati dan perasaan kerana suami yang selesa dan bersenang-lenang di rumah adalah individu yang tidak bertanggungjawab sekali gus menyalahi hukum syarak.

Apabila suami melakukan kerja-kerja isteri sepenuhnya secara tidak langsung membentuk satu situasi yang kurang selesa. Jika membantu meringankan tugas-tugas isteri di rumah tidak mengapa tetapi janganlah sampai mengambil alih secara total. Benar, Islam tidak melarang wanita untuk keluar bekerja tetapi bekerja yang dimaksudkan bukanlah untuk menanggung sepenuhnya keperluan keluarga.


Syarat jika isteri keluar bekerja

Dalam hal isteri keluar bekerja menyara keluarga ada perkara yang harus dipatuhi oleh mereka. Antara syaratnya ialah :

Mendapat keizinan
Para isteri perlu mendapat lampu hijau sebelum membuat keputusan untuk keluar bekerja. Sekiranya suami tidak mengizinkan maka isteri tidak boleh keluar begitu sahaja meskipun niatnya untuk membantu suami.

Pekerjaan yang halal
Pastikan kerja yang ingin dilakukan itu halal dan tidak menjurus kepada maksiat. Sebagai isteri, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga maruah suami dan mereka perlu tahu batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak merangkumi pergaulan dengan lelaki yang bukan muhrim dan lain-lain lagi.

Niat
Pasti ramai yang mengetahui, setiap kali memulakan perkara baru perlulah disusuli dengan niat yang baik. Secara tidak langsung, ia menjadi doa agar pekerjaan yang dilakukan mudah dan diberkati.
Niat membantu suami adalah sesuatu yang harus dipuji tetapi apabila ia menyimpang ke arah lain maka cepat-cepatlah kembali ke landasan yang telah ditetapkan. Jangan sekali-sekali khianati kepercayaan yang suami berikan dek kerana dipengaruhi rasa seronok berada di luar perhatian.


Gugat kerukunan rumah tangga

Seperti yang dikatakan tadi, situasi yang berlaku ini juga mengundang beberapa perkara buruk. Sekiranya tidak ditangani segera, tidak mustahil ia mampu mengganggu-gugat kerukunan sesebuah rumah tangga. Antara risiko yang harus ditempuhi ialah :

Besar kepala
Isteri yang biasa memberi akan berasa dirinya lebih tinggi dan perlu dihormati. Di peringkat awal, mungkin tidak banyak masalah tetapi lama-kelamaan ego sebagai seorang ketua pasti ada. Pantang silap sedikit, ada sahaja kata-kata kesat yang akan keluar dari mulutnya tanpa mengira suami atau siapa sahaja.

Anak keliru
Apabila isteri yang mengeluarkan belanja maka anak-anak pun akan keliru dengan apa yang berlaku. Mana tidaknya, jika dilihat keluarga lain, bapa bertanggungjawab menyediakan belanja sementara ibu duduk di rumah mengurus rumah tangga. Dalam hal ini, anak-anak pasti tertanya-tanya siapa yang harus lebih dihormati sama ada ibu atau ayah.

Ambil kesempatan
Setelah lama duduk di rumah, tidak mustahil ada segelintir suami yang mengambil kesempatan untuk lari dari memberi nafkah. Usah begitu kerana apa juga yang berlaku, nafkah adalah satu tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Di rumah pun boleh tambah pendapatan sekiranya suami kreatif dan berfikir tentang amanah yang tersandang di bahunya. Di dunia mungkin tak berasa apa tetapi di akhirat nanti, jawablah dengan Yang Maha Pencipta.

25 June 2013

6 Tumbuhan Penawar




Orang dulu-dulu terlebih dahulu mengamalkan penggunaan herba dalam kehidupan seharian. Menggunakan sireh bagi menyejukkan badan, daun bambu untuk menghilangkan gatal-gatal serta mengamalkan ulam-ulaman bagi mengekalkan awet muda. Tetapi, tahukah anda tumbuhan herba semakin susut bilangannya kini, melainkan ditanam di halaman rumah. Jadi, apakata pembaca teruskan amalan penanaman tumbuhan herba supaya tradisi turun menurun yang menyihatkan ini berkekalan dismaping dapat mengelakkan penggunaan ubat-ubatan. Antara tumbuhan herba yang boleh dijadikan hiasan adalah seperti berikut:

  • Hibiscus rosa-sinensis (Bunga raya)

Kulit dahan bunga raya putih baik untukpengaliran kitaran haid dan merawat bronchitis. Manakala daunnya dijadikan tuam atau direbus untuk merawat sakit kepala, demam dan batuk.

 
  • Lantana camara (Bunga Tahi Ayam)

Daunnya ditumbuk lumat hingga menjadi pes digunakan untuk merawat luka, ulser dan bengkak. Air rebusan akarnya pula baik untuk merawat sakit gigi, radang dan gonorea.
 
