30 April 2012

Simen atau konkrit?


Kemasan simen dan konkrit


Ia meliputi simen pasir, simen berbatu dan simen bertekstur. Ciri-ciri kemasan ini mengambil kira jumlah batuan serta pasir dihasilkan. Sama ada batuan lembut, kecil atau berpasir yang disusun pada permukaan konkrit basah, kemasannya nampak lebih menyerlah. Sebahagian konkrit ini tidak disiram air bagi menonjolkan kuantiti batunya sekali gus membuatkannya dikenali sebagai batu kecil atau batuan konkrit.


Bagi aplikasinya, ia lazimnya mengalami proses penurapan pada bahagian dalaman dan luaran, tidak kira ia lantai kediaman atau bukan kediaman. Ia amat praktikal menahan geseran dan tidak licin menyebabkannya ditonjolkan sebagai permukaan tangga dan lantai luar seperti kolam renang dan tempat meletak kereta.

Kelebihan


* Mudah diselenggara kerana gunakan bahan berpatutan harganya.


* Boleh digabungkan dengan kemasan lain membentuk corak lantai menarik khasnya diadun bentuk susunan batu.


* Kemasan simen jenis pasir halus amat sesuai untuk ruang dalam berbanding kemasan berbatu yang menyakitkan ketika dipijak.


* Bagi jenis kasar, ia elok dijadikan lantai luar khasnya yang menawarkan ciri tahan geseran.


* Simen menampilkan jalinan tekstur sangat popular bagi ruang berkonsepkan Meditterranean, ala Mexico atau Amerika Latin.


Kelebihan kemasan keras


Bahan kemasan keras seperti lantai simen, konkrit dan lain-lain kemasan misalnya batu, jubin, dan kayu turut mempunyai kelebihan masing-masing.
Antaranya:


* Kekuatan dan tahan lama.


* Tidak menyerap selain kedap haba panas serta hujan.


* Mudah diselenggara dan dibersihkan.


* Kekal imej klasik yang mampu bertahan lama.


* Bergaya dan sesuai bagi kegunaan formal dan tidak formal.


* Strukturnya mempunyai unsur dekorasi, tekstur sekali gus menyediakan kesan reka bentuk dalaman menarik.


* Berupaya menyajikan struktur binaan sebagai kemasan lantai terbaik.


Kekurangannya


* Kos tinggi khasnya yang berkualiti dan tahan lama. Ini turut membabitkan pemasangan lantai sokongan.


* Berciri tegar sekali gus mendatangkan bahaya bagi objek sekiranya jatuh di atas permukaannya.


* Penggunaan bahan keras mendatangkan kesan bunyi bising.


* Sejuk - keupayaan menyerap haba sejuk dengan mudah namun akan panas apabila disinari cahaya matahari.





Sumber dari akhbar berita harian

20 April 2012

Adab Ketika Berdepan Dengan Masalah



Beristighfar
Pertama sekali, kita perlu beristighfar kepada Allah dengan mengucapkan "Innalillahi wainnailaihi raji`un". Ayat pertama yang keluar dari mulut anda ini mampu membuatkan anda tenang seketika dan ingat pada Yang Esa akan ujian yang diterima.

Siasat Terlebih Dahulu
Apabila masalah anda melibatkan orang ketiga, maka sebaik-baiknya anda perlu menyiasat terlebih dahulu kebenaran berita tersebut. Sifat manusia ada yang baik dan ada yang jahat. Anda jangan mudah tertipu dengan sebarang maklumat yang disampaikan tanpa anda melihat sendiri perkara tersebut.

Berfikiran Positif
Jangan sesekali merasakan masalah tersebut sebagai bebanan yang sangat berat. Fikiran anda perlu sentiasa positif dengan memikirkan bahawa ia adalah tanda kasih sayang Allah pada hamba-Nya. Tanpa dugaan, hidup anda tidak akan mencabar dan kurang pengalaman hidup.

