26 February 2014

Cara Mudah Bersihkan Lantai Bilik Mandi

Assalamualaikum semua.. Tak sangka nak bersihkan lantai bilik mandi pun ada petua untuk memudahkan kita.. Yelah, sekarang senang, beli jer kat pasaran macam-macam jenama ada.. Mahal ngan murah pun ada.. Tapi ada cara yang mudah boleh kita cuba di rumah.. Hanya menggunakan garam ngan air mendidih jer..




Jangan sesekali abaikan cucian lantai di bilik mandi sebab jika nak tahu seseorang itu pembersih atau tidak, selalunya orang akan lihat bilik mandi dulu. Kadang guna pencuci kurang menjadi, apa kata anda guna cara 'nenek moyang' kita pula. Anda mungkin boleh amalkan pertua ini:
 
Masak secerek air sehingga mendidih. Campurkan dengan dua atau tiga senduk garam. Setelah garam itu larut, pindahkan air garam ke dalam baldi. Siramkan ke atas lantai bilik. Seelok-eloknya gunakan air garam ketika masih panas.
 
 
 
 
 
 
Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/info-psikologi/cara-mudah-bersihkan-lantai-bilik-mandi-1.254154
 
 
 

21 February 2014

Pesan Imam Syafie

Assalamualaikum semua.. Memandangkan hari ini merupakan hari Jumaat, jadi kita lebihkan keagamaan skit.. Hari nih nak berkongsi pesanan Imam Syafie







Sumber dari facebook



20 February 2014

Resepi Percik Ikan Kembung

Assalamualaikum semua.. Lama betul tak berkongsi ilmu dan info yer.. Maaf lah tak sempat nak cari bahan dan berkongsi kat sini.. Ari nih tengok resepi nih jadi terliur plak nak makan.. Hehehe..

Cuaca panas melampau sekarang nih kekadang mengundang rasa tiada selera untuk makan.. Saya sejak akhir-akhir nih selalu jugak jadi tak selera nak makan sesuatu.. Ari nih tetiba tengok resepi nih, terasa membuka sedikit selera yang memang agak kureng..





Bosan juga kalau asyik makan ayam hari-hari, jadi dikongsikan menu yang menggunakan ikan pula, Percik Ikan Kembung. Bagi resepi ini pastikan kuah percik dibiarkan lama sehingga kuahnya menjadi pekat dan naik minyak.

Meh tengok resepinya..

Bahan-bahan:
5 ekor ikan kembung
1 biji kelapa | diambil santannya
5 biji bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 batang serai | diketuk
2 sudu makan cili boh
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan bahan perasa
secukupnya
 
Cara Membuatnya:
  • Bersihkan ikan dan panggang hingga masak. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik baunya.
  • Kemudian masukkan cili boh dan biarkan hingga garing.
  • Masukkan santan bersama serbuk kunyit dan juga serai.
  • Kacau rata dan biarkan hingga kuahnya menjadi pekat.
  • Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
  • Angkat dan curahkan ke atas ikan yang siap dipanggang dan hidangkan. 




 Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/dapur/percik-ikan-kembung-1.252848