 
  • Psidium guajava (Jambu Batu)

Daun jambu batu baik untuk merwat batu dan juga cirit birit manakal jusnya berkhasiat untuk menyembuhkan demam denggi berdarah.


  • Citrus microcarpa (Limau kasturi)

Perahan jus daripada buah limau kasturi dicampurkan dengan madu lebah mampu mengurankan lelah jika di ambil seminggu sekali. Aroma buahnya juga mampu meredakan sakit kepala dan menghilangkan masalah bau badan.
 
  • Murayya keonigi (Daun Kari)

Untuk mengilatkan rambut, keringkan daun kari kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk. Amalkan meminum bancuhan serbuk daun kari ini selama sebulan dan rambut akan menjadi bertambah bersinar. Manakala, jus daunnya dicampur dengan jus limau nipis dan gula dapat mengurangkan mabuk hamil, menyingkirkan lemak, mengatasi masalah gigi dan tulang kanak-kanak serta mencegah penyakit kencing manis.


  • Piper sarmentosum (Daun Kaduk)

Daun direbus untuk mengurangkan demam malaria, radang otot dan sendi, batuk, selsema dan disapu pada badan bagi menghilangkan sakit-sakit badan. Selain direbus, daunnya juga

boleh ditumbuk lumat dan diletakkan dikepala bagi merawat sakit kepala. Selain digunakan secara luaran, daun kaduk boleh dimakan bersama hal;ia bagi mengurangkan sakit gigi.





Sumber dari http://www.karangkraf.com/6-tumbuhan-penawar-1.172403

24 June 2013

10 Panduan Tangani Morning Sickness

Assalamualaikum semua.. Ada yang baru disahkan hamil??? Mengalami alahan atau morning sickness??? Selalunya ia dikaitkan ketika trimester pertama.. Tapi ada yang berlarutan lebih dari trimester kedua dan ketiga.. Maknanya ada yang hampir sepanjang mengandung mengalami morning sickness.. Bagi yang tidak mengalami masalah ini alhamdulillah..
 
Bagi yang mengalaminya ada sedikit panduan yang terbaca baru-baru nih dalam web majalah Pa & Ma.. Majalah atau laman web Pa & Ma nih memang amat sesuai bagi ibu-ibu baru yang mengandung dan juga keluarga yang mempunyai anak kecil.. Banyak info yang berguna boleh didapati di dalam laman web ini boleh dijadikan sebagai panduan kita..
 

 
 
 
Alahan yang melanda wanita hamil di awal usia kehamilan dikenali sebagai morning sickness. Bagaimanapun tidak bermakna alahan ini hanya datang pada waktu pagi sahaja.
 

Ada juga wanita yang mengalami morning sickness pada waktu malam bahkan ada juga yang terpaksa melaluinya sepanjang hari. Biasanya mabuk mengandung ini akan berakhir sebaik bakal ibu masuk ke usia trimester kedua.
 

Tetapi jangan terkejut kerana ada juga wanita hamil yang terpaksa menanggungnya sehingga ke saat melahirkan bayi. Pakar perubatan masih belum dapat mengenal pasti penyebab sebenar masalah ini.
 

Namun kebanyakan mengaitkan morning sickness dengan perubahan hormon estrogen yang meningkatkan fungsi deria bau sekali gus menimbulkan rasa mual dan loya.
 

Bagi mengatasi ketidakselesaan yang dialami, ikuti panduan berikut yang mungkin sedikit sebanyak membantu anda.
 

Langkah 1

Sekiranya mengalami morning sickness sebaik bangun daripada tidur, jangan terburu-buru untuk bangun. Cuba duduk terlebih dahulu kemudian bangun dan berdiri. Sediakan biskut rangup berhampiran tempat tidur kerana memakan biskut rangup membantu mengurangkan rasa loya.
 

Langkah 2

Setiap wanita hamil perlukan tambahan 300-500 kalori sehari. Bagi memenuhi keperluan ini, digalakkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Mengambil makanan yang banyak dalam satu hidangan hanya membuatkan anda mual.
 

Langkah 3

Elakkan makanan yang menimbulkan loya seperti berempah, berlemak, berminyak, pedas dan tinggi kandungan asid.
 

Langkah 4

Peppermintatau halia membantu mengurangkan morning sickness. Nikmati teh peppermint atau halia bahkan boleh mencuba biskut berasakan perasa itu. Ia meninggalkan kesan melegakan ke atas perut anda.
 

Langkah 5

Minum air dalam jumlah yang mencukupi bagi menghindarkan dehidrasi akibat terlalu kerap muntah. Elakkan minuman berkafein atau berkarbonat.
 

Langkah 6

Makan makanan tinggi protein sebelum tidur. Ia membantu meningkatkan paras gula dalam darah dan mengatasi rasa mual.
 

Langkah 7

Elakkan daripada amalkan dan minum secara serentak. Makanan dan minuman yang bercampur di dalam perut secara tidak langsung meningkatkan rasa loya.
 