Sabar dan Tabah
Memang dugaan yang diterima agak berat, tetapi kesabaran dan ketabahan itu adalah kunci untuk anda berjaya. Apabila sifat mahmudah ini ditanamkan dalam diri anda, pasti anda tidak akan merungut lagi pada masa akan datang apabila ditimpa sebarang musibah.

Reda
Akhir sekali, anda perlu reda dan pasrah dengan ujian yang diberikan. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Apabila anda menerima takdir Allah, dengan izin-Nya anda akan diberikan pahala yang berlipat kali ganda. Jika bertuah, anda mungkin akan menerima berita kegembiraan yang lain selepas itu.





Sumber dari majalah dara.com

19 April 2012

Panduan Bergaya Dengan Pemakaian Kasut


 1  Kerja atau rasmi
Bergantung kepada pekerjaan seseorang. Jika bertugas dalam bidang profesional atau di pejabat, sama ada, setiausaha, kerani, eksekutif pemasaran, peguam atau apa saja, kasut perlu nampak lebih formal dan selesa. Walaupun tugasan menuntut kita ke sana dan ke sini, gaya kasut perlu seimbang dengan kerjaya seseorang walaupun sedikit mengalami rasa sakit atau lenguh pada betis. jenis yang sesuai - pump atau platform, pointy toe pump dan slipe,
  • Ketinggian - bergantung kepada keselesaan individu sekurang-kurangnya satu inci setengah.
  • Warna - lebih kepada rona gelap, hitam, coklat dan putih dan material sesuai - kulit sintetik, satin dan patent (jenis keras dan berkilat)
  • Beg tangan yang sesuai - ringkas tetapi menarik dan mudah dipadankan.
    Jenis tote (mempunyai dua tali pemegang di atas tengah beg) mempunyai poket yang berbagai fungsi - untuk meletak buku nota, komputer riba, beg duit, set solekan, pen, kunci, telefonbimbit dan aksesori lain.


      2  Untuk majlis makan malam rasmi dan eksklusif
    Jenis makan malam rasmi bersama pelanggan korporat. Makan malam bersama kekasih hati. Ini bergantung kepada tema acara majlis dan lokasi majlis diadakan.

    Jika diadakan di hotel atau restoran eksklusif boleh memilih koleksi kasut lebih menyerlah seperti kasut tumit tinggi yang mempunyai batu kristal.
     

    Tetapi, janganlah menggayakan koleksi itu di gerai makan biasa atau di tepi jalan. Nampak pelik dan tidak sesuai sebaliknya lebih ringkas jika kasut ringkas seperti sandal rata atau kasut tanpa tumit.
  • Jenis - pump, bertumit halus yang mempunyai kilauan manik kristal, bercahaya, bermanik atau berlabuci Ketinggian - mengikut keselesaan sekurang-kurangnya dua inci untuk tampil yakin dan menyerlah.
  • Warna - terang atau paling selamat berwarna hitam
  • Material - satin, sequine, lace dan suede
  • Beg tangan yang sesuai - jenis genggam atau bimbit berkilauan dengan batu permata atau kristal. Rona sama dengan kasut dipakai untuk keserasian.
    Lebih kecil beg itu lebih baik untuk majlis sedemikian. Tujuan bagi meletakkan kunci kereta, sebatang gincu dan telefon bimbit.


      3  Parti malam

    Wanita gemar berparti tidak semesti di kalangan awal 20-an. Rata-rata wanita moden pada usia lingkungan 40an atau 50-an yang terdedah dengan dunia sosial turut menghadiri acara parti pada waktu malam. Mungkin sekadar bertemu rakan dan mengurangkan tekanan kerana tugasan yang banyak. Acara seperti ini juga tidak boleh silap dalam pemilihan kasut.

    Malam hari yang gelap, tumit tinggi yang disarungkan boleh menyerlahkan kehadiran seseorang. Juga bergantung kepada saiz badan dan keselesaan, kasut memberi keseimbangan yang tepat jika memerlukan kita berdiri terlalu lama, apatah lagi yang mahu menari. Lebih tinggi dan lebih seksi.
  • Jenis - kasut bertumit tinggi, platform jenis seksi dan berkilauan. Ketinggian - empat inci ke atas untuk jenis platform sementara sekurang-kurangnya tiga inci setengah (bukan platform)
  • Warna - semua warna terang mahupun gelap boleh digayakan termasuk bermotifkan cetakan kulit binatang
  • Material - jenis satin dan suede
  • Beg tangan yang sesuai - jenis genggam atau beg tangan bersaiz kecil atau sling (simpang pada bahu) bergaya funky dan bergaya. 

