TIPS MEMILIH WARNA
PAKAIAN
1 Kita boleh menggayakan sesuatu pakaian tidak melebihi dari 3
warna. Untuk kelihatan lebih menarik dan ceria, gabungkan warna semulajadi
seperti putih, coklat krim, kelabu mahupun hitam bersama warna-warna ceria
seperti hijau pucuk pisang, biru muda, oren, kuning, jingga, peach, merah jambu
mahupun merah. Gabungan warna semulajadi dan warna ceria mampu membuatkan anda
nampak lebih ceria & muda. Namun yang demikian, jika anda tidak yakin
bermain dengan warna, gayakan sahaja 1 warna seterusnya pakai aksesori seperti
rantai, gelang mahupun tudung yang lebih menyerlah & warna-warna ceria.
Contoh penggayaan yang
sesuai: baju warna biru, seluar/skirt warna merah & tudung warna kuning atau
gabungkan warna tudung merah & biru.
2 Jika anda ingin memakai baju bercorak bunga, abstrak dan
sebagainya, padankan seluar/skirt corak kosong (plain) warna senada dengan baju.
Perlu diingati, jangan sesekali anda memakai baju corak bunga, seluar &
tudung juga bercorak. Apabila semua yang anda pakai bercorak, ia hanya akan
nampak berserabut. Ini harus di jauhi.
Contoh
penggayaan yang sesuai: baju corak bunga, seluar/skirt dan tudung corak
kosong (plain) senada.
3 Anda juga boleh menggayakan corak kosong untuk baju, corak
garisan lurus untuk seluar dan corak bunga untuk tudung.
4 Sebelum memilih warna pakaian, anda kena tahu bentuk tubuh
badan anda terlebih dahulu. Tips berikut mengenai tips memilih
pakaian mengikut tubuh & warna kulit.
TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN BERDASAKAN BENTUK
BADAN
Badan gempal dan
tinggi
Individu seperti ini sesuai
menggayakan baju bewarna gelap seperti warna hitam, coklet gelap, biru gelap,
hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing.
Serlahkan juga penampilan anda dengan corak bunga-bunga kecil. Untuk kelihatan
ceria anda harus bijak bermain dengan warna. Awas, elakkan memakai pakaian warna
terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menampakkan kegempalan
anda.
Badan
kurus dan rendah
Jika anda golongan ini,
serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna baju yang lebih cerah dan
corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda
nampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi
wedges, ia mampu membantu menambahkan
ketinggian dan pastinya anda akan kelihatan lebih elegan dan
trendy!
Badan
kurus dan tinggi
Untuk
individu yang berbadan kurus dan tunggi, anda sesuai memakai warna cerah seperti
merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga
menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya mengurangkan anda
dilihat terlalu kurus. Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran bahawa
anda lebih berisi.
Untuk mengetahui jenis
pakaian apa yang tepat, anda perlu ketahui dahulu bentuk tubuh anda kategori
yang mana. Pada umumnya bentuk tubuh wanita terdiri daripada 4 jenis iaitu
:-
(a) Bentuk Badan Buah
Pear
Bentuk Badan Buah
Pear
Ciri
wanita berbentuk tubuh buah pear bermaksud tubuh lebih besar di bagian bawah
pinggul dan paha dan bahagian atas kecil secara tidak
langsung pinggang kelihatan kecil dan ramping.
Tips untuk bentuk badan buah pear :
1. Pakaian yang tepat untuk bentuk
tubuh ini adalah yang mampu menyeimbangkan bahagian atas tubuh dengan bahagian
bawah tubuh. Pakaian dengan corak pelbagai dan berwarna terang sesuai dipakai
pada bahagian atas. Pakaian atas (bahu/lengan) yang lebar, berenda-renda, detail
yang banyak juga mampu membuatkan tubuh bahagian atas anda kelihatan sedikit
besar sekaligus ia menyeimbangkan tubuh.
2. Untuk tubuh bahagian bawah, pilihan
seluar jenis basic cut dan seluar slim/boot cut sangat sesuai.
3. Hindari pakaian atasan yang berwarna
gelap dan seluar sendat di pinggul kerana ia akan mononjolkan bentuk pinggul
anda yang besar.