Langkah 8

Rehat seketika! Tenaga yang dicas semula ketika berehat dapat melegakan rasa loya yang dialami. Stres hanya akan menambahkan masalah loya yang dirasai.
 

Langkah 9

Vitamin B6 sangat efektif untuk mengurangkan rasa mual. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di barat mendapati wanita yang mengambil multivitamin khusus untuk wanita hamil sebelum mengandung boleh mengurangkan simptom morning sickness daripada lebih teruk.
 

Langkah 10

Kadang kala bau masakan boleh menyebabkan rasa loya. Jadi semasa memasak pastikan pengudaraan di kawasan dapur adalah baik bagi mengelakkan rasa loya dan mual.
 
 
 
 
 
 
 
 

21 June 2013

Khasiat Daun Sirih

Assalamualaikum semua.. Daun sirih mempunyai banyak khasiatnya.. Tapi kebanyakan di kalangan kita sekarang kurang mengetahui khasiat yang tersirat di sebalik daun sirih ini.. Daun ini sekarang kita hanya gunakan adat di dalam meminang, pertunangan ataupun perkahwinan.. Malah pokok ini pun semakin jarang dijumpai berbanding zaman dulu semasa nenek moyang kita masih mengamalkan memakan sirih.. Di kampung-kampung ada yang masih menanam pokok ini, dan tak kurang juga yang telah membuangnya kerana terlalu banyak tumbuh menjalar..
 
Ok la ingat nak mukadimah pendek2 jer.. Tak sangka plak dah panjang menjela karangan bahasa melayu nih.. Hahaha.. Apapun aku pernah menggunakan daun ini untuk mengubati perut anakku yang kembung dan mengubati masalah keputihan.. Memang berkesan.. Ermm memang bila rebus daun ni, baunya agak kuat.. Tapi berkesan bila menggunakannya.. Mana la nak cari daun sirih lagi nih???



Perubatan tradisional banyak menggunakan daun sirih untuk meredakan kesakitan. Daun sirih mengandungi eugenol yang bersifat antifungal. Ia berfungsi untuk menghalang perkembangan yis dari Candida albicans.
 

Daun sirih juga mengandungi antiseptik yang berperanan membunuh bakteria. Sifat antiseptiknya lima kali lebih efektif. Antara manfaat daun sirih termasuk seperti di bawah:
 

1      Bayi kembung perut

Gunakan daun sirih yang dilayur di atas tudung periuk dan di sapu sedikit dengan minyak kelapa .Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi terutama bayi lelaki yang selalu diserang angin pasang.
 

2      Masalah keputihan

Rebus 10 helai daun sirih yang telah dicuci bersih dalam 2.5 liter air. Gunakan air rebusan yang masih hangat tersebut untuk mencuci vagina.
 

3      Ditumbuhi bisul

Ambil daun sirih secukupnya dan cuci bersih. Setelah itu giling sampai halus dan disapukan pada bisul dan sekelilingnya. Balut dan ganti dua kali sehari.
 

4      Bronkitis

Rebus tujuh helai daun sirih yang telah dicuci bersih bersama sepotong gula batu dalam dua gelas air bersih. Tunggu sehingga rebusan menjadi satu gelas. Minum tiga kali sehari masing-masing sepertiga gelas.
 

5      Batuk

Siapkan 15 helai daun sirih dan tiga gelas air. Cuci bersih daun tersebut dan rebus sampai menjadi tiga perempat bahagian. Minum bersama madu.
 
6      Kurangkan bengkak susu

Ambil beberapa helai daun sirih, cuci bersih dan sapu dengan minyak kelapa. Kemudian hangatkan di atas api sampai layu. Tampalkan di sekitar payu dara yang bengkak selagi daun masih hangat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

20 June 2013

Resepi Aiskrim Coklat Oreo

Assalamualaikum semua.. Sedapnya kalau time panas-panas macam nih dapat makan aiskrim.. Bukan saja kanak-kanak malah kita yang dewasa nih pun suka makan aiskrim time-time macam ni..

Ermm kanak-kanak memang gemarkan aiskrim lebih-lebih lagi dalam cuaca panas. Tapi ada kalanya terlalu banyak makan aiskrim boleh menyebabkan mereka batuk dan selesema.
 
Apa kata kali ini kita buat sendiri aiskrim. Tentu lebih istimewa dan dapat dinikmati seisi keluarga. Apa kata petang nih kita try makan aiskrim coklat oreo sebagai hidangan petang.. Kat bawah nih ada resepi yang mudah dan ringkas untuk dinikmati sekeluarga..
 


 
 
Bahan-bahan

2 ½ cawan susu penuh krim coklat

2 ½ cawan serbuk krim coffeemate

1 paket kecil biskut oreo

Cara membuatnya

1. Masukkan susu coklat dan serbuk krim ke dalam pengisar dan kisar sehingga lima minit.

2. Masukkan dua hingga tiga keping biskut oreo (dengan krimnya sekali) dan kisar lagi hingga sebati.

3. Masukkan adunan dalam bekas dan sejukkan dalam bahagian dingin beku lebih kurang dua jam atau sebelum membeku.

4. Keluarkan sekali lagi, patah-patahkan biskut selebihnya dan campurkan ke dalam aiskrim dan tabur sedikit untuk topping.