     4  Kasual dan santai

    Lazimnya ramai wanita gemar memakai kasut bertumit tinggi. Namun ada ketikanya mahu merehatkan kaki terutama pada hujung minggu dengan menyarungkan saja dengan selipar atau kasut tidak bertumit supaya pergerakan lebih lancar, selesa dan santai.
  • Jenis - wedges dan flatty (bertutup
    atau separa terbuka, sandal atau selipar)
    Ketinggian - maksimum ketinggian
    tiga inci (wedges) atau tanpa tumit (flatty)
  • Warna - pelbagai warna, motif berbunga, berbelang atau abstrak
  • Material - kulit dan kulit sintetik
  • Beg tangan - boleh gayakan jenis tote,
    sling ataupun sandang dari motif sama dengan kasut atau rona kontra.                                            
Jenis kasut dan gaya
  • Pump (bertumit tinggi dan bertapak tebal pada bahagian depan kaki)
    - boleh digayakan ke pejabat, parti malam dan koktel
  • Wedges (bertapak tebal)
    - boleh digayakan untuk kasual dan semi kasual,
  • Flatty (tanpa tumit)
    - boleh gayakan secara kasual dan santai
  • Boot (bertutup penuh sama ada bertumit atau tidak bertumit)
    - sesuai untuk majlis bertema kostum, sesuai dipakai untuk parti malam



Sumber dari akhbar berita harian

18 April 2012

Amalan Baik Yang Patut Diamalkan Ketika Mengandung


Bagi yang sedang mengandung, terutama orang Muslim ada beberapa amalan kerohanian yang perlu anda lakukan sepanjang tempoh kehamilan. Ketika anak masih dalam kandungan, sewaktu ditiupkan roh (setelah berumur 120 hari atau 4 bulan), hendaklah ibu dan bapanya melakukan sesuatu yang boleh mendidik rohani anak mereka dalam kandungan.

Antara amalan baik yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa :

 1  Memperbanyak taubat dan istighfar
Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, Allah sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.

 2  Berpuasa sunat
Khusus untuk suami, banyak berpuasa atau sekurang-kuranya seminggu dua hari atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan.

 3  Tidak bercakap yang sia-sia
Ketika isteri mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia lebih-lebih lagi yang mendatangkan dosa seperti mengumpat, memfitnah, dan sebagainya. Sebaliknya banyakkanlah berzikir dan bertahmid atau bercakap perkara-perkara yang mendatangkan faedah.

 4  Banyakkan berdoa
Sentiasalah berdoa agar Allah kurniakan anak yang soleh dan solehah.

 5  Banyakkan membaca Al-Quran
Antara surah-surah yang digalakkan untuk dibaca sepanjang tempoh kehamilan :

Surah Al-Fatihah - Untuk terang hati dan kuat ingatan
Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat
Surah Luqman - Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa
Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat hati-hati
Surah Yaasin - Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
Surah  At Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
Surah An Nahl - untuk melahirkan anak yang berdisiplin




Sumber dari www.ciklaili.com


17 April 2012

Bawang, Cili Jadi Racun Serangga


Bahan untuk semburan bawang dan cili 
15 biji cili padi atau lebih
4 biji bawang besar
2 labu bawang putih dan 2 liter air sabun

Cara membuat semburan  

Semua bahan dikisar (tanpa dibuang kulit atau biji)
Tapis dan masukkan air 500 mililiter
Kemudian masukkan dalam botol penyembur tanaman dan mulakan proses semburan

Minyak putih 

Minyak ini boleh dibeli di kedai barang pertanian atau nurseri bunga. Namun, anda boleh menghasilkan menggunakan bahan yang boleh diperoleh di kediaman. Minyak ini berkesan untuk membunuh teritip.

