25 November 2013

Resepi Pajeri Nenas

Assalamualaikum semua.. Tetiba tengok menu nih sedap plak rasa.. Yelah makan plak ngan nasi panas2 ngan ikan masin.. Wuishh memang terangkat la.. Tak payah lauk banyak2 pajeri nenas ngan ikan masin pun dah memenuhi selera.. Terliur plak rasa, menitik2 air liur nih.. Hahaha..
 
Pajeri nanas sangat terkenal pada musim kenduri kahwin, tetapi menu ini juga sesuai di makan bersama keluarga di rumah. Bagi yang ingin mencuba anda boleh menggunakan resepi yang dikongsikan kali ini.




Bahan-bahan:


Tiga hirisan nanas } dibersihkan

2 sudu makan kerisik

10 ulas bawang merah } dikisar halus

50gm udang kering }

2 batang serai dititik

2 helai daun kari

Satu sudu rempah kari ikan

Sedikit bunga lawang, pelaga dan kulit kayu manis



Cara Menyediakannya:

  • Tumiskan bunga lawang, pelaga dan kulit kayu manis bersama serai dan daun kari sehingga naik bau.
  • Masukkan rempah kari ikan, udang kering yang dikisar dan secawan air, kacau sehingga naik bau.
  • Seterusnya masukkan potongan nenas, kerisik dan gula kabung.
  • Perlahankan api, biarkan selama 15 minit, dikacau berseli sehingga nenas masak.
  • Sedia untuk dihidangkan.




Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/pajeri-nenas-1.213502




20 November 2013

Hebatnya Farmasi Allah

Assalamualaikum semua.. Saya tertarik nak berkongsi gambar kat bawah.. Yelah, semua Allah dah rencana kan untuk kesihatan yang baik.. Cuba lihat makanan yang kita makan boleh memberi kesihatan yang baik untuk kita jika ia diamalkan..
 
 





Sumber dari mr.google..


19 November 2013

Resepi Masak Lemak Pucuk Ubi dan Kerang

Assalamualaikum semua.. Sejak akhir-akhir ni saya banyak berkongsi resepi yang saya jumpa dalam internet.. Bukan apa ada resepi yang lama tak masak, tetiba jadi teringin nak makan kan.. Sesaja la nak berkongsi dengan kengkawan kat luar sana selain simpan untuk panduan diri sendiri nanti.. Ok la jom terjah apa yang ada..




Cuba hidangkan masakan masak lemak cili api pula untuk menu hari ini. Mungkin ahli keluarga anda suka dengan menu kali ini, Masak Lemak Pucuk Ubi & Kerang. Jom, tengok bahan-bahan mudah yang anda perlu ada untuk menu ini.
Bahan-bahannya:
1 ikat pucuk ubi - diambil daun saja
Santan kelapa secukupnya
2 - 3 cawan isi kerang
Garam secukup rasa
1 keping asam keping
Bahan ditumbuk lumat
1 inci kunyit hidup
10 biji cili api - boleh ditambah atau dikurangkan
 
Cara untuk memasak :
 
  • Bersihkan pucuk ubi dan diambil semua daun kemudian direbus sampai empuk . Tos dan ketepikan dulu .
  • Tumbuk lumat semua kunyit hidup dan cili api . Kurangkan cili api jika tidak mahu pedas.
  • Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , isi kerang dan asam keping .
  • Kacau semua bahan dan masak kuah sehingga mendidih.
  • Masukkan semua pucuk ubi dan garam secukup rasa serta di kacau sekejap .
  • Biarkan sampai kuah mendidih dan sekali sekala kacau kuah . Apabila pucuk ubi dah masak, tutup api dapur.






Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/masak-lemak-pucuk-ubi-kerang-1.215521



18 November 2013

Yogurt Atasi Kulit Kering & Lingkaran Gelap





Alami kulit kering dan gelap bawah mata? Anda boleh menghapuskan segala masalah wajah muka ini dengan hanya menggunakan rawatan sendiri di rumah iaitu dengan yogurt. Tanpa membazirkan wang untuk membeli alat kecantikan yang belum tentu mampu menghasilkan kepuasan, lebih baik anda mencuba bahan-bahan yang mudah dan selamat untuk kulit wajah seperti yogurt.



Bahan-bahan:

Yogurt original

Kapas muka



Langkah rawatan:

  1. Sapukan yogurt pada seluruh wajah dan leher.
  2. Kemudian, celup kapas muka di dalam yogurt, tekap pada mata.
  3. Biarkan yogurt kering pada wajah, anggaran masa 20 minit.
  4. Kemudian bilas dengan air bersih. Ramuan ini dikatakan amat mujarab untuk mencerahkan dan melembapkan kulit. Ia juga dapat mengatasi masalah lingkaran gelap bawah mata. Yogurt juga boleh dilumur pada rambut dan diperap selama 15 minit. Hasilnya rambut yang kering dan bercabang akan menjadi lembut serta bersinar.




Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/yogurt-atasi-kulit-kering-lingkaran-gelap-1.216205

14 November 2013

Resepi Kek Aiskrim

 


Pasti ada yang teringin membuat kek aiskrim sendiri. Jadi kali ini dikongsikan satu resepi kek istimewa dari Genting Strawberry Farmhouse yang dibuka seawal 9 pagi hingga 7 malam. Menyajikan hidangan enak pencuci mulut, minuman sejuk dan panas malah lauk pauk berasaskan strawberi dan cendawan.
  
  
Bahan-bahan:
1 ¼ cawan tepung kek            }
½ sudu kecil serbuk penaik     } diayak
½ sudu kecil garam                 }
¼ cawan mentega tanpa garam
¾ cawan gula kastor
1 biji telur gred A
½ sudu kecil esen vanila
½ cawan mentega susu
½ sudu kecil cuka makan
½ sudu kecil soda penaik
1 bekas aiskrim perasa strawberi
 
Cara membuat:
  • Pukul mentega tanpa garam hingga kembang. Kemudian, masukkan gula dan putar sampai gebu. Masukkan pula telur dan pukul sampai sebati.
  • Setelah itu, masukkan tepung kek dan mentega sedikit demi sedikit sampai sebati.
  • Dalam bekas berasingan, campurkan cuka dan soda penaik hingga berbuah lalu tuangkan ke dalam adunan sebelumnya.
  • Kacau sebati dan tuang ke dalam loyang yang telah disapu mentega.
  • Bakar pada suhu 175 darjah Celsius selama 30 minit.
  • Biarkan kek menjadi sejuk. Lalu masukkan aiskrim strawberi di dalamnya lalu bekukan kek di dalam peti sejuk kira-kira 8 jam.
  • Setelah itu, keluarkan kek dari loyang dan hiaskan dengan aising kek.




Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/dapur/kek-aiskrim-1.163099

13 November 2013

Kurus Dengan Delima




Sekiranya anda mengalami masalah kegemukan akibat lemak berlebihan di tubuh, cuba amalkan petua ini.
 
Tumbuk lumat tiga hingga lima biji putik delima. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampurkan dengan bahan lain. Amalkan setiap hari pada waktu pagi dan malam selama sebulan. 
 
Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.
 
 
 
 
 
 
 

12 November 2013

Doa Menghadapi Tekanan

Assalamualaikum semua.. Penah tak korang menghadapi tekanan??? Mesti ada kan.. Tak kiralah tekanan hidup ke tekanan perasaan ke tekanan emosi ke tekanan apa pun.. Di sini saya sertakan doa yang boleh diamalkan bila kita menghadapi tekanan..
 
 






Sumber dari www.ustazahbahyah.com


11 November 2013

Makanan Elak Mulut Berbau

Assalamualaikum semua.. Baru-baru nih saya ada berkongsi perihal mulut berbau kan?? Ari ni lanjutan dari perkara tuh nak berkongsi makanan yang boleh mengelakkan masalah ini..




Masalah mulut berbau berlaku akibat pembiakan mikro atas lidah, khususnya pada bahagian belakang lidah. Keadaan ini dipanggil halitosis.

Ia juga sebabkan tabiat individu mengawal pemgambilan makanan atau diet. Sejenis bahan kimia digelar ketones akan dibebaskan ketika bernafas apabila lemak dalam badan dibakar.

Info Punca Mulut Berbau

Makanan
Sisa makanan terselit pada celah gigi. Makanan mengandungi minyak mudah bertukar menjadi gas (menghasilkan bau) seperti bawang putih, bawang merah dan sesetengah sayur-sayuran dimasak dengan rempah. Selepas makanan ini dicerna dan minyak yang berbau diserap masuk ke dalam salur darah ia seterusnya dibawa masuk ke paru-paru. Gasnya akan dibebaskan melalui pernafasan. Proses ini berterusan sehingga makanan tadi dikumuhkan daripada badan.

Abai kebersihan gigi
Tabiat membersihkan gigi yang buruk antara punca utama nafas berbau. Sisa makanan pada celah gigi menggalakkan pembiakan bakteria penyebab bau mulut. Jika tidak dibersihkan, bakteria akan terus berkumpul dan membentuk plak. Jika tidak diberus akan menyebabkan radang gusi (gingivitis) dan mereputkan gigi.

Mulut kering
Air liur membantu membersihkan dan melembabkan mulut. Mulut kering menyebabkan sel mati berkumpul pada lidah, gusi dan pipi. Sel mati terkumpul akan mereputkan gigi dan mengeluarkan bau. Mulut menjadi kering ketika tidur juga menyebabkan berbau pada keesokan harinya.

Tembakau
Semua hasil tembakau tidak kira jenama membuatkan mulut berbau. Merokok boleh mengeringkan mulut dan mengakibatkan bau tidak menyenangkan.

Diet keterlaluan
Individu yang mengamalkan diet keterlaluan mengakibatkan pengumpulan bahan kimia ketoasidosis yang terhasil ketika mereka menahan lapar.

Bagaimanapun, kajian lima makanan di bawah boleh membantu menghapuskan bakteria penyebab nafas berbau.