5. Masukkan ke dalam peti sejuk beku semalaman. Sedia untuk dihidang.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

19 June 2013

10 Tips To Cut Wastage

 


Assalamualaikum semua.. Kita mesti pernah membazir terutamanya makanan yang dimasak atau pun yang dibeli.. Untuk makanan yang belum dimasak tidak menjadi masalah besar sangat..

Kekadang pembaziran makanan ini kerap terjadi terutamanya bulan Ramadhan.. Nafsu membeli makanan lebih dari apa yang kita mampu makan.. Mana taknya, ada ja makanan yang terasa nak makan musim macam tu kan.. Kena plak time lain susah nak jumpa ka apa, betul tak..

Sudah la membebel banyak plak mukadimah nih.. Jom baca, sori dalam english ni pun cilok dari paper The Star.. Boleh diamalkan.. Kalau berkesempatan akan ditranslatekan ke bahasa melayu..

1 Make a list
Plan your meals for the week. Check for available ingredients in your fridge and pantry, then write a shopping list for the extras you need. With a list, you'll be less tempted by offers and impulse purchases.

2 Practise FIFO -first in first out
Rummage through your fridge and larded regularly lest you forget what you have. Put older products at the front of shelves and new ones at the back. This way, you're more likely to use up the older stuff before expire.

3 Read and make labels
When grocery-shopping, check labels for expiry dates. At home, label perishables or leftovers with "eat by" stickers.

4 Practise portion control
Cook the right amounts and serve small portions. The hungry ones can always go for seconds. If you're a small eater, request for smaller portions at restaurants. Go to lovefoodhatewaste.com for a guide on portion planning.

5 Love your leftovers
Get creative with leftovers. Meats can dress up salads or casseroles. Vegetables can bulk up soups. Turn stale bread into tasty bread pudding. Blend softened friuts into smoothies. And, almost anything can go into the quintessential nasi goreng.

6 Fill the freezer
How many times have you had to discard mouldy cheese, bread or tomato paste? For easily spoilt food, one trick is to divide them into smaller portions for freezing. For tips on proper food storage, go to foodwastenetwork.org.uk.

7 Buy funny fruits
Many fruits and vegetables are thrown out because their size, shape or colour are not "right" and do not meet commercial specifications. Buying such items, which ight include odd-shaped capsicums or miniature cucumbers, utilizes food that might otherwise go to waste.

8 Dine together
When household members eat at different times and food has to be put aside for the late-diners, there is tendency for some to go uneaten.

9 Ask for a doggie bag
In this era of tree-hugging, it is completely acceptable to ta pau or bungkus your uneaten food at the restaurant.

10 Feed your compost or worms
When leftovers are unavoidable, don't throw them into the bin but into a compost heap or worm farm. This will transform your waste into nutritious food for your garden.






Sumber disunting dari akhbar The Star


18 June 2013

Menu Untuk Anak Yang Sakit

Assalamualaikum semua.. Bagi yang mempunyai anak kecil pastinya pernah melalui keadaan di mana anak tidak sihat.. Kalau anak kecil ada 2-3 orang maunya berjangkit-jangkit terutamanya demam dan selesema..

Ketika anak kecil sedang sakit nih, macam-macam masalah yang kita lalui terutamanya anak tak berselera nak menjamah makanan.. Yelah jika anak kecil tak berselera untuk makan, macam mana nak suapkan ubat untuk mereka kan??? Apapun di bawah ini ada beberapa info yang boleh dijadikan panduan dalam mencari menu yang sesuai ketika mereka sakit..


 
Anak yang tidak sihat biasanya kurang selera menjamah makanan. Janganlah paksa mereka tetapi usah juga biarkan mereka langsung tidak makan. Carilah menu yang sesuai dan dapat terus membekalkan nutrien kepada mereka.
 
Demam
*Anak yang demam selalunya tidak lapar. Jangan paksa mereka makan sebaliknya pastikan minum banyak air kerana ketika ini tubuhnya kehilangan banyak cecair.
 
*Segera bawa anak berjumpa doktor jika suhu badan terlalu tinggi, terlalu banyak tidur dan tidak membuang air seperti biasa.
 
 
Selesema
*Anak yang dijangkiti selesema perlu minum banyak air. Berilah mereka minum air masak, jus buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
 
*Sementara makanan yang sesuai untuk mereka pula adalah sup, dadih dan jika keadaan mereka bertambah baik, anda boleh memberi mereka susu.
 
 
Sakit tekak
*Apabila diserang sakit tekak, kanak-kanak biasanya suka makanan suam dan ada yang suka makanan sejuk.
 
*Bagi yang suka makanan suam, berilah mereka sup pasta dengan roti putih bersama minuman coklat suam atau jus epal suam.
 