Bahan minyak putih
Minyak masak dan sabun pencuci pinggan mangkuk

Cara membuat minyak putih  

Tuangkan satu cawan minyak masak dan beberapa titik sabun basuh dalam botol plastik 1 liter
Tambahkan 1/2 cawan air dan goncang sampai sebati
Tuangkan 250 mililiter ke dalam bekas sembilan liter dan kacau.
Masukkan dalam botol semburan dan campuran sangat sesuai disembur pada atas dan bawah daun yang terkena serangan.


Serangga perosak
Nama biasa : Hama Merah/Hama Labah-labah
Nama Inggeris : Spider Mite/Two Spotted Spider Mite
Nama Saintifik : Tetranychus Urticae
Famili : Tetranychidae
Tanaman : Serangga ini biasa menyerang pokok cili, tomato, terung dan timun batang
Bahagian Diserang : Daun, pucuk dan buah
Kerosakan :Larva,nimfa dan juga hama dewasa menyerang tanaman dengan menghisap cecair daun pucuk dan juga buah. Serangan menyebabkan daun gugur. Daun yang diserang akan menjadi kerinting, melengkung ke bawah, berwarna perak dan menjadi keras. Hama tinggal di bawah daun.

Kutu Trip  

Nama Biasa : Kutu Trip
Nama Inggeris : Thrips
Nama Saintifik : Thrips Palmi Karny
Famili : Thripidea
Tanaman : Menyerang timun, cili, terung, tomato, labu, peria dan petola
Bahagian Serangan : Daun dan buah
Kerosakan : Nimfa dan kutu Trip menghisap cecair tumbuhan dari bahagian bawah permukaan daun. Ini menyebabkan daun menjadi keperangan, kerinting dan mengkung ke atas. Pucuk menjadi keras daun tirus dan gugur. Kutu Trips juga menyerang buah akibat buah menjadi tompok-tompok keruping halus berwarna perang.





Sumber dari akhbar berita harian



16 April 2012

Cantik Kepala dan Rambut


Bermula dari atas, ini adalah anggota pertama yang perlu dijaga. Bukan mudah untuk mandapatkan hasil yang memuskan jika anda tersalah memilih cara untuk menjaga kecantikan diri. Ingatkan diri anda tentang tiga hal penting yang perlu dilakukan untuk kesihatan kulit kepala dan kecantikan rambut :

* Diet yang seimbang mampu memberikan hasil yang terbaik pada kekuatan rambut. Rambut anda memerlukan zat besi yang banyak untuk kekal kuat. Oleh itu, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang mengandungi vitamin C mampu menjadikan rambut dan kulit kepala anda sentiasa cantik.

* Jika anda mempunyai rambut yang terlalu panjang dan jarang membelainya, maka seelok-eloknya anda memotongnya hingga pendek. Ia memudahkan penjagaan untuk membasuh dan juga menyikat dengan betul.

* Jangan lupa juga membasuh rambut anda dengan syampu yang sesuai. Paling terbaik adalah syampu yang kurang bahan kimia. Ini kerana kulit kepala amat sensitif. Jika tersalah bahan, kulit kepala akan meradang dan rambut menjadi keras serta kusam.




Sumber dari majalah dara.com

13 April 2012

Tanda-tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna



Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.


Di saat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.


1) Penaklukan Baitulmuqaddis


Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari




2) Zina bermaharajalela


“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim




3) Bermaharajalela alat muzik


“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda saw menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah




4) Menghias masjid & membanggakannya


“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.




5) Munculnya kekejian,


Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.




6) Ramai orang soleh meninggal dunia


“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad




7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat


“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani




8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja


“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad




9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang


Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.




10) Bulan sabit kelihatan besar


“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani




11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita


“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim




12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar


“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad




13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai


“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim




14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda


“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai




15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam


“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.


Kini, Kita hanya menunggu saat tibanya


Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu baginda saw bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian Baginda saw menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)


Keterangan:


Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.

Sepuluh tanda itu ialah:


Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.


Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.


Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.


Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.


Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Baginda as akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan Baginda as akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan Baginda as juga yang akan membunuh Dajjal.


Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.


Gempa bumi di Timur.


Gempa bumi di Barat.


Gempa bumi di Semenanjung Arab.


Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.


Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.





Sumber dari pieogiey_daniel

12 April 2012

Resepi Gulungan Pisang Untuk Bayi

Resipi gulungan pisang.

Penyediaan: 20 minit


Setiap keping mengandungi 1.5 gram protein, 0.9 gram lemak, 9.1 gram karbohidrat dan 51 kcal tenaga.

Bahannya

2 keping roti
1/2 sudu teh mentega
1 biji pisang dipotong memanjang menjadi dua bahagian
1 biji telur
30 gram Bijirin Bayi Nestle Cerelac (varian gandum dan madu)
2 sudu teh minyak masak



Cara penyediaan:


  • Buangkan kulit bahagian tepi roti dan sapu mentega rata ke atasnya.

  • Letakkan pisang ke atas roti dan gulung dengan rapi. Biarkan selama 10 minit.

  • Kemudian, celup roti yang digulung bersama pisang ke dalam telur yang sudah dipukul dengan perlahan.

  • Salut dengan Bijirin Bayi Nestle Cerelac dan masak menggunakan kuali gris. Apabila sudah masak kekuningan angkat dan sedia untuk dihidang.

  • Fakta

  • Pisang mengandungi tenaga yang lebih tinggi daripada epal.


  • Kanak-kanak berusia antara satu hingga tiga tahun disyorkan untuk tidak makan lebih daripada dua biji pisang bersaiz kecil setiap hari.





  • Sumber disunting dari akhbar harian metro

    10 April 2012

    Amalan Pemakanan Berkhasiat untuk Ibu Hamil

    1) Amalan Pemakanan berkhasiat

    Ibu-ibu mengandung sedia maklum kandungan gizi pemakanan seimbang yang harus di ambil setiap hari mestilah terdiri daripada :

    a) Protein
    - membina, membaiki dan menggantikan tisu-tisu badan yang rosak. Terdapat dalam susu, telur, daging, kekacang, ikan dan sebagainya.

    b)Karbohidrat
    - memberi tenaga, terdapat dalam nasi, ubi, jagung, gula, dan sebagainya.

    c) Lemak- memanaskan badan dan menjadi lapik kepada organ lembut dalam badan seperti hati. Terdapat di dalam minyak haiwan, kuning telur, ikan dan sebagainya.

    d) Vitamin
    - menjauhkan kita dari penyakit dan terdapat dalam buah-buahan, sayuran.

    e) Garam Galian
    Di perlukan dalam jumlah yang sedikit oleh badan. Terdapat dalam sayuran hijau, kekacang dan makanan laut.

    Selain daripada itu, ibu-ibu yang hamil di sarankan untuk makan buah kurma ketika mengandung dan bersalin.

    Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.

     

    http://mtamim.files.wordpress.com/2007/09/kurma.jpg

    Kurma membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam a.s yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa a.s.



    Sumber dari yatiechomeyl.blogspot.com
     

    09 April 2012

    Langkah-langkah pencegahan/keselamatan penggunaan racun di rumah


    * Racun hendaklah disimpan dengan selamat sebelum dan selepas digunakan untuk menggelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

    * Seelok-eloknya simpan di tempat yang tinggi dan tidak dapat dilihat oleh kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

    * Tempat simpanan yang berkunci dan jangan simpan bersama bahan-bahan makanan dan minuman.

    * Simpan dalam bekas asal racun tersebut dan jangan pindahkan ke dalam bekas lain.

    * Gunakan bekas khas untuk menyediakan racun tikus dan jangan sekali-kali gunakan bekas itu untuk menyediakan makanan.

    * Jangan sediakan racun tikus dengan tangan dan sebaiknya cuci tangan selepas menyediakan racun tersebut.

    * Gunakan racun semburan 10-15 minit sebelum masuk tidur.

    * Sebelum menggunakan racun semburan pastikan kanak-kanak tiada di situ dan segala permainan disimpan ke tempat lain.

