29 May 2014
How To Remove Permanent Marker From Everything
Assalamualaikum semua.. Makin lama makin kelam blog nih.. Entry makin hari makin berkurangan.. Nak bersawang dah blog nih.. Kesian korang tertunggu2 entry yang baru dari saya..
Okey lah untuk tidak menghampakan korang, saya nak berkongsi petua untuk menghilangkan kotoran yang berpunca dari "Permanent Marker" pada semua jenis permukaan dan apa saja di dalam rumah kita..
Selalunya bila pakaian atau apa saja peralatan yang terkena dakwat kekal pen marker.. Kita akan cuba ikhtiarkan dengan apa saja cara untuk menghilangkannya.. Malangnya usaha kita selalunya menemui kegagalan..
Di sini ada beberapa kaedah untuk menhilangkan kesan dakwat ini.. Jom kita cuba cara di bawah..
Sumber dari mr.google..
23 May 2014
13 Kata-kata "JANGAN MENUNGGU" Yang Perlu Dihindari
Assalamualaikum semua.. Salam Jumaat.. Sekejap jer masa berlalu kan.. Ok lah ari nih nak berkongsi renungan yang sesuai untuk hari Jumaat nih..
13 Kata "JANGAN MENUNGGU" yang perlu dihindari..
1 Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia..
2 Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya..
3 Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi..
4 Jangan menunggu, dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain, maka kamu akan dipedulikan..
5 Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu..
6 Jangan menunggu terinspirasi baru menulis tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu..
7 Jangan menunggu projek baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu..
8 Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai..
9 Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya..
10 Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah, maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti..
11 Jangan menunggu sukses baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka bertambah kesuksesanmu..
12 jangan menunggu boleh baru melakukan, tapi lakukanlah, maka kamu pasti boleh!..
13 Jangan menunggu waktu luang untuk membaca Al-Quran, tapi luangkan waktu untuk membaca Al-Quran..
20 May 2014
Anak Obesiti
Assalamualaikum semua.. Korang ada tak anak yang dianggap obesiti.. Saya ada anak sulung dah dikira kategori obesiti.. Nak kata tak aktif, aktif jugak..Petang2 kayuh basikal ke sini ke sana.. Nak kata ari2 makan ayam pun tak jugak.. Ntahlah, makin hari makin sihat rupanya..
Memiliki anak yang montel dan tembam pastinya ibu bapa berasa gembira kerana anak mereka akan dianggap sebagai comel apabila orang ramai melihatnya. Tanpa disedari hal itu sebenarnya memberi kesan yang buruk apabila bakal memproseskan generasi gemuk dan berpenyakit untuk masa akan datang. Sesungguhnya rumah merupakan tempat terbaik untuk memupuk amalan pemakanan secara sihat dalam kalangan anak-anak dan ahli keluarga. Pada masa yang sama, ibu bapa perlu menjadi agen iaitu menajdi pembentuk generasi sihat dengan mendidik si kecil untuk mengamalkan rutin pemakanan yang baik. Berikut ada beberapa panduan yang boleh ibu bapa lakukan untuk menghalang daripada masalah ini berlanjutan.
Seimbangkan pemakanan
Minimumkan makanan ringan
Sekat minum berkarbonat
Wajibkan sarapan
Tingkatkan aktiviti fizikal
Kurangkan makanan segera
Memiliki anak yang montel dan tembam pastinya ibu bapa berasa gembira kerana anak mereka akan dianggap sebagai comel apabila orang ramai melihatnya. Tanpa disedari hal itu sebenarnya memberi kesan yang buruk apabila bakal memproseskan generasi gemuk dan berpenyakit untuk masa akan datang. Sesungguhnya rumah merupakan tempat terbaik untuk memupuk amalan pemakanan secara sihat dalam kalangan anak-anak dan ahli keluarga. Pada masa yang sama, ibu bapa perlu menjadi agen iaitu menajdi pembentuk generasi sihat dengan mendidik si kecil untuk mengamalkan rutin pemakanan yang baik. Berikut ada beberapa panduan yang boleh ibu bapa lakukan untuk menghalang daripada masalah ini berlanjutan.