*Bagi yang berselera makanan sejuk pula, hidangkan makanan seperti dadih, pisang lecek bersama aiskrim, susu kocak (milk shake) dan jus buah-buahan.
 
 
Muntah-muntah
*Jangan beri sebarang makanan atau minuman kepada anak yang diserang muntah sehingga perutnya selesa.
 
*Kira-kira satu jam selepas muntah, berikan anak sedikit air untuk membasahkan tekaknya.
 
*Beberapa jam kemudian, berikan lagi air kepadanya dalam kuantiti yang lebih daripada sebelumnya (jika dia tidak lagi muntah).
 
*Selepas keadaan pulih, berikan anak makanan yang lembut seperti bubur nasi, sup ayam dan sup kentang bersama lobak merah.
 
 
Cirit-birit
*Tahukah anda bahawa mereka yang mengalami cirit-birit telah kehilangan banyak cecair dalam badan. Oleh itu, air yang hilang perlu diganti segera.
 
*Sekiranya anak membuang air besar lebih daripada sekali dalam tempoh tiga jam, beri dia minum larutan Garam Rehidrasi Oral (ORS) untuk menggantikan cecair dan garam yang hilang dari tubuh.
 
*Sebaiknya beri anak ½ hingga 1 cawan larutan ORS setiap jam dalam tempoh 24 jam sehingga cirit-biritnya reda.
 
*Anak akan hanya berselera makan apabila dia sudah rasa selesa. Ketika itu berilah dia makan makanan yang berkhasiat. Elakkan daripada memberinya minum susu, jus epal dan makanan yang tinggi kandungan garam atau gula untuk tempoh sehari dua.
 
 

 
 
 
 
 
 
 

14 June 2013

Ringankan Beban Isteri Hamil

Assalamualaikum.. Ari ni citer pasal orang pregnant.. Yelah orang mengandung nih kekadang emosional skit.. Mana taknya dengan perubahan diri dan pembawakan budak la orang tua-tua cakap.. Jadi para suami atau bakal bapa di luar sana, cubalah prihatin dengan isteri dan bakal ibu kepada zuriatmu.. Bukan mudah bagi seorang perempuan, isteri dan bakal ibu melalui keadaan ini.. Oleh itu para suami di luar sana prihatinlah kepada isterimu..

Ok la saya tak mau berceloteh banyak-banyak kat sini, meh baca info yang para suami di luar sana boleh praktikkan kepada isteri yang sedang mengandung.. Apa salahnya mengambil hati isteri sendiri.. Kan dia sedang mengandungkan zuriatmu jua.. Sekurang-kurangnya rasa beban di saat mengandung ini sedikit terubat dengan keprihatinan para suami.. Para isteri akan terasa dirinya dihargai.. Jangan anggap ianya beban bagi anda.. Hargai isteri anda sebaiknya..


 
Ketika hamil, isteri mengalami perubahan emosi dan fizikal. Sudah tentu ketika ini perasaan sudah tidak sama seperti sebelum hamil. Sokongan daripada suami tercinta amat penting ketika ini.

Suami pula janganlah tidak sensitif dengan situasi isteri yang sedang menyesuaikan diri dengan perubahan hormon yang barlaku dalam badannya. Mungkin bagi yang baru pertama kali hendak bergelar bapa, sedikit panik dengan perubahan tersebut tetapi dengan bertanya dan mencari maklumat sekurang-kurangnya ia dapat membantu.

Berikut antara perkara yang boleh dilakukan oleh suami untuk meringankan bebanan isteri yang sedang hamil.

1 Luangkan masa bersama isteri
Kadang kala perhatian dan sentuhan daripada suami sudah cukup menenangkan emosi isteri yang serba tidak kena. Bulan-bulan pertama kehamilan memang cukup merimaskan bag sesetengah bakal ibu. Dengan sentiasa berada di sisi isteri, ia sudah cukup mengurangkan bebanan yang ditanggung.

2 Penuhi keinginan isteri
Kita sedia maklum, wanita di awal kehamilan biasanya mengidam makan bermacam-macam-macam makanan. Suami janganlah menempelak keinginan isteri sebaiknya cuba penuhi keinginan tersebut. Pastikan juga isteri menjamah makanan yang berkhasiat.

3 Fahami situasi isteri
Wanita hamil perlu membawa bebanan perut yang semakin membesar. Justeru pergerakan mereka menjadi perlahan daripada biasa. Jika keluar bersiar-siar dengan isteri, cuba fahami keadaan tersebut. Janganlah memarahi isteri kerana berjalan perlahan sebaliknya suami perlu mengikut rentak isteri yang berjalan perlahan.

4 Ringan tulang
Apa kata suami belajar menjadi ringan tulang dengan kerja-kerja rumah. Apabila melihat kain baju belum berbasuh atau berlipat atau rumah agak bersepah, terus kemaskan ia tanpa perlu membebel atau bertanyakan isteri mengapa tidak mengemasnya.