(b) Bentuk Tubuh
Epal
Bentuk Tubuh Epal
Dikatakan
berbentuk epal kerana tubuh jenis ini cenderung bulat pendek dan bahagian
pinggang membesar.
Tips untuk bentuk tubuh epal :
1. Warna-warna yang ceria dan terang di
bahagian atas tubuh dan warna gelap bahagian bawah tubuh adalah kombinasi yang
sesuai. Gunakan tali pinggang dengan ukuran sederhana untuk tampil
menarik.
2. Seluar dan skirt
berpotongan lurus sesuai digayakan.
3. Kepada yang tidak
memakai tudung, gunakan pakaian dengan bentuk leher V yang bagi menyeimbangkan
tubuh.
4. Hindari pakaian dengan bentuk
leher ‘turtleneck’ kerana ia menampakkan anda semakin berisi.
5. Elakkan
manik-manik di bahagian pinggang.
(c ) Bentuk tubuh
4 Segi atau Brick/Rectangle
Bentuk tubuh 4 Segi atau Brick/Rectangle
Wanita dengan
bentuk tubuh ini memiliki ciri-ciri ukuran payudara dan pinggul sama ukuran dan
kelihatan tubuhnya lurus.
Tips untuk tubuh 4 segi :
1. Pilihlah pakaian dengan potongan
yang jelas agar membantu membentuk lekuk tubuh, seperti pakaian dengan struktur
geometris dengan tali pinggang atau pakaian yang memiliki detail pita dan kerut
yang simple.
2. Hindari pakaian jenis yang tipis dan
ringan. Jangan mengenakan terlalu banyak detail agar kesannya tidak terlalu
serabut. Untuk aksesori juga jangan terlalu banyak.
(d) Bentuk Jam
pasir
Bentuk Jam
Pasir
Wanita
dengan bentuk tubuh ini dikatakan ideal. Mereka yang memiliki bentuk tubuh jam
pasir memiliki bahu dan pinggang sama, tubuh mengecil dibahagian pinggang
sehingga terlihat seksi.
Tips untuk tubuh jam pasir
:
- Mereka
yang memiliki bentuk tubuh jenis ini sangat bertuah kerana anda sesuai memakai
semua jenis pakaian.
- Kepada yang tidak memakai tudung,
anda boleh memakai pakaian bahagian atas (leher) jenis yang terbuka untuk
menonjolkan bentuk bahu yang indah.
- Untuk bahagian bawah tubuh
digalakkan mengenakan seluar dengan potongan A-line agar anda kelihatan
ramping.
4. Serlahkan
penampilan anda dengan warna-warna ceria
TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN BERDASARKAN
KULIT
- Kulit
Putih/Cerah
Sangat bertuah kepada mereka yang
mempunyai ton warna ini, kerana pemilihan warna baju yang sesuai sangat senang dan
banyak. Jika anda berkulit putih (cerah) serlahkan penampilan anda dengan
menggayakan warna-warna ceria dan terang seperti hijau pucuk pisang, merah,
hitam dan biru terang. Jauhi memakai pakaian bewarna pastel seperti coklat dan
biru muda kerana ia akan membuatkan anda nampak pucat.
- Kulit Sawo
Matang
Orang Malaysia kebanyakkan berkulit
sawo matang. Kira warna kulit standard orang Malaysia atau lebih tepat kulit orang
melayu. Untuk anda yang berkulit sawo matang sangat sesuai untuk warna
kuning atau hijau. Pemilihan warna seperti ini, akan membuatkan anda kelihatan
menyerlah. Harus diingati anda yang berkulit ini tidak sesuai untuk penggunaan
warna kelabu atau berona gelap, ia akan membuatkan anda kelihatan
kusam.
- Kulit Gelap/Hitam Manis
Untuk yang
berkulit gelap serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna-warna cerah
dan ceria seperti merah jambu, biru laut, putih, coklet, peach, hijau muda, dan
kelabu. Elakkan memakai warna gelap seperti hitam, coklet gelap, maroon, biru
gelap dan hijau gelap kerana ini akan membuatkan anda kelihatan lebih gelap.