    * Pastikan ubat nyamuk (lingkaran) digunakan dalam bekas yang sesuai dan jauhkan dari sebaran bahan yang mudah terbakar.

    Oleh itu, segala racun makhluk perosak yang digunakan di rumah jangan dipandang ringan. Jika terdedah berulang kali dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan keracunan kronik kepada pengguna. Walau apa pun kes keracunan, mangsa harus mendapatkan awatan dan pemeriksaan doktor secepat mungkin untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.



    Sumber dari akhbar harian metro

    06 April 2012

    11 Orang Yang Mendapat Doa Malaikat

     


     1  Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

     2  Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

     3  Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

     4  Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

     5  Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

     6  Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

     7  Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

     8  Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

     9  Orang yang membelanjakan harta (infak).

    10 Orang yang sedang makan sahur.

    11 Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.




    Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com




    05 April 2012

    Rahsia Dapur Selesa


    Susun atur sinki, perkakasan memasak dan peti sejuk perlu diutama

    TANYALAH sesiapa saja mengenai akrabnya ‘hubungan’ ruang dapur dengan golongan wanita. Pasti ramai akur kerana di ruang inilah mereka menyediakan hidangan keluarga selain mencuba resipi baru.



    Bahkan, menurut petua orang tua dulu-dulu, salah satu cara memikat suami adalah melalui masakan yang lazat. Sebab itu, jika diteliti, ruang dapur khasnya di rumah kampung mempunyai ruang luas dan hanya di kawasan bandar terutama teres menyediakan ruang terhad. Begitupun, ramai cuba memaksimumkan keluasannya melalui pengubahsuaian membabitkan lebihan tanah belakang rumah.



    Perancangan dapur sempurna

    Faktor kewangan sering mengekang pengubahsuaian penuh. Sebab itu, langkah awal membabitkan penilaian secara terperinci reka bentuk ruang serta fungsinya perlu dilakukan. Selanjutnya, selesaikan masalah ruang penyimpanan kelengkapan serta barangan dapur.


    Secara asasnya, perancangan dilihat sebagai jawapan kepada persoalan perkara perlu dilakukan bagi aspek kelengkapan dan ruang penyimpanan barang. Seterusnya, difikirkan formula bagi mengimbangi keperluan ini menerusi reka bentuk ruang sedia ada.


    Tidak dinafikan, sukar mencari penyelesaian tepat kerana minat individu berbeza namun tiga faktor utama penentu proses susun atur dapur selesa iaitu kawasan menempatkan sinki, perkakasan memasak dan ketiga, peti sejuk.

    Sebaik saja kedudukan berkenaan dikenal pasti, proses susun atur ruang dijamin menjadi lebih praktikal mudah dilaksanakan. Konsep segi tiga hakikatnya mendefinisikan hubungan kerja antara satu sama lain menerusi tiga kedudukan. Namun, ia bukan bermakna susunan ruang itu kelihatan berbentuk tiga segi.


    Ketika merangka pelan, satu garis khayalan dilukis membabitkan tiga pusat kerja utama iaitu sinki, tempat memasak dan peti sejuk. Secara ergonomik, jarak antara mana-mana dua pusat kerja utama ini dipastikan tidak melebihi dua meter. Walaupun cara begini jarang dipraktikkan dalam situasi sebenar namun ia menjadi kunci kepada ruang dapur selesa.


    Apakah ruang dapur yang praktikal dan selesa? Sesetengah pendapat menyatakan bagi pembentukan ruang dapur sedemikian, yang paling utama adalah susun atur ruang kerja disediakan berfungsi menjimat masa bekerja. Ini juga mencetuskan idea reka bentuk dapur yang kecil atau kompak meskipun mempunyai kekurangan dari segi penyediaan ruang kaunter mencukupi.


    Walaupun reka bentuk kompak dapat mengurangkan langkah pergerakan namun masalah lain yang timbul berpunca aktiviti serentak ialah tidak cukup kaunter bagi menampung kerja berkenaan.