5 Belajar perubahan isteri
Wanita hamil akan mengalami perubahan emosi yang sukar dijangka. Marah, merajuk atau terlalu sensitif akan mengiringi mereka sepanjang kehamilan. Suami perlulah bersedia dengan situasi ini.

6 Siapkan hidangan makan
Jika selama ini semua tugas menyiapkan hidangan makan dilakukan oleh isteri, apa salahnya ketika isteri sedang ‘mabuk’ mengandung, suami pula yang mengambil alih. Legalah sikit isteri yang sedang ‘berperang’ dengan ketidakselesaan itu.

7 Bantu jaga anak lain
Jika isteri hamil anak kedua atau seterusnya, tentu sahaja perhatian kepada anak-anak lain akan berkurangan seketika ekoran alahan yang teruk. Justeru, suami ambillah kesempatan untuk melayani kerenah anak. Sekurang-kurangnya anda akan bertambah cekap menguruskan keperluan anak.

8 Bawa isteri bersiar-siar
Sekiranya ada waktu, bawalah isteri keluar menghirup udara segar. Mungkin suasana yang berbeza daripada rumah dapat mengurangkan rasa tidak selesa yang sedang dialami.

9 Jangan berkira
Kadang kala ada isteri yang mengandung suka dimanjakan oleh suami. Bukan mengada-ngada tetapi perubahan hormon yang mendorong perasan tersebut. Apa salahnya suami melayan kerenah isteri yang sedang hamilkan zuriat anda. Misalnya buatkan isteri segelas susu sebelum tidur, suapkan makanan ke mulutnya dan sediakan ubat yang perlu dimakan. Tentu kasih sayang anda semakin erat.






 
 
 

13 June 2013

Homemade Playdough

Assalamualaikum semua.. Tak sangka plak kan yang playdoh mainan budak-budak tuh boleh dibuat sendiri.. Caranya pun mudah dan senang untuk dibuat, macam nak buat kek plak.. Menarik jer tengok playdoh yang beraneka warna nih.. Sori la saya dapat pun dalam english.. Meh kita translate kan ke bahasa malaysia..
 
 


♥♥♥ HOMEMADE PLAYDOUGH ♥♥♥

Ingredients:
1 cup flour
1 cup water
2 teaspoon cream of tartar
1/3 cup salt
1 tablespoon vegetable oil
food coloring

Instructions:
Mix together all the ingredients, except the food coloring, in a 2 quart saucepan. Cook over low/medium heat, stirring. Once it begins to thicken, add the food coloring. Continue stirring until the mixture is much thicker and begins to gather around the spoon.

Remove the dough onto wax paper or a plate to cool




Meh kita translate kan.. Boleh faham kan..


♥♥♥ PLAYDOH BUATAN SENDIRI ♥♥♥

Bahan-bahan:-

1 cawan tepung
1 cawan air
2 sudu teh krim tartar
1/3 cawan garam
1 sudu besar minyak sayuran
pewarna makanan



Cara-cara:-

Kacau semua bahan-bahan kecuali pewarna makanan, dalam periuk 2 liter. Masak dengan api kecil / sederhana, kacau bahan-bahan tersebut. Apabila ia mula menebal, tambah pewarna makanan. Teruskan kacau sehingga campuran adalah lebih tebal dan mula berkumpul di sekitar sudu.

Keluarkan doh ke atas kertas lilin atau plat sejuk.






 
Sumber disunting dari http://www.facebook.com/learningpetals



12 June 2013

Hidangan Menarik Untuk Anak

Assalamualaikum semua.. Kali nih nak berkongsi info yang berguna bagi ibu dan bapa yang mempunyai anak-anak yang sukar untuk menjmah makanan.. Bukan apa kanak-kanak nih kekadang adakalanya perlu dipujuk untuk makan.. Ada yang jenis nak bersuap, baru nak makan dan sebagainya.. Di sini ada beberapa kaedah untuk menarik minat anak-anak untuk makan.. Ala-ala iklan susu kat tv ler katakan.. Hehehe..
 

 
 
 
Bukan mudah hendak menyuruh anak kecil makan. Kanak-kanak amat suka kepada perkara yang menarik dan dekat dengan mereka. Karektor kartun, warna-warni dan lucu antara yang dekat dengan rutin harian mereka.
 

Untuk memastikan anak-anak mendapat khasiat yang sewajarnya bagi membantu tumbesaran fizikal dan mental yang sihat, papa dan mama perlu memujuk mereka mengambil hidangan.
 

Jika anak dalam kategori sukar makan atau memilih makanan yang dihidang, mereka berkemungkinan akan menghadapi masalah kurang nutrisi serta berisiko mendapat masalah kesihatan lain.
 

Jadi, ibu dan bapa perlu kreatif dan bijak memastikan anak-anak mendapat khasiat makanan untuk mereka. Cubalah beberapa panduan berikut, mana tahu anda dapat memikat hati si manja untuk suka makan.


