Assalamualaikum semua.. Sedapkan makan badam dan kismis.. Tapi kita jarang menjadikanya jajan kita.. Kita lebih suka makan snek malah amalan ni turut sama dikongsi bersama kanak-kanak.. Meh kita baca tentang khasiat yang ada pada badam dan kismis.. Banyak khasiatnya yang bagus untuk kita amalkan untuk snek pada petang nih..
Biasanya kebanyakan kita suka memberikan snek makanan ringan
untuk kanak-kanak, seperti keropok, ais krim, gula-gula, lolipop, kerepek ubi kentang dan
coklat.
Tahukah anda terdapat pelbagai kesan sampingan yang negatif
terkandung dalam makanan ringan tersebut terutama penggunaan monosodium
glutamate (MSG), gula dan pengawet yang tinggi.
Apa kata mulai hari ini, anda cuba ubah pemberian snek makanan
kepada anak-anak iaitu menggantikannya dengan bahan makanan yang lebih
berkhasiat seperti kismis dan badam.
Kismis
Kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar
dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Kismis bukan hanya terhad sebagai
bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian
tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.
Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana
separuh daripadanya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis
sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prun dan aprikot.
Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi
mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.
Antara lain-lain khasiat kismis adalah :
1. Menguatkan daya ingatan
2. Mengubati penyakit lupa
3. Mencerdaskan minda
4. Memutuskan balgham
5. Membersihkan hati
6. Mencerahkan mata
Badam
Badam penting untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai,
ia boleh dimakan mentah, dikukus seperti kekacang atau dijadikan bahan campuran
makanan seperti kuih dan sebagainya.
Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika
dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi,
oleh itu ia mengandungi gula yang tinggi berbanding dengan buah-buahan yang
lain.
Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin itu
dalam telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum. Kandungan
kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya
melebihi kandungan fosforus dalam keju.
Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat
membantu pembesaran minda mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara
kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka.
Badam untuk Wanita Hamil
Kandungan folate yang tinggi di dalam badam amat berguna sekali
bagi wanita yang sedang hamil. Folate adalah bahan penting bagi mengelakkan
berlaku kecacatan kepada bayi ketika hamil.
Sumber disunting dari http://pama.karangkraf.com/ekstra/khasiat-badam-dan-kismis-1.159788