1 Strawberi
Buah ini bukan saja lazat dan berkhasiat, malah membantu mencegah bakteria serta kuman penyebab bau mulut. Kandungan vitamin C yang ada pada buah ini juga bagus untuk melawan jangkitan bakteria.





2 Teh
Hidangan teh hijau atau merah tanpa gula mengandungi antioksida dalam teh mencegah berkembangnya bakteria pada bahagian mulut.





3 Kacang Hazelnut
Siapa sangka kacang juga boleh mencegah bau mulut. Cuma kunyah seketika. Kunyahan itu akan menerbitkan zat pada dinding mulut.





4 Yogurt
Pengambilannya mampu mengurangkan perkembangan bakteria penyebab nafas berbau. Kajian pakar perubatan di Jepun menunjukkan pembentukan plak di gusi akan berkurangan apabila minum yogurt.





5 Epal
Mampu mencegah kemunculan plak pada gigi.











Sumber dari akhbar berita harian 24 Oktober 2013 dan gambar kredit dari mr.google..






08 November 2013

Sekadar Pengetahuan Mengenai Jenis Darah

Assalamualaikum semua.. Masa baca info nih tetiba terdetik ati nih nak berkong info nih dengan korang.. Yelah, dulu masa sekolah memang belajar semua nih.. Tapi sebagai refresh ngan menambah pengetahuan semua.. Dulu belajar jenis darah jer, tak de plak jenis positif (+) ngan negatif (-) nih.. rupanya ada beza plak antaranya..
 
Yang tau darah O hanya boleh terima dari jenis O jer.. Tapi dia boleh bagi pada jenis yang lain.. Kat sini ada beza plak antara positif ngan negatif.. Meh la tengok jadual kat bawah.. Kalau aku start bercerita, tak larat korang nak baca nanti..
 
 
 
Meh tengok jadual nih.. Mana la nak tau ada ahli keluarga yang memerlukan penderma darah, kita dah boleh prepare sapa yang sepatutnya kita nak cari bila memerlukan bantuan pendermaan darah dan sebagainya..
 
 
 
 
Gambar dikredit dari FB seorang sahabat..

07 November 2013

Bersihkan Pakaian Terkena Dakwat

Assalamualaikum semua.. Ada tak para surirumah kat luar sana menghadapi masalah baju yang terkena dakwat pen??? Saya pun pernah menghadapi masalah nih.. Selalunya baju lelaki la kan.. Diaorang yang suka letak pen dalam poket baju.. Meh tengok petua yang ada ni. Diharapkan ianya dapat membantu para isteri dan surirumah di luar sana yang menghadapi masalah yang sama.
 

 


Ramai yang suka masukkan pen dalam baju, hasilnya dakwat pen akan 'menghiasi' corak baju secara tidak sengaja.

Namun usah buntu jika pakaian anda terkena dakwat. Bagi menghilangkan kesan dakwat, bancuh sedikit susu dengan air dan kacau hingga pekat.

Rendam pakaian ke dalam bancuhan susu selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas seperti biasa. Hasilnya tentu tidak mengecewakan anda.





Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/bersihkan-pakaian-terkena-dakwat-1.214488

 

06 November 2013

Resepi Sotong Bakar

Assalamualaikum semua.. Mesti ada di antara kita sukakan sotong bakar.. Sebenarnya tidak susah untuk sediakan sotong bakar nih.. Cuma bahan untuk menyedapkannya yang kita kurang ketahui.. Meh layan resepi kali nih..




Hendak buat sotong bakar senang, tetapi mungkin masih ramai yang tidak tahu bahan-bahan atau perasa untuk menjadikan sotong yang dibakar lebih sedap daripada biasa. Jom cuba bahan-bahan sotong bakar kali ini!



Bahan-bahan:


2 tangkai serai (ditumbuk lumat)

Sedikit halia (tumbuk)

Seulas bawang putih

3-4 ulas bawang merah

Cili kering (kisar) / cili boh

Serbuk kari 1-2 sudu besar

Sedikit serbuk kunyit

Serbuk lada hitam..

Garam secukup rasa

Air asam jawa atau air perahan asam limau



Cara Membuat:


  • Tumbuk semua bahan-bahan di atas dan lumurkan pada sotong.
  • Perap selama 30 minit.
  • Kemudian anda boleh panggang.





Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/dapur/sotong-bakar-1.213700



04 November 2013

Doa Akhir Tahun 1434 H dan Awal Tahun 1435 H

Assalamualaikum semua.. Salam Awal Muharam buat semua.. Hari ni menjelangnya Asar, buku amalan kita akan ditutup bagi tahun 1434 H.. Manakala tibanya Maghrib buku amalan baru akan dibuka untuk tahun 1435 H.. Apa azam korang untuk tahun baru Islam nih.. Jangan tunggu 1 Januari jer nak pasang azam..




Ok la sebagai peringatan dipublishkan doa akhir tahun 1434 H dan awal tahun 1435 H untuk kita sama2 membacanya nanti..








Gambar kredit dari mr.google..