 
 
1 Sediakan hidangan makanan yang dihias menarik dan warna-warni.
 

2 Berkreatiflah ketika menghidangkan makanan. Misalnya buat bentuk karektor kartun yang mereka minati menggunakan bahan-bahan makanan tersebut. Anda boleh mencari pelbagai idea kreatif hidangan makanan kanak-kanak di pelbagai laman web.
 

3 Mempelbagaikan kaedah memasak seperti panggang, kukus, bakar, goreng dan sebagainya yang boleh membangkitkan bermacam-macam rasa, bau dan rupa yang menarik.
 

4 Ajak anak menyediakan hidangan bersama-sama agar mereka teruja untuk mencuba hidangan tersebut.
 

5 Gunakan sos untuk menyembunyikan rasa yang mungkin tidak digemari anak anda.
 

6 Anda boleh mencuba makanan yang disediakan di hadapan anak dan tunjukkan ekspresi bahawa ia benar-benar sedap!
 

7 Potong makanan kepada bentuk yang kecil-kecil untuk memudahkan anak-anak memakan dan mengunyahnya.
 

8 Jika anak anda tidak suka makan sayur, olahkan makanan tersebut agar sayur tidak dapat dilihat oleh anak anda. Misalnya cincang halus sayur untuk hidangan sos spageti atau bergedil.
 

9 Penggunaan pinggan mangkuk yang menarik dengan karektor kartun dan berwarna-warni turut membantu mereka untuk menjamah hidangan yang disediakan.
 

10 Sediakan makanan pada suhu yang sesuai, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk.
 
 
 
 
Sumber dari http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/hidangan-menarik-anak-seronok-1.148225 gambar kredit dari Pa & Ma dan annie-q.blogspot.com
 
 
 
 

11 June 2013

Bila Harus Membawa Bayi Berjumpa Doktor?

 
 
 
Bagi yang baru pertama kali bergelar ibu bapa tentu berasa panik sekiranya bayi tidak sihat atau mengalami situasi kecemasan. Kadang kala kita tidak tahu sama ada masalah yang dihadapi oleh bayi memerlukan rawatan lanjut di hospital atau tidak.

Imunisasi bayi yang masih belum matang membuatkan mereka cenderung mendapat penyakit minor seperti batuk, selesema dan sakit perut berbanding dengan kanak-kanak yang lebih dewasa dan orang dewasa.

Walaupun bayi hanya ‘tidak sihat’ sedikit, dapatkan pemeriksaan segera sebelum menjadi lebih teruk. Sesetengah masalah kesihatan memerlukan pemeriksaan segera oleh doktor dan masalah lain boleh dibiarkan untuk sehari dua.

Jumpa dengan ahli pediatrik atau doktor keluarga dengan segera jika bayi anda:

• Mengalami cirit-birit lebih daripada 12 jam.

• Memasukkan bendasing ke dalam hidung, telinga atau vaginanya - jangan cuba untuk keluarkan objek itu dengan sendiri.

• Mengalami kelecuran lebih besar daripada duit syiling 50 sen, terutamanya jika kulit melepuh (ini termasuk selaran matahari).

• Menghidapi demam - sentiasa minta doktor membuat pemeriksaan ke atas demam panas atau demamyang berlarutan sehingga lebih daripada dua hari jika bayi mempunyai simptom merisaukan yang lain seperti menangis berpanjangan atau ruam.

• Mengalami muntah selama 12 jam atau lebih, atau jika ia disertai dengan simptom lain seperti demam atau ruam.

• Menangis berpanjangan - sebagai ibu bapa, anda tahu pola menangis bayi. Jika dia menangis lebih daripada biasa atau jika tangisannya kedengaran tidak normal, jumpa doktor segera.

• Mempunyai muntah atau najis bercampur darah. Jika ini berlaku, berjumpa doktor dengan segera. Walaupun bukan disebabkan masalah yang serius, ia tetap perlu diperiksa.

• Mempunyai ruam yang tidak diketahui, terutamanya jika disertai dengan demam.

• Mempunyai fontanel yang cengkung - disertai dengan simptom lain termasuk bibir kering, kurang daripada enam lampin basah sehari dan urin berwarna kuning pekat, ini mungkin tanda penyahhidratan.

• Menunjukkan satu atau lebih daripada tanda-tanda meningitis. Ini termasuk:

-- fontanel bengkak (titik lembut di kepala bayi)

-- tidak bertindak balas

-- ruam merah keunguan yang tidak hilang apabila anda menekankan sebiji gelas ke atasnya

-- tidak suka pada cahaya terang

-- mengalami tengkuk yang kejang

Sekiranya bayi mempunyai simptom-simptom tersebut dalam masa 24 jam atau lebih, bawa berjumpa doktor segera:

• Emosi bayi berubah dan tidak stabil. Dia mudah marah, meragam dan anginnya tidak baik tanpa sebarang sebab.