    Jika ruang kaunter tidak mencukupi bermakna ketika ketika menyediakan masakan, anda perlu mengalih dulu, membasuh serta menyimpan sesuatu perkakasan sebelum menyediakan menu lain. Jika tidak, keadaan mungkin menjadi kelam kabut selain mengambil masa panjang dan tenaga bagi mencari bahan serta kelengkapan diperlukan ketika itu.


    Sebaliknya, jika kaunter terlalu panjang atau dibina berselerak dalam ruang, maka kerja yang dilakukan di dapur juga menjadi lambat dan tidak cekap.


    Justeru, bagi mengimbangi masalah ruang dapur terlalu kecil atau luas, pastikan dapur memasak, sinki, tempat simpanan dan kaunter penyediaan makanan disusun seperti berikut:


    • Tiada ruang antara dua pusat yang dinamakan tadi berjarak tiga meter antara satu sama lain.
    • Panjang keseluruhan kaunter, tidak termasuk sinki, dapur memasak dan peti sejuk sekurang-kurangnya empat meter panjang.
    • Tiada kaunter kabinet yang dibina dengan lebar kurang daripada 1,200 milimeter.

    Tidak semestinya kaunter bercirikan binaan kekal sebagai mana pelan pembentukan ruang dapur moden hari ini. Sebaliknya, perlu juga mengandungi perabot mudah alih misalnya meja atau kaunter bebas. Yang penting, pertalian antara ketiga-tiga pusat kerja utama dipastikan berkait rapat kerana peranannya cukup kritikal dalam membentuk ruang dapur praktikal serta efisien.

    Tip

    Ruang idaman, praktikal


    • Pastikan mengandungi ruang yang cukup pada segi tiga kerja membabitkan sinki, tempat memasak dan peti sejuk.
    • Kekalkan permukaan tempat melakukan kerja dengan lantai berdekatan segi tiga kerja bersih dan lapang. Ini memudahkan pergerakan dan menyenangkan kerja anda.
    • Pelbagaikan juga ketinggian permukaan tempat bekerja di dapur. Bagi aktiviti yang memerlukan tenaga seperti menguli tepung, ia lebih sesuai dilakukan di permukaan rendah berbanding kerja memerlukan koordinasi mata serta tangan seperti memotong sayur dan herba.
    • Jika keadaan di dapur sentiasa sibuk, letakkan peti sejuk di hujung binaan kabinet.Cara begini membolehkan ahli keluarga yang lain keluar masuk ruang dapur tanpa mengganggu ’tukang masak’.
    • Ketinggian biasa permukaan unit kabinet adalah 900 milimeter dan ia sesuai bagi kerja-kerja penyediaan makanan ringan. Manakala, para atau rak kabinet yang dibina hingga 1,800 milimeter membolehkan anda mencapai barangan dengan mudah. Ketinggian seterusnya membabitkan penyimpanan barang-barang jarang digunakan.


    Sumber dari akhbar berita harian

    04 April 2012

    Sajian Petang Kek Cawan Aiskrim

    PELBAGAI cara kreatif boleh dilakukan bagi menghasilkan sajian pencuci mulut yang lazat terutama jika ia membabitkan hidangan aiskrim.

    Sebut namanya saja pun sudah membuatkan fikiran terbayangkan sajian sejuk pelbagai perisa yang enak apatah lagi jika ditambah hiasan tambahan seperti coklat, badam, jeli, kacang ataupun walnut, pasti lebih menyelerakan.


    BENTUKKAN...senduk aiskrim menjadi sebesar bola ping pong, kemudian ia dibekukan.


    MASUKKAN...pastikan coklat masakan yang digunakan cair dan masukkan bebola aiskrim tadi ke dalam coklat berkenaan.


    GAUL...gaul bebola aiskrim dengan pantas ke dalam coklat cair untuk mengelakkan ia cair.



    LETAK...masukkan bebola aiskrim bersalut coklat ke dalam kek cawan yang dibuang sedikit bahagian tengahnya. Tekan sedikit untuk memastikan ia memasuki ruangan disediakan.


    LEBIH CANTIK...hias dengan krim putar dan sedikit coklat ke atas kek cawan terbabit sebagai hiasan tambahan.


