30 April 2013

Petua Hilangkan Parut Di Kulit Badan

Mesti antara kita mempunyai masalah parut.. Saya pun sejak setahun kebelakangan nih mengalami masalah parut kat kulit nih.. Terjadi disebabkan pelbagai penyebab.. Sehingga kini masih lagi tercari-cari petua ngan cara yang mujarab untuk hilangkan parut ni.. Harap-harap petua kat bawah nih boleh la hilangkan masalah parut yang saya alami nih.. Korang yang ada masalah yang sama pun bolehlah kita cuba sama-sama..





Bagi anda yang mengalami masalah parut sukar dihilangkan di anggota badan anda, baiklah mengamalkan petua-petua di bawah ini supaya anda akan lebih selesa dengan diri anda. InsyaAllah jika diamalkan selalu kesan parut itu akan menghilang daripada tubuh badan anda. Jom kita tengok petua-petua tersebut :

1 Basuh dan bersih daun lidah buaya yang segar. Sapukan lendirnya di serata kulit yang ada masalah parut setiap kali sebelum anda tidur. Biarkan selamalam dan cuci keesokkan dengan air suam.

2 Ambil beberapa biji pisang emas dan kupas kulitnya. tenyehkan bahagian dalam kulit pisang pada parut anda. Lakukan setiap hari sehingga anda lihat pada perubahannya.

3 Campurkan segenggam bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan cekur yang telah ditumbuk halus. Pakai bedak sejuk ini sebelum masuk tidur. Lakukan sehingga kesan parut itu hilang.

4 Kisar timun dan sebiji tomato. Tapiskan airnya dan minum untuk menyejukkan badan. Ambil hampas timun dan tomato tadi, gosokkan di bahagian muka, tangan dan kaki yang ada masalah parut dan amalkannya seminggu sekali. InsyaAllah kesan parut anda akan beransur pulih.

5 Goreng biji asam jawa tanpa minyak lebih kurang lima minit. Kemudian goreskan pada batu atau pada bahagian yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan dengan air dan gosokkan pada parut anda. Amalkan selalu dan lihat hasilnya.

6 Goreng segenggam beras sehingga kekuningan. Selepas itu, tumbuk halus bersama kulit kayu manis. Campurkan dengan sedikit air dan dipakai seperti bedak sejuk dan amalkan setiap hari. InsyaAllah kesan parut anda akan beransur hilang.





4 comments:

  1. Perkongsian yang sangat menarik admin. Menurut kajian dan respon dari pengguna vitamin E, mereka mengatakan bekas parut jerawat serta parut luka hilang dan meninggalkan kulit yang bersih dan cantik selepas mengambil vita E secara oral dan menjadikannya sebagai masker. Ada yang mengambilnya secara konsisten, untuk 3-4 bulan, bukan sahaja parut hilang, malahan jerawat pun dah tak timbul lagi. Saya ada kongsi testimoni mereka di sini, http://bit.ly/1f7OeYq

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang sangat menarik dan berguna. Thanks admin

    ReplyDelete
  3. Good sharing..semoga pahala anda berpanjangan..ameeen
    Kepada sahabat2 yg nak hilangkan parut secara semulajadi dan mudah boleh watsapp saya 0197752407

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..