• Mata berwarna merah jambu yang melekit atau berair - ini mungkin tanda jangkitan mata seperti konjunktivitis. Ini amat mudah berjangkit dan perlu dirawat segera.

• Mempunyai lelehan dari telinga, mata, pusat, penis atau vagina.

• Hilang selera makan dan tidak makan lebih daripada dua kali waktu makan.

Pergi terus ke hospital jika bayi anda:

• Tidak sedar atau separa sedar.

• Mengalami kesukaran untuk bernafas atau jika pernafasannya laju yang tidak normal, terutamanya jika kulit dan bibirnya berwarna sedikit biru. Ini bermakna bahawa dia tidak mendapat oksigen yang secukupnya.

• Mengalami konvulsi (sawan) buat kali pertama atau sawan yang lebih daripada satu minit ketika demam di mana matanya akan berpusing ke belakang, dia akan kaku dan anggotanya akan menggerekot.

• Menjadi tidak sihat selepas menelan benda beracun atau berbahaya seperti ubat untuk orang dewasa (bawa paket atau botol ubat tersebut bersama anda ke hospital).

• Mengalami luka dan berlaku pendarahan banyak atau luka yang dalam dan memerlukan jahitan. Untuk menghentikan pendarahan, berikan tekanan kepada luka dengan kain yang bersih dan cuba tinggikan tempat luka tersebut.

• Anak jatuh yang serius dan jika anda rasakan dia mempunyai tulang yang patah atau terkehel.

• Mengalami hentakan serius di kepala.

• Menelan atau makan apa-apa yang mungkin beracun atau berbahaya tetapi kelihatan sihat.

Jangan mengambil mudah terhadap sebarang masalah kecemasan yang berlaku kepada anak-anak. Rawatan segera mungkin membantu menyelamatkan keadaan daripada menjadi lebih buruk.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

10 June 2013

Khasiat Buah Beri

Assalamualaikum semua.. Ada di antara kita suka makan buah beri dan tidak kurang juga tidak suka makan buah beri kerana rasanya yang sedikit masam.. Apa kata hari nih kita cuba mulakan memakan buah beri, banyak khasiat yang kita boleh perolehi darinya..
 
 
 
Biarpun saiznya kecil namun khasiat buah beri sangat banyak kepada si pemakan. Buah beri mengandungi antosanin dan paras antioksida yang tinggi.
 

Ia juga kaya dengan sumber fiber untuk membantu sistem penghadaman yang sihat serta Vitamin C yang bukan sahaja membantu meningkatkan sistem imunisasi, malah membuatkan kulit anda sihat berseri.
 

Berikut adalah beberapa kategori buah beri serta kebaikannya.
 
 
Acai Beri

Buah unik ini berasal dari hutan hujan Amazon, dipercayai sebagai salah satu makanan yang paling berkhasiat di dunia. Ia kaya dengan antosanin malahan acai beri dianggap sebagai wira di kalangan buah beri kerana mampu meningkatkan tahap tenaga, kesihatan mental dan sistem imunisasi. Ia juga membantu menambahbaik penghadaman, peredaran darah dan tidur di samping membantu mengurangkan berat badan, menjana jantung yang sihat dan kulit yang berseri-seri.
 
 
Blueberi

Pigmen yang terdapat di dalam buah ini kaya dengan khasiat antioksida, Vitamin C dan E. Buah ini juga mengandungi kepekatan pati antosanin yang tinggi iaitu sejenis sebatian yang membantu melindungi daripada sakit jantung, kanser dan gejala penyakit berkaitan usia seperti kabur penglihatan dan hilang daya ingatan jangka pendek.
 
 
Mulberi

Kelebihan mulberi kerana ia merupakan sumber 'resveratrol' yang baik, iaitu satu bahan yang dipercayai dapat membantu mencegah kanser dan memanjangkan usia. Ia kaya dengan Vitamin C dan biasanya digunakan untuk mengubati demam dan selesema.
 

Mulberi juga digunakan sebagai ramuan dalam ubatan Cina untuk membersihkan darah dan hati, menguatkan buah pinggang serta pendengaran dan juga penglihatan. Memandangkan mulberi mempunyai kandungan zat besi yang tinggi, ia juga digunakan untuk merawat gejala penyakit anemia.
 
 
Rasberi

Terkenal dengan identiti manis, wangi dan kaya dengan vitamin dan fiber. Rasberi membantu memperlahankan proses penghadaman dan mengekalkan kadar metabolisme yang tinggi dan seterusnya membantu tubuh membakar lemak. Rasberi juga terkenal dengan khasiat anti-kanser yang handal.
 
 
Kranberi

Buah ini kaya dengan Vitamin C, kranberi digunakan untuk merawat jangkitan terutamanya jangkitan pada saluran kencing. Selain daripada kaya dengan antioksida yang mampu mencegah penyakit jantung, ulser dan kanser dengan berkesan, buah ini juga membantu merawat serangan asma, mengurangkan kolesterol dan melindungi otak daripada kerosakan saraf berkaitan dengan usia.