Seimbangkan pemakanan
- Hal ini dapat dilakukan dengan mengajar anak-anak untuk makan secara bersederhana bagi semua jenis kumpulan makanan seperti karbohidrat, protein dan lemak. Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran pula, perkara ini perlu di ambil dalam jumlah yang banyak tetapi tetap perlu diseimbangkan dengan jenis kumpulan makanan yang lain juga. Apa yang berlaku pada masa kini ialah si anak dibiarkan makan secara berlebihan. Lemak yang terlalu banyak daripada makanan yang diambil akhirnya disimpan di dalam tubuh lalu menjadi penyebab obesiti terjadi.
Minimumkan makanan ringan
- Makanan ringan mengandungi perisa dan pewarna yang dapat memikat selera si dia untuk memakannya secara berlebihan. Pengambilan makanan ringan seperti snek, gula-gula dan seumpama dengannya boleh menyebabkan anak enggan mengambil makanan yang lebih berkhasiat. Ketahuilah, bahan tambahan yang terdapat dalam makanan sebegini juga boleh menjejaskan kesihatan anak anda apabila meningkat dewasa.
Sekat minum berkarbonat
- Ada segelintir ibu bapa gemar memberi si kecil minuman berkarbonat sedangkan hal ini tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana kandungan gulanya yang tinggi. Gula yang tinggi boleh menyebabkan anak menjadi hiperaktif dan tidak dapat member tumpuan dengan sebaik mungkin. Selain daripada itu minuman berkarbonat turut mengandungi bahan tambahan, pewarna dan perisa yang boleh menyukarkan proses perkumuhan buah pinggang. Jika meminum air berkarbonat menjadi amalan biasa, kegagalan buah pinggang boleh berlaku di usia muda.
Wajibkan sarapan
- Setiap pagi, pastikan anak mengambil sarapan, perkara ini merupakan makanan yang wajib diambil sebagai sumber bekalan tenaga agar tumpuannya terhadap aktiviti seharian tidak terjejas.
Tingkatkan aktiviti fizikal
- Galakkan anak anda bermain di luar rumah seperti taman permainan kanak-kanak. Secara tidak langsung, dia dapat mengurangkan aktivit fizikal yang memerlukan hanya berada di dalam rumah dengan bermain permainan video atau menonton televisyen sambil makan. Galakkan juga dia untuk bersukan. Jika kurang berminat dengan aktiviti sukan, cukuplah sekadar berenang atau mengayuh basikal.
Kurangkan makanan segera
- Kebanyakkan makanan segera mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Namun, tidak dinafikan kebanyakkan restoran makanan segera masa kini mempunyai banyak pilihan makanan yang lebih berkhasiat. Jadi, kurangkan kekerapan anda member anak makanan segera sebaliknya memilih makanan yang berkhasiat apabila pergi ke restoran makanan segera.
Sumber dari majalah mingguan wanita dan gambar kredit dari luvlacemommy
19 May 2014
Vegetables Benefits Per Color
Assalamualaikum semua.. Entry omputih la plak ari nih.. Dah la jarang2 berentry sekarang kan.. Hehehe.. Sebenarnya agak tertarik dengan info kat bawah nih.. Jadi apa lagi, meh berkongsi la bunyinya.. Hehehe..
Banyak kelebihan sayur nih.. Meh kita baca berdasarkan warna setiap satunya..
Info kredit dari facebook..
16 May 2014
Selamat Hari Guru
Assalamualaikum semua.. Lama betoi kan tak mengupdate info kat sini.. Tak pelah, nanti saya akan update kan..
Hari nih merupakan hari guru.. Kita akan menyambut Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun..
Jadi di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru dan juga guru2 yang pernah mengajar saya sehingga berjaya bekerja seperti mana sekarang.. Tanpa guru siapa lah saya..
Banyak ilmu yang telah dicurahkan guru2 dan pensyarah sepanjang saya belajar di sekolah sehingga lah ke politeknik.. Terima kasih cikgu..
Subscribe to:
Posts (Atom)