    Menurut chef dan penasihat The Cooking House, Chin Pei Ling, sajian ini boleh dijadikan hidangan minum petang bersama keluarga dan ia tentunya menggembirakan kanak-kanak yang sememangnya gemar menikmati makanan sejuk sebegini.

    Proses menyediakannya tidak sesukar mana kerana bahan utama iaitu aiskrim boleh diperoleh dengan mudah. Apa yang penting adalah mendapatkan perisa yang bersesuaian untuk memberikan lebih kenikmatan.




    “Paling penting adalah untuk seimbangkan rasa hidangan terbabit, jangan menghias dengan bahan tambahan secara keterlaluan kerana ia boleh menghilangkan rasa asli aiskrim.

    “Jadikan sajian yang disediakan ringkas tetapi bermakna kerana diberikan sentuhan kreatif mengikut cita rasa tersendiri,” katanya.

    Sebelum itu, sediakan bahannya terlebih dulu iaitu coklat masakan yang dicairkan, kek cawan perisa coklat serta aiskrim New Zealand Natural - Boysenberry Dream.








    Sumber disunting dari akhbar harian metro

    03 April 2012

    Loya Dan Muntah Semasa Kehamilan


    Sudah pasti anda sudah mengelak daripada sebarang makanan dan bauan yang membuatkan perut anda memulas. Untuk mengelakkan atau sekurang-kurangnya meminimumkan loya anda juga boleh:

    • Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.

    • Makan apa dan bila anda kehendaki buat sementara waktu, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.

    • Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.

    • Tulis dalam sebuah diari bila anda berasa lebih teruk – dan lebih baik. Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa terengah-engah.

    • Cuba minum di antara hidangan jika anda berasakan sukar untuk minum dan hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap – cuba menghisap ais kiub jika anda muntah air.

    • Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu.
    Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.

    • Hidulah buah lemon – bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air yang membuih.

    • Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati – sebab ia tidak membantu semua orang.

    • Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut – boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan – boleh mengurangkan loya dan muntah dalam sesetengah wanita.

    • Vitamin B6 (piridoksina) atau
    multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.

    Terapi semula jadi seperti aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda – tetapi pergi ke pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.

    • Berbincang dengan seseorang yang memahami akan membantu anda.





    02 April 2012

    Success For Me - Kejayaan Untuk Daku



    SUCCESS FOR ME
    KEJAYAAN UNTUK DAKU


    Let others lead small lives, but not me
    Biarlah orang lain hidup cukup makan, tapi bukan aku



    Let others argue small matters, but not me
    Biarlah orang lain bergaduhan perkara remeh temeh, tapi bukan aku



    Let others cry over small hurts, but not me
    Biarlah orang lain menangis susah sikit-sikit, tapi bukan aku



    Let others leave their future in other people's hands, but not me
    Biarlah orang lain menyerahkan nasib mereka bulat-bulat di tangan orang lain, tapi bukan aku



    For I know
    Kerana aku tahu



    That I was born a perfect 10 per 10
    Bahawa aku dilahirkan genap 10 per 10



    That I was born to succeed
    Bahawa aku dilahirkan untuk berjaya



    That success is my birthright
    Bahawa kejayaan itu hak kelahiran ku



    That if it is to be, it is up to me
    Bahawa untuk sesuatu berlaku terpulang pada aku



    Now I demand my birthright
    Kini aku tuntut hak kelahiran ku



    I'll do my best and God will do the rest
    Aku akan buat sedaya upaya, insyaAllah aku akan dapat segala-gala








    Sumber dipetik dari Professor Dato' Dr Sheikh Omar Abdul Rahman
    SOAR Consultings Sdn Bhd




    Ni la sajak yang diberikan oleh Professor Dato' Dr Sheikh Omar Abdul Rahman pada 21-23 Mac di dalam kursus 'Managing Your Supervisors'.. memang menarik ceramahnya, tak rugi menjadi peserta dalam ceramah yang diberikannya. banyak lagi perkara yang disampaikannya boleh dikongsikan di sini bersama..